Masa kerja di Segamat dulu, aku ada satu port kedai makan kegemaran. Letaknya di belakang pasar basah Segamat. Condition kedai tu buruk, dan sedikit busuk kerana dekat dengan pasar. Buka hanya waktu malam dan orang pun tak ramai, kadang kadang hanya aku, Khidir dan Sahir sahaja menjadi pelanggan.
Walaupun begitu keadaan kedai dan pelanggannya, aku suka kerana dia ada satu menu rahsia. Nasi goreng cili padi bersama daging salai. Nasi goreng cili padi itu pula ada banyak kategorinya. Dikira dari level 1 hingga level 5. Kalau minta level satu, nanti dibuatkan nasi goreng yang biasa sahaja sedapnya. Tetapi kalau minta level 5, nasi goreng tu jadi warna hijau. Dia punya pedas memang gila. Kalau jubur tak kuat memang boleh kena buasir. Agaknya kalau perempuan makan, peranakan pun boleh jatuh. Aku selalu makan yang level 3 sahaja. Itu pun sudah tidak tahan menanggung kepedasan.
Satu hari tu brader tu masak daging landak salai dan isinya yang lain. Dia kata dia tereksiden dengan landak masa perjalanan pulang ke rumah, lalu terus sembelih di tepi jalan.
Khidir mengambil kepingan hati landak dari tempat salai dan hidang di atas meja makan kami.
"Hah, kalau terer makan la. "
Aku dan Sahir bau hati landak salai tersebut. Gila punya hanyir. Masih berbau darah. Sahir awal awal mengalah.
"Busuk siak. Kau makan la. Aku tak makan organ." aku mengelak.
Masing masing mencabar satu sama lain untuk makan hati landak. Aku semacam tak sanggup nak telan. Sedangkan organ ayam dan lembu pun aku tak makan, inikan pula landak. Gila.
"Tat, aku tau kau tak makan organ, tapi kalau kau berjaya telan sedikit hati landak ni, kami bagi kau rm 100" kata Khidir sambil memotong cebisan kecil hati landak untuk cabaran ini.
"Betul, kau tak tipu? Letak duit atas meja sekarang. "
Khidir dan Sahir seluk poket masing masing dan meletakkan not 50 di atas meja.
"Kamon Tat. Sekali ni je aku nak tengok..... "
Belum sempat dia habiskan cakap, aku terus ambil hati landak dan masukkan dalam mulut dengan rakusnya dan kemam. Apalah sangat cebisan hati landak tu berbanding rm 100. Kerja mudah.
"Hah, telan, telan! "Khidir memberi semangat.
Aku mulakan kunyahan. Terasa kehanyiran dan pahit hati landak itu. Belum sempat aku masuk kunyahan ketiga, aku dah mula rasa mual yang amat sangat.
Sejurus itu juga aku meluahkan segala isi perut yang mengandungi hati landak, bersama nasi goreng cili padi level 3, dan horlick ,ais di tepi meja makan.
"Woi, apa muntah tepi meja ni woi! "
"Gila babi. Aku tak tahan siak bau dia. Bak sini 50. Kira deposit la. " sambil tangan aku menguis not 50 kepunyaanku Khidir.
"Aaaah..kemam mana kira.! " sambil rampas semula not 50 dari tangan ku.
Itulah pertama kali aku muntah di kedai makan. Nasib baik tak ada orang lain selain kami bertiga sahaja. Tapi brader tukang masak tu geleng kepala je la tengok lambakan muntah aku tepi meja makan dia.
Aku dah cakap, aku tak boleh makan organ binatang. Itulah last aku buat kerja bodoh ni. Mulut hanyir, duit pun tak dapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan