Masa gua semester 4 di Bota dulu, kami tinggal di blok baru. Blok tu turut dihuni oleh budak course Arkitek, QS, Akaun. Budak komputer masuk lambat sikit sebab diorang dari kampus Manjung. Oh ya, budak course Office Management pun ada. Blok yang kami duduk ni berdekatan dengan dewan makan.
Bilik yang gua duduk letaknya di sebelah toilet. Dekat tengah tengah blok. Di hujung blok tu pulak, ada satu bilik yang dihuni oleh seorang student OM dan rakannya. Kami panggil dia Mek, sebab dia orang Kelantan. Haha ok, sebenarnya sebab dia berwatak lembut.
Mek ni baik orangnya. Dengan semua orang dia berkawan. Paling baik berkawan dengan budak dewan makan la. Kira dia ni dengan semua orang boleh masuk, kecuali ajak main bola. Memang tak dapat la. Dia ni berkulit putih orangnya, gebu, rambut blonde blonde sikit. Ini semua hasil makan pil hormon. Ni bukan gua cakap,tapi Mek yang cerita sendiri. Suara dia pun lain. Gua cuba-cuba juga nak bayang kalaulah Watson Nyambek makan pil hormon tu.
Kalau malam malam kan Mek suka pakai kain batik lepas. Memang lain macam. Kalau lalu depan bilik gua, memang kena suit. Tersenyum simpul bila kena suit. Lepas tu lalu banyak kali. Nak suruh orang suit banyak kali la tu. Ada juga gua terperasan 2-3 orang budak course lain pandang geram je dekat Mek. kakaka.
Dalam diam, Mek ni ada menanam minat dekat satu member gua ni, Poker Face. Minat macam mana tu gua pun tak tahu la. Tapi minatnya tu bertepuk sebelah tangan. Poker Face lebih minat kancil Mira L5 nya daripada apa apa sahaja dalam dunia ni. Kawan kawan pun tak tau nak komen apa tentang skandal mereka.
*****************
Tapi, demi kesejahteraan kawan-kawan, Poker Face selalu dihantar mewakili kami ke bilik Mek untuk pujuk Mek minta makanan dekat budak dewan makan. Demi kasihkan, kakaka! Demi kasihkan, Mek selalu juga bawa balik makanan lewat malam. Mintak aje dekat budak dewan makan. Kadang-kadang bawa balik tembikai, roti berbungkus bungkus, air oren, sardin dan berbagai jenis lauk pauk yang lu semua boleh fikirkan. Kalau takde,brader tukang masak tu pun boleh buatkan.
Time tu, semua kawan kawan mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan untuk semester tu dan semester-semester akan datang. Keh keh keh.
*Lu belum tengok kalau Mek nak pergi mandi. Berbakul-bakul alat solek dia. Mandi je nak dekat sejam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan