setegram

Instagram

12.11.12

MACAM MANA NAK SURVIVE DI HUTAN BATU (PART 2)

Ok selepas puas perah otak, dekat sini ada beberapa panduan lagi macam mana lu nak manyedapkan diri dengan perbelanjaan yang minimum.

TRANSPORTATION

Dulu, bas mini banyak la dekat sini. Tapi gua tak sempat nak naik. Dah kena haram. Orang cakap bas mini dulu dekat sini bawak macam setan. Tak tahu la.

Public transport takde masalah dekat sini. Komuter, bas, teksi semua ada pada asasnya la. Tapi kalau jadi student ni, kalau takde motor atau kereta dah rasa macam takde telur pulak. Duduk je dekat rumah. Kakaka. Ok, motor menjadi hampir wajib kalau nak round2 dekat sini. Kereta? Susah sikit la. Parking dalam Uitm tu je dah limited. Nak tempuh jem lagi. Disebabkan gua duduk di Padang Jawa, gua memang prefer motor la. Senang sikit. Lagipun Padang Jawa ni banyak jalan cilok. Jalan belakang boleh tembus SS 17, ikut sekolah pendidikan khas tu. kalu naik kereta memang kena ikut depan la.

Tapi kadag-kadang kereta kena ada jugak, in case kalau nak ghost hunting. Itu gua cerita nanti.


HEBOR-HEBOR

Dekayt Shah Alam ni takde wayang. Nak tengok kena pergi Klang. Tak jauh, 15 minit sampai dah Aeon Bukit Raja. Yang mana kaki futsal, ada banyak court dekat SS 16. Dekat dalam kawasan kilang. Kalau nak power sikit, main dekat PJ. Nak jogging, pergi la Tasik Shah Alam. Gua pernah jogging dekat sini. Tobat dah tak jogging lagi. Track panjang gila. Tapi kalau semua tu mahal, pergi saja main bola petang-petang dekat SS7. Ada padang kecil dekat situ. Boleh la main bola. Tapi kena join budak-budak situ la. I-City? Depan mata je. Tapi zaman gua dulu, i City tu takde lagi. Kawasan kosong je.

AKTIVITI LAIN

Masa gua belajar dulu, gua dan rakan ada aktiviti yang best jugak la. Ghost Hunting. Ini adalah aktiviti yang paling gua suka dan gua tak pernah buat sebelum ni. Selalunya kitorang pergi malam minggu la. Kadang-kadang weekdays pun langgar jugak. Highland Tower dah tiga kali pergi, 1 kali panjat sampai atas, collect barang-barang tinggal dekat situ. Seram jugak mula-mula. Kemudian Kubur Cina dekat Sekolah Alan Smith. Dekat situ busuk siak. Kemudian rumah tinggal dekat Titiwangsa, Pokerface boleh kaki termasuk lubang, terseliuh. Kemudian rumah tinggal SS12. Rumah yang masuk dalam Seekers tu. Dang yang paling altimate sekali adalah Hospital Cheras. Pernah tengok cerita Kingdom Hospital? Macam tu la Hospital Cheras waktu malam. Memang seram nak mampus. File sepah-sepah. Ubat pun berterabur. Bilik mayant dia memang seram.

Itu hanya sebahagian guide yang dapat gua bagi. Kalau nak tahu banyak lagi, kena la explore sendiri, baru real!



Apasal la gua menulis cerita ni macam buat promosi ni.?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan