setegram

Instagram

10.8.12

DEWAN NERAKA

"Kau form berapa?" tanya Akram,brader form 6.
gua jawab "saya form satu".


Bengap betul Oh My English gua masa tu.

Ditakdirkan,gua tinggal di blok B.Di sekolah Maahad ni, ada dua blok untuk pelajar lelaki (ASPURA), Blok A dan B. Blok B ni biasanya budak form 1 sampai 3. Blok A untuk budak form 4 sampai 6. Melainkan mana mana form 4/5 yang buat hal/ hati sumi, kena la campak dekat Blok B,kawan dengan budak-budak. Pada masa tu, saiz badan gua agak kecik sikit.Tak sasa macam sekarang.. Masa tu tengok abang abang senior semua bagak-bagak, suka pakai spender je dalam dorm. Gua rasa memang pakai spender tu tengah trending la time tu.Dua sekolah gua pergi,macam tu jugak perangai dia.Dan dalam fikiran, gua semua abang-abang senior ni jahat-jahat,buli orang,makan budak punya perangai.

Kira hari ni gua nak kisahkan pengalaman pertama gua dari Blok B ke Blok A.Suatu perjalanan neraka.

Masa gua baru masuk dulu  asrama dulu, Pink, Niko, Atok selalu cakap jangan pergi Blok A, jangan pergi Blok A. Bahaya kalau tersangkut dekat blok tu. Macam-macam nanti kena buli. Kena suruh macam-macam. Kena buat macam-macam. Gua pun antara percaya tak percaya la. Sebabnya ialah masa gua di Tun Perak, takde hal macam tu jadik. Tapi apa-apa hal pun gua ambil sikap menanam rasa curiga dan sentiasa muhasabah diri la agar kelihatan mulia di mata mereka.

Satu petang, lepas prep tu gua agak lewat ke dewan makan. Dekat-dekat pukul 5 baru gua sampai. Hajat gua nak ke Dewan Makan tu nak makan biskut kering dan ambik air teh o yang dia letak dalam bekas tong sampah tu. Sampai sana, orang dah tak ada dalam dewan makan tu, hanya gua sorang je.Masa gua tengah cun cedok air teh tu, ada satu brader senior masuk dewan makan bawak baldi. Gua dah mula merasakan aura tak baik datang. Sekali dia ternampak gua,lantas...

"Woi budak, nanti ko cedok air teh tu masuk dalam baldi ni,lepas tu hantar dekat bilik XXX"

Cilake.Memang cilake.Brader tu terus belah je.Bila brader tu belah, gua dekat sini pulak berbelah bagi.Nak pergi tak pergi. Ikut hati gua nak cabut je balik bilik. Bila fikir balik, brader tu mesti dah cam muka gua. Kira kalau buat kawad cam mesti dapat tangkap punyalah.Takkan gua nak sembunyi 2 hari dalam toilet pulak. Jiran-jiran kata apa nanti. Bila terbayangkan member-member gua yang pernah kena panggil sebab tak ikut arahan,gua jadi kecut. Nak taknak gua buat jugak lah.

Tuhan je la tahu dada gua macam mana dia punya bunyi.Macam boombox. Bayangkanlah budak form 1,naif, kecik, nak  kena harung satu kawasan yang dipenuhi oleh binatang buas bertingkatan 4,5,6.Tapi kalau tengok dari sudut lain,memang berani macam Bam Bam Bigelow la.

Gua pun terkial-kial la angkat baldi tu naik tingkat 2 hantar air.Bilik XXX letaknya dekat tengah tengah blok.Dalam perjalanan gua nak sampai ke bilik tu,satu lagi brader (bilik sebelah,bilik YYY) jerit, "Woi, dah siap hantar baldi tu, datang sini !".Lepas hantar air tu, gua cepat-cepat pergi bilih sebelah pulak. Kepala tunduk sopan je. Tanya pun lembut:

"Ye,nak apa bang?"

Dah macam hamba sahaya pulak gua menyoal. Sedia berkhidmat la ni.

"Biskut ada lagi?"
"Ada."
"Kau ambik bawak sini."
"Semua?"
"Kau nak kena pukul ke?"

Berlari gua turun dewan makan ambik biskut. Ada extra order,teh o satu jag. Jag pula kena mintak dekat kakak dewan makan. Siak la.

Siap urusan bilik YYY, kena suruh rendam baju pulak dekat bilik ZZZ. Itu jam memang nak menangis la. Kepala dah nampak mak,abah, pisau, besi katil semua.

Akhirnya selepas dekat dua jam bertarung,dapat jugak gua pulang ke tanah air (Blok B).Memang lega betul.Tapi gua dah ada bahan nak cerita yang gua dah jejak Blok A,seorang diri. Kira terer la.

***

Tapi dalam diam, setahun gua tak berani nak datang dewan makan sorang-sorang dah. Setahun gua isytihar Dewan Makan punca kemurungan pelajar-pelajar.



"Kau form berapa?",
gua jawab "saya form satu".

KAH KAH KAH


ps: Kira ok lagi la gua ni. Ada budak kena panggil semata nak suruh cabut bulu ketiak. Memang haru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan