Abah gua ada banyak motor. Dia memang suka motor gamaknya. Motor dia semuanya jenama Honda. Dua je dari jenama Modenas. Dari motor Honda bulat, Honda motor perang double ekzos, Honda Wave sampai 2 bijik.Entah apa minat sampai beli 2 kali tah.
Motor pertama abah selepas dia kahwin adalah motor Honda c70. Motor tu warna kelabu. Plat nombor WQ 1712. Lama dia pakai motor tu sebelum dia jual dan beli motor lain.
Dia memang sayang betul dengan Honda 'Bullet' tu. Dari bekerja di Balai Muar, abah kena transfer pula ke Bandar Melaka. Memang gila kalau gua bayangkan abah naik motor Honda Cup c70, 3 gear, ulang alik Muar-Melaka. Sebelum dia ke tempat kerja, kadang-kadang dia kena hantar gua dan adik ke sekolah. Naiklah kami bertiga atas motor tu. Gua yang duduk di belakang sekali hanya berpaut pada tali pinggang abah je, di samping membaca ayat-ayat lazim, minta diselamatkan perjalanan.
Al kisah, dalam satu petang. Gua nak ke sekolah agama. Selepas bersiap, gua naik la motor dengan abah. Dia hantar gua ke sekolah hari tu. Sebelum naik motor, gua sempat pesan :
'abah,nanti sebelum sampai sekolah, singgah dulu kedai aji eh, nak beli ubat pistol'
'balik sekolah kan boleh beli nanti. Nak buat apa bawak ubat pistol pergi sekolah..' Abah counter balik.
Tapi setelah dia tengok gua buat muka emo core, dia pun beralah la.
........
Tak sampai 5 minit, kami pun sampai kedai aji. Gua lompat turun dari motor, terus lari masuk kedai aji. Lepas belek2 lebih kurang, gua angkat satu paket ubat pistol. Lepas tu gua terus tuju je abah yang menunggu di luar kedai.
'Dah.Jom.' Sound gua.
Gua lompat atas motor. Abah pulas handle motor...
PRENNG!! KPAK!! KEBUSH!!
Apa badi entah, tiba-tiba motor tu macam melompat. Abah macam buat willy. Gua dekat belakang darah dah kering dah. Gua peluk abah kuat2. Lepas tayar depan di udara dalam 2 saat, ia jatuh terhempas ke tanah,lepas tu motor tu terus menggila. Gua kalau dah hafal surah masa tu, memang gua baca kuat2 punya la.
Kami terbalik atas jalan raya. Kepala gua ngam-ngam masuk bawah kereta. Nasib baik kereta tu tak laju dan sempat berhenti. Abah pulak terhempap motor. Gua di belakang, kaki sebelah tersepit pada motor yang jatuh tu.
Orang ramai datang menolong. Abah cepat-cepat periksa gua. Bila dia tengok gua rilek je,dia angkat gua perlahan lahan. Jam tu, ubat pistol gua tak lepas,masih dalam tangan.Kemas.
Kemudian, datang kawan abah,Majid Duku namanya. Dia offer nak hantar gua pulang ke rumah. Kami setuju. Dia hantar gua pulang ke rumah naik motor dia. Lain benor rasanya naik motor dengan orang lain. Selalu gua peluk abah. Yang ni gemuk dia kurang sikit.Tak best.
Dalam perjalanan pulang tu, bila dah terkena angin, baru gua rasa pedih di kaki gua. Gua belek belek, seluar sekolah gua dah koyak rupanya di bahagian kaki. Rupanya masa motor tu terbalik, tayar belakang terus berpusing dan tersagat sekali kulit pada tulang keting gua. Sampai la ni parut tu ada lagi. Memang pedih.
Bila dah besar nih.kadang-kadang gua terpandang parut pada kaki tu, gua teringat peristiwa tu dengan abah. Nak ketawa pun ada. Tapi nasib baiklah semua selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan