Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
26.11.14
CINA MELAKA VS CINA GUANGZHO
18.9.14
#2
#1
13.9.14
NASIHAT POWER
Amirul sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Hidupnya susah. Duit selalu tak ada. Dan motorsikalnya baru sahaja hilang.
Dia pergi mengadu keluh kesahnya kepada rakannya.
"Nan, aku ni selalu bernasib malang. Duit kena curi, motor hilang. Kan bagus kalau nasib aku macam kau. Hidup bahagia, duit banyak. Tekanan pun kurang. Kan best kalau jadi macam kau. "
"Hey amirul, kau dengar sini baik baik apa aku nak nasihat ni. Don't you ever wish you were someone else tau. You ni were meant to be the way you are exactly. Ingat tu! "
Berkerut dahi Amirul mendengarkan kata kata nasihat dari Nan. Bukan kerana nasihat itu, tetapi kerana Nan yang tiba tiba terer memberi nasihat dalam bahasa Inggeris.
"Fuh, terer betul kau speaking! Ungkapan siapa ni? "
"Bangsawan Inggeris zaman dahulu. "
"Siapa? "
"Err..Jowi Makan Tayar. Kau mana tahu. Baca buku pun tidak. Sebab tu tak pandai! "
11.9.14
6 BULAN
Malam tadi aku belek belek gambar lama dalam hard disk. Jumpa gambar lama rumah sewa padang jawa, gambar kerja dekat segamat, gambar kahwin aku. Ada satu folder tu simpan gambar kedai photostat aku dulu.
Sedih tengok gambar tu. Sebab kedai tu dah tak ada. Kedai tu dulu sale dia pelik pelik. Paling teruk, aku pernah dapat sale 30 sen je hari tu. Sampai tak boleh tidur aku malam tu terkenangkan 30 sen tu. Pernah juga satu malam aku dapat sampai 700-800. Ah pelik lah.
Tapi, dalam banyak banyak kerja aku buat, tetap tak setabah masa aku kerja di Segamat dulu.
Aku pernah kerja gaji sangkut selama 6 bulan.
Aku pula ada bela Bangla dalam 7-8 orang masa tu. Hari hari tanya aku pasal gaji. Nak jawab macam mana pun tak tau sebab kompeni memang tengah sengkek masa tu. Nak suruh diorang buat kerja pun serba salah. Tapi kena buat jugalah sebab takde progress, takde payment.
Teruk masa tu. Kompeni hanya bagi duit makan dan petty cash untuk jalan kerja je. Selalu juga kami makan roti dengan telur scramble buat makan tengahari. Malam kadang kadang miss soru.
Tetapi kehidupan yang macam zombie selama 6 bulan tu banyak ajar aku dari segala segi. Aku jadi pandai buat design jeti sebab tak mampu nak upah orang design, jadi pandai urus duit secara minimum, pandai kelentong masa meeting, pandai jual tanah, pandai edit gambar, dan pandai masak nasi goreng.
Nasib baik kompeni baik hati. Bila dapat payment terus bayar gaji tertunggak. Bila aku pergi rumah Bangla untuk bayar gaji (aku pegang gaji masa tu) diorang punyalah happy, terus ajak aku makan kari yang diorang masak. Tapi aku menolak sebab tak selera sangat bau dia. Kekeke.
Aku? Dapat gaji terus kahwin.
6.9.14
FARIZA
3.9.14
1 STROKE 12
Pukul lapan tadi aku dan Pinah bersiap naik motor nak ke pasar malam beli rojak Singapore. Baru bergerak tak sampai sepuluh meter, tiba tiba kereta Vios putih tak basuh blok laluan aku. Pemandunya berpakaian polis. Nasib baik pula masa tu aku pakai helmet.
"Bang nak tumpang tanya ni bang." pintanya dengan gaya kerek, sambil mulut menghembus kepul kepul asap rokok. Tebal semacam asap dia. Rokok John barangkali.
Aku panas juga dengan Mamat polis ni. Main blok jalan aku semata nak tanya jalan.
"Jalan Ixora 1/12 dekat mana eh? ". Dia tanya, sambil masih kepul kepulkan asap.
Aku tak ada hati nak menjawab soalan dia. Tapi sebab dia dah blok laluan aku, aku jawab jugalah.
"Sini 1/1 sampai 1/6 je. 1/12 dekat belah atas sana."
"Atas? Sana? Sana? Kompom eh? "
Eh nak kompom kompom dengan aku pula. Pergilah tengok sendiri, beruk.
"Kompom eh, Jalan Ixora 1/12 atas sana? ". Katanya sambil terus pandu kereta.
Setan. Terima kasih pun tak ada. Dan aku pun teruskan perjalanan. Dalam fikiran aku, mesti wantan dengan kentang rojak dah habis.
Hampir hampir sampai di hujung taman, aku ternampak nama jalan 'Jalan Ixora 1/12'. Lah, dekat sini rupanya 1/12. Rasa bersalah pula dengan brader John tadi. Tapi bila fikir balik dia tak ucap terima kasih tadi aku pun, ah lantak kau lah.
Dan betul tekaan aku. Wantan dan kentang rojak dah habis. Celakaaaaaaa..
30.8.14
CABARAN RM 100
Masa kerja di Segamat dulu, aku ada satu port kedai makan kegemaran. Letaknya di belakang pasar basah Segamat. Condition kedai tu buruk, dan sedikit busuk kerana dekat dengan pasar. Buka hanya waktu malam dan orang pun tak ramai, kadang kadang hanya aku, Khidir dan Sahir sahaja menjadi pelanggan.
Walaupun begitu keadaan kedai dan pelanggannya, aku suka kerana dia ada satu menu rahsia. Nasi goreng cili padi bersama daging salai. Nasi goreng cili padi itu pula ada banyak kategorinya. Dikira dari level 1 hingga level 5. Kalau minta level satu, nanti dibuatkan nasi goreng yang biasa sahaja sedapnya. Tetapi kalau minta level 5, nasi goreng tu jadi warna hijau. Dia punya pedas memang gila. Kalau jubur tak kuat memang boleh kena buasir. Agaknya kalau perempuan makan, peranakan pun boleh jatuh. Aku selalu makan yang level 3 sahaja. Itu pun sudah tidak tahan menanggung kepedasan.
Satu hari tu brader tu masak daging landak salai dan isinya yang lain. Dia kata dia tereksiden dengan landak masa perjalanan pulang ke rumah, lalu terus sembelih di tepi jalan.
Khidir mengambil kepingan hati landak dari tempat salai dan hidang di atas meja makan kami.
"Hah, kalau terer makan la. "
Aku dan Sahir bau hati landak salai tersebut. Gila punya hanyir. Masih berbau darah. Sahir awal awal mengalah.
"Busuk siak. Kau makan la. Aku tak makan organ." aku mengelak.
Masing masing mencabar satu sama lain untuk makan hati landak. Aku semacam tak sanggup nak telan. Sedangkan organ ayam dan lembu pun aku tak makan, inikan pula landak. Gila.
"Tat, aku tau kau tak makan organ, tapi kalau kau berjaya telan sedikit hati landak ni, kami bagi kau rm 100" kata Khidir sambil memotong cebisan kecil hati landak untuk cabaran ini.
"Betul, kau tak tipu? Letak duit atas meja sekarang. "
Khidir dan Sahir seluk poket masing masing dan meletakkan not 50 di atas meja.
"Kamon Tat. Sekali ni je aku nak tengok..... "
Belum sempat dia habiskan cakap, aku terus ambil hati landak dan masukkan dalam mulut dengan rakusnya dan kemam. Apalah sangat cebisan hati landak tu berbanding rm 100. Kerja mudah.
"Hah, telan, telan! "Khidir memberi semangat.
Aku mulakan kunyahan. Terasa kehanyiran dan pahit hati landak itu. Belum sempat aku masuk kunyahan ketiga, aku dah mula rasa mual yang amat sangat.
Sejurus itu juga aku meluahkan segala isi perut yang mengandungi hati landak, bersama nasi goreng cili padi level 3, dan horlick ,ais di tepi meja makan.
"Woi, apa muntah tepi meja ni woi! "
"Gila babi. Aku tak tahan siak bau dia. Bak sini 50. Kira deposit la. " sambil tangan aku menguis not 50 kepunyaanku Khidir.
"Aaaah..kemam mana kira.! " sambil rampas semula not 50 dari tangan ku.
Itulah pertama kali aku muntah di kedai makan. Nasib baik tak ada orang lain selain kami bertiga sahaja. Tapi brader tukang masak tu geleng kepala je la tengok lambakan muntah aku tepi meja makan dia.
Aku dah cakap, aku tak boleh makan organ binatang. Itulah last aku buat kerja bodoh ni. Mulut hanyir, duit pun tak dapat.
18.8.14
WATERFALL
Aku, Pinah, dan Mak Pinah tengah makan sambil tonton channel 611. Ada scene waterfall.
"Babah, ada waterfall, macam kita pergi dulu! Menjerit macam tak pernah tengok air terjun.
"Hmm.. " aku jawab acuh tak acuh. Tengah sedap ratah ayam ungkep.
"nak pergi situ, please.. " dia buat muka 20 sen, duit baru.
Aku pandang tanpa perasaan. Sebab aku tahu kejap lagi dia lupa dah waterfall waterfall ni.
Melihatkan aku buat muka berg je, Mak Pinah memujuk "Kesian dia, nanti kita pergi Indah Water eh? "
Ayam terkemam di mulut. Aku salah dengar ke apa ni?
9.8.14
BOMOH UPTOWN
Ramadhan. 2004. Uptown Damansara.
Selepas berbuka di kedai mamak telur separuh masak power, aku, Jinggo, Tomoko dan Che Lat duduk bertenang melayan perut masing masing yang mengah.
"Cepat lah Lat. Kata nak buat tadi. " Jinggo buka suara meminta Che Lat mengotakan apa yang dijanjikan sebelum sampai di Uptown tadi.
"Ok, ok kejap la." balas Lat sambil mengeluarkan sesuatu dari poket kiri seluarnya.
"Haa.. inilah dia. Benda ni mesti jadi punya."
Kami meneliti benda bulat kecil, seperti biji lada hitam.
"Kau nampak perempuan baju hitam tu, yang dekat meja depan sana?. Aku nak try dia. Kejap lagi dia mesti gelisah." Ujar Lat dengan sombongnya sambil mengarahkan muncungnya ke seorang perempuan berbaju hitam dan berbadan sederhana yang sedang makan nasi goreng aku rasa.
"Okay, okay ". Kami mengangguk setuju dan sedikit teruja.
Mulut Che Lat terkumat kamit membaca sesuatu yang kami tidak pasti apa butirannya.
"Ok, aku start sekarang."
"mimma minkum mimma tayakum. mma minkum mimma tayakum.mimma minkum mimma tayakum.."
Che Lat membaca sambil hujung jari telunjuk dan ibu jarinya menggentel benda bulat seperti biji lada hitam itu.
2 minit berlalu, masih tak jadi apa.
"Mende ni, tak jadi apa pun?" Tomoko mula argue kemampuan Che Lat.
"Err..err..aku rasa tak jadi sebab bulan puasa kot. Bulan tak puasa ok je.."
Kami semua geleng kepala tanda frust dan hancur harapan.
5.8.14
PEREMPUAN JALANAN
Pemerhatian aku sebagai rider Puncak Alam-Sepang mendapati bahawa perempuan selalu:
1. Bagi signal kiri tapi belok kanan.
2. Bergerak lampu hijau di trafik light dengan gear 2/3. Slow nak mampus.
3. Tak bagi signal, terus bantai masuk simpang dan buat muka pailang.
4. Bawa 40 km/h di lorong kanan sambil berborak riang dengan rakan sebelah.
5. Seat rapat ke stereng. Muka hampir rapat dengan cermin hadapan.
6. Isi minyak muka sombong macam isi 400 ringgit.
7. Bawa motor kejap laju, lepas tu brek, lepas tu laju tiba tiba.
8. Memang suka naik atas divider tak kira masa dan waktu.
Itulah kalau dalam kepala ingat brooch, tudung 3 lapis, gaun labuci saja.
Itu belum lagi kes:
9. Menangis dalam kereta kaw kaw sek punya.
10. Belek muka dekat cermin samai kereta senget.
HATI
Malam tadi, aku bawa Pinah ikut aku pergi hantar seluar untuk dialter. Selepas dia bergaya dengan baju frozen pasar malam dan sikat rambut lebih kurang, dia pun masuk dalam kereta.
Dalam perjalanan, aku sengaja tak pasang radio sebab tiba tiba aku rasa nak feel alam semulajadi.
Agaknya terlalu sunyi, Pinah pun cuba bertanya:
"Bah, dalam hati ada apa ye?"
Amboi. Sungguh melankolik soalan itu. Sampai aku ambil masa untuk jawab.
Disebabkan dia tanya soalan yang feeling feeling alam semulajadi, aku pun cuba menjawab seberapa falsafah.
"Dalam hati ni ada daging. Daging itu boleh jadi hitam atau merah. Kalau kita selalu buat baik, tolong orang, tak nakal, hati kita warna merah, wangi... "
"Ada bunga?" Pinah memotong sebelum aku sempat habiskan ayat.
"Ada. Bunga tu pun wangi. Tapi kalau kita selalu tipu, jahat, belasah orang, belasah kucing, hati kita warna hitam, busuk, tak ada bunga.. "
Pinah terkebil kebil. Aku rasa mesti dia tak faham.
"Faham tak ni?"
"Hmm.. bolehlah. " sambil tangannya buat gaya 'so-so' dan tekan radio. Bosan agaknya dengar tarbiah aku.
Aku turunkan juga budak ni tepi jalan.
20.7.14
PUAN HASHIMAH
Cikgu bahasa Inggeris aku masa darjah 5 pula ialah Puan Hashimah. Puan Hashimah ni orangnya sedikit garang. Susah juga aku nak nampak dia senyum. Sesuai lah dengan jawatannya sebagai Guru Penolong Kanan sekolah, tak silap aku lah.
Dia pernah glamor sekejap dekat sekolah dulu, sebab muka dia masuk surat khabar. Dia dapat nombor tiga dalam pertandingan Courts Mammoth. Pertandingan yang kena duduk dalam kubikel lepas tu kutip duit tu.
Aku ingat lagi ada satu kali tu Puan Hashimah masuk dengan muka masam dan berjalan laju. Satu kelas tak sempat nak cakap 'Good Morning Teacher' dia dah buka mulut menyoal:
"Kalau orang Indonesia kita panggil apa?"
Satu kelas terkial kial.
"Orang Indonesia kita panggil Indonesian la." Sendiri tanya sendiri jawab.
"Kalau orang Malaysia?"
"Malaysian..!" Dah pandai dah.
"Kalau England?"
"Err.. Englanddd."
Dia merenung tajam. Matanya tajam memerhati kami secara rawak. Semua tak berani angkat muka.
"Suka hati je! Macam mana nak pergi England nanti kalau benda macam ni pun tak tahu!?"
Eleh, siapa nak pergi England.
CIKGU FATIMAH
Masa darjah 6 dahulu, aku ada crush dengan satu cikgu ni. Sebenarnya bukan aku seorang, tetapi semua budak lelaki dalam kelas tu ada memendam rasa pada cikgu ni.
Cikgu bahasa Inggeris kami, Cikgu Fatimah namanya. Agaknya. Aku ingat ingat lupa namanya. Kita panggil Cikgu Fatimah sahaja.
Cikgu Fatimah ni orangnya cantik, berkulit cerah, muda, suka pakai baju kurung kain cotton. Kalau dia mengajar, semua budak tekun, pandang sahaja mukanya, walaupun ada beberapa pelajar yang pandangan mereka tembus ke dinding.
Aku paling suka kalau dia tanya "any question?". Bila dia buka mulut, berebut budak angkat tangan nak tanya soalan. Bila budak tanya soalan, selalunya dia akan pergi ke meja budak tersebut.
Masa tu kami beramai ramai akan datang mengelilinginya. Bukan nak belajar, tapi nak ambil bau sebab Cikgu Fatimah tu wangi sangat.
Oh harumnya...
12.7.14
11.6.14
KANAK KANAK AKU
Malam tengahari tadi, aku terserempak dengan satu keluarga, makan di meja hadapan aku. Ada bapa, ibu dan 3 orang anaknya.
Nampak meriah, sepatutnya.
Tapi hakikatnya, si bapa, ibu dan anak anaknya masing masing melayan diri sendiri. Si bapa sibuk berbual di telefon. Ibu mungkin tersenyum sendirian, mungkin sedang bermain whatsapp dan anak anak nya bermain permainan di iPad dan telefon.
Sayangnya. Waktu begitu sepatutnya dihabiskan dengan berbual mesra sambil menunggu makanan yang dipesan sampai.
Terfikir juga aku akan keberuntungan anak anak zaman sekarang yang serba mudah, serba maju. Tidak seperti zaman aku kecil dahulu. Dan aku teringat momen momen waktu kecil dahulu.
***
Waktu aku kecil dahulu, kami sekeluarga sering makan malam bersama. Sebelum makan abah akan baca doa dahulu. Panjang juga doanya. Kadang kadang aku tidak sabar dan mencuit cuit nasi di dalam pinggan. Pasti abah akan menjeling tajam kepadaku sambil mulutnya masih terkumat kamit membaca doa.
Bila waktu makan, abah suka berbicara tentang apa sahaja. Random. Termasuklah komplen masakan mama. Tapi mama rilek je. Sebab dia tahu abah saja je nak bikin modal cerita waktu makan.
Dalam kami 3 beradik (waktu itu), kami sering berlumba, kerana siapa yang paling akhir kena basuh pinggan dan lap meja. Tapi kalau lauk sedap, aku jadi orang paling akhir pun tak apa. Apalah salahnya aku basuh pinggan kalau terpaksa habiskan asam pedas digaul bersama planta, kicap dan nasi panas.
Kalau cuaca panas, aku adalah orang yang paling rimas. Port terbaik aku masa tu ialah di peti sejuk. Aku selalu dan baring depan pintu peti sejuk untuk sejukkan badan. Peti sejuk ni banyak juga gunanya. Hari minggu, aku keringkan kasut sekolah di bawah peti sejuk (peti sejuk kami ialah jenis ada kaki batu di bawahnya). Tapi riwayat peti sejuk tu tak lama, bila ia tumbang semasa aku bermain sorok sorok dengan adik.
Aku tak pernah ada lego masa kecil dahulu. Lego yang aku main adalah lego rakan rakan dan sepupu. Tapi abah selalu belikan aku tanah liat. Aku cipta dinosaur, kereta dan helicopter airwolf, lengkap dengan volcano tempat persembunyian helicopter (guna kusyen).
Permainan yang paling best pernah aku ada ialah skateboard fish deck warna hijau. Beli di pasaraya Upwell. Harga 30 ringgit rasanya. Dan berbunyi ya rabbi. Tayarnya kuning dan lebar macam steamroller.
Lama aku guna skateboard hinggalah patah dilanggar abah masa nak reverse kereta.
Rancangan tv aku hanyalah TV 1, 2, 3. Ntv, TV8,9 semua tak ada masa tu. Berbekalkan tv jenama National tu kami adik beradik survive, tanpa remote. Bila siaran tak sedap semua resah. Jangan ada yang bangun je, memang kena minta tolong tukarkan channel.
Mujur abah ada beli perakam video masa tu. Dan banyak video kosong untuk aku rakam semua benda. Dari cerita P. Ramlee, kartun Tom n Jerry hinggalah iklan Dorina semua aku hentam rakam. Abah juga ada belikan aku cerita Masked Rider sampai 4-5 biji untuk tontonan cuti sekolah.
Waktu petang, kami bermain galah panjang, zero point, ting ting, lumba basikal dan rounders. Ataupun pergi mencari labah labah 'King' di celahan daun pandan dan simpan di dalam kotak mancis. Makanannya adalah air liur dan semut. Ataupun bermain daun tepuk, gambar Ultraman.
Paling dah tak ada geng pun, main kapal terbang polisterin yang dijual serendah 50 sen di kedai. Ataupun layang layang. Tapi aku tak gemar main layang layang. Tak feel.
Memang jauh bezanya zaman kanak kanak aku dengan kanak kanak zaman sekarang. Tiada gajet tetapi imaginasi yang tiada limit.
10.6.14
NAZLI
Dan dia nampak almari bajunya terbuka dengan sendiri.
9.6.14
FARZIYAH
Farziyah termangu mangu apabila dikejutkan oleh panggilan telefon seawal 2 pagi. Dalam keadaan mamai itu dia dapat melihat nama pemanggil :MAK. Farziyah menyeret ibu jarinya di atas permukaan skrin telefon untuk menjawab telefon.
ZOHARI
Liima!!!
28.5.14
DAIM
"Abah!! "
Terperanjat Razi. Itu suara anaknya, Daim dari bilik sebelah. Bergegas dia menuju ke biliknya. Razi membuka pintu dan ternampak Daim terbaring di atas lantai.
"Hmm.. mengigau lagi anak aku ni. Tidur bersepah."
Dia mengejutkan Daim. Daim tersedar dan dengan gaya mamai, naik semula ke atas katil.
Kemudian Razi menyelimutkan Daim. Kasihan Daim, mukanya kelihatan pucat dua tiga hari kebelakangan ini. Kurang sihat barangkali.
Diusap usap muka anaknya itu, kemudian mencium dahi sebelum mengucapkan selamat tidur kepada Daim. Sementara menuju ke suis lampu, Daim berkata kepada Razi:
"Abah, tolong tengokkan di bawah katil Daim. Ada hantu. Daim takutlah. "
Razi senyum sahaja. Untuk memuaskan hati anak kesayangannya itu, dia pun menyelak cadar dan menjenguk di bawah katil.
Kelihatan Daim sedang ketakutan di bawah katil tersebut.
"Abah, tolong tengokkan di atas katil. Ada hantu. Daim takut sangat. "
Dia kelihatan menggigil sekali dan mukanya pucat lesi.
Razi tidak berani lagi untuk menoleh apa yang di atas katil.
24.5.14
TOLL GATE BOY
"Saya jawab ye."
"Silakan Encik Samerin. Sila jawab dengan tenang dan jelas ye. " Ahmad Tarmimi Siregar menjelaskan.
***
10.5.14
SELAMAT HARI IBU
Waktu kecil dahulu.
Bila aku buka peti ais nak gogok air sejuk, Ma aku akan jerit dari ruang tv:
"Minum pakai cawan, jangan gogok je!"
Balik dari bermain, buka tudung saji, nak ratah lauk. Ma akan jerit dari tempat penyidai:
"Tangan tu basuh dulu. Nanti kuman masuk! "
Bila aku baca komik dalam bilik instead of buat homework, Ma akan sound dari luar :
"Buatlah kerja sekolah tu. Jangan baca komik je."
Bila aku terlupa tutup pili dan terus pergi tengok tv, Ma aku sound dari sofa sambil menjahit:
"Air tu kenapa tak tutup. Membazir."
Ma aku ada berapa mata sebenarnya ni?
26.4.14
NYANYI
Hujan lebat sepanjang jalan membuatkan aku rasa nak menyanyi kuat kuat atas motor tadi. Dari satu lagu ke satu lagu aku menyanyi dengan penuh perasaan. Ala, bukan ada orang perasan pun kalau aku nyanyi.
Dekat Elite tadi, tengah sedap aku tarik korus, sebuah kereta Proton Saga merah memintas aku. Aku pun tak ambil port, sambil sambung tarik korus. Tapi aku perasan lama pula dia ambil masa nak potong aku.
Bila aku toleh, aku tengok seorang nenek tengah perati aku dengan muka terkejut. Lepas tu dia geleng geleng kepala. Agaknya dia terperanjat tengok aku menjerit atas motor agaknya. Ini dalam fikiran dia tak ada lain, mesti aku layan lagu trash apa benda semua tu.
Rugi nenek tak buka tingkap tadi. Kalau tak, boleh dengar aku nyanyi
"aku suka singkong, kau suka keju oh oh oh!"
24.4.14
JAMMED
Laluan highway yang jammed dari Nilai sampai Seremban ni dah masuk kategori adat. Tak ada apa-apa pun jammed juga
Kalau tiba-tiba tak jammed, itu maknanya pihak PLUS membuang adat.
Tak elok begitu. Adat harus dikekalkan.
THE STEADY OF PERHIMPUNAN
Kalau masa sekolah rendah dulu, waktu perhimpunan, ditugaskan untuk menaikkan Jalur Gemilang tatkala lagu Negaraku dinyanyikan adalah antara tugas yang mendebarkan para pengawas.
Waktu nyanyian tu, semua mata pelajar tertumpu pada bendera yang sedang ditarik.
Kalau bendera dah sampai dulu ke puncak tiang sebelum lagu habis, boleh mendatangkan malu besar.
Tapi kalau timing lagu dengan bendera cun, ngam-ngam serentak, dia punya kerek boleh bertahan sampai perhimpunan lagi satu.
23.4.14
ROTAN
"Semalam babah rotan Finna, Finna marah tak? "
Dia berhenti bermain. Dan meletakkan jari di dagu tanda mencari jawapan untuk soalan aku.
"Emm.. entahlah. Tak fikir. Malas nak fikir. "
Kecil dewasa kecil dewasa aku pandang dia.
DOA
Ingat tak dulu Afinna pernah berdoa 'Ya Allah ya tuhanku, janganlah mama jadi hantu'?
Hari ni lain sikit.
'Ya Allah ya tuhanku, janganlah mama pergi ikut bakso.'
Sebab dia ingat mama dia lari ikut lori bakso.
Anak kecil ni kadangkala kita kena ajar sedikit supaya masuk darjah satu nanti tak terselit celah kerusi.
PERIHAL NIAGA
Sekitar 2010, aku pernah menjual majalah di kedai aku. Sukarnya nak mendapatkan bekalan majalah seperti Mastika, Ujang, Gila- Gila, Wanita dan banyak lagi. Ini kerana pusat pengedaran majalah di Muar hanya berurusan dengan kedai- kedai besar sahaja. Kedai macam aku ni diorang tak layan.
Mujur aku berjumpa dengan satu kedai mamak menjual majalah. Nama dia Lucky Star. Selepas aku ejas- ejas, dia beri aku harga kurang 30 sen dari harga pasaran untuk satu majalah. Kalau tak habis atau sudah keluar keluaran yang baharu, aku boleh memulangkan kembali untuk ditukar dengan majalah yang terkini.
30 sen untuk satu majalah? Mana cukup untuk tanggung kos. Pergi ke kedai dia sahaja sudah dekat 20 kilometer. Aku pun terfikir macam mana kedai yang lain, yang ambil daripadanya dengannya juga dengan harga yang sama (mungkin) boleh mendapat untung dengan 30sen per majalah itu.
Aku hanya bertahan menjual majalah tersebut lebih kurang enam bulan sahaja selepas aku merasakan perbuatan itu hampir sia-sia.
***
Setiap hari aku pulang ke rumah, aku akan exit di KLIA dan melalui satu papan iklan Air Asia 'Big'. Besar gila muka Tony Fernandes dekat papan iklan itu. Disebabkan aku hari-hari nampak muka Tony tu, membuatkan aku terfikir, macam mana dia boleh kaya macam Qarun begitu pantas, sedangkan tiket yang dia jual kadang seposen sahaja.
Disebabkan hari- hari aku fikir, aku rasa aku dapat jawapannya:
1. Konsistensi adalah penting untuk perniagaan jenis runcit. Jual majalah memang lambat kaya, tetapi disiplin dan konsisten menyebabkan mereka kaya.
2. Majalah hanya sebagai pelaris. Mereka turut menjual produk sampingan yang untungnya lebih kasar di kedai.
3. Air Asia tidak menjual tiket murah. Mereka menjual kebahagiaan kepada pelanggan, walaupun kadangkala dalam plane ada lalat.
4. Marketing. Air Asia tidak takut untuk berbelanja besar untuk pengiklanan. Lambat laun iklan itu akan mempengaruhi orang, macam aku contohya.
Begitulah kisahnya.
MEMBELI SEKOTAK UBAT GIGI
Lelaki: Keluar rumah, target kedai mana nak tuju, masuk kedai, pergi section ubat gigi, bayar, balik, sampai rumah.
Perempuan: Keluar rumah, target kedai mana nak tuju, sampai depan kedai, hati tak sedap, pergi supermarket pula, masuk supermarket, pusing- pusing dulu, termasuk pula section kain bagus, kemudian terjumpa pula epal sedap di bahagian makanan, akhirnya baru masuk section ubat gigi, ambil, bayar semua, keluar, singgah butik depan pula belek tudung, rembat sebarang dua, balik, test dalam kereta, sampai rumah, kompelin tudung tak cantik, epal tak sedap.
PERIHAL SARAWAK
Aku baru selesai menonton Majalah 3 tadi.
Kisah tragedi bot karam di Sarawak yang mengorbankan 11 orang adalah satu contoh terbaik bahawa negeri negeri di Malaysia Timur juga harus diberi kemudahan yang sama rata, sama seperti kemudahan di Malaysia Barat.
Memanglah ada yang mengatakan bahawa negeri di Malaysia Timur seperti Sarawak terlalu besar untuk dibangunkan. Tetapi takkanlah sebatang jalan raya yang ada 'rupa jalan raya ' dan jambatan penghubung tidak dapat disediakan?
Kisah tadi juga menceritakan pengalaman penduduk yang ingin ke bandar besar (Sibu contohnya) terpaksa meredah denai kecil sebelum menjumpai kawasan estet. Bertapa susahnya untuk berurusan di bandar. Itu belum cerita kos hendak ke bandar menaiki bot dengan kos minyak mencecah hampir rm400.
Benda ini juga menyebabkan kukuhnya alasan untuk tidak daftar surat beranak, buat IC, jual IC, seludup barang, jual benda haram dan banyak lagi.
Past is past. Abdul Taib Mahmud, biarlah dia duduk bersandar di rumahnya, makan nasi sampai kenyang. Moga legasi kerajaan Sarawak yang baharu akan lebih berkebajikan.
Ngap Sayot dari Malaysia Barat.
PULANG
My life sucks.
Klien macam cibai. Suka cari salah. Benda kecil diperbesarkan. Konsultan macam kayu. Flip flop. Tunggu drawing satu bulan, dapat drawing, esok boleh cancelkan. Tiba tiba minggu depan kata nak buat balik.
Bos? Tak payah cerita panjang lah. Semua tahu perangai bos macam mana. Kerja sampai naik hitam kulit masih dikata tidak ada tanggungjawab. Aku bergaduh dengan bos. Bos masam muka dengan aku.
Sub con lagi bos dari main con. Kadang kadang aku kerja macam runner pun ada. Beli petrol sampai 4-5 kali sehari. Bila tak dilayan terus tak nak kerja.
Perjalanan yang menuntut pengorbanan. 160 km sehari. Keluar awal pagi, balik lewat petang. Kadang -kadang malam.
Aku hanya tenang bila pulang ke rumah sahaja. Keluarga sahaja yang boleh memberi ketenangan padaku.
Sebab itu aku faham, hancur macam mana pun hidup aku, hancur lagi hati orang yang kehilangan ahli keluarga, rakan dan sahabat. Aku arif sangat tentang itu kerana aku pun pernah kehilangan orang kesayangan.
Warga MH370. Aku, kami, keluarga kamu, rakyat Malaysia dan dunia semua mengharapkan kepulangan kamu semua. Moga kamu semua masih selamat. Apabila mendarat nanti, tinggalkan hal yang lain. Cari lah keluargamu.
Moga kamu semua masih boleh bersarapan, berbual, bertengkar dan berbakti kepada keluargamu seperti hari hari biasa.
#prayforMH370
USAHA, NASIB, HORMAT
Usaha, nasib dan hormat.
Contoh paling rapat dan popular adalah Shahizey Sam.
Berlakon sejak muda dan tidak pernah mendapat perhatian pembikin filem. Selalu muncul di dalam drama tv 1, kadang kadang cerekarama. Tapi setiap kali berlakon, lakonannya bersungguh. Kenderaan ke lokasi hanyalah kereta Kancil sehinggalah dia terkenal.
Itu usaha.
Tiba tiba dia meletup dengan filem Adnan Sempit. Dan semenjak namanya meniti di kalangan pengarah. Rezekinya melimpah ruah.
Itu namanya nasib.
Kaya dan popular macam mana pun, dia paling hormatkan ibunya. Rela digelar anak mak, tak menjadi kudis padanya.
Itu namanya hormat.
Tak semua orang dapat ketiga tiga ini sekaligus.
QUALITY TIME
Apa itu quality time pada Afinna?
Quality time pada dia adalah bila aku baring sebantal dengan dia, layan Alice In Wonderland, atau main sepak sepak bola dalam rumah, atau main main hantu cina.
Atau paling tidak bacakan buku Pinocchio yang hampir seratus kali aku bacakan pada dia.
And I love to do that. Forever.
KONGSIKONG
Aku tidak malu untuk mengakui yang aku lebih rapat dengan pekerja bawahan atau kong si kong berbanding dengan sub con yang lain. Walaupun mereka pada mulanya agak segan dengan aku yang dengan selamba pergi melepak di kongsi hapak dan kotor mereka, tetapi mereka tetap menerima dengan hati terbuka. Kadangkala aku bawa keropok dari rumah, atau belikan buah buahan, agar mereka tidak merasa kekok.
Berbual tentang bukan hal kerja dengan mereka agak seronok pada aku. Cerita tentang kampung mereka, kerinduan mereka, budaya mereka, sosial mereka. Nama nama seperti Mudahnan, Suham, Ratnawi, Soli sudah tidak asing lagi di bibirku, walaupun aku faham benar, itu bukan nama sebenar mereka seperti di dalam pasport. Memang menjadi amalan pekerja Indonesia menggunakan nama samaran ketika berada di Malaysia. Mungkin untuk keselamatan.
Kehidupan pekerja Indonesia di Malaysia sangat sederhana. Makan ala kadar. Yang aku perhati, menu tengahari mereka adalah telur dadar dan sayur masak air, setiap hari berbulan bulan. Agak membosankan, tetapi itu rezeki mereka di sini. Wang lebih penting untuk dihantar kepada keluarga di kampung.
Oh ya. Minggu lepas, mereka beramai ramai membeli permaidani secara pukal (untuk dapatkan harga murah) untuk dihantar ke kampung. Persiapan untuk hari raya katanya.
***
Pagi tadi semasa waktu rehat pagi, aku duduk berbual dengan Sarip, seorang tua yang aku memang harapkan untuk kerja kerja repair plaster. Orangnya tenang, cakapnya lembut. Tetapi bila bekerja tidak pernah berbual. Aku mengadu kepadanya keadaan anak aku yang demam mendadak. Dia tanya aku dengan tenang:
"Anak awak lelaki atau perempuan?"
"Anak aku perempuan."
"Umurnya berapa tahun?"
"Sudah masuk empat tahun, Sarip."
"Wah, pasti sudah cantik kalau umur begitu, ya?. Lebih kurang anak saya." katanya sambil menghembus asap kretek dan merenung kosong.
Matanya sedikit berkaca.
Aku dapat merasakan yang kerinduannya sudah datang.
FROZEN
Lepas layan cerita Frozen, Finna memang yakin yang dia pun ada magis macam dalam cerita tu.
Ada sekali tu dia cuba kalih langsir yang tergantung tanpa pegang guna tangan. Dan langsir itu bergerak pula (akibat angin). Bersungguh dia nak tunjuk dekat aku power dia tu. Lepas tu buat muka berlagak. Badan sandar dekat dinding, kaki bersilang.
Semalam aku bagi muka dekat dia. Aku halakan kipas ke daun pintu. Kemudian aku suruh dia gunakan power dia untuk tutup pintu tu tanpa guna tangan.
Dengan penuh perasaan dia gunakan kuasa dia dan pintu tu tertutup rapat. Peh, dia punya eksyen.
Selepas 9-10 kali buat, pintu tersekat. Puas dia gunakan kuasa sambil nyanyi lagu 'let it go, let it go' pintu tak bergerak juga.
Akhirnya dia panik dan menjerit memanggil Puan Bini :
"Mama, tak boleh krontol! , tak boleh krontol! Tolong!
TUNGGU
Hati Tosiman sudah terasa tidak sabar untuk menelefon ibunya di kampung. Ada khabar gembira yang mahu diberitahu. Setelah enam bulan di bumi Malaysia ini, majikannya bersetuju untuk menaikkan gajinya sebanyak Rm 5 dan jumlah gaji hariannya sudah menjadi Rm 35 sehari. Rasa syukur yang tidak terhingga menderu deru masuk melekat di lubuk hatinya. Dan rasa gembira ini mahu sekali dikongsikan bersama ibu tersayang yang berada di kampung.
Malam itu, hujan mulai turun dengan santun sekali. Tidak terlalu lebat, dan tidak juga terlalu renyai. Angin meniup lembut ke muka Tosiman.
Usai mandi dan makan malam, Tosiman duduk di hujung pangkin di kongsi usangnya. Dicapai telefon yang berada di poket kiri seluarnya. Tosiman mendail nombor telefon bapa saudaranya yang dipanggil kakek. Kakek tinggal di sebelah rumah ibunya. Jadi, dialah yang menjadi pengantara untuk Tosiman dan ibunya, lantaran ibunya yang tidak memiliki telefon bimbit, mahupun telefon rumah.
Ada bunyi deringan di hujung talian.
"Hello, assalamualaikum kakek. "
"Wa'alaikumsalam, siapa di sana?" Kelihatan kakeknya seperti sedang menguruskan sesuatu. Acuh tidak acuh jawapannya.
"Saya ini, Man. Ibu ada di rumah? Mau bicara samanya sebentar?
Sunyi di hujung sana.
"Hello, hello? Kakek? "
"Hello, kakek? "
"Iya. Aku masih di sini."
"Mengapa kamu diam saja, kakek? "
Kakek diam lagi. Tidak lama kemudian dia menyambung.
"Man, ibumu kemalangan baru sebentar tadi. Dia terjatuh semasa meniti jambatan pulang ke rumah. Sekarang kami semua masih mencarinya. " panjang lebar kakek menerangkan keadaan sebenar di sana.
Bagai mahu meletup jantung Tosiman mendengarnya.
"Apa?? Ibu hilang? Bagaimana? Bagaimana boleh jadi begini kakek? "
"Hujan lebat di sini dari siang. Sungai menjadi dalam dan deras. Ibumu pula mahu ke kedai membeli gula. Dan di dalam perjalanan pulang, dia ditimpa kemalangan. Harap kamu bersabar ya Man?"
"Ya Allah, kenapa jadi begini, kakek.. "suaranya sudah hampir tenggelam dalam tangisan. Antara dengar dan tidak. Tosiman menangis di dalam telefon seperti anak kecil. Kakek hanya mendiamkan diri sahaja. Memberi ruang kepada Tosiman untuk beremosi seketika.
Lemah segala sendi Tosiman mendengar berita yang amat mengejutkan itu. Terbit rasa kesal di hatinya kerana meninggalkan ibunya keseorangan di kampung, semata mata mahu mengejar cita citanya.
Tosiman merasakan dirinya tidak berguna kerana tidak mampu berbuat apa apa. Hendak pulang, simpanan masih belum mencukupi. Dirinya baru sahaja berada selama 6 bulan di bumi bertuah ini. Dia hanya dapat mengirimkan doa kepada yang di atas sana, agar melindungi ibunya.
***
Tunggu sekejap wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari ku dendang
Jangan mengenang orang jauh
Tosiman duduk berteleku memeluk kakinya. Air matanya deras mengalir. Terasa sungguh dirinya yang tidak berguna. Mahu saja dia meminta pada Tuhan agar mematikan sahaja dirinya sekarang juga, agar tidak lagi menanggung seksa begini. Matanya terus menenung kosong malam pekat yang dihiasi hujan. Bunyi bising dari atap zink yang ditimpa hujan ibarat gelodak hatinya waktu itu. Serabut.
Ya Tuhan, selamatkan ibuku.
Jangan pula
Jangan tinggalkan daku sorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu. Tunggu, ibu.
25.1.14
IKLAN
Hampir satu bulan aku menjadi pengguna lebuhraya Elite. Setiap pagi dan setiap petang, 6 hari seminggu.
Papan iklan yang terletak di kiri dan kanan lebuhraya dari Klia ke exit 601 Shah Alam aku kira lebih banyak dari papan iklan lebuhraya Plus dari Jasin ke Nilai. Secara tidak langsung menunjukkan perbezaan kuasa membeli di satu satu kawasan. Lagi nak masuk Kl, mesti lagi banyak papan iklan. Nampak permainan dia?
Papan iklan di Elite ni ada macam macam. Dari iklan tilam, Sunway Lagoon, lori hinggalah ke muka Tony Fernandes.
Tapi dalam banyak banyak iklan, iklan kipas jenama Alpha aku paling tak boleh pergi sekali. Iklan tu guna dua orang model budak Cina dress up Korea Daewoo punya. Sorang nama Jack, sorang lagi Thomas. Aku paling menyirap dengan muka Thomas ni la. Muka minta penampar.
***
Sebenarnya aku baru kehilangan Izara Aisyah di km 20.1 arah selatan. Selalu tiap tiap petang dia tunggu aku lalu bawah dia sambil pegang syampu Secret Garden.
Hari ini dah diganti dengan QSR brand. Mende ni?
12.1.14
SI AMIN LCCT
Amin, yang bekerja di Federal Express Kuala Lumpur akan berlepas ke Singapura untuk menghadiri seminar. Tetapi malangnya, Amin tertinggal pouch bag yang diletakkan di dalam kereta kawannya yang menghantarnya tadi di LCCT.
Apalagi, menggelibak la si Amin ini. Masakan tidak, tiket, dompet, telefon semua ada dalam tu. Berlari lari si Amin dari terminal ke parking mencari bantuan.
Dan memang menjadi fitrah manusia zaman sekarang, bila dah ada handphone, otak jadi malas nak hafal nombor telefon. Yang Amin ingat hanyalah nombor telefon dia. Tapi masuk voice call.
Tapi tuhan temukan Amin dengan aku,yang hati sedang marah ketika itu akibat salah informasi aku datang ke LCCT instead of KLIA.
Merayu rayu si Amin minta bantuan. Melalui penceritaannya yang agak menggelabah puyuh, mungkin panik, aku yang terpukau sekejap pun cuba la bantu,walau tak tahu macam mana. Kami membawa Amin ke pusat teksi.
Sekarang nak tak nak, Amin kena menjejaki semula rakannya di Cyberjaya. Duit dalam kocek ada la 15 hengget katanya. Nak pergi singapura apa benda kalau tiket takde, duit ada 15 hengget.
Puan bini kata,hulur sahaja duit teksi untuknya (rm 55,setan betul teksi LCCT ni). Nak bayar atau tak,terserah dia. Nombor telefon dah bagi.
Dan,
Benda benda ni membuat aku sampai rumah tadi pukul 10.00 malam. Dan aku makan lewat, tidur lewat, bangun pagi tadi lewat, dan punch card lewat. Adoi!