setegram

Instagram

4.12.12

PENGALAMAN PERTAMA SAYA DAN MIRC





Gua ni dikira agak lambat juga mengenal dunia internet. Bukan macam budak zaman sekarang. Keluar dari perut je dah berperang dengan flash kamera. Pertama kali gua mengenal internet semasa gua berada di Tingkatan 4. Itu pun sebab gua fly dari asrama merayau tak tentu hala, singgah sekejap dekat cyber cafe di Plaza Hang Tuah Melaka. Kalau tak fly, lagi lambat la gua mengenal internet.

Perasaan nak masuk kedai internet tu bercampur-campur. Antara perasaan nak mencuba dengan perasaan ego, takut kena gelak sebab tak pandai guna internet. Tapi sebab yang lain dah masuk, gua pun join la. Gua masuk kedai tu, tulis nama dekat buku log di kaunter ( dulu kena tulis nama, waktu masuk : kira manual), kemudian gua ambil satu seat dan komputer.

Duduk.
On komputer.
Tunggu.
Tengok je komputer tu.

Gua tak tahu nak buat apa!! Kakaka. Gua pun terbelek-belek cari Microsoft Word dan program kegemaran gua dulu, Microsoft Paint. Mungkin brader kaunter tu tengok gua macam dungu je, dia pun bantu gua.

"Adik tak pernah guna internet ke?"
"Tak"
"Nak belajar guna MIRC?"
"Ok"


Klik! Klik!
"Ok tekan sini. Lepas tu sini.Tunggu kejap..ok, masuk sini.. Ok?"

Klik!Klik!
Gua mengikut je arahan dia.

Gua masuk satu channel. Nama dia #Kampung. Brader tu kata dalam channel ni ramai makwe. Pilih la nak yang mana.

Gua klik satu nama.

Klik!

Gua taip. 'Assalamualaikum'. Yakin betul gua makwe tu orang Islam.

Tunggu.
Tunggu.
Sabar...

Dah dekat 2 minit, gua pergi dekat brader kaunter tu balik.

"Bang, takde balas pun?Rosak ke?"
"Kakaka. Adik ingat dia tengah chat dengan adik sorang je ke?"

Benda pertama gua dapat tahu tentang kecurangan perempuan di internet.

Ok, gua pun ikut menjadi curang lepas tu. Gua klik banyak nama makwe dekat situ. Semua gua bagi assalamualaikum. Tapi semua senyap. Memang real punya curang perempuan-perempuan dekat #Kampung  ni, fikir gua.

Tiba-tiba satu nama yang gua mesej tadi up. Bing!

"ASL?"

Dengan penuh senyuman gua taip " Saya berasal dari Johor. Awak?"

Enter!

Bing! Cepat betul dia reply.

"First time ke? Ok GTG."



Gua terpinga-pinga. Bertambah dungu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan