setegram

Instagram

20.12.12

TENTANG LAINES



Ini hanyalah pandangan gua. Dan gua tak nak kaitkan dia dengan apa-apa saja unsur politik. Kita fikir sebagai orang biasa. Kau orang semua kena ambil tahu, walaupun jauh dari rumah kau. Tak guna makan vitamin C, protein, supplement semua kalau badan terkena radiasi.

Lihat situasi ini:

1) Laines dibenarkan berurusan di Bumi Malaysia secara sah.
2) Suratkhabar menunjukkan beberapa orang sedang memegang nadir bumi tanda Laines ini selamat.
3) Sebenarnya yang dikhuatiri bukanlah nadir bumi, tapi sisa toksik hasil pemprosesan.
4) Tiada dalam perjanjian Laines mengenai cara untuk menghandle sisa toksik ini.
5) Pihak tertentu lantas menangkis persoalan tersebut. Sisa toksik akan dikeluarkan dari Malaysia. Wajib.
6) Pihak tertentu berjanji sekiranya berlaku tumpahan, lesen Laines boleh ditarik serta merta.

Lihat situasi ini pula :

1) Kau duduk di rumah teres.
2) Tong sampah kau terletak di dapur rumah
3) Bila sampah dah penuh, kau kena ikat, keluarkan dari tong dan angkat sampah tu bawa ke depan rumah.
4) Tong sampah di luar rumah akan dibersihkan oleh lori sampah .
5) Buang sampah ni dah jadi rutin kau. Dari kau berumur 7 tahun sampai la sekarang ni 30 tahun.


ok soalan:

1) Pernah tak dalam 23 tahun kau buang sampah tu, ada tertitis air sampah atas lantai ke, atas carpet ke?
2) Kalau pernah, apa kau buat? lap sampai hilang bukti atau biarkan saja?
3) Bila dah tumpah tu, kau beritahu ke mak kau?

Ok semua. Renung renungkan dan selamat beramal.....!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan