"Kita kena sentiasa cari kebolehan diri kita."
Itu Dr. Azizan kata. Jadi, sementara tunggu Spm keluar,masa bulan puasa gua pernah juga cuba-cuba niaga dekat pasar ramadhan.Kira nak try market la,tengok boleh pergi ke tak.
Sebenarnya gua terjebak dalam scene pasar ramadhan ni selepas Mar Kidal ajak gua join dia. Khemah semua dia sponsor,cuma nak cari geng buat teman berniaga je. Dengar macam tu, gua pun orait aje la.
Lepas booking tapak, kami diundi dapat bazar dekat depan Jpj Muar .
Lepas kena inject,dengar ceramah semua,secara officialnya,gua dan Mar Kidal dah jadi brader bazar.. Peh! Dia punya stail pun dah lain kalau jadik brader bazar ni. Pouch bag lilit dekat pinggang.Tuala Good Morning mesti sentiasa standby.Kalau boleh lilit dekat kepala.Nampak gigih sikit. Suara pun dah kena tune high volume sikit.Jenis kuih pun dah hafal.Wah.
Malam tu Mar Kidal susun strategi.Dia kata,kita target jual kueeeeehh je. Hatta mee hoon pun tak payah ambik. Laksa jauh la sekali.Kuih ni pulak akan dibuat oleh jiran Mar Kidal,Kak Oni.Kak Oni ni pekerja yang tolong dia ada 3 orang. Pekerja dia gua tengok tak pernahnya puasa. Minum air jagung selamba je depan tembok rumah..Tunggu kena rejam je la. Jadi, Kak Oni tukang buat kuih, kami tukang jual. Daripada jualan tu, kami ambil komisen je la. Kalau tak habis boleh pulang. Kira ok la tu.
Macam Lee Chong Wei masuk Olimpik,nasib tak menyebelahi. Langkah kiri orang kata. Hari pertama je dah lewat.Kucar kacirlau engkau bukak khemah, susun kuih. Rupanya hari pertama dekat situ, orang tak berapa nak ramai pun. Ada jugak la makwe lalu main-main mata dekat gua.Tapi gua fokus je . Hati kena tekad. Gua datang sini bukan nak berendut.Gua nak kumpul duit beli kasut Nike SB.Oh lupa nak bagitahu,kuih paling specialist kami adalah kuih tepung pelita.Selalu sold out macam kaset Nirvana Nevermind.
Hari pertama pun berlalu....Sale kurang memberansangkan.Mana tak orang datang asyik tanya je,macam buat banci. Belinya tidak.Tapi apa ada hal, kuih boleh pulang balik. Dalam gua sibuk berniaga di bazar ni, mestilah ada jiran ye dak? Jiran sebelah kiri khemah gua ni, ada satu makcik tua dengan anak dia jual lauk Ikan Botok. Hari tu lah baru gua kenal apa kejadahnya Ikan Botok tu. Makcik tu pulak, dari hari pertama berniaga, asyik la cerita pasal Ikan Botok. Asal usul ikan la, resepi dia la, cara masak la, customer puji la. Yang kami tukang layan la. Kadang-kadang gua tengok muka Mar Kidal tu berasap jugak tahan geram. Bukan geram ke anak dia, tapi dekat mulut Makcik tu. Tak reti penat ke bercerita? Puasa ke idak ni Makcik?
Tapi yang paling tak best nya,kalau sale buruk, dia pujuk-pujuk gua beli ikan dia. Kata tak kesian ke tengok makcik,ibu tunggal, macam-macam la. Ah! dia tak tahu ke gua boleh mati kalau makan Ikan Botok? Tapi selalu jugak la Mar Kidal la jadi mangsa kena beli Ikan Botok dia. Kesian kat Mar Kidal.
Begitulah seterusnya hari2 gua niaga.Ada hari duit berkepuk,jalan pun mengepak je.Ada hari pulak keping2 je.Kalau duit keping2 je,mula la nak bergaduh dengan Makcik Botok.
Kutik,Papan memang pelanggan tetap gua.Rajin diorang datang.Tapi selalu sampai awal.Pukul 3 kadang2 dah sampai.Naik kereta lagi.Ye la,senang.Sorang drive,sorang makan.Gilir-gilir la. Nampak ada kerjasama di situ. Ada synchronise. Kadang kadang kelibat Bart Bachik pun ada juga.Tapi paling champion Kutik la. Attendance penuh.
+++++++++++++++++++++++
Sudahnya, gua niaga dekat situ 3 minggu je.Kasut pun tak dapat beli sebab duit komisen habis sebab makan sendiri dengan bagi bagi kuih dekat orang. Tambahan lagi duit untung banyak habis ke ikan botok. Raya sakan la kau Makcik. Kasut gua ke mana,baju raya ke mana. Binawe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan