setegram

Instagram

15.8.12

PERNAH ADA

Gua pernah ada adik..


Bukan sekarang gua dah tak ada adik. Tapi gua pernah ada satu set adik yang lengkap. Yang sekarang cuma lengkap dalam hati sahaja. Secara fizikal dah tak cukup, sampai bila-bila.Pada pandangan gua, atau mungkin kepada sesiapa yang pernah mengalami, kalau orang yang kita sayangi meninggalkan kita, mereka akan turut membawa sebahagian dari diri kita.Maknanya kalau dulu diri gua 100%, adik beradik termasuk gua ada 5, jadi sorang dapat 20% la. Tapi bila sorang dah pergi, hati gua cuma tinggal 80% sahaja. Macam tu la lebih kurang. Tak akan lengkap lagi sampai bila- bila. SAMPAI BILA-BILA.

Gua ni bukan jenis yang suka sangat mengenang kisah sedih. Kalau seseorang tu dah pergi, gua lebih suka berkongsi kisah kelakar, atau kenangan manis bersama dia. Dan gua punya adik dulu pun, memang kelakar orangnya. Yaya, bertubuh besar orangnya, memang besar. Kalau masuk kereta tu memang kena makan side sikit. Gua pun kadang-kadang gelakkan dia, kalau dia masuk, kereta mesti senget sikit. tak balance.Kah kah.

Masa kecik dulu,gua sama naik dengan dia.Makanan kegemaran kami adalah nasi putih letak kicap,letak telur hancur dan planta.Semua gaul sekali. Peh,sedap dia memang menangkap otak.Tapi bila dah besar,gua adjust sikit letak kuah asam sedap.Memang sedap gila.

Yaya ni pada gua tak kuat makan sangat. Tapi dia makan berulang. Dan satu habit buruk dia, suka sangat makan snek/fast food/jajan. SUKA SANGAT. Sampaikan tengah-tengah malam pun tanya mana McD 24 jam, nak makan bege. Sanggup pulak ke Melaka semata nak pergi McD tengah malam. Haa kau alang-alang dah jauh, memang beli bege macam nak kenduri la.Adoyai! Lagi satu suka makan jajan. Gua pun suka jugak, tapi sekarang dah jarang sangat makan. Sebab gua tengah didik anak gua makan benda sihat. Hasilnya, dia pun tak suka makan jajan-jajan ni. Sekali sekala tu boleh la makan snek,tapi jangan lah kerap.

Lagi satu benda yang Yaya suka adalah KARAOKE!. Peh, minah ni kalau bab karok memang minat gila la, sampaikan bapak gua belikan set karaoke dekat rumah. Masa dia sekolah dulu dia suka sangat dekat Tomok New Boyz. Gua memang tak boleh blah. Memang lancarkan perang dengan dia dulu. Syukurlah bila dah besar sikit, dia sedar tu Tomok tu apa pun tak boleh. Oh ye, dulu masa kecil, dia la sparring partner gua. Kecik kecik dulu gua suka bergaduh dengan dia. Ye la, dia je yang paling dekat umur dengan gua.  Selalu juga la berbirat badan gua ni kena hanger dengan mak gua. Kaki report jugak Yaya ni.Haha..apa la kau ni. Dah menangis repot dekat mama. Kau ingat tak aku pernah janji nak belikan Cornetto kalau ko tak repot. Tapi Cornetto kau sebat, hanger pun aku mendapat. Dah kalah tu diam je la. Haha :')

Satu benda yang dia paling anti adalah Durian. Dia memang tak boleh bau durian. Kalau nak beli durian, kau jangan harap la nak pinjam kereta dia.Memang tak dapat.Bapak gua pun tak dapat, ini pulak orang lain. Tapi gua pulak hantu durian. Tapi tak tahu kopek durian (ya,sampai sekarang gua tak tahu kopek durian).Jadi siapa mangsa tukang kopek? YAYAYAYA LA!. Stail dia kopek lain.Dia pijak durian tu sampai terbuka! hahaha.Power power!

Lagi satu,kalau bab bercerita, bagi dekat dia! Dia kalau bercerita memang tak habis. Kelakar-kelakar pulak tu. Balik kampung je, mesti ada story baru dia bawak.Hahaha. Gua kalau balik kampung, mesti tuju bilik dia dulu. Lepak sambil pekena air-cond (bilik gua takde air-cond,di anaktirikan) sambil borak-borak tanya aktiviti/program/cerita best. Dia pulak jenis suka download movie, memang best la.

Kadang-kadang kalau gua tengah sesak dulu, dia la tempat gua nak buat loan. Yaya ni pulak jenis tak berkira sangat. Memang bagi pinjam punya. Kadang- kadang dia pulak loan dekat gua. Kira saling bergantung la. Baru la muafakat namanya. keh keh keh. Tapi sekarang gua nak gantung dekat siapa pun gua tak tahu. :')

+++++++++++++++++

Hela nafas...

It is hard pada mulanya bila dengar berita tentang kematian kau, Ayno. Kalau kau nak tahu, masa tu aku ingat lagi, aku tengah belajar nak buat Mi Sup, pukul 3 lebih di kedai. Kak Niza telefon aku. Di hujung talian aku dengar tangisan, katakan kau dah tinggalkan kami semua. Tapi sebelum tu, Sasya dah telefon Abah, katakan dia kejut kau, tapi kau tak gerak-gerak. Aku sangat-sangat terperanjat. Tak terfikir, tak sangka. Kau pergi tanpa tinggalkan tanda 'akan pergi'. Aku menangis semahunya. Habis semua senduk, pinggan aku baling. Nuar, Lukman pun ikut terperanjat dengan berita ni, beb . Kami sama-sama menangis, tapi macam tak tahu nak buat apa. Hilang punca. Buat itu, buat ini semua tak kena. Yang aku ingat, aku terus beritahu semua, aku adik beradik nak balik. Mujur Apek, Syam, Kak Maria semua memahami kami, beb.Terima kasih la dekat diorang.

Kami terus pecut balik nak jumpa kau. Perasaan masa tu antara percaya tak percaya. Sungguh, itulah perasaan aku masa tu. Sekejap aku menangis, sekejap aku diam, sekejap aku tersenyum sedapkan hati, sekejap aku terfikir ini prank. Perjalanan rasa lambat sangat nak sampai masa tu. Tapi bila sampai, aku lihat sangat ramai orang  memenuhi halaman rumah. Aku sangat takut, saaaaangat takut nak masuk jumpa kau, beb. Habis semua orang dekat situ aku peluk..First orang aku jumpa dulu Abah. Aku peluk Abah semahunya. Abah kelihatan tabah sangat. Mungkin dia dah puas menangis sebelum tu. Macam tu jugak dengan Mama. Abah cakap dengan aku : "pergi jumpa adik kau..jangan menangis"

Aku kuatkan hati jugak masuk ke dalam rumah. Aku lihat ramai makcik-makcik, jiran-jiran yang aku kenak dan tak kenal. Semua berwajah sayu, ada yang menangis. Dan bila aku masuk dalam, aku nampak kau.Tapi masalahnya, kau dah terbaring, dah berselimut.Lemah lutut aku beb, aku ingat lagi aku terus berlutut depan kau, sebab kaki aku lembik dah masa tu. Nuar pula meraung sambil goncang-goncang kau. Aku jadi sayu sangat masa tu..


*maaf, gua dah tak sanggup nak sambung cerita ni. :')


Hela nafas.


Kau tahu tak yang kami semua sayangkan kau. Kau tahu tak yang kami semua rindukan kau. Kau tak tahu Ayno, sebab kau dah tak ada masa ni. Aku pun sangat-sangat risaukan abah dan mama. Aku takut diorang asyik termenung. Jadi, Finna la sebagai pengganti, hiburkan hati diorang. Sekurang kurangnya mereka sibukkan diri mereka. Alhamdulillah sekarang ni mereka ok. Kau jangan risau ye.

Ayno, lepas ni hari raya kami mungkin tak akan sama lagi. Mungkin kami akan bergembira macam biasa, tapi dalam hati masing-masing, aku percaya semua akan terkenangkan kau. Takde lagi gurau senda pagi raya, ambik-ambik gambar macam nak rak, ronda-ronda balik kampung sama-sama. Finna pun dah kurang duit raya dah.Hehehe. Ingat tak tak, kalau dulu,kalau bab bersalam salam ni,kau yang menangis lebih. Hehe.. Syasya pun bersiap sorang-sorang je lepas ni..Tapi kau tahu tak, Sasya is our strongest sister tau. Dia tetap tersenyum walaupun dia dalam hati dia masih sedih, aku tahu.. Tambahan pula dia orang pertama yang lihat engkau telah tiada. Dia menghadapi semua ni sorang-sorang lepas ni. Oh,sekarang, Imah, cousin kita merangkap best friend kau duduk sini.Jadi teman Sasya.Tapi kami semua pun sentiasa menyokong dia. Tahun depan dia dah nak SPM. Hmm Ayno, bergambar pun tak lengkap lepas ni beb. Dan kami dah ada satu aktiviti pagi raya : melawat kau. Nanti kami semua datang ye. Tak sabar nak jumpa kau.

Anyway Ayno, Selamat Hari Jadi (15 Ogos) yang ke 28, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Tunggu kami  :')

*sayangi keluarga kamu semua selagi mereka masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan