setegram

Instagram

17.12.12

PERIHAL MENGAJI

Masa gua dalam darjah 4-5 dulu, abah gua dah kurang ajar gua mengaji di rumah. Entah dia dah fed up kot dengan gua ni. Benak sangat. Jadi dia hantar gua ke satu rumah pakcik ni belajar mengaji dengan dia.

Tempat gua mengaji ni sebenarnya bukan pangkat pakcik dah,tapi atuk dan nenek. Dua dua sekali ajar gua mengaji, kira pukal. Kalau atuk hari tu semput, nenek pulak take over. Begitulah.

Jarak antara rumah diorang dengan rumah gua ni pun boleh tahan jauh jugak. Selalunya gua bergerak mengaji dengan Sham Mazlan dan kakaknya naik basikal. Depan rumah atuk dan nenek tempat gua belajar mengaji tu pulak adalah rumah nenek kepada Sham Mazlan ni.

Kau tahu je la, kalau zaman gua dulu, pukul 4 petang hari Khamis adalah waktu yang paling goyang sekali. Pukul 4 ada cerita Suria Perkasa Hitam, 4.30 ada Gaban. Memang tak boleh tahan. Kalau hari rabu boleh tahan lagi. Setakat cerita Maskman ataupun Tomatoman. Tapi kalau ada Kickers pun goyang jugak.

Jadi gua dan Sham Mazlan selalu jugak la menipu sebab nak tengok tv. Dari rumah gua pecut naik basikal straight ke rumah atuk Sham. Kitorang cakap atuk tak sihat, dia suruh datang mengaji lambat sikit. Atau nak lagi power,cakap atuk suruh balik,dia laki bini semput.

Tapi masalah di rumah gua pula,bila abah gua balik kerja, dia akan check balik apa yang gua belajar mengaji petang tadi. Memang problem betul. Ini kalau gua tak betul betul belajar mengaji ni, alamat kena sesah la.

Jadi gua mengambil inisiatif menghafal dua tiga kerat ayat dalam surah. Lepas tu balik rumah, buat buat sebut kuat sikit bagi abah gua perasan. Nanti dia ingat gua betul la mengaji tadi.

Tapi kira gua mengaji jugak la kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan