setegram

Instagram

3.8.12

MENGGUNTING RAMBUT

Masa gua form 1,gua berpindah sekolah, dari sekolah Tun Perak ke Maahad Muar.Di sekolah baru,gua juga duduk di asrama.Bilik gua tu letaknya di Blok B.Gua duduk di bilik yang tepi sekali,atas rumah Warden.Ala,bukan gua boleh pilih-pilih bilik pun.Dalam bilik tu ada beberapa student dari form 1 sampai form 3.Dan yang sebaya dengan gua masa tu,ada seorang mamat,nama dia Doyok.

Gua pun tak ingat macam mana dia dapat nama buruk macam tu.Bapak dia polis dekat Muar.Rumah dia dekat kuarters polis.Jadi,tak jauh lah asrama dengan rumah dia.Doyok ni orangnya kadang kadang berwajah serius,kadang kadang lawak.Tapi kalau bergurau memang kasar habis.Penumbuk dia macam batu.

Setelah sebulan dua duduk di asrama,Doyok pun bukak cerita kata dia sebenarnya pandai gunting rambut.Macam macam stail dia boleh buat. Nak buat bros, nak slope tepi, slope belakang, nak botak semua boleh. Pada gua itu ibarat bonus,kerana dia satu bilik dengan gua,jadi gua tak boleh dikenakan caj la, ataupun gua teraburkan cadar katil dia. Lagipun rambut gua mula kelihatan Iblis masa tu.

Jadi gua pun membuat appointment dengan Doyok.Dia janji, lepas sembahyang Jumaat, kami cabut prep, lepak dekat grandstand bilik (koridor belakang), dan gunting rambut di situ. Gua dah teruja. Manakan tidak, dah la tak payah prep,rambut pulak jadi semat.

Waktu yang dijanjikan pun tiba.Gua dengan semangatnya bawa kerusi plastik dari dewan makan.Nak masuk grandstand tu bukan senang.Kena bukak bilah tingkap tu dulu.Bila semua dah siap,dengan surau khabar dah tebuk lubang muat2 kepala gua,dengan sabar gua tunggu Doyok keluarkan gunting.

Sekali Doyok keluarkan gunting lipat yang kecik tu sambil kata: "aku lupa,gunting aku tertinggal dekat rumah,tapi yang ni ok jugak."

Itu jam air mata gua bergenang jugak la.

Hari Jumaat gua gunting rambut,hari Ahad tengahari baru siap. Itu pun tokak tokak. Itulah tempoh paling lama gua gunting rambut. Itu jugalah tempoh paling lama gua pakai kopiah ke mana mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan