setegram

Instagram

2.8.12

MENGACAU JAGA


Semasa gua form 2,sekolah Maahad,gua ada simpan dendam dekat satu jaga .Nama dia Mokhtar Dia suka lempang orang. Lepas tu suka cakap besar.Dia pernah cerita dekat gua dia pernah jumpa hantu tapi dia jerkah balik,hantu tu lari. Gua mengiyakan sahaja sambil senyum sebab nak keluar outing. Janji lu bagi gua lepas, gua akan mengiyakan saja.

Pada suatu malam,tak silap gua bulan Ramadhan, gua dan long lost friend gua, Zaki Samid merancang untuk menjahanamkan malam Mokhtar yang indah itu.Makan gaji buta,pergi kerja bawak toto.

Gua panjat bangunan sekolah tingkat 2,kemudian naik ke bumbung garaj. Daripada situ gua baling batu menghala ke bumbung pondok guard. Masa balingan kedua, gua dengar Mokhtar menjerit, konon marahkan hantu sebab mainkan dia la tu. Dekat dua minit jugak dia membebel. Gua tengok Zaki dah meleleh air mata tahan gelak. Kami baling lagi batu,kali ni kena tingkap.


Seraya itu gua dengar Mokhtar baca Yassin dengan suara menggigil gigil. Keh keh keh.

1 ulasan:

  1. tak sangka jaga mokhtar ada lagi masa batch kau..aku dulu dan member 1,2 selalu jugak layan dia sembang2 malam buta lepas tu ayat dia untuk benarkan kita keluar tapau kat warung sebab lapar...dia suka kena jek huhuhu

    BalasPadam