Malam tadi, aku bawa Pinah ikut aku pergi hantar seluar untuk dialter. Selepas dia bergaya dengan baju frozen pasar malam dan sikat rambut lebih kurang, dia pun masuk dalam kereta.
Dalam perjalanan, aku sengaja tak pasang radio sebab tiba tiba aku rasa nak feel alam semulajadi.
Agaknya terlalu sunyi, Pinah pun cuba bertanya:
"Bah, dalam hati ada apa ye?"
Amboi. Sungguh melankolik soalan itu. Sampai aku ambil masa untuk jawab.
Disebabkan dia tanya soalan yang feeling feeling alam semulajadi, aku pun cuba menjawab seberapa falsafah.
"Dalam hati ni ada daging. Daging itu boleh jadi hitam atau merah. Kalau kita selalu buat baik, tolong orang, tak nakal, hati kita warna merah, wangi... "
"Ada bunga?" Pinah memotong sebelum aku sempat habiskan ayat.
"Ada. Bunga tu pun wangi. Tapi kalau kita selalu tipu, jahat, belasah orang, belasah kucing, hati kita warna hitam, busuk, tak ada bunga.. "
Pinah terkebil kebil. Aku rasa mesti dia tak faham.
"Faham tak ni?"
"Hmm.. bolehlah. " sambil tangannya buat gaya 'so-so' dan tekan radio. Bosan agaknya dengar tarbiah aku.
Aku turunkan juga budak ni tepi jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan