setegram

Instagram

8.8.12

DIARI RAMADHAN GUA


Hari itu panas. Memang panas. Tapi hari itu hari Jumaat. Undang-undang hostel mengatakan setiap hujung bulan, lepas sembahyang Jumaat boleh balik kampung. Memang seronok le.

Gua pulak dulu kalau nak balik kampung, packing baju memang banyak gila. Beg pun besar tak ingat. Padahal jarak rumah gua dengan sekolah rasanya tak sampai pun 15 km. Sampaikan brader Kojai (driver bas sekolah) pernah tegur, "Dik,ko cuti setahun ke?". Dalam hati gua, "Mampos la,beg gua." sambil gua senyum simpul dekat dia.

Rasanya taim tu nak dekat raya dah. Kira cuti panjang la jugak. Gua sebagai abang yang sulung, sentiasa prihatin dekat adik-adik gua. Dalam perjalanan nak balik tu, gua terdetik pulak nak beli air susu Dac Ledi kotak besar. Niat nak minum ramai-ramai dengan adik beradik. Haa murni kan niat gua? Jadi gua singgah la kedai Jalal. (Jalal ke?) yang depan sekolah tu. Sambar air kotak,campak duit,belah.Wah...biadap.

Bas yang dipandu Kojai pun sampai la dekat bus stesen. Gua dan yang lain turun. Air kotak masih kemas tersimpan di dalam beg. Nak ronda-ronda, macam takde mood. hari panas, puasa pulak.Jadi gua ambik keputusan tunggu bas untuk ke kawasan rumah gua.

***

Bas pun sampai.Gua naik,bayar rm0.40. Duduk seat belakang,kaki terkangkang bebas. Terlihat sikit ada koyakan kecil di celah kangkang seluar. Tapi gua tak peduli. Janji gua rok.Orang pun tak berapa ramai dalam bas taim tu..


TETTT!!


Gua tekan loceng.Sambil pikul beg besar kaler coklat. Sebenarnya beg tu mak gua guna nak balik kampung kalau cuti lama.Memang besar la.Besar dari gua.

Gua tuju satu public phone.Nak call rumah suruh pikap gua dekat depan ni.Bila gua call,tak angkat-angkat. Gua dail lagi, tak angkat-angkat jugak. Kemudian baru gua teringat, mak gua belum balik dari opis lagi. Pukul 4.15 baru dia gerak dari opis.Zaman tu, orang opis balik pukul 4.15.. Ah parah, sekarang baru pukul 3.15.Tak manis pulak gua duduk sini lama-lama. Jadi gua ambil keputusan jalan kaki tuju ke rumah. Tak la jauh sangat sebenarnya,dalam 2 kilo je.

Memang perit jalan kaki tengah panas pikul beg besar. Tapi hati gua cekal. Dalam kepala dah terbayang buka puasa nanti dapat minum air coklat dengan adik-adik.Best,best! Tapi yang tak bestnya, bila dah sampai rumah,kunci pun tak ada. Bertawaf-tawaf gua pusing rumah cari lubang nak masuk. Tak jumpa jugak. Tekak memang dah perit ni. Ibarat piston tak dapat minyak hitam.Kotak air coklat gua dah mula genggam erat dah taim tu.



GLUK,GLUK,GLUK!!



Akhirnya gua tak tahan,terkantoi jugak puasa gua hari tu.Nak buat macam mana,memang haus betul.Bila dah minum ni, dapat pekena baring pun sedap jugak. Gua pun landing je la atas garaj kereta rumah sementara tunggu mak gua balik. Tapi gua tertidur...

"Haa! tak puasa!"

Adik gua Yaya jerit. Mana tak,taim gua tidur tu,air kotak sebelah gua. Jadi, gua lah yang harus disyaki tak puasa.Aduh..!


***

Gua terjenguk-jenguk dari tingkap luar rumah,tengok famili gua berbuka. Bapak gua letak air suam je dekat luar sebagai hukuman tak puasa hari tu.Aduh..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan