Ingat tak masa lu sekolah dulu, semuanya indah, kan? Semuanya warna-warni. Walaupun ada beberapa kerat budak yang kehidupan sekolahnya hitam pekat. Tapi pada gua, kehidupan sekolah gua sangatlah best. Banyak sangat nak dicerita. Adventure, takut, seram, marah, lucu. Semua ada.
Tapi itu semua dulu kan? Sekarang, bila umur dah meningkat, dah berkahwin, mungkin ada yang dah bekerja, ada yang sambung belajar, ada yang masih belajar la tak habis-habis. Yang tak habis belajar tu, PTPTN bila nak bayar? Husin tak lupa bayar, lu jangan lupa pulak.. Bila dah kerja ni, masalah lain pulak yang kita hadapi. Dulu masa belajar, gua rasa masalah dia hanya duit dan exam. Gua rasa la. Bila dah bekerja, masalah duit dan exam (naik pangkat) masih ada. Ditambah lagi dengan masalah kereta, masalah kawan ajak ponteng puasa, masalah bos asyik usha punch card, masalah dengan rakan sekerja, masalah anak bergaduh dekat sekolah dan banyak lagi la. Semua tu mungkin membebankan kepala otak lu dan gua.
Masa gua belajar dulu, kawan-kawan gua semuanya happy-happy. Setakat suruh main Winning Eleven tak tidur dua hari pun bukan jadi masalah. Sampai berasap PS2 pun takpe. Duit takde pun takpe sangat. janji makan lepas. Tapi bila dah besar ni, ada antara kawan gua tu datang mengadu masalah rumah tangga, masalah anak, masalah duit. Itu belum cerita skandal lagi Pada gua, bila lu dah menghadapi masalah macam tu, itu bermakna lu dah besar, dan sepatutnya lu dah matang. Dan pada gua juga, kalau orang dah mula mengadu pada kita, kita dah tak boleh cakap 'taknak' atau 'tak tahu', macam masa sekolah-sekolah dulu. Kita kena cakap sesuatu yang membangkitkan semangat,memulihkan semangat, walaupun kita tak tahu apa yang kita cakap masa tu. Tapi, cakaplah apa saja. Sebab kawan-kawan mengadu dekat kita hanya kerana mereka takde tempat nak luahkan . Dan mereka mengaharapkan satu jawapan daripada kita. Tak kiralah jawapan betul atau jawapan auta.
Kawan mengadu kerana mungkin lu antara kawan yang rapat. Mungkin juga lu dah masak dengan sepak terajang dunia ni. Jadi lu lebih berpengalaman dan mungkin akan beri jawapan dari satu sudut yang lain, yang mereka tak terfikir. Mungkin. Dan gua pun tak terlepas dari benda alah ni.Mungkin mereka menganggap gua kawan baik mereka. Mungkin juga mereka menganggap gua ni dah banyak sangat pengalaman.
Pada hakikatnya tidak. Gua tak banyak pengalaman. Gua bukan arif dalam segalanya. Kalau lu datang mengadu pada gua cerita masalah skandal lu, sebenarnya gua pun tak tahu nak bagi penyelesaian. Tapi, gua akan cuba borak-borak, belok-belok sampai lu lupa masalah tu. Kemudian kita cerita yang best- best je. Dapat lupakan kejap masalah pun jadilah.
Tapi ada satu masalah datang kepada gua yang gua tak boleh nak elakkan. masalah yang datang ni terlalu rumit untuk diceritakan. Tapi sebab gua terlalu sayangkan kawan, gua terpaksa involve jugak. Dan kawan, gua harap masalah lu akan selesai dengan segera kerana gua gembira kalau lu dapat buat dengan hati yang tekad. Sekurang kurangnya gua berjaya hilangkan satu dosa dari berzilion zilion dosa manusia atas muka bumi ni.
Berusahalah kawan !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan