setegram

Instagram

26.11.14

CINA MELAKA VS CINA GUANGZHO

Lunch dengan kontraktor tadi,  dia cerita tentang pengalamannya membeli sandal crocs di Guangzho. Dia pergi jumpa tauke kilang suruh tiru sebiji macam original. Sample pun dia bawa.

Dia tanya tauke kilang berapa harga. Tauke kilang balas balik,  "jangan tanya harga, tapi berapa banyak awak mahu buat."

Dia cakap nak buat 5000 pasang. Tauke kilang suruh balik. Dia tanya lagi,  berapa banyak pasang yang dia kena order supaya kilang tu boleh buat seperti diminta. Tauke tu cakap :

"Kalau 15000 pasang, saya baru buka harga. 20000 pasang, harga boleh bincang. 30000 pasang saya bagi murah murah punya"

Bincang punya bincang , dia order 50000 pasang, selepas tauke kata akan bagi harga rm 2.00 untuk sepasang. Pembayaran dibuat,  tapi dia bayar separuh sahaja sebab masing masing baru pertama kali berjumpa. Kurang percaya.

Setelah beberapa lama,  tempahan pun siap dan tiba di Port Klang. Dia pun buka kontena,  dan mendapati ada 50000 biji kasut sebelah kiri sahaja. Dia rasa dia kena tipu jadi dia call balik tauke kilang tu. Tauke kilang tu kata pula:

"Awak bayar separuh sahaja. Jadi saya pun hantar sebelah sahaja. Kalau awak mahu yang sebelah kanan punya,  bayar bagi separuh lah. Saya tak percaya dengan orang Malaysia. Selalu tipu. Sudah dapat barang cabut lari."


Moral: Cina Guangzho selalu kena tipu. 
Moral kedua: Nasi Ayam kedai ni sedap. Sup dia ada black pepper.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan