Petang semalam, Tuhan temukan aku dengan seorang pemuda bernama Amin.
Amin, yang bekerja di Federal Express Kuala Lumpur akan berlepas ke Singapura untuk menghadiri seminar. Tetapi malangnya, Amin tertinggal pouch bag yang diletakkan di dalam kereta kawannya yang menghantarnya tadi di LCCT.
Apalagi, menggelibak la si Amin ini. Masakan tidak, tiket, dompet, telefon semua ada dalam tu. Berlari lari si Amin dari terminal ke parking mencari bantuan.
Dan memang menjadi fitrah manusia zaman sekarang, bila dah ada handphone, otak jadi malas nak hafal nombor telefon. Yang Amin ingat hanyalah nombor telefon dia. Tapi masuk voice call.
Tapi tuhan temukan Amin dengan aku,yang hati sedang marah ketika itu akibat salah informasi aku datang ke LCCT instead of KLIA.
Merayu rayu si Amin minta bantuan. Melalui penceritaannya yang agak menggelabah puyuh, mungkin panik, aku yang terpukau sekejap pun cuba la bantu,walau tak tahu macam mana. Kami membawa Amin ke pusat teksi.
Sekarang nak tak nak, Amin kena menjejaki semula rakannya di Cyberjaya. Duit dalam kocek ada la 15 hengget katanya. Nak pergi singapura apa benda kalau tiket takde, duit ada 15 hengget.
Puan bini kata,hulur sahaja duit teksi untuknya (rm 55,setan betul teksi LCCT ni). Nak bayar atau tak,terserah dia. Nombor telefon dah bagi.
Dan,
Benda benda ni membuat aku sampai rumah tadi pukul 10.00 malam. Dan aku makan lewat, tidur lewat, bangun pagi tadi lewat, dan punch card lewat. Adoi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan