"Dulu kau duduk Bota boleh la survive. Duduk dekat hostel.Makan tanggung. Takde transport takpe. Semua senang"
……
Ok, member gua yang belajar di Shah Alam cakap
macam tu dekat gua. Masa tu gua masih diploma di Bota. Memang senang banyak
pun. Takat duit ada 10 ringgit dalam wallet rilek lagi. Makan safe lagi. Boleh
pergi Ipoh pulak.
Bila masuk degree, gua dapat dekat Shah Alam
pulak. Terus gua teringat cakap-cakap member gua masa tu. Tapi nasib baik la
gua berjaya juga menyevaivkan diri gua.
Dan dekat sini gua nak bagi beberapa tips untuk
survive dekat bandar yang tak berapa bandar, Shah Alam. Semua ni adalah
berdasarkan pengalaman gua dan rakan-rakan sendiri. Mana tau kan ada
student-student yang lepas ni kena duduk Shah Alam ke, boleh la baca-baca dulu
sebelum ambik keputusan nak sambung belajar ke nak berenti.
______________________________________________
SHAH ALAM ITSELF:
Bandar yang penuh dengan student. Pusing kiri
student. Pusing kanan student. Lepak mamak semua student. Lepak kopitiam
student. Kerja pizza semua student. GRO student. Bila cuti sem je, jadi bandar
mati. Jalan lengang. Ada la nampak dua tiga kerat student yang derhaka taknak
balik kampung (samada budak Sabah/Sarawak atau memang taknak balik, macam gua).
Bandar sebelah dia adalah Klang. Betul-betul
sebelah.Shah Alam takde wayang. nak tengok kena pergi Bukit Raja,Kalau pandai
explore boleh jumpa banyak tempat makan yang murah dan sedap. Hal bukak peta
baru ni kena tanya member gua, Toyol. Dia memang hafal betul semua jalan cilok.
Dia pernah jadi GPS gua dulu. Gua letak dekat dashboard kereta. Kakaka.Bandar
sebelah lagi sikit adalah Petaling Jaya. Pernah jadi pusat jamming gua (gua
jamming di rumah Mokhtar Seven Collar T Shirt). Makan DI PJ pun boleh tahan sedap,
tapi harga ada up sikit la.
Ada masjid besar gila.Takkan tak kenal kot.
Shopping komplek pun ada banyak dekat sini. Dari yang canggih kepada yang macam
hapa macam PKNS tu. Pejabat kerajaan pun banyak dekat sini.
Jangan risau kalau sesat di Shah Alam. Beri masa
pada diri selama 3 hari waktu bekerja untuk belajar jalan di Shah Alam ni.
Senang nak mampos. Kalau tengok dari atas awan, semua jalan di Shah Alam macam
grid system. Semua akan berhubung dengan roundabout je. Kalau sesat, patah
balik. Lagipun signboard insyaallah membantu.
Ok sekarang gua nak cerita macam mana nak
survive dari pengalaman gua lah.
*DISCLAIMER : Ini semua adalah berdasarkan
pengalaman pada tahun 2004-2006. Jangan ambil bulat-bulat, terutamanya pasal
harga. Wah serius..
RUMAH SEWA
Rumah sewa dekat shah alam ni memang gila babeng
mahal lah. Tempat student, mana-mana memang macam tu la. Masa zaman gua dulu
(2005) Seksyen 7, rumah flat yang sesak gila tu, tingkat paling atas sekali pun
dah 700.00. Ok, seksyen 7 adalah kejiranan yang paling dekat sekali dengan gate
belakang Uitm. Sebab tu mahal. Orang ramai dekat situ ya rabbi. Parking kereta
di situ adalah secara double parking. Sila jangan tarik handbrake kereta bila
parking, kalau taknak kereta kena calar.Atau ada sampah atas bumbung kereta.
Gua dan rakan-rakan tinggal di Padang Jawa, satu
lagi pertempatan yang dekat dengan Uitm. Menghala ke Klang. Kawasan dekat situ
macam kampung sikit la. Macam Brooklyn orang kata. Sewa dekat sini pun mahal la
jugak. Tapi murah sikit je la dari seksyen-seksyen lain.
Gua menyewa satu rumah dua tingkat. Dekat situ
gua duduk 13 orang ramai-ramai, sebab sewa dia 1300.00. Jadi semua tidur
berdiri.Haha. takde la. Boleh tidur macam biasa. Tapi dah duduk ramai ramai,
sesak la nafas.
Kemudian semester berikutnya, gua pindah ke
Apartment Puteri, sebelah je dengan rumah sewa lama gua. Tingkat 3. Sewa di
situ hanya 600.00. Duduk 6/7 orang. Ok la sikit dari rumah lama. Jiran gua masa
tu adalah Kamarudin Mape, pembaca berita Buletin Utama. Macam best pulak bila
petang nampak dia dekat rumah, malam nampak dia dekat tv. Kalau petang dia muka
macam taik je, maknanya malam nanti memang banyak la silap dia baca dekat
berita.
Tempat lain pun ada macam member gua menyewa di
Bukit Raja. Apartment siap ada swimming pool lagi. Sewa 700 jugak gua rasa.
Tapi jauh sikit la. Kena tempuh jam lagi. Ataupun bayar tol.
KEMUDAHAN RUNCIT
Kedai apa kau nak, Kedai India, Kedai Cina,
Kedai Aceh, Melayu semua ada dekat sini. 7E bersepah sepah. Kalau ke seksyen
13, ada giant, tesco extra. Bila masuk bulan Ramadhan, ada Bazar Ramadhan dekat
stadium tu besar ya rabbi. Boleh batal pose gamaknya kalau round semua. Program
Ketuk-ketuk Ramadhan, Krew TV3 semua shot dekat sini. Tapi pada gua, kedai aceh
dekat Padang Jawa paling power. Buka 24 jam. Tak payah 7E. mahal.
MAKAN
Mamak adalah banyak gila di Shah Alam.
Sebelah-sebelah je. Semua ada skrin besar. Bila hujung minggu, dah macam
stadium. Sampai takde seat. Seksyen 2 dekat tasik pulak ada Kedai Kopi yang
kopi dia RM 1 sahaja (2005). Seksyen 3 pula ada gerai sementara yang terletak
depan kedai akuarium (tak tahu sekarang ada ke tak). Kedai paling depan ada
jual Nasi Goreng Student (Ala-ala Nasi Goreng USA). RM 3 je gua rasa. Tapi kena
buat gaya student la baru dapat murah. ABC dekat situ memang superb. Kalu di
Padang jawa, sila makan di Kedai Wak Bakri. Nasi campur dia murah dan sedap
gila. Ok mengaku je la, masakan Indonesia memang sedap. Bila waktu malam, ada
Burger Kulaan depan Apartment. Sebelah dia ada Kedai Nasi Ayam. Gua panggil
Kedai Abang Belang. Sebab dia pakai baju belang yang sama tiap-tiap hari. Tapi
nasi goring ayam dia memang superb. Hari Selasa ada pasar malam kecil di hujung
jalan Padang Jawa. Yong Tau Foo for the win!
Kalu rajin jalan lagi, boleh jumpa Nasi Telur
Berlada di Klang. Kampung apa tak ingat pulak gua. Sedap gila. Bulan puasa
selalu dia masuk Bazar dekat Seksyen 17.
Kedai Nasi Ayam Pak Mal di SS11 dilupa jangan.
BERSAMBUNG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan