Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
31.12.12
PAGAR SEKOLAH SAYA
30.12.12
MALAM AKHIR
06:20pm
Malam tu, masing-masing dah bersiap. Hanya tunggu masa je.Tapi Mok taknak join. Taknak join sudah. Tepat jam 12 malam, aku dan yang lain bergerak ke belakang dewan makan. Bergerak dengan sesenyap mungkin. Ini kalau Mokhtar Jaga nampak ni, pelempang memang dah confirm dah. Penumbuk di perut ada peluang.
Kedai Bulat adalah satu kawasan kedai berbentuk bulatan dia punya susunan. Dekat sini kalau dari pagi membawak ke malam ramai orang. Makanan special dekat sini adalah rojak petis dengan ABC power dia.
12:45am
Aku menunggu dengan sabar. Kedai terakhir sedang berkemas nak balik. Kejap lagi kami dah boleh berpesta. Rokok dah berbatang-batang dah habis menunggu ni.
1.00am
Dengan senang hati gua menuju ke kedai yang ditunggu sekian lama. Ini adalah yang terakhir,bisik hati gua.
Apa yang kami-kami semua buat, biarlah rahsia disimpan sampai mati.
26.12.12
NOTA AMARAN UNTUK FINNA
Panjat sofa,
Terjun.
Panjat meja,
Terjun.
Panjat katil,
Terjun.
Bila dimarah,
Jadi baik.
Duduk diam
1 minit kemudian.....
Panjat sofa,
Terjun.
Panjat meja,
Terjun.
Panjat katil,
Terjun.
Terjun ke tilam.
Terjun ke lantai.
Terjun ke badan aku.
Terjun ke badan bini aku.
Kau ni nak masuk sarkis ke wrestling?
Kau tahu tak aku ni dulu tag team dengan Hulk Hogan?
andieshak,2012
24.12.12
RAHSIA KECIL 5
Disebabkan gua terpengaruh dengan cerita Tom Sawyer yang dibuat oleh kartunis Jepun dan dialihsuara ke Bahasa Melayu, hati gua dah jadi bulat pada hari tu. Jadi nekad. Gua nak jadi macam Tom Sawyer jugak. Baru nampak cool.
Mula-mula gua cari satu peti aluminium yang Ma gua buat simpan alatan jahit dia. Gua keluarkan kesemuanya. Barang-barang jahit tu semua gua masuk dalam tupperware aiskrim.
Kemudian gua masukkan barang-barang berikut dalam tin tesebut, ini gua masih ingat dengan jelas:
1.patung askar dua ketul
2.teropong kapal selam yang buat pakai kotak ubat gigi
3.duit seringgit 2 keping
4.duit syiling banyak la jugak
5.kereta mainan Mask
6.pensil
7.kompas mainan
8.ubat pistol beserta peluru
9.surat bertarikh lupa dan bertahun 1990.
Gua balut baeeek punya semua barang-barang tu dengan plastik dua tiga lapis. Kemudian petang tu, menggunakan cangkul, gua korek tanah di kebun belakang rumah dan tanam elok-elok tin tu.
Kebodohan gua masa tu adalah tidak membuat sebarang tanda ataupun koordinasi. Dan bila dah bertahun tahun baru gua sedar tentang kebodohan itu.
Sampai sekarang gua tak jumpa klu yang boleh menemukan gua dengan tin tu balik. Haru betul.
Harap-harap ia masih kekal di situ dan tak dimamah pembangunan ataupun akar pokok durian.
20.12.12
TENTANG LAINES
Ini hanyalah pandangan gua. Dan gua tak nak kaitkan dia dengan apa-apa saja unsur politik. Kita fikir sebagai orang biasa. Kau orang semua kena ambil tahu, walaupun jauh dari rumah kau. Tak guna makan vitamin C, protein, supplement semua kalau badan terkena radiasi.
Lihat situasi ini:
1) Laines dibenarkan berurusan di Bumi Malaysia secara sah.
2) Suratkhabar menunjukkan beberapa orang sedang memegang nadir bumi tanda Laines ini selamat.
3) Sebenarnya yang dikhuatiri bukanlah nadir bumi, tapi sisa toksik hasil pemprosesan.
4) Tiada dalam perjanjian Laines mengenai cara untuk menghandle sisa toksik ini.
5) Pihak tertentu lantas menangkis persoalan tersebut. Sisa toksik akan dikeluarkan dari Malaysia. Wajib.
6) Pihak tertentu berjanji sekiranya berlaku tumpahan, lesen Laines boleh ditarik serta merta.
Lihat situasi ini pula :
1) Kau duduk di rumah teres.
2) Tong sampah kau terletak di dapur rumah
3) Bila sampah dah penuh, kau kena ikat, keluarkan dari tong dan angkat sampah tu bawa ke depan rumah.
4) Tong sampah di luar rumah akan dibersihkan oleh lori sampah .
5) Buang sampah ni dah jadi rutin kau. Dari kau berumur 7 tahun sampai la sekarang ni 30 tahun.
ok soalan:
1) Pernah tak dalam 23 tahun kau buang sampah tu, ada tertitis air sampah atas lantai ke, atas carpet ke?
2) Kalau pernah, apa kau buat? lap sampai hilang bukti atau biarkan saja?
3) Bila dah tumpah tu, kau beritahu ke mak kau?
19.12.12
KITA SEMUA SAYANGKAN KAMU
Kawan,
Tinggi mana tahap sayang kau?
Langit ke berapa puja kau?
Berapa mulia pasukan kau?
Kawan,
Macam mana kau sayang bapa kau,
Macam mana kau sayang ibu kau,
Adakah sama macam kau sayang pasukan kau?
Kawan,
Ibu bapa itu orang tua,
Ibu bapa itu wali,
Tapi mereka juga manusia,
Kadang kala juga salah tingkah,
Alangkah orang tua ditegur,
Inikan pula kelab kesayangan.
Yang baik dipuji,
Yang terjebak ditegur.
Jangan terlalu dilambung ombak jaya 70-80 an,
Hidup harus ke hadapan,
Tapi sekali-sekala tolehlah ke belakang.
Kepala asyik melihat bintang di langit,
Jangan lupa longkang di bawah.
andieshak,2012
NOTA UNTUK FINNA
Kadangkala aku asyik melihat kau membaca sahaja,
Tak bosankah?
Sekali sekala, pergilah bermain.
Biar kau kenal dunia.
Biar kau kenal sakit luka.
Biar kau kenal penjujur dan pendusta.
Biar kau kenal ertinya cinta.
andieshak,2012
(sepatutnya gua bagi nota ni masa dia berumur 15 tahun)
GUA GAYAT?
Gua tadi sebenarnya baru panjat bumbung rumah dua tingkat. Dah lama gua tak panjat tangga tinggi-tinggi ni. Dan gua perasan bila gua duduk di tempat tinggi, gua ada perasaan untuk duduk di tebing dan ada perasaan nak terjun.
Bila duduk di tempat tinggi, fikiran pula jadi tak fokus. Rasa sangat tak secure. Asyik nak tengok bawah je. Bila dekat Genting Highland takde pulak macam tu.
Gua juga selalu membayangkan gua terjun dan pecah muka pecah badan.
Adakah itu namanya/ perasaannya orang GAYAT/VERTIGO?
18.12.12
BARU SEBENTAR TADI
Watak gua dalam mimpi malam tadi adalah menjadi seorang penggodam komputer yang kemudiannya diserang oleh tentera Jerman yang ingin membunuh setiap penggodam. Akibat letupan kuat, gua tercampak, tetapi tidak mati. Tapi gua kena buat-buat mati sebab Tentera Jerman tu check satu satu. Bila sampai dekat gua, dia menjerit 'Mayat ni tak stabil!!' sebab badan gua bergerak sikit (gua bernafas dengan sangat perlahan masa tu).
Dia pijak kepala gua, kemudian campak gua dan yang lain yang masih hidup ke dalam satu bilik rupa macam wad hospital.
Sorang-sorang dipanggil keluar untuk dibunuh dan torture. Bila sampai part gua, gua disuruh buat 'starjump' kemudian menari dengan beberapa tentera jerman wanita yang agak cun jugak, sambil yang lain mengelilingi gua bertepuk tangan.
Dia punya debor tu sampai gua terbangun lewat hari ni. Dah bangun pun jantung dup dap dup dap. Badan pun berpeluh sebab kena buat 'starjump' dalam mimpi.
Bahaya jugak hidup zaman perang dunia ni.
17.12.12
PERIHAL MENGAJI
Masa gua dalam darjah 4-5 dulu, abah gua dah kurang ajar gua mengaji di rumah. Entah dia dah fed up kot dengan gua ni. Benak sangat. Jadi dia hantar gua ke satu rumah pakcik ni belajar mengaji dengan dia.
Tempat gua mengaji ni sebenarnya bukan pangkat pakcik dah,tapi atuk dan nenek. Dua dua sekali ajar gua mengaji, kira pukal. Kalau atuk hari tu semput, nenek pulak take over. Begitulah.
Jarak antara rumah diorang dengan rumah gua ni pun boleh tahan jauh jugak. Selalunya gua bergerak mengaji dengan Sham Mazlan dan kakaknya naik basikal. Depan rumah atuk dan nenek tempat gua belajar mengaji tu pulak adalah rumah nenek kepada Sham Mazlan ni.
Kau tahu je la, kalau zaman gua dulu, pukul 4 petang hari Khamis adalah waktu yang paling goyang sekali. Pukul 4 ada cerita Suria Perkasa Hitam, 4.30 ada Gaban. Memang tak boleh tahan. Kalau hari rabu boleh tahan lagi. Setakat cerita Maskman ataupun Tomatoman. Tapi kalau ada Kickers pun goyang jugak.
Jadi gua dan Sham Mazlan selalu jugak la menipu sebab nak tengok tv. Dari rumah gua pecut naik basikal straight ke rumah atuk Sham. Kitorang cakap atuk tak sihat, dia suruh datang mengaji lambat sikit. Atau nak lagi power,cakap atuk suruh balik,dia laki bini semput.
Tapi masalah di rumah gua pula,bila abah gua balik kerja, dia akan check balik apa yang gua belajar mengaji petang tadi. Memang problem betul. Ini kalau gua tak betul betul belajar mengaji ni, alamat kena sesah la.
Jadi gua mengambil inisiatif menghafal dua tiga kerat ayat dalam surah. Lepas tu balik rumah, buat buat sebut kuat sikit bagi abah gua perasan. Nanti dia ingat gua betul la mengaji tadi.
Tapi kira gua mengaji jugak la kan?
16.12.12
BR1M
Baru kejap tadi dalam Tv3 najib bagitahu macam nak bagi BR1M 3.0. Dia up cerita ni masa dia datang Sabah. Seronok la orang Sabah ye. Tercengang cengang, gemuruh bunyi tepuk tangan.
BR1M pada gua adalah satu perkara yang bagus datang dari pihak kerajaan. Inisiatif yang menggembirakan banyak hati. Gua dulu pun pernah terima BR1M 1.0 dulu. Itu pun nasib je sebab gua berniaga masa tu. BR1M 2.0 ni macam harapan je,walaupun gua isi juga.kakaka.
Dari satu sudut, BR1M banyak membantu pada orang yang betul-betul perlu. Yang tiba-tiba anak minta nak beli baju sekolah baru sebab baju lama dah koyak sebab bergaduh ke, yang sulung minta cover set motor baru ke, yang kakak minta dibelikan ipod sebab nak mengasingkan diri ke. Lega sikit kepala mak bapak bila ada bantuan macam ni.
Tapi bila BR1M 2.0 belum dapat, kemudian diuar-uarkan ada BR1M 3.0 pulak, gua mula pandang semacam. Gua tenung je muka Najib dalam tv tu. Takde muka bersalah langsung muka dia.
Dia macam:
'cukup tak seringgit?'
'tak cukup aku up lagi'
'tak cukup lagi?haramjadah.aku up lagi'
'berapa pun aku boleh bagi,janji kau undi aku'
Macam tu la perasaan dia.Pada pandangan gua,itu politik wang. Pada gua la. Pandangan lu, lu punya hal la.
Lepas tu ada sambungan pertanyaan lagi:
"mana lagi bermanfaat, BR1M ke BERSIH?"
Ramai-ramai menyahut BR1M lebih penting.
Oh tuhan. Gua harap tak semudah itu kamu dibeli. Murah sangat. Dibeli dengan harga rm500/famili.
Murah sangat.
13.12.12
DEMI MALAYSIA
Yang mana tengah buat taking off,
Yang mana tengah berpanas di site,
Yang mana tengah kira duit di kaunter,
Yang mana tengah mencuri pen di kedai buku,
Yang mana tengah kupas bawang,
Yang mana tengah main Call Of Duty,
Yang mana tengah sibuk tukar tayar,
Yang mana tengah mengumpat,
Yang mana tengah basuh kereta bos,
Berhentilah sebentar bekerja,
Tumpulah mata dan rasa,
Soraklah,
Kerana negaramu ada perperangan malam ini,
Dan menang.
Demi MALAYSIA.
12.12.12
SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 7
Minggu yang sudah, Abah dengan Ma dengan Caca datang rumah gua. Diorang nak ke kenduri kawen jiran gua yang di KL nun. Lagipun diorang lama tak jumpa Finna. Dua malam dorang tidur dekat rumah gua. Huru-hara jugak gua, tak pernah terima tetamu kehormat sebelum ni.
Jadi, pada satu sarapan pagi, sambil-sambil tengah makan tu, tiba-tiba Abah gua up cerita pasal dia dengan Sultan Johor. Gua punya eksaited nak dengan, terus stop makan nasi lemak bungkus. Cerita dia macam ni :
(Sebelum itu, ini hanya penceritaan sahaja seperti yang dialami oleh Abah dan Atuk gua. Harap tiada sebarang penyataan berbau politik atau apa sahaja. Anggap ia seperti cerita biasa sahaja.)
"Satu hari tu Ex-Sultan Johor nak naik helikopter. Entah nak ke mana gua pun tak tahu. Tapi menurut cerita abah gua, dia nak try drive helikopter tu. Pilot tu mula-mula taknak bagi sebab bahaya gila. Tapi sebab dia kan Agung, jadi ada la lesen agung. Terpaksalah pilot tu beralah.
Abah gua masa tu mewakili pasukan bomba la. Kira macam untuk jaga keselamatan kalau ada apa-apa kejadian buruk yang berlaku dekat situ. Bila dia tengok Agung tu bawak helikopter terhuyung hayang, dengan lekas abah gua order anak buah dia roll out pipe bomba. Macam nak standby kalau-kalau helikopter tu terhempas ke, meletup ke. Kekeke.
Tapi nasib mungkin baik, helikopter tu dapat mendarat dengan selamat. Agung tu keluar dari helikopter sambil terbahak. bahak melihatkan pilot tu naik turun dada tahan nervous. Kemudian masa dia berjalan keluar tu, abah gua da di tepi, cuba memberi hormat, tapi lain pula dibalasnya.
"Buncit perut kau ni!" dia bagi sepam sambil berlalu macam takde apa-apa.
Dia tumbuk perut abah gua. Dia tumbuk perut rakyatnya.
Apa, ingat abah gua nak melawan? Jangan buat hal la.
++++++++++++++++++++++++++++++
Ada satu cerita lagi. tapi tentang atuk gua. Atuk gua ni dulu Polis. Ada kawan dia, juga seorang polis telah menyaman seorang rakyat Singapura berbangsa cina, tanpa mengetahui bahawa rakyat Singapura itu adalah kamceng kepada ex-sultan. Entah kenapa, rakyat Singapura tu tak puas hati. Dia pun pergi mengadu kepada sultan. Sultan arahkan bonzer-bonzer dia tangkap polis tu dan dikurung di satu bilik khas di istana. Gua tak tahu kenapa ex-sultan tu benci dengan polis sampai dia panggil polis adalah 'anjing' dan pegawai polis adalah 'bapak anjing'. Mungkin dia ada peristiwa dengan polis gua syak.
11.12.12
BARU SEBENTAR TADI
Gua tengah sarapan ni.
Sebelah table gua ni ada satu wanita dan satu lelaki.
Tengah berbincang macam nak bukak bisnes bersama. Partnership la ni.
Yang si wanita ni tengah mengaruk cerita tentang partner dia yang lama. Tak tengok kontrak la, action lambat la. Apa la.
Yang si lelaki ni sibuk nak convince si wanita ni.
"apa la partner lama awak tu"
"jangan risau,saya ni teliti orangnya"
"saya akan backup awak"
"saya masih simpan black and white yang awak beri"
"saya time kerja,kerja. Time main,saya main"
"saya ada prinsip"
Kekeke. Selamat maju jaya la Makcik. Jangan kena kelentong. Gua dah selalu jumpa orang macam ni.
Satu Meja
Dua Nyawa
Dua Tujuan
Satu Mangsa
Satu Pemangsa
Rambut Sama Hitam
Hati Lain-Lain
8.12.12
RAHASIA KECIL 4
6.12.12
RAHASIA KECIL 3
1997 jugak zaman gua selalu nyanyi lagu-lagu dari kumpulan 98 degrees untuk acara mandi petang di bilik air hostel. Kakakaka.
RAHASIA KECIL 2
Masa gua di Universiti dulu, gua pernah break up dengan satu makwe. Gua punya kecewa time tu, terus balik rumah nak pasang lagu. Mula-mula gua pilih pasang lagu Kru : Janji Tinggal Janji untuk melayan perasaan. Tak jalan.
Kemudian gua bukak pula lagu Fear Before The March Of Flames : On The Brightside She Could Choke.
Berjurai-jurai airmata gua time tu. Nangis semahunya. Cilake.
RAHASIA KECIL 1
Eksperimen pita detik |
Dulu masa gua sekolah teknik, gua ada kenal dengan satu makwe, tapi sekolah lain. Gua pernah tulis lagu Celine Dion : That's The Way It Is dekat atas PITA DETIK (ingat fizik?) yang gua curi di lab, masuk dalam sampul surat, kemudian pos ke rumah dia di Melaka.
Bila ingat balik, macam bangang sebenarnya tulis lagu atas pita detik ni. Kalau terputus pita detik tu, terputus la penceritaan gua.
5.12.12
MAKAN SEDAP
Nasi Ayam Gemas |
4.12.12
PENGALAMAN PERTAMA SAYA DAN MIRC
Gua ni dikira agak lambat juga mengenal dunia internet. Bukan macam budak zaman sekarang. Keluar dari perut je dah berperang dengan flash kamera. Pertama kali gua mengenal internet semasa gua berada di Tingkatan 4. Itu pun sebab gua fly dari asrama merayau tak tentu hala, singgah sekejap dekat cyber cafe di Plaza Hang Tuah Melaka. Kalau tak fly, lagi lambat la gua mengenal internet.
3.12.12
VIDEO ASKAR
30.11.12
29.11.12
DAFTAR KATA 1997-2004
LAPAF - LAPAR
MONGKAH - MAKAN
NGANDRUF - MENGANTUK
NOPOF - ROKOK
SUNIPAF SUMINGINADEL - ROKOK SURYA
DANHIO - DUNHILL
HONKEY - HISAP ROKOK
SPAZZO - SEBUAH BANGUNAN DI MELAKA
CAN HUNTER - PENGUTIP TIN YANG CEKAL
TANJ DUR- TANJUNG EMAS (TANJUNG DURIAN)
SI BODOH - ENCIK KUTIK
MENJUBIN - BERDATING
WONG- JAMMMING STUDIO
PELANGI - SNUKER
U.M - SNUKER
JOMJAMJOM - MARI BERJAMMING
SHIT DAMN IT - OMAK KAU
SNAP - NAP (TIDUR SEBENTAR)
NAIK GENTING - PERGI CAFE DI UITM BOTA
TENGOK ASTRO - ROUND-ROUND DI HOSTEL PEREMPUAN DI UITM BOTA
SITE SURVEY - SEKODENG MAKWE
SCANNING - MENGANALISIS KELAKUAN MAKWE
KASUT SENYUM - KASUT YANG TERKOPAK
MANGOSTEEN - MANGGA ( HANYA ADI ROSLAN )
PUNIPNIYE - KEDAI MAMAK DEKAT STADIUM (MUAR)
Perkataan Malas, Penat tak pernah wujud dalam daftar kata 1997 - 2004.
27.11.12
SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 6 (EDISI MALAYSIA-LAOS)
Masa gua kecil dulu, abah gua selalu cakap orang panggil dia Tiger. Orang panggil dia Tiger sebab dia garang atas padang. Masa dia start kerja dengan Bomba di KL, dia dah wakil main bola untuk dua kelab sekaligus. Pasukan Bola kelab Bomba dengan Pasukan Bola Wilayah. Abah gua cakap dalam team KL tu, dia sorang je Melayu, yang lain seeeeemua India. Tapi orang India semua suka dia sebab dia main berani.
PERIHAL KELAKUAN
Kalau manusia buat sesuatu itu namanya perbuatan
Kalau dia buat hari-hari itu namanya rutin
Kalau dia tak buat satu hari dia rasa lain macam itu namanya tabiat
Kalau tabiat yang sama ni dilakukan ramai-ramai itu namanya budaya
Kalau budaya ni diamalkan berpuluh, beratus tahun itu dah jadi tamadun
Kalau tiba-tiba pulak tamadun ini lenyap, itu dah jadi sejarah.
Kalau dah jadi sejarah, itu yang kau kena belajar.
Kalau kau belajar hari-hari itu namanya rutin
(OK, sambung balik yang atas tu)
*Kalau kau baca ni ulang-ulang, itu tandanya kau takde kerja.
-andieshak,2012
25.11.12
ADIK DAN BABAH 3
'ok babah' dia angguk
'promise?'
dia hulur jari kelingking dekat gua suruh gua celet.
'janji?'
dia hulur jari telunjuk pulak.
Ada beza ke promise dengan janji?
o_O
ADIK DAN BABAH 2
'babah, nanti kita breakfast, makan coco crunch, makan burger, makan sayur. Lepas tu kita pergi swim.'
'Ok,tapi esok adik kena pergi school tau'
Finna melalak taknak pergi school.
Ok,gua dah merosakkan hari minggu dia. Sorry dik. Kakaka.
23.11.12
ADIK DAN BABAH 1
Di dalam kereta, gua sedang makan aiskrim, sementara anak gua makan coklat.
Tiba-tiba anak gua sound:
'babah jangan sepah-sepah tau. Nanti terabur. Kalau terabur nanti tak boleh makan. Nanti mama cu...?'
'Bit...' gua jawab.
Ni siapa yang selalu sepah ni? Gua ke dia?
SIRI BERCAKAP DENGAN GAMBAR 3
Gua dan AbeCop semasa Jambori dekat Minyak Beku, Batu Pahat. Masa tu gua QM (Quarter Master), sekarang QAQC. panjang sikit. |
On de way nak pergi Jambori. Dalam bas brader Azam Mesra |
Gua dengan posing konon-konon sempoi masa di Sekolah Teknik dulu. Sebenarnya nak tunjuk gua kurus boleh cangkung macam tu. |
Gua di Argentina semasa menyertai sukan Lompat Kijang suatu masa dulu. |
22.11.12
GUA DAN 'YUSOF HASLAM' DALAM DIRI GUA
SIRI BERCAKAP DENGAN GAMBAR 2
21.11.12
ROTI CANAI
20.11.12
GUA, KERIS DAN RUMAH KAYU
Muzium Horror |
Memang menakutkan gua (dan anak gua) bila masuk je muzium tu, gua terjumpa ada sekelompok manusia tengah buat upacara 'muntah batu'. gua pun tak pasti nama upacara tu. Ini pun sebab gua tanya ada brader dekat sebelah gua. Dalam upacara tu, ada la satu pakcik duduk baca doa, munajat semua la. Gua yang nak tengok pun rasa segan sebab masa tu pakai seluar jeans koyak lutut. Mana la gua bajet dekat muzium ada mende gini!
Brader baju hitam tu yang muntahkan batu |
Mesin mencuci keris. Brader tu kata orang dulu cuci keris pakai jari, tak luka. The power of Brader. |
Agak-agak bila gua boleh buat rumah macam ni? |
Ok sebenarnya masa masuk rumah ni, gua takut nak pandang atas. gua teringat segmen Serramm! setiap malam jumaat dekat tv3. Cilake betul. |
That's why i love you, rumah kayu. |
Lepas semua tu, gua pergi masuk muzium setem yang ada dekat situ jugak. Ada la macam-macam setem. Yang paling gua suka setem gambar Perdita Zaaba masa remaja dia. Ada background rehal dengan papan batu untuk menulis. Papan batu tu rupa dia sebijik macam iPad. Real, real !
Pendita Zaaba dan iPad Mini |
Ok, lepas tu gua balik, gua pergi tesco, gua pergi tasik. cerita seram hantu atas alang pun gua dah lupa.
19.11.12
MALAYSIAN
Rakyat Malaysia ni hidup harmoni, berbilang kaum, kadang kala bercakaran. Tapi biasalah macam adik beradik. Sedang lidah lagi tergigit.Macam hipster dengan jeans ketat, Jamal Raslan kata.
Rakyat Malaysia ni peramah,tinggi budi bahasa,sopan santun walau kadang kala kita jumpa orang meludah sana sini di tepi jalan.
Dekat Malaysia ni ada banyak raya. Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya India. Kadang-kadang tu raya pun boleh combine. DeepaRaya. GongXiRaya. Yang terbaru Halloween campur dengan Raya Haji. Mana kau nak jumpa Hari Raya boleh combine macam dekat Malaysia?
Malaysia ni ada banyak musim. Tak macam dekat Eropah sana. Dekat sini ada musim tengkujuh,musim kemarau,musim buah,musim bola menang,musim badminton menang,musim fixi,musim piala dunia.musim boikot McD pun ada. Benda ni sekejap-sekejap je. Orang putih pun tahu benda ni. Diorang pun gelak-gelak je. Diorang tahu rakyat Malaysia serius-serius manja je. Esok lusa baik la tu.
Tapi macam mana buruk pun Malaysia,
Aku Malaysia, kau Malaysia, kita Malaysia, Rajagobal Malaysia, Rosmah Malaysia, Nik Aziz Malaysia, Jimmy Palikat Malaysia, Najib 1Malaysia. Walau macam mana pun, kita kena juga la jaga tempat kita ni. Kalau tak jaga, siapa nak jaga? Israel?
Malaysia best!
BARU SEBENTAR TADI
Ini real story.
Di trafik light,gua berada di barisan hadapan sekali.
Lampu menyala hijau. Gua masuk gear D. Tiba-tiba kereta Pajero sebelah gua menahan gua. Dia keluar dari kereta sambil bercakap dengan gua,gua buka tingkap kereta.
Dia kata bawah kereta gua ada seekor anak kucing yang kebasahan,panik berlari lari di atas jalan raya yang sibuk.
Gua pun ikut turun halau kucing yang ketakutan tu. Last last brader tu letak anak kucing tu di tepi jalan. Nasib baik semua trafik tak hon hon. Semua nampak kucing tu kot.
Gua ucap terima kasih pada brader tu. Kemudian gua nampak banyak bungkusan McD. Spontan gua tanya:
"pergi mcd ke tadi bang?"
"mesti la pergi.free kan.."
gua senyum je sambil sambung perjalanan.
Tak perlu taksub pun untuk tunjuk perasaan kemanusiaan.
17.11.12
BRADER YAKIN
Selain dari kerja-kerja fotostat ni, gua juga ada sediakan beberapa bijik pc untuk disewakan. Untuk main fesbuk ke, download lagu ke,main game ke lantak la.
Tapi kalau bukak porno gua terus block dari kaunter. Mesti diorang terpinga-pinga nampak cursor bergerak sendiri ke tanda X dekat belah atas kanan window. Kakaka.
++++++++++++++++++++++++++
Tengahari tu pelanggan macam biasa dia punya ramai. Masing-masing balik sekolah ada saja benda nak di update di fesbuk. Cerita makan dekat kantin tak sedap la, cerita dapat pakwe baru la, cerita cikgu jual Alpha Lipid pun ada. Kemudian, ada satu brader bergaya yakin, lingkungan dalam 40an masuk ke kedai gua. Dia nak sewa pc gua sejam. Setelah selesai,dia pun duduk la di pc yang ditetapkan.
Gua tengok brader ni memang yakin dia punya gaya. Baju bergosok masuk dalam seluar. Seluar kain licin. Pakai kasut karipap. Rupa macam dalam iklan usahawan internet yang jual bantal kekabu. Ada rupa usahawan.
Tengah semua suasana sepi tu (semua pc dibekalkan headphone), tiba-tiba gua diterkujatkan dengan satu bunyi yang kuat. Prakk!! Gua toleh je ke kiri, gua nampak brader gaya yakin tu dah terduduk atas lantai. Kerusi plastik yang dia duduk tu patah kaki dia. Dia punya kerusi yang patah tu sampai termasuk bawah meja sebelah. Real,real!
Dengan muka dah merah, bontot dah sakit, mamat tu terus bangun laju-laju ambil kerusi lain terus duduk balik. Buat macam tak ada apa-apa. Buat macam dalam kedai tu ada dia dan gua je.
Dalam kedai tu ada la dekat 16 orang. Sorang ada dua bijik mata. Jadi 2 x 16 = 32 bijik mata jadi saksi. Itu jam gua dah tak nak tengok muka dia lagi dah. Mata dah berair gila nak tahan gelak. Ok benda yang paling seksa adalah menahan gelak. Ada dua tiga budak yang tahan gelak. Tangan masing-masing dah tekup mulut dah. Berair jugak la mata. Yang terus bayar dan keluar kedai, lepas tu gelak kuat gila dekat luar pun ada jugak.
************************
Kes kerusi patah ni ada la 2-3 kali jugak jadi dekat customer lain. Semua jenis ulat nangka,tak reti duduk diam. Tak lama lepas tu, barulah gua ambil inisiatif beli kerusi lain yang kuat sikit. Bongok.
14.11.12
HAMID JAGA
CENTRE OF ATTRACTION
12.11.12
MACAM MANA NAK SURVIVE DI HUTAN BATU (PART 2)
HEBOR-HEBOR
Dekayt Shah Alam ni takde wayang. Nak tengok kena pergi Klang. Tak jauh, 15 minit sampai dah Aeon Bukit Raja. Yang mana kaki futsal, ada banyak court dekat SS 16. Dekat dalam kawasan kilang. Kalau nak power sikit, main dekat PJ. Nak jogging, pergi la Tasik Shah Alam. Gua pernah jogging dekat sini. Tobat dah tak jogging lagi. Track panjang gila. Tapi kalau semua tu mahal, pergi saja main bola petang-petang dekat SS7. Ada padang kecil dekat situ. Boleh la main bola. Tapi kena join budak-budak situ la. I-City? Depan mata je. Tapi zaman gua dulu, i City tu takde lagi. Kawasan kosong je.
Masa gua belajar dulu, gua dan rakan ada aktiviti yang best jugak la. Ghost Hunting. Ini adalah aktiviti yang paling gua suka dan gua tak pernah buat sebelum ni. Selalunya kitorang pergi malam minggu la. Kadang-kadang weekdays pun langgar jugak. Highland Tower dah tiga kali pergi, 1 kali panjat sampai atas, collect barang-barang tinggal dekat situ. Seram jugak mula-mula. Kemudian Kubur Cina dekat Sekolah Alan Smith. Dekat situ busuk siak. Kemudian rumah tinggal dekat Titiwangsa, Pokerface boleh kaki termasuk lubang, terseliuh. Kemudian rumah tinggal SS12. Rumah yang masuk dalam Seekers tu. Dang yang paling altimate sekali adalah Hospital Cheras. Pernah tengok cerita Kingdom Hospital? Macam tu la Hospital Cheras waktu malam. Memang seram nak mampus. File sepah-sepah. Ubat pun berterabur. Bilik mayant dia memang seram.
Itu hanya sebahagian guide yang dapat gua bagi. Kalau nak tahu banyak lagi, kena la explore sendiri, baru real!
Apasal la gua menulis cerita ni macam buat promosi ni.?
9.11.12
MACAM MANA NAK SURVIVE DI HUTAN BATU (PART 1)
"Dulu kau duduk Bota boleh la survive. Duduk dekat hostel.Makan tanggung. Takde transport takpe. Semua senang"