Semenjak gua tinggalkan darjah 6, gua jarang balik ke rumah sebab tinggal di asrama, melainkan cuti sekolah. Selepas belajar di Maahad Muar, gua sambung ke Teknik Melaka, kemudian diploma di Perak dan Degree di Shah Alam. Lepas habis belajar, gua terus kerja di Bangi,Ampang dan kawasan-kawasan sekitar KL. Kalau ikutkan ranking Perkasa, gua dah layak jadi Ayahanda belah KL dah. Dekat Segamat pun gua pernah kerja. Berita pasal Muar gua dah jarang dengar. Geng lepak pun dah bertukar. Tapi gua masih stick lagi dengan Mar Kidal, Kutik, Papan, Adi Roslan, Pype, Niko. Farhan dan beberapa lagi. Mamat Telur dah ke mana tah masa tu.
Lepas sekolah, masing-masing bawa haluan. Kerjaya pun semua dah hebat. Ramai yang jadi engineer, yang belajar sampai ke Al Azhar pun ada. Gua masa tu tengah bekerja di Bangi, kemudian nak ke Dubai, tak jadi pulak. Jadi pada awal tahun 2008, gua duduk di rumah, makan ubat.Tak best betul rasanya.
Hidup gua selepas kejadian tu sangatlah stress. Sedih bila mengenangkan nasib gua masa tu. Apa nak jadi pun tak tahu la. Hampir-hampir juga gua nak apply kerja kilang. Ataupun masuk balik kerja kilang tilam. Keh keh.
Jadi pada satu musim luruh tu, gua bercadang nak berjogging untuk hilangkan bosan duduk di rumah. Gua pun siap la lebih kurang, pakai track suit, jersi, dan bawak ipod. Gua bercadang nak jogging di Tanjung. Hari tu pulak entah macam mana, gua terdetik dalam hati:
"ini kalau dapat sangkut 1 makwe dekat Tanjung ni, ok jugak.Hehe"
+++++++++++++
Sampai di tanjung, gua parking kereta, dan start la berjogging. Itu adalah kali pertama gua jogging di situ, setelah 6 tahun. Last gua jogging dekat situ adalah masa zaman lepas spm, zaman rebel orang kata. Masa tu tak pandai jogging. Jamming tau la. Jogging sikit nak pitam. Jogging sikit nak pitam. Pernah satu kali tu gua nak pitam sebab jogging sambil perut sakit nak berak. Memang jahanam.
Jadi gua pun jogging la keliling tanjung tu. Tak jogging pun. Berjalan laju je. Di pertengahan trek tu, gua terserempak la dengan satu makwe, dia tengah jogging berdua dengan kawan dia. Dia berada betul-betul di depan gua masa tu. Gua senyum sorang-sorang dalam hati. Gua pun follow la dia dari belakang. Dengan harapan, dia toleh la belakang sebarang dua...
Haram dia tak toleh pun.
Tapi gua follow je, sampai la cukup satu pusingan. Sampai di penghujung trek, tiba-tiba gua terserempak pulak dengan satu muka yang macam pernah jumpa. Gua pun slow kan langkah gua. Masa tu, makwe yang gua kejar tadi dah ke mana dah. Sekarang ada makwe lain pulak. Wah..rambang mata kau ye Dib! Gua tengok makwe tu tengah warm up. Belum start jogging lagi gamaknya. Bila melintasi dia, gua toleh...
Bini Popeye!!
What!!?? Di tengah-tengah ramai gila orang dekat Tanjung tu, gua boleh terjumpa Bini Popeye?? Kenapa gua tak terjumpa Puan Hashima ke, Cikgu Kassim ke, Guru Besar Affandi ke?? Boleh jugak pau 100 plus setin dua. Tetapi dia. Tapi Bini Popeye sangat lain masa tu. Bini Popeye dah upgrade jadi Makwe Popeye. Ye la, dah dewasa. Gua pun beranikan diri tegur dia, untuk pertama kali dalam hidup gua rasanya gua tegur dia depan-depan;
"Kau ni...Niza kan?"
"Ye la,kau ni Adib kan? Budak sekolah Parit Bunga dulu?" dia jawab sambil segan-segan, sebab dia perasan gua tengok rambut dia masa tu, pendek betul macam lelaki.Keh keh keh.
Yes. Memang mata gua tak silap. Dia la Bini Popeye. Lama gila tak jumpa dia. Memang dah berubah, tapi gua masih cam lagi muka dia sikit-sikit. Dan gua sempat usik lagi, apasal rambut dia tu pendek gila. Macam Lee Chong Wei. Keh keh.
Dan kami pun berborak la di situ. Dia punya stretching pun gua tengok tah ke mana. Banyak benda yang dibualkan. Megiknya, gua berborak petang itu tanpa gugup, macam dah selalu jumpa.Ya, gua agak gugup sedikit bila berjumpa orang berlainan jantina dengan gua. Mungkin dulu gua kerja Rambo, mana jumpa perempuan.
Petang tu, gua temankan dia berjogging, walaupun dada gua rasa nak pecah dah. Sebab sebelum tu dia ada tanya, dah berapa round jogging. Gua jawab "dua round dan nak jogging lagi"
Selepas lutut gua rasa dah nak terkeluar, kami pun beransur. Dan sempat berjanji untuk ber-jogging-date esok harinya. Dan semenjak hari tu, gua keep in touch kembali dengan Makwe Popeye. Selalu jugak la dada ni rasa nak pecah. Tapi gua maintain senyum je depan dia. Dan gua rasa macam ada perasaan best bila keluar dengan Makwe Popeye ni. Kalau dia lambat sampai je, gua dah tercari-cari. Dan dia tak la garang macam mana gua dan kawan-kawan sangka dulu. Cuma tegas je.
++++++++++++++++
Satu hari tu, gua tak berjogging. Makwe Popeye pun tak jogging. Dia pergi main badminton. Hari tu gua tolong atok abah gua extend reban ayam. Gua macam boring je. Jadi gua sms Makwe Popeye;
'esok aku nak tengok wayang. jom?'
10 minit kemudian.Tut..tut...
'sorry tengah main badminton tadi.cerita apa?'
Gua balas balik. 'national treasure.best.jom la'
'erm..ok kot.esok aku pun tak kerja. Lepas sembahyang jumaat kita jumpa'
Yes!! Yes!! Gua dapat keluar date dengan Makwe Popeye!!
"atok, esok gua keluar dating tok! Hehe.."gua jerit dekat Atok Abah.
Atok abah gua pandang tak pandang je gua..Lepas tu dia geleng-geleng kepala. Dia tengah geram tu bila gua tak tolong pegang tiang tadi. Atok Mak tersengih je dari jauh..
Gua tersenyum sorang-sorang. Kerana esok adalah hari yang maha penting buat gua. Dan hari penuh ujian buat dia...
(bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan