setegram

Instagram

30.9.12

ATOK

Logiknya, semua orang di kalangan kita mempunyai atuk. Atuk ni adalah bapa kepada mak atau bapak kita. Dan secara automatik dia adalah keturunan kita. Sama ada kita pernah berjumpa atau tidak, hakikatnya atuk kita tu adalah orang tua yang wajib kita hormati. Mungkin ada di kalangan yang pernah tinggal dengan atuk masa kecik dulu, dan mungkin ada yang tak pernah jumpa pun. Bergantung.

Bagi versi gua, gua hanya rapat dengan atuk gua selepas atuk gua berpindah ke rumah abah gua di Muar. Atuk gua sebelum ni tinggal di Segamat. Dan perpindahan 'sementara' atuk gua tu membuatkan gua dan atuk menjadi kamcing sampai sekarang.

Masa gua kecik-kecik dulu, gua jarang berjumpa atuk abah dan atuk mak gua. Jumpa pun bila hari raya, atau mengikut abah gua balik kampung sekejap-sekejap. Masa gua kecik dulu, atuk abah gua is not-so-old-man. Semua kerja dia boleh buat. Dia ni ada bakat berniaga. Mungkin aku dan adik serta yang lain lain turut mewarisi sedikit sebanyak bakat itu. Mereka pernah berniaga di pekan Labis, menjual mee bandung dan mi sup, yang kemudiannya menjadi amat terkenal di Labis dan kawasan sekitarnya. Tapi jodoh mereka bersama kedai tu tak berapa panjang. Kedai kemudian di ambil alih oleh Pak long gua. Atuk gua juga pernah berniaga di kantin sekolah agama di Labis. Dan sepupu gua, Boy dan Girl adalah orang yang selalu menemani mereka. Kalau gua balik kampung tu, gua nampak la Girl tidur bersepai dalam kantin tu. Adik dia, Boy,masa tu masih tadika adalah tukang perabis mi sup power, resepi atuk mak gua.

Di Labis, atuk abah adalah seorang yang well-known person. Petik je 'cucu Bakar', orang tau la. Susah betul nak buat kerja dekat Labis ni. Semua orang tau.kekeke. Benda tu masih terjadi sampai sekarang. Adik gua yang berniaga di Labis, bila sebut 'ni kedai cucu Bakar', laju betul orang masuk. Market betul atuk gua ni.

Bila atuk gua berpindah ke Muar, gua baru start belajar di Perak. Bila sekali-sekali balik tu, gua memang jadi mangsa atuk gua yang jenis tak reti duduk diam ni. Ada saja benda yang gua buat bersama atuk. Buat reban ayam itik, tanam pokok limau, buat garaj kereta, mesin rumput dan juga buat rumah. Ya, atuk gua buat rumah dia sendiri. Sahir Ropol dan Bond sendiri dah tengok. Dari buat foundation, bancuh simen, naik tiang,pasang tile,setting tingkap semua buat sendiri. Kolam ikan pun dia buat juga. Siap dengan landskap.

Bila part bancuh simen tu, gua la kena. Memang perit betul. Adik gua pun kadang-kadang kena jugak. Bila semua pakcik2 dan sepupu gua balik kampung, deme pakat naik bumbung pulak. Baik betul timing atuk gua set.kekeke. Kadang-kadang dia minta pendapat gua tentang design. Gua mana la tau mende masa tu. Ilmu construction ciput je masa tu. Tapi gua hentam je la. Nasib baik tak runtuh sampai sekarang.

Atuk mak gua pula, adalah tukang masak kegemaran alam semesta gua, selain mak gua. Cuma kalau dia masak ikan je gua tak makan,sebab gua memang tak makan seafood. Dia punya nasi goreng kampung memang power. Kalau gua balik sekali-sekali tu, memang dia akan masak makanan kegemaran gua; sambal telur. Hari-hari dia masak benda tu sampai adik gua kompelin kena makan sambal telur hari-hari. Kakaka.

Atuk mak gua memang peneman setia atuk abah. Ke mana mereka pergi, sentiasa berdua. Nak kata romantik, tak juga. Selalu je gua nampak diorang bertekak. Kadang-kadang benda kecik pun boleh bertekak. Tapi tak la bergaduh, macam saling argue mengargue. Atuk mak gua kata ni, atuk abah betah itu. Ada saja. Gua rasa semua orang tua memang macam ni la. Dah tak tau nak borak apa kot. Bergaduh je la kerjanya.

"tiang tu kenapa tak tegak sangat,bahaya tu" atuk mak tanya gua.

"ah awak orang perempuan mana tau, nanti lama-lama dia tegak sendiri la" atuk abah gua putar alam. Kakaka.

"adib,dah makan?"
soalan ni memang popular. Top rated.

Belum sempat gua jawab...

"ish ko ni, Mah. Tau la budak tu nak makan nanti. Bukan budak kecik."

Kakaka.

Gua memang tukang bakar darah, tukang gelak je la. Kekeke. Ala, gaduh gaduh manja.

Masuk bab berniaga, gua banyak kutip ilmu dari dia. Masa gua nak buka kedai dulu pun, gua minta pandangan dia, selain abah gua. Atuk gua ni ada prinsip dalam berniaga. Bila dealing sesuatu benda dia ikut polisi 'take it or leave it'. Kalau dia estimate barang (atuk gua panggil setemet) kejap je dia congak dalam kepala. Dia pernah pesan dekat gua dulu, kalau tawar menawar, hanya offer paling banyak 2 kali sahaja. Kalau tak jalan juga,tinggalkan. Dan sebab prinsip tegas tu la atuk gua dihormati, terutamanya dengan peniaga Cina sampai sekarang. Semua bila dengar nama atuk je:

"wah, itu aji banyak bagus. Semua orang tau maa. Banyak baik punya orang. Niaga banyak pandai. Masak asam sedap banyak sedap."

Gua ni paling suka berangan pasal kerja dengan atuk gua. Dia punya vision besar. Cita-cita dia tinggi. Kalau dia cerita tentang rancangan dia, dia akan cerita dengan sangat detail. Macam mana nak start, mana nak simpan itu ini, mana pergi hasil, buat apa dengan hasil, berapa tahun boleh tahan. Semua dia cerita. Tercangak-cangak la gua dengar. Dulu dia suruh gua buat resort, kolam ikan keli. Atuk, cita-cita tu gua simpan dulu kalau gua ada banyak duit nanti.Hehe.

Setiap kali ulang tahun atau ulang tahun perkahwinan atuk abah dan atuk mak gua, kami semua pasti sambut. Ada saja acara nak dibuat. Makcik2 gua ni semuanya aktif2 belaka. Bab buat event memang nombor satu. Kadang-kadang buat family day. Bercuti je pantai ke, resort ke.

Memang seronok.

********************************

Tapi, baru-baru ni atuk sakit. Dah tak kuat seperti dulu. Atuk gua kena kencing berdarah. Dia dimasukkan ke Pusrawi. Terima kasih kepada pakcik,makcik gua kerana membantu atuk dia sana. Kepada sepupu pun diucapkan terima kasih. Kepada atuk mak, gua bangga kerana atuk mak masih setia menemani atuk abah. Sanggup bersejuk dan tidur di tempat yang tak macam rumah. sejujurnya, gua masih belum sempat melawat atuk gua. Gua ada nak berjumpa atuk dia rumah di Labis, tapi diberitahu atuk masih di Kl. Kepada sahabat handai dan ahli keluarga semua, diharap dapat mendoakan kesihatan atuk gua. Kasihan atuk mak, tiada teman untuk bergaduh sekarang.

Semoga atuk sihat sedia kala.

Amin.

28.9.12

BUDAK AKI

Gua dulu memang ada jaki sikit dengan budak Aki (arkitek). Seketul dua je kawan gua dari budak Aki. Bukannya apa, budak aki ni tak pernah nak campur orang. Dia dengan budak2 dia je. Dah tu kelas diorang dalam studio. Makan minum tidur pun dalam studio. Tak pecah ke kepala asyik memerap dalam studio je. Dekat hostel memang tak nampak la muka. Misteri betul. Gua rasa la, budak aki la paling berpotensi nak kena sakit jantung masa muda. Hidup memang penuh dengan deadline je.

Budak building ni pulak life deme riang ria je. Tapi ada time tu serius jugak kadang-kadang. Seminggu sekali je kitorang nampak stress. Masa viva. Haha. Waktu viva adalah waktu paling stress, bukan untuk budak building je, malah untuk semua budak fakulti FSPU. Siap-siap la tadah tekanan dari segi mental bila drawing korang kena koyak, kena rejek, model dapat markah rendah, group kena maki. Memang stress betul. Tapi lepas viva, rilek balik makan cendol di Bota. Keh keh.

Pada satu penghujung semester, nak dekat-dekat exam, assignment mesti berlambak lambak. Dengan nak isi tender,buat drawing, print CPM, main red alert dan banyak lagi la. Jadi untuk menghilangkan tensen, kami pergi main bola. Kami main bola di tengah-tengah blok hostel je . Dia macam ada kawasan lapang, macam court. Selalu yang join kitorang adalah budak Sains komputer dengan akaun yang memang terkenal dengan diorang punya rilek memang tahap dewa.

Selalu kepala yang incas game petang-petang ni B3rRy. B3rRy ni kalau bab main memang laju. Cuba suruh buat drawing, makan tahun nak siap. Jadi pada satu petang ni, kami main la bola macam selalu-selalu. Memang syok betul main petang tu.

Dia punya syok tu sampai membawak sampai ke malam. Malam tu, B3rRy ajak main bola lagi. Dia kata nak repeat dengan budak akaun. Apa jadah nak main bola pukul 11 ni. Tapi dengan hasutan iblis yang kuat dari B3rRy ,kami main juga bola malam tu. Jahanam.

Bila dah main dekat tengah-tengah blok tu,malam pulak,memang riuh sikit la. Dengan penonton lagi. Dengan gua nak sorak bila score lagi, kekeke. Tengah syok-syok main tu tiba-tiba Dumm!!! Draaa!!

Sebijik tong sampah kosong jatuh dari tingkat 4. Memang terperanjat gila la. Kepala bana la siapa yang baling tong sampah ni. Gila ke. Nasib baik tak kena kepala orang. Serentak dengan tu gua dengar orang menjerit dari atas;

"diam la!!! Esok aku ada viva ni. memekak je!!"

Kami tahu siapa yang baling tu. Ada sorang budak aki yang tak berapa campur budak sangat. Semua terdiam kejap. Kejap je la, dua minit je. Sebelum main balik, B3rRy sempat pulak cakap;

"mampus la wei"

Kekeke.

Tapi sebab tak sedap hati, kami stop jugak la game malam tu.

************************

Beberapa hari kemudian, gua dengar ada kecoh-kecoh dekat hostel. Kata ada budak kena sawan dekat tepi jalan masa balik dari makan dekat cafe. Berbuih-buih mulut katanya.

The best part is, budak yang kena sawan tu adalah budak aki yang campak tong sampah tempoh hari.



Gua syak B3rRy ada baca-baca ni. Budak Perlis ni bukan boleh percaya sangat.

27.9.12

MEK


Masa gua semester 4 di Bota dulu, kami tinggal di blok baru. Blok tu turut dihuni oleh budak course Arkitek, QS, Akaun. Budak komputer masuk lambat sikit sebab diorang dari kampus Manjung. Oh ya, budak course Office Management pun ada. Blok yang kami duduk ni berdekatan dengan dewan makan.

Bilik yang gua duduk letaknya di sebelah toilet. Dekat tengah tengah blok. Di hujung blok tu pulak, ada satu bilik yang dihuni oleh seorang student OM dan rakannya. Kami panggil dia Mek, sebab dia orang Kelantan. Haha ok, sebenarnya sebab dia berwatak lembut.

Mek ni baik orangnya. Dengan semua orang dia berkawan. Paling baik berkawan dengan budak dewan makan la. Kira dia ni dengan semua orang  boleh masuk, kecuali ajak main bola. Memang tak dapat la. Dia ni  berkulit putih orangnya, gebu, rambut blonde blonde sikit. Ini semua hasil makan pil hormon. Ni bukan gua cakap,tapi Mek yang cerita sendiri. Suara dia pun lain. Gua cuba-cuba juga nak bayang kalaulah Watson Nyambek makan pil hormon tu.

Kalau malam malam kan Mek suka pakai kain batik lepas. Memang lain macam. Kalau lalu depan bilik gua, memang kena suit. Tersenyum simpul bila kena suit. Lepas tu lalu banyak kali. Nak suruh orang suit banyak kali la tu. Ada juga gua terperasan 2-3 orang budak course lain pandang geram je dekat Mek. kakaka.

Dalam diam, Mek ni ada menanam minat dekat satu member gua ni, Poker Face. Minat macam mana tu gua pun tak tahu la. Tapi minatnya tu bertepuk sebelah tangan. Poker Face lebih minat kancil Mira L5 nya daripada apa apa sahaja dalam dunia ni. Kawan kawan pun tak tau nak komen apa tentang skandal mereka.

*****************

Tapi, demi kesejahteraan kawan-kawan, Poker Face selalu dihantar mewakili kami ke bilik Mek untuk pujuk Mek minta makanan dekat budak dewan makan. Demi kasihkan, kakaka! Demi kasihkan, Mek selalu juga bawa balik makanan lewat malam. Mintak aje dekat budak dewan makan. Kadang-kadang bawa balik tembikai, roti berbungkus bungkus, air oren, sardin dan berbagai jenis lauk pauk yang lu semua boleh fikirkan. Kalau takde,brader tukang masak tu pun boleh buatkan.

Time tu, semua kawan kawan mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan untuk semester tu dan semester-semester akan datang. Keh keh keh.

*Lu belum tengok kalau Mek nak pergi mandi. Berbakul-bakul alat solek dia. Mandi je nak dekat sejam.

26.9.12

20 Hal Bukti Gua Normal Masa Kecil Dulu

Semua budak buat macam ni ke atau gua sorang saje..

1. Suka stapler tapak tangan sendiri, kemudian senyum tengok darah keluar.
2. Sangat takut dengan cerita hantu cina walaupun di waktu siang. Kadang-kadang boleh menangis sebab takut sangat.
3. Suka tekup muka dengan bantal, test tahan nafas.
4. Kalau rasa tension, suka sorok bawah katil, bawah meja sampai setengah hari.
5. Suka buat rumah/ khemah guna sofa/kusyen rumah, dan duduk berjam-jam dekat situ.
6. Kalau dalam bilik air, suka berangan scene bergaduh dalam hujan.Lepas tu tadah air, berenang.
7. Rekod cerita guna tape. Antara mangsa adalah  P. Ramlee, Never Ending Story. Iklan pun gua rakam.
8. Suka tiru gaya batman, bercakap orang putih. Tapi bila sendiri cakap, macam bunyi jerman je.
9. Suka baca buku tajuk berat-berat. Pernah curi baca Dilema Melayu, tapi kena marah dengan Abah gua.
10. Guna penyangkut langsir sebagai kereta sport.
11. Suka bercakap sorang-sorang.
12. Suka panjat dinding guna dua kaki. (did u get it?)
13. Rasa cerita Alam Ria Cuti Sekolah tu seronok sangat.
14. Suka meratah Milo/ Gula Merah.
15. Buka peti ais, tenung, tutup. 10 minit kemudian ulang balik. Sehari sampai 15-20 kali.
16. Suka kuatkan volume tv ke paling kuat, lepas tu slowkan balik. Lepas tu kuatkan balik dan slowkan balik.
17. Selalu berangan nak jadi Michael J. Fox dalam Back To The Future. Skateboard dia cool.
18. Suka keruk ais dalam fridge, lepas tu masuk dalam baju. Sejukk..
19. Suka pomen barang sampai barang tu tak jadi barang. Rosak terus.
20. Selalu rasa kecil hati sebab tak dapat beli baju Rocky One atau Kiko. Kena pakai baju cap tah apa apa.

lu orang macam ni ke? tolong la sama dengan gua. baru hati gua lega.

24.9.12

PENGEMBARAAN 3


Nom! Nom! Nom! Nom!

Pujangga mengatakan bahawa, makanan yang paling sedap ialah makan free. Betul tu. Memang sedap betul kalau dapat makan free ni. Lewat petang tu, kami dijamu dengan asam pedas dengan sayur kacang panjang. Sedap. Terima kasih makcik! Rasa macam makan dekat rumah sendiri. Gua tengok Adi dan Papan sama naik tambah nasi. Dapat makan free ni, malam karang tak payah makan lagi, ye Adi? Kakaka.

Malam tu, Poker Face bawa gua lepak dia Dataran Ipoh (DBI), satu dataran di tengah bandar ipoh yang dipenuhi dengan kutu dan mat rempit. Kami melepak sekali dengan kawan kawan Poker Face. Nampaknya, orang Kampung Gajah ni semuanya jenis senang masuk. Kenal baru 5 minit, dah boleh borak pasal Avril Lavigne. Campur pulak dengan Adi yang memang natural peramah. Sampaikan Adi ada tanya Poker Face yang kawan dia tu India ke Melayu, sebab muka dia memang muka India tapi cakap Melayu fasih.

Bila dah lewat malam, diorang pun nak beransur balik. Poker Face bertanya "korang nak tidur mana malam ni?"

Pada gua, tidur ni asal boleh je. Dan dalam diam, gua teringin sangat nak tidur di garden Railway Ipoh, walaupun tahu di situ dipenuhi dengan she-male. Tapi bila lagi gua dapat tidur situ. Gua memang dah lama aim nak lepak situ.

"taulah kami nak tidur mana, cuma tolong tunjukkan hala mana je nak pergi ke Medan Kidd" memang sengaja gua taknak bagi dia hantar. Gua nak menikmati bandar ipoh ni sepanjang perjalanan naik kaki nanti.

"oh,kau terus je ikut jalan ni.tak jauh.dalam 10 minit sampai la."

+++++++++++++++++

10 minit kepala bana. Jauh gila. Ada la dekat 45 minit. Tu belum kira kena sergah dengan anjing lagi. Berpeluh juga malam tu kami jalan kaki. Tapi seronok beb, gua memang tak pernah jemu dengan bandar Ipoh ni. Dekat sangat dalam hati gua. Bandar dia pun macam bandar Muar. Separa pencen.

Sepanjang perjalanan ke Medan Kidd tu, untuk melekakan kami, Adi berborak panjang. Berborak macam dia first time dapat mulut. Haha.Gua pula sibuk ambil gambar sana sini. Filem pulak dah nak habis. Kena bajet2 sikit. Masa tu pakai filem lagi.

Maka sampailah kami di sebuah taman di Railway Station. Dan seperti yang gua dah tilik, memang ramai bapok. Masing masing mencari rezeki di bumi tuhan ni. Jangan lu raba gua masa gua tidur nanti dah la.

Akhirnya kami dapat satu port yang tersorok sikit. Gua campak beg ke lantai, lantaran dah penat sangat. Ah, sedapnya dapat baring atas lantai sejuk ni. Teringat pulak gua dekat lantai masjid Klcc. Tapi lantai masjid tu confirm la lagi best. Mata memang dah rabak betul masa tu. Adi dan Papan pun ambil posisi masing masing. Adi masih lagi berborak dengan Papan, sampai ke pagi gua rasa. Sekali sekala dia tegur bapok yang lalu dekat situ. Bapok pun taknak layan kau, Di kalau tidur macam ni.

Bunyi orang lalu lalang pagi tu memang mengejutkan gua. Dah siang rupanya. Adoi. Pagi tu adalah pagi terakhir kami di Ipoh, menandakan akan berakhirnya short trip gua, Papan dan Adi. Adi pergi beli tiket balik ke Muar yang paling awal sekali. Bila dah naik bas, Adi dan Papan ambil port nak tidur.

Gua senyum sorang sorang masa tu. Macam dapat satu kepuasan bila dapat habiskan trip tu. Bandar yang cantik, makanan yang sedap, orang yang peramah dan yang paling penting, brotherhood. Peluh, bau busuk, kaki sakit, kasut koyak, melecet, berpanas tu semua temporary je. Tapi memory itu permanent.
.
.
.
Gua masukkan cd Nelly Furtado dalam cd player, dan terus ke trek 4, 'Im like bird'.

23.9.12

PENGEMBARAAN 2


"Woi, woi. Bangun. Apa tidur dekat sini ni !?"

Terperanjat gua. Pukul 5 pagi tu gua dikejutkan dengan jerkahan. Memang pantang betul gua kalau tengah tidur kena kejut macam tu. Nasib baik jin tak merasuk tadi. Nasib baik pulak roh sempat pulang ke dalam badan masing masing.

"tidur dekat sini, takde rumah ke?!" "dah la pakai seluar pendek dalam masjid."
Gua rasa dia ni tok bilal masjid ni,dari cara pemakaian dia. Time tu kalau gua cakap gua ni dari johor, nak tumpang tidur sebab takde duit nak sewa hotel, rasanya memang dia bagi tidur sampai Asar kot. Gua tengok Papan dengan Adi muka bengang je. Sekejap sangat dapat merasa tidur di masjid ni. Tapi salah gua jugak la duduk masjid pakai seluar pendek. Memang la mendapat.

Kami pun berkemas la. Lepas cuci muka lebih kurang, check out la kami dari Klcc tu. Pukul 5 pagi kami kena menapak ke Pudu. Habis takkan nak sambung tidur depan Balai Polis Dang Wangi pulak. Memang tak best langsung rasanya kena berjalan pagi pagi buta ni. Mata dah la mengantuk ya rabbi.

"lapar la siak." kata Adi, manusia lapar forever.

Menapak punya menapak, kami singgah dulu di Stesen Bas Klang, pekena sarapan dulu. Makan nasi lemak tak silap gua, dengan ikan bilis keras macam batu. Pagi tu orang berpusu pusu nak ke tempat kerja masing masing.  Ada yang naik motor, naik bas, ada juga yang naik kaki. Kesian mereka. Pergi kerja berkejar, balik kerja berkejar. Tak penat ke? Ye la, gua masa tu belum ada profesion lagi, boleh la kata macam tu.

Lepas makan nasi lemak underrated tu, kami sambung la perjalanan ke Pudu. Tak jauh mana dah. Dalam 10-15 minit je. Sampai di sana, Adi terus pergi beli tiket ke Ipoh. Bas paling awal sekali. Pukul 8 kot rasanya. Sementara menunggu tu, gua duduk meleset dekat tangga Pudu,hisap rokok dulu. Ni kalau mak gua tau gini perangai travel gua, memang dia tak bagi la. Kekeke. Ala rilek la Ma. Anak jantan memang kena belajar hidup macam ni. Dalam buku panduan pengakap pun ada cakap macam ni. Nak dapat lencana pengakap dulu pun kena berkelana.

Bila bas dah sampai, memang inilah masa yang diidam idamkan. Gua nak balas dendam tidur tak habis tadi. Perjalanan KL- Ipoh makan masa dalam 3 jam lebih kurang. Bas pagi pulak memang orang takde. Jadi bas tu memang macam Sahak Bomba yang punya.kekeke. Papan siap2 dah ambik 2 seat untuk pekena baring. Peh, memang sedap la. Ada air cond lagi. Takde tok bilal lagi.
Maka, berpusing la roda bas tu menghala ke Ipoh.

***
Brr..dush..trekk!

Brader bas tarik handbrake.
"wei bangun.dah sampai dah"

3 jam kemudian, kami pun sampai la di destinasi ketiga, Ipoh. Bas turunkan penumpang di Medan Kidd. Medan Kidd. Tempat ni masa zaman 80an adalah tempat perkumpulan kutu kutu rock cawangan tengah dan utara. Kira dulu memang glamor habis tempat ni. Buat perjumpaan, bertukar ideologi, tukar kaset, tukar stuff pun semua dekat sini. Nama pun dah sedap sedap dah. Medan Kidd. Peh, mantap betul!

Medan Kidd ni tak berapa asing dengan gua. Sebab gua belajar di Bota. Jadi, selalu jugak la ke sini. Kira tahu jugak la selok belok di sini. Papan dengan Adi memang belum pernah sampai lagi masa tu. Tak buang masa, gua terus beli tiket ke Lumut. Bas apa nama pun gua dah lupa. Bas dia macam bas ekspres. Tapi ada henti henti. Tiket masa tu 3 ringgit lebih rasanya.

Untuk membuang masa, kami pun pusing pusing bandar lama ni. Gua ni dari dulu memang suka betul dengan bandar Ipoh ni. Dia macam antara campuran moden dan tradisional. Bandar dia pulak berlatar belakang Banjaran Titiwangsa. Macam dalam cerita Lord Of The Ring .Memang cantik! Cantik bah kau itu, ramai yang tergoda, lagi orang kaya. Gua sempat juga tunjukkan Papan dan Adi mana railway ipoh, mana pasar karat, hala mana nak ke Ipoh Parade, Yik Fong.

Lepas penat pusing, kami patah balik ke Medan Kidd dan menunggu bas ke Lumut. Sempat pekena nasi dulu di Medan Kidd. Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Naik je bas, ya rabbi ramainya manusia. Gua and the gang ni dah la tak mandi. Beg besar-besar pulak. Gua ambil inisiatif duduk di row hadapan je. Ye la sedar diri sikit tak mandi tu.

Perjalanan ke Lumut dari Ipoh tak lama. Hanya ambil masa kira-kira 45 minit je. Bas berhenti di Stesen Bas Lumut, yang gua tengok tak macam stesen bas pun. Kakaka. Masa tu la. Sekarang gua tak tau la. Mesti dah canggih.

Entah berapa banyak dah air gua dah minum sepanjang duduk dekat sini. Dia punya panas memang lain macam. Tepi laut memang macam tu. Panas dia luar biasa sikit.  Walaupun berangin. Hajat di hati masa tu memang nak pergi Pulau Pangkor. Dah dekat dah ni. Tapi bila tengok tiket, terus kensel niat. Pergi memang boleh pergi. Tapi balik nanti berenang la. Kalau ikut Adi, dia ok je berenang. Kepala bana betul.
Demi menjimatkan masa dan wang, gua cuba satu kaedah.

Tit...tit...tit...
"wei, Poker Face. Hang apa habaq? Aku? Sihat je. Ha,dekat mana? Aku ada dekat Lumut ni. Hang boleh ambil aku tak? Boleh? Boleh kan.?"

Lepas bincang lebih kurang, Poker Face setuju nak ambil kami di Lumut. Dia ajak lepak rumah dia. Tapi kami bertegas sebagai backpacker, tak boleh tidur di mana mana rumah. Mesti pegang pada prinsip homeless. Tapi nak tumpang mandi berak semua la.kekeke.

Berlengas jugak la tunggu si Poker Face. Lewat petang tu, dia sampai, ambil kami semua pulang ke rumah dia di Kampung Gajah. Bila sampai rumah, gua memang segan habis la. Dah la kami tengah selekeh gila. Rumah Poker Face ni pulak cantik dia lain macam. Macam rumah Yusof Haslam dah gua tengok. Ah, lantak la. Buat tebal muka je dah la. Diorang bukan tau prinsip homeless ni. Lepas bertegur dengan mak bapak dia, kami pecut naik tingkat atas. Ah, heaven betul bilik ada air cond ni. Bilik mandi ada bath tub lagi. Nak masuk toilet pun kena pakai terompah. Adi bukan main lama lagi duduk dalam toilet. Seronok sangat kot.kekeke.

(bersambung)

20.9.12

PENGEMBARAAN 1

"kau ada berapa ringgit?"

"ada la dekat seratus lebih. Boleh ke?" gua musykil.

"Boleh la. redah je.aku pun ada seratus lebih jugak."

"habis, nak pergi berdua je?"

****************************

Malam tu, gua dan Adi Roslan merancang satu benda yang sangat spontan. Kami merancang nak pergi town backpacking. Lompat dari bandar ke bandar. Berbekalkan semangat pengakap muda asuhan Lord Badden Powell, gua rasa gua boleh buat benda ni dengan limited budget.

Melengkapkan pasukan,gua jemput Papan ikut sekali,memandangkan budak lain takde dekat kampung. Gua dan Adi akan tanggung makan dan berak dia. Sampai ke kasut dan beg pun gua sponsor sekali. Melayu betul.

Ini adalah kembara gua yang ke 2 kalau ikut kategori town backpacking. Yang first dulu dengan Bart Bachik. Kalau ke pulau dan lepak gunung banyak kali jugak dah. Tapi gua lebih suka town backpacking. Boleh tengok tempat orang. Dari kaca mata rakyat biasa.

Malam tu, bukan main seronok gua packing barang. Ye la dah lama tak backpacking. Masa tu pulak gua baru angkat beg Salomon 30 liter. Masa ni la nak memanafaatkan benda ni. Gua isi baju lebih kurang, cd player. Album 1+1=3 boys and girls dilupa jangan. Botol air, tuala good morning semua sumbat. Lepas kemas, gua terus pecut ke melepak dengan Adi dan Papan, menyusun strategi esok hari.

Perjalanan yang dirancang ialah Muar-Melaka-Kuala Lumpur-Ipoh-Pulau Pangkor-Ipoh-Muar. Niat di hati nak juga lanjut sampai ke Penang. Tapi wallet mencemburui kami. Jadi terpaksa pendekkan route. Dan mungkin masa tu ideologi 'fuck the system' masih kuat, kami merancang untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas penginapan dan pengangkutan. Tapi kalau nak jalan kaki dari Muar-Ipoh, boleh pecah jugak dada. Ok la, jalan runcit2 kita jalan kaki. Yang lain naik bas la. Tidur pulak ikut mana sempat je. Malam tu gua memang tak boleh tidur. Tak sabar nak tunggu esok hari.

*****************

Petang tu, dalam pukul 2, gua dan Adi naik bas sangkut ke Melaka. Kemudian kami berjumpa pula dengan Papan yang terkial kial naik bas yang sana. Dia tunggu bas dari depan rumah dia. Bas terus pecut ke Melaka. Sampai di Melaka, kami terus nak bas ke Kuala Berlumpur. Dalam bas, gua cuba membayangkan suasana bila dah sampai KL nanti. Takut juga kalau bajet tak cukup. Mati kena balik jalan kaki nanti. Hehe. Ok, bye bye orang selatan!

Kami sampai di Hutan Batu pada waktu malam, dalam pukul 9 rasanya. Perut masing-masing dah main crust metal. Lapar ya rabbi. Setelah berpusing pusing di Pudu, kami terus menapak ke Bukit Bintang. Dekat kl ni, mana lagi nak cuci mata kalau tak di situ. Dalam perjalanan menapak tu, gua teringat yang dulu gua pernah tidur di jejantas dan Stesen Bas Klang masa travel dengan Bart Bachik dulu. Haru!

Sampai di Bukit Bintang, kami pun makan di satu kedai mamak belakang Lot 10. Ramai betul budak2 Kl lepak di sini. Yang lelaki,yang perempuan. Mak diorang tahu ke diorang lepak lewat malam ni? Dari yang senonoh hinggalah membawak yang busuk. Macam macam perangai budak2 zaman tu. Yang mana skinhead, berkawad. Yang mana punk, rambut terpacak. Budak grunge dengan seluar koyak,baju smiley. Sekurang kurangnya ada juga benda nak tengok malam2 ni. Adi yang memegang tampuk penjajahan skinhead cawangan Muar geram je tengok budak-budak perangai gini.

Lepas makan lebih kurang, kami pun cari satu port untuk lepak. Kami lepak di satu simpang di Jalan P Ramlee. Ramai betul orang berhibur. Bersepah sepah. P Ramlee kalau hidup lagi, mau juga dia berpiket halang letak nama jalan guna nama dia. Lepak lepak begini pula memang bahaya bagi seorang backpacker. Boleh mengundang lapar. Tapi kalau mengikut perjanjian, kami hanya boleh makan sekali sahaja malam tu. Takut bajet lari. Tapi entah apa cilake, Adi tekak gatal pulak. Setelah perbincangan lebih kurang, kami berpakat ke kedai makan berdekatan. Adi order megi sup. Gua dan Papan minum sahaja, demi kesejahteraan bersama kelak..

...

Malam makin larut, yang mana anak ayam pun dah terhuyung hayang keluar kelab ikut Mat Saleh. Yang mana arbok, sibuk mengurat Negro keluar dari kelab. Yang dapat mangsa tu, berkepit la mereka menahan teksi untuk pulang ke sarang untuk aksi seterusnya. Yang mana incas bawak teksi, berebut-rebut nak ambil passenger. Yang kitorang ni melopong je la.kakaka.

"kita ni macam mana?"

"klcc la.mana lagi yang selamat." ujar Papan.

Dengan beg berat nak dipikul, berseluar pendek. Papan dengan bersinglet, badan masing-masing dah bau macam babi sebab tak mandi, kami pun menapak la ke Klcc. Nak masuk situ pun cabaran jugak. Takut terserempak dengan Pak Guard. Selinap punya selinap, dapat juga sampai di Klcc. Kami port di masjid Al Syakirin. Sampai dekat sana, gua memang tak bagi can. Terus tuju cari paip. Nak cuci muka, cuci badan. Dah berlengas gila rasanya.

Bila dah cuci muka tu, baru rasa segar sikit. Tepuk tepuk beg sikit, adjust buat bantal. Dan gua terus lena. Sedap betul lantai masjid ni. Sejuk.

(bersambung)

DOKTOR CINTA

Gua dengar Harun Ajis dah jadi doktor cinta. Betul ke?

***************************

Semasa gua kerja di Segamat, gua ada berkenalan dengan seorang sub con (penipu sub.kah kah.) yang akhirnya menjadi kawan gua sampai sekarang. Nama dia Bob. Bob ni bekerja di sebuah kedai hardware yang membekal barang-barang kayu yang aku gunakan untuk buat jeti di site aku.

Bob ni bekerja dengan seorang bos yang bernama Berahim dan isterinya Azizah. Gua gelar bos dia Brahim's Food, sebab kerja dia takde lain. Kerja dia selain kira duit, makan je la. Sampaikan gua rasa atas sebab faktor tu la Brahim's Food ambik Bob ni kerja dengan dia, sebab satu saiz kot. Senang nak kawtim nasi bungkus. Bini dia gua panggil Azizah Simen sebab selalu bagi harga simen ikut suka dia je, sampai laki dia bising-bising. Kadang-kadang gua boleh dapat sampai half price.

Satu hari tu, masa kami tengah makan nasi pada satu tengahari, Bob bersuara :

"beb, aku ada nak minta tolong ni"

"hapa benda?" gua jawab layan tak layan sebab tengah syok gigit kepak ayam.

"gua nak minta tolong lu tackle kan satu awek ni. Gua suka dia tapi tak tau macam mana nak bagitahu dia. Tolong la beb. Lu kan doktor love."

........

Terkedu gua dengarnya panggil gua Harun Ajis, eh Doktor Cinta. Kepala dia gua ni doktor love! Bercinta pun baru 2-3 kali, dah dapat title doktor cinta? Power!

Tapi, seperti sedia maklum, gua tak akan menghampakan harapan dia. Gua akan tolong dia dapatkan awek tu sampai dia dapat. Dan gua pun maklum, harapan tu memang nipis memandangkan Bob ni merendah diri, sebab fizikal dia yang besar. Nama pun Bob, imagine yourself.

"ok macam ni, petang nanti makwe tu nak jumpa kau, kau bagi la hadiah dekat dia"

"hadiah macam mana?"

"kau beli satu patung beruang kecil.lepas tu kau beli pulak coklat Tobleron.lepas tu kita ikat la coklat tu dekat beruang tu. Comel tak?"cadang gua dengan lagaknya.

Petang tu,Bob pun beli la patung beruang dan coklat dan juga riben seperti yang diarahkan. Lepas tu gua dan dia ikat la coklat tu dekat anak patung tu, bikin cun punya. Dan petang tu juga, lepas kena sound 2-3 kali dengan gua berserta doa pendinding, dia pergi jumpa la makwe tu. Berpeluh-peluh gua tengok dia. Neves betul.
.
.
.
++++++++++++++++++++++
.
.
Baru-baru ni Bob upload gambar bulan madu dia dalam Facebook. Ada gambar tengah main anak penyu dekat sebuah pulau. Seronok betul. Masa dia nak kawin dulu, beria-ia dia datang kedai gua nak bagi kad jemputan. Hebat betul. Tapi dia tak kawin dengan awek yang dia bagi patung bear dan coklat tu. Dia kawen dengan makwe lain. Laaaagi cun!

Tapi apa apa pun, sekurang kurangnya patung dan coklat tu telah membuka pintu keyakinan dia untuk terus maju dalam scene mengurat makwe.

Power jugak nasihat gua ni. Lepas ni gua nak bukak kelas nasihat cinta la.Kakaka.

18.9.12

PUTUS


Ingat, kita kena sentiasa berwaspada. Dan juga sentiasa alert dengan kalendar.

*****************************

Bila gua dapat respon yang dia setuju nak bergirlfriend dengan gua, memang seronok betul. Dia punya perasaan tu boleh la diibaratkan seperti Super Mario dapat bintang, jadi kebal. Tak pun macam dapat nombor satu main Daytona level expert. Ingat senang ke nak tackle makwe yang super garang ni.

Baru baru bercinta ni, memang la kemaruk. Asyik la nak sms, nak call je. Kadang-kadang tu call sebab nak tanya buat apa je. Lepas tu dah. Handphone memang tak lekang la dari tangan dah. Kalau boleh handphone tu nak lilit dekat tangan pakai masking tape, dengan charger dia sekali lilit dekat pinggang. Bil telefon pula jangan cerita la, memang melambung punya. Tapi nasib baik makwe yang call. Kekeke.

Masa dekat Segamat, gua punya port bergayut adalah dalam kereta. Ini adalah kerana gua amat mementingkan privacy. Mana boleh orang dengar cerita cinta gua. Nanti ayat mengurat gua kena tiru. Tak boleh tak boleh. Selalunya yang gua sembangkan dalam telefon adalah pasal dah makan ke belum, makan apa, minum apa, best ke tak, kerja macam mana dan banyak lagi la. Kalau semua nak cerita dekat sini, gua kena bukak blog pasal tajuk cerita dalam telefon je. Tapi cerita hal tanah tak pernah pulak gua sembang. Hal politik jauh sekali. Buat semak kepala je tu.

Pada satu malam, macam biasa makwe telefon gua. Kami pun berborak borak. Tapi nada suara dia malam tu ada macam lain sikit. Macam nak tak nak je cakap. Bila tanya sepatah, dia jawab sepatah. Gua tanya dua patah, dia jawab dua patah. Gua bila sampai tang ni yang gua tak reti ni. Sampai dah tak tau nak tanya apa dah. Tiba-tiba dia bersuara:

"awak, saya rasa saya tak boleh nak teruskan hubungan ni"

Eh, terperanjat gua. Apahal pulak ni.

"kenapa ni?tiba tiba je?"

"serius, saya rasa baik kita putus je"

"ye la, tapi kenapa?cuba bagi alasan.saya ni tak cukup bagus ke untuk awak?" gua soal bertubi-tubi.

"adalah sebabnya, saya tak boleh bagitahu..."

"tapi kenapa??" gua dah betul punya bengang dah masa tu. Dalam kepala gua dah bermain-main dah cerita-cerita putus cinta gua dengan makwe lama. Takkan dengan dia ni pun ending dia macam tu jugak. Tak best betul.

Bila gua desak-desak, dia tetap tak nak bagitahu sebabnya. Gua tak minta banyak. Kalau tak suka, bagitahu la apa sebabnya. Lagi satu, kalau tak suka, hantar gua balik ke rumah mak bapak gua. Senang cerita.

Dekat 10 minit jugak la sesi soal menyoal tu. Tapi dia tetap tak nak bagitahu sebabnya. Sampai la last-last bateri handphone pulak habis. Jahanam betul.
.
.
Perbualan terputus sekejap.
.
,
Gua berlari naik atas rumah. Cari charger. Masa tu gua tengok Sahir Ropol, housemate gua tengah syok terkangkang layan Crocodile Hunter dekat Astro. Steve Irwin hidup lagi masa tu. Dia tak tahu nanti dia mati kena cucuk ekor ikan pari. Gua pun cucuk la charger dan on semula handphone. Gua call dia balik..

"Ok la, ok la. Esok saya bagitahu apa sebabnya. Sekarang ni saya nak tidur ye?" dia bercakap hujung talian.

"Bagitahu je la sekarang. Kenapa nak esok-esok pulak?" gua dah angin satu badan dah masa tu.

"takpe, esok saya beritahu.."

"kenapa esok?"

"sebab esok April Fool.."

Gua terus baling handphone tu dekat Sahir Ropol.

"Woi, woi ni apa ni baling-baling  dekat gua ni !?"

"apasal lu tak cakap esok April Fool?"

"Ha'ah. Gua kan memang dilahirkan untuk jadi sekretari lu kan..nanti  besday mak gua pun gua beritahu nanti." selamba dia jawab sambil mata tak lepas tengok buaya dekat tv.

Cilaka betul. Kena bodoh gua hari ni.

14.9.12

CD LAGU CINTA

Berjanjilah wahai lelaki, yang kamu tidak akan pasang lagu cinta di hadapan perempuan yang kamu tidak kenali.

***********************

Masa gua baru bertunang dulu, gua tak berdating macam orang biasa, jumpa hari-hari. Kami berjumpa sebulan kali, atau 2 minggu sekali. Hal ini disebabkan oleh gua bekerja di Segamat, sementara dia bekerja di Muar. Nak pulak site gua masa tu tengah full swing, semua kerja nak laju, gaji nak lambat-lambat je. Jahanam betul la. Lepas tu sikit-sikit nak belanja orang Majlis makan tengahari. Lagi la letih.

Jadi bila balik sekali sekala tu, mesti la nak berdating. Gua dan makwe selalunya berdating di Melaka. Ye la, Melaka best sikit. Ada banyak benda nak buat dekat sana. Antara aktiviti yang kami buat ialah tengok wayang. Dulu, punya la kemaruk tengok sampai pernah maraton wayang la.  Lepas habis satu movie, terus masuk balik tengok cerita lain pulak. Power betul dulu. Sekarang bila terasa nak tengok wayang, bila terbayangkan anak gua lari2 dalam wayang je, terus kensel.

Ada satu hari tu, gua pulang bercuti ke rumah. Dalam perjalanan tu, gua dah janji la dengan makwe, nak tengok wayang esok harinya. Cerita apa masa tu tak ingat pulak.

Esoknya, seperti yang dirancang, gua pergi la ambil dia dekat rumah. Selepas bertegur lebih kurang dengan bapa dia, gua pun bawak la anak dia keluar. Bawak anak orang keluar, tak tegur bapak dia macam tak sopan pulak. Apa pulak kata jiran nanti.

Dalam perjalanan tu, gua ingat nak pasang la lagu jiwang-jiwang sikit. Kebetulan gua ada beli cd lagu cinta orang putih semalam,di Segamat. Tajuk cd tu GREATEST HITS LOVE SONGS. Jadi, gua pun ambil la cd tu dalam beg cd.
.
.
Titt...skrett...tit..
.
Gua masukkan cd.
.
.
Ding...din,ding...ding..din,ding...

Lagu pun berkumandang dalam kereta..

Track pertama cd tu adalah lagu Stevie Wonder, yang lagu  'I just call to say i love you' tu. Gua pun nyanyi la secara runcit-runcit..nyanyi perlahan-lahan. Suasana romantik tak boleh nyanyi kuat-kuat. Dia kena nyanyi antara dengar tak dengar je.

Bila nak masuk tang korus je, sekali makwe gua bersuara :

"awak, tahu la kita ni nak berdating, tapi kenapa nak kena  pasang lagu jiwang-jiwang ni. Geli la.."

Seraya itu, gua terus tekan eject button, keluarkan cd. Lepas tu gua terus masukkan cd lagu demo Deepset. Gua bukak lagu tu kuat kuat.
.
.
.
Malu betul gua. Apa la, baru nak romantik sikit dah kena bising. Tak sporting langsung. Semenjak tu, setiap kali berdating, gua dah tak pasang dah lagu jiwang-jiwang ni. Gua pasang lagu rooock je. Kadang kadang je gua pasang lagu Sheila Majid. Itu pun sebab dah gian sangat nak dengar lagu Dia.

11.9.12

BINI POPEYE 3


Orang bijak pandai kata, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Orang tak bijak sangat kata pulak 'ikutkan hati nak aje merempit, ikutkan roadblock terus tak jadi'. Gua pulak kata 'ikutkan hati, redah je, kalau tak mana nak tau'. Eh lain pulak.

2 hari 2 malam jugak gua fikir benda ni. Betul-betul punya gua ambik serius benda ni sampai mandi pun tak kenyang, makan pun tak basah. Kekeke. Gua asyik fikir je,betul ke tidak tindakan gua ni? Waras ke? Gua pun konfius dengan hati gua masa tu. Takkan macam tu je..

Setelah berdoa, gua pun nekad, kalau betul la kata hati gua, gua terima dengan hati yang terbuka dan senang. Kalau tak betul, kena ada backup plan la. Jadi, suatu petang :

'esok aku nak tengok wayang. Jom?'

Bla..bla...bla...

Dan dia terima ajakan gua. Gembira kepalang gua masa tu. Yang sebenarnya, gua bukannya nak sangat tengok wayang masa tu. Cerita National Treasure tu pun gua ternampak tajuk dia dalam surat khabar petang tadi. Tapi gua sebenarnya sedang merangka satu ujian, adakah dia pilihan yang tepat. Penuhi ciri-ciri. Entah, gua pun tak tahu la apa yang gua cari sebenarnya.

+++++++++++++++++++

Tengahari itu gua pun pergi ambik dia dekat rumah,seperti yang dijanjikan. Cuak jugak bawak anak orang keluar ni. Salah step kena balun dengan bapak dia. Dia dah siap-siap menunggu di depan rumah. Sejuk hati gua bila tengok dia senyum pada gua. Cewah! OK, dia dah lepas Ujian Pertama : Wajah Yang Menyenangkan Hati. Gua harap nanti, dia akan sentiasa tenangkan hati gua dengan wajah begitu, setiap kali gua ada trouble pada masa akan datang.

Dalam perjalanan ke Melaka tu, gua tak banyak bercakap. Gua banyak tersenyum je, dengan menyampuk sikit-sikit. Gua perati dia ni talkative jugak. Suka betul berborak. Macam-macam topik keluar. Gua memang suka dengan orang yang suka berborak, sebab gua ni agak kurang cakap sikit. Gua ni lebih banyak bercakap dalam hati. OK, lepas sudah Ujian Kedua : Tidak Awkward, pandai sesuaikan diri. Benda ni sangat penting pada gua. Sebab gua berkawan dengan macam-macam jenis perangai punya manusia. Gua harap nanti, dia akan sesuai dengan kawan2 gua.

Kemudian, sampailah kami di Mahkota Parade. Kami terus ke wayang, nak beli tiket. Sampai dekat sana, bukan tengok National Treasure pun, tapi pilih cerita Anak Halal. Entah apahal tah gua boleh pilih cerita tu.

Sebelum masuk ke wayang tu, kami pun berpusing pusing la di dalam kompleks tu. Borak punya borak, rupanya kami ada banyak persamaan contohnya dari segi pilihan warna, jenis movie, makanan dan banyak lagi. Walaupun bab makanan tu gua tak setuju sangat, gua memang anti seafood, gua kira sama jugak la. Yang paling penting, Bini Popeye dan gua sama-sama suka dengan lagu-lagu klasik. OK! Lulus Ujian Ketiga: Ada Banyak Persamaan. Gua harap satu hari nanti, kami akan nyanyi sama-sama dalam kereta dan dengar lagu dari Klasik Nasional,perhaps, dengan anak. Kekeke.

Dan semenjak movie-date tu, gua discover banyak benda yang menarik hati gua. Solat insyaallah cukup, pandai jaga diri dan sukakan budak2. Benda2 tu sedikit sebanyak dapat memperbetulkan diri gua yang kadang-kadang 'senget' hala tuju hidup.

Tak lama lepas tu, gua mendapat kerja di Kl, kemudian ditransfer ke Segamat. Jadi masing-masing berjauhan. Cuma sms sahaja.Kadang-kadang telefon. Bunyi macam dah bercinta, padahal belum lagi. Hinggalah pada satu hari, masa tu gua berada di rumah makcik gua di Klang. Ada kenduri di sana. Malam tu, setelah berfikir semasak-masaknya,gua beranikan hati. Tapi tak berani sebenarnya.Kekeke. Tak berani nak telefon. Hari tu gua jadi bacul nak telefon Bini Popeye. Jadi gua sms sahaja :

'aku nak tanya kau satu benda ni.kalau boleh kau jawab la.tapi kalau kau tak jawab,takpe.aku faham la maksud kau tu'

brr...brr...brr...

Phone vibrate,

'apa dia? tanya je la kau ni pun'. Bini Popeye balas.

Gua taip perlahan-lahan :

'aku rasa aku dah suka dengan kau.ini jujur dari hati aku.kau nak jadi girlfriend aku tak?'

Hantar!









+++++++++++++++++++++++

Orang ramai sangat di keliling gua malam tu. Suasana pun riuh rendah. Semua mata perati pada gua. Kamera bersilang-silang. Flash kamera apatah lagi. Tapi gua tak dapat nak lihat semua tu. Tak dapat nak amati semua tu. Kerana pada masa tu, mata gua dan telinga hanya fokus pada seorang tua di hadapan gua.Hanya dia seorang...

"Aku terima nikahnya Nor Hasnizah binti Tukimin dengan mas kahwin nya 22.50 tunai..."

Sah!

+++++++++++++++++++++++

Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah

Alhamdulilah, cinta yang gua cari, ibu kepada anak gua yang gua cari, rakan bergaduh yang gua cari,rakan ketawa yang gua cari, akhirnya gua temui hari ini.Terima kasih ya allah.

Sesungguhnya gua amat bersyukur kerana tidak ditemukan hati kami semasa kami masih kecil dahulu, walaupun selalu berjumpa di sekolah, berjumpa di taman, main galah panjang besama, main lumba basikal bersama, bermain rounders bersama. Kerana mungkin kami akan bergaduh dan tidak akan bertemu, dan juga tidak akan begini seperti pada hari ini.

...........

Dan gua bersama isteri, Bini Popeye gua, akan sentiasa menceritakan kisah agung budak BMX ni kepada anak gua. Ceritakan bagaimana kami bergaduh waktu di sekolah, berlumba basikal, berlumba lari, berjumpa di tanjung, bercinta dan berkahwin sehinggalah kami memiliki dia. Agar dia sentiasa ingat kepada cinta agung kami, dan akan mencari dan memiliki cinta agungnya sendiri,dewasa kelak.

TAMAT.

10.9.12

BINI POPEYE 2


Semenjak gua tinggalkan darjah 6, gua jarang balik ke rumah sebab tinggal di asrama, melainkan cuti sekolah. Selepas belajar di Maahad Muar, gua sambung ke Teknik Melaka, kemudian diploma di Perak dan Degree di Shah Alam. Lepas habis belajar, gua terus kerja di Bangi,Ampang dan kawasan-kawasan sekitar KL. Kalau ikutkan ranking Perkasa, gua dah layak jadi Ayahanda belah KL dah. Dekat Segamat pun gua pernah kerja. Berita pasal Muar gua dah jarang dengar. Geng lepak pun dah bertukar. Tapi gua masih stick lagi dengan Mar Kidal, Kutik, Papan, Adi Roslan, Pype, Niko. Farhan dan beberapa lagi. Mamat Telur dah ke mana tah masa tu.

Lepas sekolah, masing-masing bawa haluan. Kerjaya pun semua dah hebat. Ramai yang jadi engineer, yang belajar sampai ke Al Azhar pun ada. Gua masa tu tengah bekerja di Bangi, kemudian nak ke Dubai, tak jadi pulak. Jadi pada awal tahun 2008, gua duduk di rumah, makan ubat.Tak best betul rasanya.

Hidup gua selepas kejadian tu sangatlah stress. Sedih bila mengenangkan nasib gua masa tu. Apa nak jadi pun tak tahu la. Hampir-hampir juga gua nak apply kerja kilang. Ataupun masuk balik kerja kilang tilam. Keh keh.

Jadi pada satu musim luruh tu, gua bercadang nak berjogging untuk hilangkan bosan duduk di rumah. Gua pun siap la lebih kurang, pakai track suit, jersi, dan bawak ipod. Gua bercadang nak jogging di Tanjung. Hari tu pulak entah macam mana, gua terdetik dalam hati:

"ini kalau dapat sangkut 1 makwe dekat Tanjung ni, ok jugak.Hehe"

+++++++++++++

Sampai di tanjung, gua parking kereta, dan start la berjogging. Itu adalah kali pertama gua jogging di situ, setelah 6 tahun. Last gua jogging dekat situ adalah masa zaman lepas spm, zaman rebel orang kata. Masa tu tak pandai jogging. Jamming tau la. Jogging sikit nak pitam. Jogging sikit nak pitam. Pernah satu kali tu gua nak pitam sebab jogging sambil perut sakit nak berak. Memang jahanam.

Jadi gua pun jogging la keliling tanjung tu. Tak jogging pun. Berjalan laju je. Di pertengahan trek tu, gua terserempak la dengan satu makwe, dia tengah jogging berdua dengan kawan dia. Dia berada betul-betul di depan gua masa tu. Gua senyum sorang-sorang dalam hati. Gua pun follow la dia dari belakang. Dengan harapan, dia toleh la belakang sebarang dua...

Haram dia tak toleh pun.

Tapi gua follow je, sampai la cukup satu pusingan. Sampai di penghujung trek, tiba-tiba gua terserempak pulak dengan satu muka yang macam pernah jumpa. Gua pun slow kan langkah gua. Masa tu, makwe yang gua kejar  tadi dah ke mana dah. Sekarang ada makwe lain pulak. Wah..rambang mata kau ye Dib! Gua tengok makwe tu tengah warm up. Belum start jogging lagi gamaknya. Bila melintasi dia, gua toleh...

Bini Popeye!!

What!!?? Di tengah-tengah ramai gila orang dekat Tanjung tu, gua boleh terjumpa Bini Popeye?? Kenapa gua tak terjumpa Puan Hashima ke, Cikgu Kassim ke, Guru Besar Affandi ke?? Boleh jugak pau 100 plus setin dua. Tetapi dia. Tapi Bini Popeye sangat lain masa tu. Bini Popeye dah upgrade jadi Makwe Popeye. Ye la, dah dewasa. Gua pun beranikan diri tegur dia, untuk pertama kali dalam hidup gua rasanya gua tegur dia depan-depan;

"Kau ni...Niza kan?"

"Ye la,kau ni Adib kan? Budak sekolah Parit Bunga dulu?" dia jawab sambil segan-segan, sebab dia perasan gua tengok rambut dia masa tu, pendek betul macam lelaki.Keh keh keh.

Yes. Memang mata gua tak silap. Dia la Bini Popeye. Lama gila tak jumpa dia. Memang dah berubah, tapi gua masih cam lagi muka dia sikit-sikit. Dan gua sempat usik lagi, apasal rambut dia tu pendek gila. Macam Lee Chong Wei. Keh keh.

Dan kami pun berborak la di situ. Dia punya stretching pun gua tengok tah ke mana. Banyak benda yang dibualkan. Megiknya, gua berborak petang itu tanpa gugup, macam dah selalu jumpa.Ya, gua agak gugup sedikit bila berjumpa orang berlainan jantina dengan gua. Mungkin dulu gua kerja Rambo, mana jumpa perempuan.

Petang tu, gua temankan dia berjogging, walaupun dada gua rasa nak pecah dah. Sebab sebelum tu dia ada tanya, dah berapa round jogging. Gua jawab "dua round dan nak jogging lagi"

Selepas lutut gua rasa dah nak terkeluar, kami pun beransur. Dan sempat berjanji untuk ber-jogging-date esok harinya. Dan semenjak hari tu, gua keep in touch kembali dengan Makwe Popeye. Selalu jugak la dada ni rasa nak pecah. Tapi gua maintain senyum je depan dia. Dan gua rasa macam ada perasaan best bila keluar dengan Makwe Popeye ni. Kalau dia lambat sampai je, gua dah tercari-cari. Dan dia tak la garang macam mana gua dan kawan-kawan  sangka dulu. Cuma tegas je.

++++++++++++++++

Satu hari tu, gua tak berjogging. Makwe Popeye pun tak jogging. Dia pergi main badminton. Hari tu gua tolong atok abah gua extend reban ayam. Gua macam boring je. Jadi gua sms Makwe Popeye;

'esok aku nak tengok wayang. jom?'

10 minit kemudian.Tut..tut...

'sorry tengah main badminton tadi.cerita apa?'

Gua balas balik. 'national treasure.best.jom la'

'erm..ok kot.esok aku pun tak kerja. Lepas sembahyang jumaat kita jumpa'

Yes!! Yes!! Gua dapat keluar date dengan Makwe Popeye!!

"atok, esok gua keluar dating tok! Hehe.."gua jerit dekat Atok Abah.

Atok abah gua pandang tak pandang je gua..Lepas tu dia geleng-geleng kepala. Dia tengah geram tu bila gua tak tolong pegang tiang tadi. Atok Mak tersengih je dari jauh..

Gua tersenyum sorang-sorang. Kerana esok adalah hari yang maha penting buat gua. Dan hari penuh ujian buat dia...

(bersambung)

9.9.12

BINI POPEYE 1


Selepas tamat darjah 4, gua telah di upgrade kelas dari kelas 4 Cempaka ke darjah 5 Mawar. Mengikut tradisi sekolah tu, kelas Mawar adalah kelas budak-budak pandai (sikit). Semua budak yang otak terlebih sikit akan dikumpulkan di kelas itu. Kebanyakkan budak yang score dalam UPSR pun datang dari kelas Mawar.

Gua memang seronok betul dapat masuk ke kelas Mawar, sebab dapat join balik Mar Kidal, Adi Roslan, Tahkim, Niko, Farhan dan yang lain. Lagipun masa tu otai main rekorder adalah Mar Kidal. Dalam kelas 5 Mawar, gua duduk sekelompok dengan diorang. Masa tu spirit main rekorder memang tengah up. Semua lagu boleh main. Lagu Hutan Belum, Ali Setan, Doraemon, Negaraku semua dalam kepala. Pantang malam ada cerita best dekat tv, esok pagi Mar Kidal dah siap kompos lagu tema dia untuk study. Cikgu Lokman, guru bergitar tu belum sempat ajar lagi, kami dah terer.

Pada pertengahan tahun itu, ada satu budak perempuan masuk ke kelas gua. Dia dipindahkan dari kelas Cempaka. Budak baru masuk tahun ni. Tapi macam tak pernah wujud pun dia sebelum ni. Khabarnya budak tu dulu sekolah di Seremban. Berpindah ke sini kerana mengikut bapanya yang baru berpencen askar. Tapi gua tak berapa nak ambil port pun. Pelajar keluar dan masuk adalah biasa di sekolah ni. Dengar cerita, budak perempuan tu nama dia Niza, tapi kami panggil dia Bini Popeye, sebab fizikal dia sangat kurus. Ya, macam Bini Popeye.

Bini Popeye tu duduk di kelompok depan sekali, depan meja guru. Geng budak rajin la konon. Gua pulak di kelompok belakang sekali, bersama budak-budak ni dan Syafir, manusia berjari enam. Di sekolah, selalu juga la kami mengusik Bini Popeye, sebab dia budak baru, kena la buli sikit. Cuba kalau kacau Jiha. Mau tak kena baling dengan kamus..

+++++++++++++++++

Di kampung, gua ada 2 team bermain. Satu geng Baroh, satu lagi geng budak taman. Kira kalau main dengan budak Baroh boring, gua pergi main ke Taman. Kira team backup la ni. Satu hari tu, gua bercadang nak main dengan budak taman. Farhan, yang incas ketua main sana kata, sekarang tengah musim main rounders. Macam best pulak kalau dapat join. Jadi, satu petang tu gua mengayuh la basikal BMX ke rumah Farhan..

Sampai di sana, gua ternampak satu muka yang familiar. Bini Popeye! Apa benda pulak yang dia buat dekat sini? Adoi, boring betul nak main kalau ada budak perempuan. Farhan kata, Bini Popeye tu jiran baru dia. Betul-betul sebelah rumah. Adoi, dah la gua datang dengan seluar bola kaler hijau, pakai baju sukan sekolah pulak. Yang dia pulak buat muka selamba macam tak kenal gua. Wah..

Ah, gua main je la,lantak la. Lagipun Bini Popeye ni gua tengok macam lelaki dah gaya main dia. Bukan main lasak lagi. Dekat sekolah bukan main sopan pulak. Ada split personaliti dia ni..keh keh.. Jadi, gua pun main je la macam biasa. Gua tak bertegur sangat dengan dia. Dekat sekolah pun macam tu.

Lama-lama gua jadi best pulak main dengan budak taman. Geng Baroh semakin ditinggalkan. Dekat sini banyak sikit acara. Ada lumba basikal, main baling selipar, rounders, badminton. Bola sepak je takde,sebab ruang kecil. Dia pun sana naik juga. Semua game dia join. Tapi paling terer gua tengok dia main badminton. Lutut seluar koyak dah selalu dah gua tengok.

Sampailah dah naik darjah 6, gua join bermain di taman, walaupun gua jarang gila bertegur dengan Bini Popeye ni. Dekat sekolah lagi la. Tengok muka pun tidak. Lagipun masa darjah 6, gua kena masuk kelas intensif. Puan Hashimah target gua dan beberapa yang lain dapat score 4A. Jadi study ada lebih sikit. Tapi haram tak score pun.

...........

Keputusan UPSR pun diumumkan, ada beberapa pelajar target yang dapat 4A. Gua tak dapat. Gua dapat 3A 1B je. Dengan keputusan tu, gua mendapat tawaran belajar dia Tun Perak, sebelum ke Maahad Muar. Farhan dan Bad Bachik pun masuk Tun Perak. Mar Kidal, Adi Roslan masuk High School, Niko straight ke Maahad. Beberapa budak lain juga datang tawaran ke asrama. Kami pun semua membawa haluan masing-masing. Bukan haluan sendiri la. Mak bapak yang 'haluan' kan.

Semenjak tu, gua dah tak bermain lagi di Taman. Semenjak tu juga, gua dah tak berjumpa lagi dengan Bini Popeye...

(bersambung)

7.9.12

DUBAI O DUBAI

Setelah lebih 10 bulan gua memperhambakan diri di Bangi masuk pukul 8, balik kadang-kadang pukul 2 pagi, gua mula bosan bila takde tanda-tanda gaji nak naik. Balik-balik jamuan hari jadi. Tiap-tiap bulan makan kek. Tak best. Lepas tu tiap-tiap petang layan megi goreng di kantin Indon. Tomok pesan dekat gua rilek dulu, jangan berhenti dulu, mana tahu hujung tahun ada bonus. Boh pun cakap macam tu jugak. Gua angguk-angguk, tapi dalam diam cari juga kerja.

Masa gua sibuk mencari kerja di internet, gua terjumpa satu iklan, 'mencari pekerja di luar negara'. Wah, macam best ni. Kalau dapat best jugak. Baca punya baca, mouse meraban-raban masa tu. Dan jari gua tiba-tiba, 'klik'..

Gua tertekan mouse pada button apply. Ah sudah, nak undo tak reti pulak masa tu. Gua pun macam konpius, apply ke tidak sebenarnya tadi. Ah lantak la. Benda tu gua biarkan je berlalu, sampai la beberapa lama. Memang dah tak ingat dah.

Satu hari, gua mendapat kecerderaan semasa bermain futsal. 'Futsol' kalau kata Fazura dalam cerita pe benda tah. Cerita budak perempuan main 'futsol' tu. Kecederaan tu menyebabkan gua tak masuk kerja beberapa hari. Jadi gua duduk je la di rumah, layan Prison Break.

Semasa gua tengah syok tengok Michael tengah panjat tembok penjara Fox River, gua dapat satu panggilan, kepala 03.

"Hello, boleh bercakap dengan John Rambo?" Tanya suara di hujung talian.

"Bercakap,siapa ni?" Gua soal balik.

"Kami dari syarikat xxx ingin memaklumkan kepada encik yang kami ingin mengatur interview untuk jawatan ke Dubai yang email pohon tu."

Zap! Zap! Fikiran gua masa tu terus teringat balik peristiwa di cyber cafe bulan lepas.

"err,boleh..boleh"

Bla...bla...bla...

Setelah letak telefon, gua terus jerit. Sikit punya happy sampai lupa sakit. Impian Ilyana gua hampir tercapai. Gua tak sangka pulak kerja yang gua apply tu dekat Dubai. Masa tu Dubai tengah nak naik, semua budak Malaysia berebut nak kerja sana.

++++++++++++++++++

Seperti yang dijanjikan, gua pun menghadiri interview tersebut. Difahamkan, gua kena incas kerja2 interior untuk hotel Burj Al Khalifa tak silap gua nama dia. 7 star punya hotel. Terletak dekat Palm Island. Ala yang pulau bentuk pokok kurma tu. Gaji yang dia offer pulak bukan kecik anak. Belas ribu termasuk elaun. Interview tu memang gua buat betul2 punya la.

Mengikut polisi kompeni tu, kalau nak kerja di luar negara, kena melepasi sampai 3 interview. Gila banyak. Tapi berkat beristiqamah dan selalu baca surah lazim kot, gua berjaya lepas semua interview tu.Peh! Suka betul mak abah gua bila gua lepas semua interview. Habis dia belanja gua beli baju, beli seluar, beli beg troli besar bagak. Terharu betul masa tu.

Disettingkan, masa gua berlepas ke Dubai adalah pada 1.1 tahun xx. Ada tiga benda je tak buat lagi, buat lesen internasional, ambil cop kementerian dekat Putrajaya dan ambik result medical check up. Dubai punya pasal, semua tu gua redah. Muar-Kl dah macam Muar-Melaka je. Masa tu gua dah berhenti kerja di Bangi.

Akhirnya semua settle, gua pun bawa la semua yang diminta tu ke office untuk semakan terakhir. Sampai di sana, officer tu check semua. Bila tiba bab medical check up, dahi dia macam berkerut sikit. Ah sudah, amende pulak ni. Lepas tu gua nampak dia buat panggilan je BP Lab. 5 minit lepas tu, dia datang jumpa gua..Gua dah cemas semacam.

"Encik,minta maaf.Kami tak dapat nak melepaskan encik ke luar negara, sebab encik mengidap hepatitis B. Kebarangkalian encik mendapat sakit di sana amat tinggi. Dan kami tak berani nak hantar encik ke sana"

Itu jam memang macam guruh berdentum, kilat sabung menyabung, hujan turun lebat, puting beliung semua ada la. Pedih hati gua masa tu.Betul pedih punya.

Patut la gua rasa mata kuning, perut keras 2-3 minggu ni. Hepatitis rupanya. Tapi tak pulak gua rasa sakit. Ni mesti sebab layan makan dekat kantin indon ni.

Bertekak juga la 2-3 jam.Nak setel luar dalam semua tak boleh, gua pun balik la dengan hati yang sedih. Itu adalah hari yang paling stress gua pernah hadapi. Abah mesti kecewa dengar semua ni.

Gua call abah sebelum sampai rumah. Berkaca  jugak la mata. Tapi abah kata balik dulu. Sampai di rumah, abah senyum je,dia kata takpe. Mungkin tuhan nak bagi rezeki lain. Gua senyum tawar. Takpelah, itulah rezeki namanya. Kadang-kadang dah masuk dalam mulut pun boleh keluar balik. Beg troli besar tu mak gua bawak pergi haji je.

.......

Tapi, masalahnya gua dah takde kerja sekarang ni. Amende gua nak buat dekat kampung ni? Main masak-masak? Bela kambing?

Tapi orang kata, setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. Dan gua betul-betul jumpa hikmah yang dikatakan tu, iaitu jodoh gua...

Nanti la gua cerita. Nak makan kurma Dubai kejap.

*layan betul tulis cerita ni malam tadi sambil dengar lagu Gelombang Salamiah Hassan.keh keh.

6.9.12

SEMANGAT BASIKAL

Suatu petang pada tahun 1992...

Zuupp! Zuupp!

Gua mengayuh ke atas bukit pasir dan melompat. Macam motor cross dah. Gua melayan je sorang-sorang main basikal dekat situ. Petang tu macam boring sikit. Budak-budak lambat datang. Selalu pukul 5 je dah  terpacak depan balai raya ni.

Gua dekat rumah tadi, dari tadi menunggu depan jam. Abah kata kalau nak keluar main, kena tunggu pukul 5. Sebelum pukul 5 tak boleh keluar. Pukul 4.45 gua dah keluarkan basikal BMX warna krum dari tepi rumah. Parking depan gate rumah. Lepas tu gua masuk balik dalam rumah, gua terpacak depan jam. Lambat betul rasanya jam ni bergerak. Ada time, jam tu macam berhenti, lepas tu jalan balik.

Dengg!! Dengg!! Dengg!! Dengg!! Dengg!!

Sebenarnya jam rumah gua takde la bunyi macam tu. Tapi nak menunjukkan dah masuk waktu. Terus je capai basikal, gua mengayuh ke balai raya depan rumah. Tak la jauh pun, sepelaung je. Pada gua kehadiran ke taman permainan amatlah penting, kadang-kadang tu kalau abah tak bagi keluar, esok hari gua sampai tak tau mana nak letak muka depan kawan-kawan. Gosip pasal makwe sekolah pun boleh terlepas.

Tapi hari ni, budak-budak lambat keluar. Mana Mamat Telur, Halim  Basir, Suai, Eddy, Bolong semua ni. Selalu Mamat Telur la yang paling laju sekali. Budak gemuk dan botak. Sesuai la dengan mana lu. Datang mesti bawak bola. Kira macam ketua la. Mamat Telur ni budak-budak yang bagi nama, sebab dekat sini ada dua Mamat. Satu dia la, satu lagi Mamat Bobok, seekor kambing biri-biri. Garang punya kambing. Kambing tu punya ngam dengan tuan dia, sampai tidur pun dalam rumah. Real ni.

Dalam 10 minit lepas tu,budak-budak Baroh pun sampai. Mamat Telur dengan muka kerek datang tak bawak bola. Hak alah..

'Beb, hari ni tak payah main bola la. Boring la. Hari ni kita rilek rilek. Esok kita lumba basikal,amacam?'

Hah, ada hati nak lawan gua. Basikal gua basikal BMX, setakat basikal Avente Mamat Telur, apa ada hal. Ada bakul pulak tu. Basikal adik ke basikal mak?

'Ok, set. Esok petang kita lumba basikal. Buang bakul kau tu dulu' sound gua.

Mamat Telur sengih-sengih kena sound..

Kira hari tu takde main la. Gua pecut balik rumah. Semangat ni esok nak lumba. Balik rumah, gua basuh basikal, kasi cantik punya. Lepas tu, gua hias-hias sikit, ambil kertas keras. Gua tebuk-tebuk lepas tu ikat dekat frame handle basikal. Gua tulis nombor 6. Peh! Sebijik macam motor cross. Keh keh.

Untuk menambahkan kelajuan dan kepoweran basikal gua, gua cat rim basikal gua guna kapur kasut. Baru nampak cun warna putih. Nak beli spray mahal la pulak. Kapur kasut je la yang termampu.

++++++++++++++++++++++

Esok petang pukul 5 gua yang terawal sampai. Sambil tunggu-tunggu tu, gua training la sikit-sikit. Warm up kata orang putih. Naik bukit, turun bukit. Sikit2 lap basikal. Dekat setengah jam tunggu, haram budak ni tak datang. Ketua incas, Mamat Telur pun tak nampak muka lagi. Telur dia lagi la tak nampak.

Gua dah naik bosan. Jadi gua ambil keputusan pusing-pusing kampung dulu. Sampai dekat simpang depan, gua nampak kelibat Mamat Telur dengan bapak dia, tengah syok balun mee goreng dekat warung Badang. Cilaka betul, gua tunggu punya lama, lu boleh makan mee goreng. Mamat Telur tersenyum dari jauh, dengan mulut penuh mee goreng. Geram betul gua.

Gua terus balik rumah, suruh mak gua masak cekodok. Puas hati gua.

notakaki:
dengan basikal ni la gua jumpa jodoh gua. Kalau la gua tau la dia tu jodoh gua, darjah 6 lagi gua dah bertunang.

5.9.12

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 3




Abah gua ada banyak motor. Dia memang suka motor gamaknya. Motor dia semuanya jenama Honda. Dua je dari jenama Modenas. Dari motor Honda bulat, Honda motor perang double ekzos, Honda Wave sampai 2 bijik.Entah apa minat sampai beli 2 kali tah.
Motor pertama abah selepas dia kahwin adalah motor Honda c70. Motor tu warna kelabu. Plat nombor WQ 1712. Lama dia pakai motor tu sebelum dia jual dan beli motor lain.
Dia memang sayang betul dengan Honda 'Bullet' tu. Dari bekerja di Balai Muar, abah kena transfer pula ke Bandar Melaka. Memang gila kalau gua bayangkan abah naik motor Honda Cup c70, 3 gear, ulang alik Muar-Melaka. Sebelum dia ke tempat kerja, kadang-kadang dia kena hantar gua dan adik ke sekolah. Naiklah kami bertiga atas motor tu. Gua yang duduk di belakang sekali hanya berpaut pada tali pinggang abah je, di samping membaca ayat-ayat lazim, minta diselamatkan perjalanan.
Al kisah, dalam satu petang. Gua nak ke sekolah agama. Selepas bersiap, gua naik la motor dengan abah. Dia hantar gua ke sekolah hari tu. Sebelum naik motor, gua sempat pesan :
'abah,nanti sebelum sampai sekolah, singgah dulu kedai aji eh, nak beli ubat pistol'
'balik sekolah kan boleh beli nanti. Nak buat apa bawak ubat pistol pergi sekolah..' Abah counter balik.
Tapi setelah dia tengok gua buat muka emo core, dia pun beralah la.
........
Tak sampai 5 minit, kami pun sampai kedai aji. Gua lompat turun dari motor, terus lari masuk kedai aji. Lepas belek2 lebih kurang, gua angkat satu paket ubat pistol. Lepas tu gua terus tuju je abah yang menunggu di luar kedai.
'Dah.Jom.' Sound gua.
Gua lompat atas motor. Abah pulas handle motor...
PRENNG!! KPAK!! KEBUSH!!
Apa badi entah, tiba-tiba motor tu macam melompat. Abah macam buat willy. Gua dekat belakang darah dah kering dah. Gua peluk abah kuat2. Lepas tayar depan di udara dalam 2 saat, ia jatuh terhempas ke tanah,lepas tu motor tu terus menggila. Gua kalau dah hafal surah masa tu, memang gua baca kuat2 punya la.
Kami terbalik atas jalan raya. Kepala gua ngam-ngam masuk bawah kereta. Nasib baik kereta tu tak laju dan sempat berhenti. Abah pulak terhempap motor. Gua di belakang, kaki sebelah tersepit pada motor yang jatuh tu.
Orang ramai datang menolong. Abah cepat-cepat periksa gua. Bila dia tengok gua rilek je,dia angkat gua perlahan lahan. Jam tu, ubat pistol gua tak lepas,masih dalam tangan.Kemas.
Kemudian, datang kawan abah,Majid Duku namanya. Dia offer nak hantar gua pulang ke rumah. Kami setuju. Dia hantar gua pulang ke  rumah naik motor dia. Lain benor rasanya naik motor dengan orang lain. Selalu gua peluk abah. Yang ni gemuk dia kurang sikit.Tak best.
Dalam perjalanan pulang tu, bila dah terkena angin, baru gua rasa pedih di kaki gua. Gua belek belek, seluar sekolah gua dah koyak rupanya di bahagian kaki. Rupanya masa motor tu terbalik, tayar belakang terus berpusing dan tersagat sekali kulit pada tulang  keting gua. Sampai la ni parut tu ada lagi. Memang pedih.
Bila dah besar nih.kadang-kadang gua  terpandang parut pada kaki tu, gua teringat peristiwa tu dengan abah. Nak ketawa pun ada. Tapi nasib baiklah semua selamat.

4.9.12

KAMI

Bini gua kata gua pelik sebab dengar lagu rock yang tak pernah keluar kat radio.

Gua  lagi pelik sebab bini gua hafal lagu lagu filem lama.

Bini gua kata gua pelik sebab tonton cerita serius dan berat  je.

Gua lagi pelik sebab dia tonton cerita hindustan 20an 30an, siap tau nyanyi lagi.

Bini gua kata gua asyik tengok bolaaaa je.

Gua lagi pelik bini gua asyik beli handbaaaag je.

Bini gua selalu bising sebab gua bawa kereta slow.

Gua lagi pelik dia bawa kereta macam pelesit.

Bini gua ketawakan gua sebab tak tau bukak durian.

Gua ketawakan bini gua sebab dia kena buka durian untuk gua.

Bini gua selalu bising sebab gua kalau duduk dalam toilet lama gila sebab baca buku.

Gua lagi pelik sebab kadang2 gua tak perasan dia dah mandi.Tau tau dah siap je.

Bini gua selalu kata dia lagi terer cari jalan dari Gps gua.

Gua selalu ketawakan bini gua bila 'Gps' dia kadang2 boleh 'hang'

Tapi,nasib baik la sama-sama suka Klasik Fm.Nasib baik.

3.9.12

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 2




Abah gua seorang yang sangat kuat mencari wang semasa gua masih kecil. Itulah abah yang gua kenal. Akan buat buat apa saja untuk keselesaan kami adik beradik. Asalkan keluarganya dapat makan yang cukup, pakai yang cukup, rumah yang selesa. Tapi bagi kami,itu dari cukup.
Keluarga gua bukanlah dari keluarga yang senang, tidak juga susah. Keluarga gua keluarga yang sederhana-sederhana sahaja. Middle Class orang kata. Dari kecik sampai sekarang alhamdulillah makan tak miss lagi. Badan pun sihat-sihat belaka semua. Tetapi abah gua memang begitu, sentiasa bekerja keras supaya anak-anaknya tidak tertinggal dengan rakannya. Supaya anak nya tidak monyok mencuka.
Semasa gua 6 tahun, kami sekeluarga berpindah dari Kuala Berlumpur ke Muar, lantaran abah bertukar kawasan kerja. Di Muar, kami menyewa di sebuah rumah di kawasan perumahan. Muar sangat asing pada gua masa tu. Kehidupan pada masa itu memang pun agak perit. Dengan bekerja sebagai pegawai bomba, belum tentu cukup untuk menyewa rumah, membayar kerja-kerja menyiapkan rumah baru dan banyak hal lagi.
Mujur mak gua bekerja sebagai kerani di pejabat Risda. Dapatlah dia menanggung sedikit sebanyak perbelanjaan rumah. Masa tu mak gua baru sahaja belajar memandu kereta. Jadi abah belikan kereta Proton Saga. Akibat pemanduan jenis perempuan, banyaklah calar balar dan kemik-kemik pada kereta. Abah dah fed up kot, dia jual kereta tu dan beli kereta Datsun dari pakcik gua. Keras sikit. Haha. Abah gua pula ke tempat kerja dengan Honda Cup c70 nya.
Masa gua darjah 5, gua pernah ada keinginan nak memiliki ensiklopedia. Tapi gua memang takut nak minta. Mahal beb benda tu. Gua selalu baca benda tu dekat library masa waktu rehat.Pada satu waktu malam malam,perlahan lahan gua menyuarakan hal tu.
"Abah, nanti boleh tak belikan ensiklopedia. Adib minat nak baca la."
"Nak buat apa?! Kan mahal tu?" jerkah abah.
........
Gua terus senyap tak buka mulut lagi. Tak berani nak angkat kepala. Mama pun senyap tak backing gua.
Tapi beberapa malam lepas tu, sebelum gua masuk tidur, abah panggil gua, dan dia bagi gua satu buku yang agak tebal pada gua. Rupa macam buku add math. Warna hitam. Buku tu bukan ensiklopedia seperti yang aku minta. Tapi buku tentang sejarah 25 rasul. Bahasa indonesia. Abah beritahu dia tak mampu lagi nak beli ensiklopedia, jadi dia suruh aku baca yang ini dulu. Dia beli dari kawan dia.
Sumpah, semenjak tu, gua tak mintak lagi abah belikan buku. Buku yang abah bagi tu, gua baca tiap-tiap malam, sampai naik renyuk.Terima kasih, bos!

2.9.12

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 1


"Abah, tadi ada orang kata abah referee berat bontot"
Gua lihat abah diam saja. Matanya fokus membawa Honda c70 warna kelabu kesayangannya. Badan berpeluh peluh selepas mengadili satu pertandingan bolasepak di Stadium.Gua membonceng di belakangnya. Masa tu gua\ baru darjah 6, jadi dia masih membonceng lagi.Tak sopan pulak kalau abah yang membonceng gua.
"Abah dengar tak ni?" Gua separuh menjerit, takut-takut dia tak dengar kerana angin menderu di atas motor.Gua bukan apa, tapi tak puas hati dengan kutu 2-3 ekor ejek bapak gua dari luar padang. Dia tak tahu ke sebelah dia tu anak referee. Kalau gua besar masa tu, memang mendapat la.
"Biar je la, bukannya berkudis pun..Bukan diorang belikan kita beras pun.Ada Adib nampak diorang bagi kita beras tadi?"
"Abah,Ini bukan soal beras,tapi soal geram sampai nak bagi sepam dekat kutu tu.Dia tau tak abah kerja kuat sebab nak bagi family makan."
Tapi benda tu gua cakap dalam hati je la. Malas nak lebih-lebih.Orang tua ni ada je benda dia nak kalis karang.
Jadi gua pun mendiamkan diri je la,sambil mata layan suasana sepanjang jalan, melayan perasaan sampai la di rumah. Sepanjang perjalanan tu gua peluk abah kuat2. Bukan sebab gua layan emo,tapi sebab motor tu kadang kadang buat hal,gua dengan abah pernah ada peristiwa motor tu melompat.
Peristiwa tu gua biarkan berlalu.Tapi dialog kutu tu memang terngiang ngiang dalam kepala.Dendam gua tak habis lagi ni.
+++++++++++++++++++++
Pada minggu depannya, ada game lagi di stadium. Dan abah dilantik menjadi pengadil untuk kesekian kalinya. Pakcik Mahat, kawan abah yang sorang lagi tu jadi linesman .Gua sebagai pengikut setia abah, sentiasa incas sebagai escort dia. Tukang bawak botol air dan tuala.
Dan secara megiknya, gua terserempak lagi dengan kutu minggu lepas. Tapi kali ni dia datang sorang je. Duduk melepak tepi padang. Mulut tak lekang dengan rokok. Rambut dah la afro.Gua pun duduk rapat dengan dia. Gua tengok dia tersenyum nipis bila tahu abah gua jadi referee lagi. Bengang gua pun dah sampai time tu.
Semasa perlawanan berlangsung, gua asyik la terdengar dia kompelin pasal abah gua. Terjerit-jerit. Tak habis-habis mengutuk abah. Berat sebelah la, berat bontot la. Macam-macam berat la. Hati gua memang tak tenang sangat dah masa tu. Geram sangat.
Perlahan-lahan gua hampiri motor rxz dia, gua bukak penutup tiub tayar belakang. Kemudian, gua ambil satu batu kecil dan gua letak dalam penutup tiub, dan gua tutup semula. Gua tersenyum puas.
Pritt! Pritt! Pritt!
Perlawanan pun tamat. Pemain-pemain pun semua melepak di tepi padang. Gua tengok abah gua pun dah ke tepi padang. Para penonton pun semua beransur pulang. Keputusan perlawanan tidak pula gua ingat.
Gua bagi tuala kecil pada abah.Lepas borak 2-3 minit lebih kurang dengan Pakcik Mahat, gua dan abah pun bergerak ke motor untuk pulang.
Gua jeling pada kutu tu. Gua lihat kutu tu terkial-kial check tayar motor dia. Nak kata bocor,takde kesan bocor.Tapi tayar lembik. Nak mintak tolong, orang dah takde. Kah kah.
++++++++++++++++++++++
Abah mengawal hendel Honda c70, membawa aku dan dirinya pulang ke rumah. Matanya fokus membawa kenderaan berwarna kelabu kesayangannya itu. Gua membonceng di belakangnya. Gua peluk abah kuat-kuat seperti biasa. Muka gua tersenyum puas, bila terbayangkan muka kutu berahak tu.Puas sangat.
Itulah small sweet revenge namanya.

1.9.12

AL KINDI

Di sekolah gua, Blok B sepatutnya dikhaskan untuk pelajar dari tingkatan 1 hingga 3, sepertimana yang pernah gua ceritakan sebelum ni. Kami hidup aman bahagia seperti kaum yang dalam cerita Avatar sebelum kedatangan pihak kontraktor dari bumi tu.

Tapi masa gua naik tingkatan dua, entah kenapa Kerajaan Warden yang diketuai oleh Ustaz Basri telah merombak semula susunan bilik pelajar. Keadaan memang kucar kacir sikit masa tu. Entah jin mana yang meresap masuk je tubuh Ustaz Basri sampai dia buat rombakan tu.

Jadi, masa tingkatan 2, gua ditempatkan di bilik Al Kindi. Bilik tu sebelah bilik Usamah, bilik Bedot. Jadi, mengikut susun atur pelajar sekarang, dalam bilik tu ada student dari tingkatan 1 sampai la tingkatan 5. Gua syak, mungkin Kerajaan Warden merasakan yang brader-brader senior boleh membimbing adik adik kot . Keh keh keh.

Gua tak berapa ingat siapa sebenarnya yang menetap di bilik Al Kindi tu,kecuali beberapa key person :

1.Ustat
Dia ni atas gua setahun. Kira tahun tu dia PMR la. Ustaz ni gua tengok dia punya rajin belajar memang lain macam. Gua tak jumpa lagi budak yang poket baju penuh dengan peta minda, poket seluar penuh dengan nota-nota kecil. Beg sekolah Ustat pulak adalah beg balik kampung. Jadi boleh la bayangkan berapa banyak buku nota dan rujukan dalam tu.

Siang malam pagi petang Ustat ni baca nota, buat nota, menghafal nota. Tapi kalau matematik pun dia hafal, memang lain macam kaedah tu.

2.Hamim
Hamim adalah senior tingkatan 4. Dia ni macam tabligh sikit. Pergi surau pakai jubah, serban semua. First time gua try pakai jubah adalah masa gua dah kerja dulu, masa sembahyang tarawikh. Tapi dia dari sekolah dah pakai. Lepas tu selalu pakai celak. Sunah tu. Cakap pun lembut je.

Hamim ni pembersih orangnya. Disebabkan dia yang paling tua dalam bilik tu, maka dia dilantik sebagai ketua bilik. Bilik pada dia memang kena tip top. Bersih. Cadar katil mesti string. Tuala bersidai di luar.Kasut susun. Pada gua, itu tak jadi hal. Tapi benda yang leceh gua nak follow ialah peraturan NO SOLAT HERE, GO TO MUSOLLA. Budak bilik tu tak dibenarkan solat dalam bilik. Kena pergi surau. Tapi sebelum kena tarbiah dengan dia, baik pergi je la.

3.Syazwan
Syazwan aka Palwan adalah satu lagi senior tingkatan 4 bilik tu. Dia ni jarang ada di bilik, sebab jiwa dia ni rock sikit. Tak berapa masuk dengan Hamim. Jiwa dia ke Blok A je.

Syazwan adalah ahli Persatuan Rakan Sebaya, PRS. Ala, persatuan yang bagi motivasi dekat student tu. Bagus dia ni, kadang-kadang dia bagi nasihat dekat gua dan yang lain. Lagi satu, Syazwan ni adalah pusat rujukan rock gua. Dengan dia ni la gua belajar lagu Metallica. Lagu yang paling gua menuntut ialah lagu Fade To Black. Bersemangat dia ajar sampai tuliskan lirik. Lagi lagi satu, kalau lu tengok Syazwan ni, muka dia sebilik macam muka Aznil Pop Kuiz. Dulu la, sekarang tak tau pulak gua.

4.Mat Gelak
Mat Gelak adalah rakan sebaya gua.Tapi dia kelas sebelah. Mat Gelak ni dapat nama sebab dari dia punya gelak la. Bunyi dia ada lain macam sikit. Bunyi aneh.

Mat Gelak ni kelakar orangnya. Kalau dia buka mulut, mesti orang ketawa. Dan gua masih ingat bila pada satu hari dia cerita pada gua yang waktu cuti sekolah tingkatan 2 nanti, dia nak pergi bersunat. Memang terperanjat gua. Rupanya gua sebilik dengan orang belum sunat.

Dan gua yakin Mat Gelak masih memegang rekod, sekurang kurangnya rekod sekolah, sebagai budak yang paling lewat bersunat.