setegram

Instagram

20.11.12

GUA, KERIS DAN RUMAH KAYU

 Gua rasa gua ni termasuk dalam kategori museum hunter. Semua tempat gua pergi, muzium mesti termasuk dalam to-be-visit list gua. Dan yang bestnya, puan bini pun berkongsi minat yang sama. Anak gua tak tahu la pulak. Dah banyak muzium gua redah, macam-macam pameran yang gua pergi. Dan gua rasa, pengalaman muzium gua yang kali ini adalah muzium yang paling seram gua masuk dan mistikal.

Pagi ahad hari tu (17 Nov) , puan bini ajak gua ke muzium negeri, Nogori Sombilan. Memandangkan tak berapa jauh sangat, gua on je. Lagipun takde apa program nak dibuat hari tu. Lepas siap-siap semua, lepas zohor kitorang pun lincah ke Muzium. Ada la 12km dari rumah.

Sampai dekat sana, rupanya ada pameran keris sedang berlangsung. Bermula 11 Nov. Macam best.


Muzium Horror

Memang menakutkan gua (dan anak gua) bila masuk je muzium tu, gua terjumpa ada sekelompok manusia tengah buat upacara 'muntah batu'. gua pun tak pasti nama upacara tu. Ini pun sebab gua tanya ada brader dekat sebelah gua. Dalam upacara tu, ada la satu pakcik duduk baca doa, munajat semua la. Gua yang nak tengok pun rasa segan sebab masa tu pakai seluar jeans koyak lutut. Mana la gua bajet dekat muzium ada mende gini!

Tapi sesungguhnya memang real la bila gua sendiri nampak pakcik tu muntahkan batu permata dekat tapak tangan peserta tu. Ini betul punya mistik ni. Anak gua dah merengek nak balik. Kakaka.


Brader baju hitam tu yang muntahkan batu


Kemudian gua tengok keris,tengok barang-barang mistik macam kulit kerbau balau, kulit kerbau tundan (??), kepala kerbau, ikan duyung. Penjaga muzium kata penanggal, hantu pocong, langsuir, toyol pun ada tapi tak keluarkan sebab takde ruang. Mende!

Dekat situ ada satu keris yang dikatakan keris Taming Sari. Dia tulis dekat situ 'Keris Mirip Keris Taming Sari - Keris Sang Mulia'. Organizer cakap itulah sebenarnya keris Taming Sari, tapi tak boleh tulis sebab nanti Sultan Perak marah. Dia kata jugak kalau pegang keris ni, badan jadi kebal. Nak tengok bunian pun boleh kalau pakai keris ni. Gua mana la tahu sangat pasal keris mengeris ni. Dengar je la. Anak gua pulak dah buat onar cuit lembing sana-sini.


Mesin mencuci keris. Brader tu kata orang dulu cuci keris pakai jari, tak luka. The power of Brader.



Lepas tu gua pergi pula ke bangunan sebelah, Istana Ampang Tinggi. Selepas baca sikit description blablablabla, gua mpun masuk. Masuk rumah kayu memang pengalaman yang best bagi gua. Dari dulu gua memang suka betul dengan rumah kayu. Dia punya feel lain.


Agak-agak bila gua boleh buat rumah macam ni?




Ok sebenarnya masa masuk rumah ni, gua takut nak pandang atas. gua teringat segmen Serramm! setiap malam jumaat dekat tv3. Cilake betul.



That's why i love you, rumah kayu.

Lepas semua tu, gua pergi masuk muzium setem yang ada dekat situ jugak. Ada la macam-macam setem. Yang paling gua suka setem gambar Perdita Zaaba masa remaja dia. Ada background rehal dengan papan batu untuk menulis. Papan batu tu rupa dia sebijik macam iPad. Real, real !


Pendita Zaaba dan iPad Mini

Ok, lepas tu gua balik, gua pergi tesco, gua pergi tasik. cerita seram hantu atas alang pun gua dah lupa.




2 ulasan:

  1. perghh aden yang duk senawang pun tak pernah pegi museum ni, kek mano ni?

    baru jadi follower blog ko adib, follow la aii balik. warghh warghh warghh

    BalasPadam
  2. Dekat seremban 2 sebelah pintu masuk tol.

    Ok la gua follow lu cucuk angin.haha

    BalasPadam