setegram

Instagram

29.8.12

SEPAK TERAJANG DUNYA


Ingat tak masa lu sekolah dulu, semuanya indah, kan? Semuanya warna-warni. Walaupun ada beberapa kerat budak yang kehidupan sekolahnya hitam pekat. Tapi pada gua, kehidupan sekolah gua sangatlah best. Banyak sangat nak dicerita. Adventure, takut, seram, marah, lucu. Semua ada.



Tapi itu semua dulu kan? Sekarang, bila umur dah meningkat, dah berkahwin, mungkin ada yang dah bekerja, ada yang sambung belajar, ada yang masih belajar la tak habis-habis. Yang tak habis belajar tu, PTPTN bila nak bayar? Husin tak lupa bayar, lu jangan lupa pulak.. Bila dah kerja ni, masalah lain pulak yang kita hadapi. Dulu masa belajar, gua rasa masalah dia hanya duit dan exam. Gua rasa la. Bila dah bekerja, masalah duit dan exam (naik pangkat) masih ada. Ditambah lagi dengan masalah kereta, masalah kawan ajak ponteng puasa, masalah bos asyik usha punch card, masalah dengan rakan sekerja, masalah anak bergaduh dekat sekolah dan banyak lagi la. Semua tu mungkin membebankan kepala otak lu dan gua.

Masa gua belajar dulu, kawan-kawan gua semuanya happy-happy. Setakat suruh main Winning Eleven tak tidur dua hari pun bukan jadi masalah. Sampai berasap PS2 pun takpe. Duit takde pun takpe sangat. janji makan lepas. Tapi bila dah besar ni, ada antara kawan gua tu datang mengadu masalah rumah tangga, masalah anak, masalah duit. Itu belum cerita skandal lagi Pada gua, bila lu dah menghadapi masalah macam tu, itu bermakna lu dah besar, dan sepatutnya lu dah matang. Dan pada gua juga, kalau orang dah mula mengadu pada kita, kita dah tak boleh cakap 'taknak' atau 'tak tahu', macam masa sekolah-sekolah dulu. Kita kena cakap sesuatu yang membangkitkan semangat,memulihkan semangat, walaupun kita tak tahu apa yang kita cakap masa tu. Tapi, cakaplah apa saja. Sebab kawan-kawan mengadu dekat kita hanya kerana mereka takde tempat nak luahkan . Dan mereka mengaharapkan satu jawapan daripada kita. Tak kiralah jawapan betul atau jawapan auta. 

Kawan mengadu kerana mungkin lu antara kawan yang rapat. Mungkin juga lu dah masak dengan sepak terajang dunia ni. Jadi lu lebih berpengalaman dan mungkin akan beri jawapan dari satu sudut yang lain, yang mereka tak terfikir. Mungkin. Dan gua pun tak terlepas dari benda alah ni.Mungkin mereka menganggap gua kawan baik mereka. Mungkin juga mereka menganggap gua ni dah banyak sangat pengalaman.

Pada hakikatnya tidak. Gua tak banyak pengalaman. Gua bukan arif dalam segalanya. Kalau lu datang mengadu pada gua cerita masalah skandal lu, sebenarnya gua pun tak tahu nak bagi penyelesaian. Tapi, gua akan cuba borak-borak, belok-belok sampai lu lupa masalah tu. Kemudian kita cerita yang best- best je. Dapat lupakan kejap masalah pun jadilah.

Tapi ada satu masalah datang kepada gua yang gua tak boleh nak elakkan. masalah yang datang ni terlalu rumit untuk diceritakan. Tapi sebab gua terlalu sayangkan kawan, gua terpaksa involve jugak. Dan kawan,  gua harap masalah lu akan selesai dengan segera kerana gua gembira kalau lu dapat buat dengan hati yang tekad. Sekurang kurangnya gua berjaya hilangkan satu dosa dari berzilion zilion dosa manusia atas muka bumi ni.

Berusahalah kawan !!  

28.8.12

KATA KERJA ASRAMA MAAHAD MUAR, JOHOR,MALAYSIA




Kiv (kif) - kena pulau (K.I.V)
Public - Cari glamour
Kaki retort - kaki report
Cuak - takut
Bacul - takut tapi lagi tinggi dari cuak
Amy - rokok
Honkey - rokok
Kupap - bau busuk datang dari loker atau kasut sekolah
Goncang - cannot describe here
Wau - cannot describe here
Lesen - lesen la, lesen untuk hisap rokok
Pau - perbuatan meminta wang tanpa ihsan
Cilok - mencuri
Hudson - hantu pocong, dipelopori oleh Badsen
Datin Zaharah - another hantu di Maahad
Hantu Cermin - obviously another hantu di Maahad
Faktor - menyalahkan benda lain atas kekalahan
Prep - waktu belajar pada waktu sepatutnya tidur
Outing - waktu berendut atau main game atau jamming
Fly - terbang bebas
No Solat Here, Go To Musolla - ayat paling gua suka baca dulu
Rumble - serangan beramai-ramai
Peanut bar - makanan ruji asrama
Koperasi - tempat untuk ambil bateri radio
Jamal - Ketua Pengakap yang jambu
Grandstand - corridor belakang tempat tidur Joe Sukiman
Manok - senior setahun atas gua yang hobinya tunjuk middle finger
Mantole - satu nama lagenda
Usamah / Farabi - bilik kegemaran gua, walaupun bukan bilik gua
Jumaat - hari makan sedap di dewan makan, ada aiskrim cup
Suntut - aktiviti 'mencedok' lubang punggung rakan sehingga senak

Ada lagi beberapa, tapi gua dah lupa..

25.8.12

MUSIM NOVEL



Budak-budak Sekolah Maahad ni,gua perati ada satu perangai yang baik: suka membaca. Kat ceruk mana gua jumpa mesti tengah pegang buku, majalah hatta surat cinta. Tapi sesetengah dari mereka lebih suka baca majalah Ujang. Tak pun Alam Perwira. Alam Perwira memang tengah top masa tu. Masa tu Ji Fat kecik lagi, Tengah berkawan dengan Rahib Esa. Kalau buku sekolah ni mereka tolak tepi.

Dekat sekolah dulu, kalau keluar outing, mesti ada seorang dua yang beli majalah. Ujang, Galaxie, komik Hong Kong semua. Yang beli tu sorang, yang beratur nak baca bersusun. Satu blok nak pinjam. Sampai naik hancur majalah tu kena kekah.

Di atas sambutan pada scene pembacaan ni, seorang member gua bernama Koden atau Mr X telah mengambil inisiatif membikin satu novel.Novel cinta-cinta blue punya. Haha. Tajuk novel yang dia bikin tu 'Mawarku', diinspirasikan dari lagu Siti Nurhaliza dan 2 by 2. Masa tu muka Siti Nurhaliza pun sememeh lagi. Tapi suara dia lagi sedap dari sekarang ni. Koden  tulis novel tu atas buku skrap je. Apa semangat yang meresap dalam badan dia ni pun gua tak tahu, sampai boleh datang sun nak tulis novel. Bila dia nak karang novel tu, dia akan duduk sorang- sorang, selalunya masa prep la. Sebenarnya gua syak novel tu dia buat untuk simpanan dia sendiri. Tapi  entah macam mana boleh terkantoi pulak dengan budak ni. Mulut- mula sorang dua baca, lepas tu mula merebak, masing masing nak pinjam.Masak.

Bila dah banyak demand ni, masing-masing kena la beratur. Lepas kau baca, kau pulak. Lepas tu kau, kau dan kau. Yang membaca laju tu ok la, kejap je novel berpindah tangan. Yang jadi masalah tu budak yang baca lembab nak mampus. Baca sikit, simpan. Basuh baju la, pergi main bola la, makan la. Lepas tu novel dia sorok dekat mana tak tahu la. Tapi selalunya bawah tilam. Time tu novel Mawarku ni dah macam emas dah. Semua orang berebut. Boleh buat bergaduh la senang cerita. Kira kalau jual ni, best selling lah. Kira musim tu semua budak sibuk cerita pasal novel tu.

'Kau dah baca yang baru punya tak, Koden dah tulis'
'Woi lepas kau, passing dekat aku. kalau kau bagi orang lain, aku tumbuk nanti.'

Begitulah penangan novel Mawarku.Haha. Mana tak, jalan cerita yang Koden buat memang la best. Ala- ala cerita Budak Setan. Tapi ada selit unsur-unsur erotik sikit.Bukan sikit,banyak jugak kah. Kah kah. Yang membaca tu memang khusyuk la, sampaikan tak pergi sembahyang Isyak.

Senasib dengan  Proton, barang tempatan mesti kena kompelin punya.Ada juga dengar beberapa kompelin yang Koden lambat sambung cerita la, scene erotik sikit sangat la. Baca tak puas la. Yang komen tu pulak brader2 senior. Haha. Berpeluh-peluh la koden ni dak sambung cerita. Dan seingat gua, ada juga 2-3 budak cuba2 nak buat novel, contohnya roommate gua, tapi tak berapa mendapat tempat, sebab jalan cerita urban sangat. Nak buat cerita best ni kena ada watak minah asal dari kampung, jumpa orang kaya, bercinta,bergaduh,bercinta mati sana sini, lepas tu ada scene2 hot sikit.Baru best.


Tapi itu masa indah yang lalu.Gua pun dah lama tak jumpa Koden .Mana dia kerja sekarang pun tak tahu.Entah entah dia dah jadi penulis novel dan guna nama samaran J.K.K.K.K Trolling.

23.8.12

TANAH IMPIAN

Setelah beberapa lama tak bekerja (kerja last adalah angkat kelapa),masing masing dah mula sangap. Yang kalau budak jenis macam Papan, duduk diam satu tahun dekat rumah pun takpe. Cuba kalau kena dekat gua, tak berbuih mulut duduk terperap dekat rumah. Dalam satu malam tu,gua dan Bart Bachik duduk melepak sambil fikir apa benda jenis kerja lagi nak buat ni. Angkat kelapa,jual air kelapa, jual mercun,jual kerepek,jual pokok pinang merah semua dah buat. Dalam duduk melepak tu, datang pulak idea nak try kerja kilang.Entah datang dari mana pulak semangat kilang yang merasuk je dalam tubuh Bart Bachik ni. Tapi macam best jugak rasanya,tak pernah try lagi.Lagipun orang kata kerja kilang ni makwe ramai.Cepat jodoh sampai. Esok pagi,gua dah terpacak di depan sebuah kilang bernama Dreamland,sebuah kilang membuat tilam yang terkemuka di Malaya. Tak jauh pun dari rumah gua. Ye la,kalau nak kerja tu, cari la tempat yang established sikit. Baru gaji tak sangkut.Haha. Kami pun panjat ke HR.Kelihatan sibuk suasana dalam pejabat tu. Tapi yang kerja dalam tu semua semat semat belaka,rambut pun sikat tepi. Air kopi masing masing atas meja,sorang satu. Setelah isi borang lebih kurang,esok kami disuruh masuk kerja.Shift kami pukul 3-11 malam. Hati girang sebab jodoh makin dekat. Esok tengahari dalam pukul 2 macam kebiasaan, Bart Bachik terpacak depan rumah gua, tapi bau ada lain sikit.Lebih wangi dari biasa. Gua syak ni mesti hal nak ngorat makwe ni.Gua senyum nipis. Gua sebagai ajk persatuan pakwe pakwe daerah Muar,mana boleh mengalah. Badan mesti wangi jugak. Hari pertama memang mendebarkan, kerja mana mana pun. Setelah ambil punch card di HR, kami berjalan menuju ke kawasan production. Hati berdebar. Bart Bachik asyik ejas rambut je dari tadi. Sampai di sana, Wah....ramainya.....Bangla dan Indon. Satu ketul makwe pun tak ada. Yang iras-iras makwe pun tak ada jugak. Semua belalai.. apa barang ni.. Gua tengok muka Bart Bachik dah down. Kaki dah kuis kuis tanah.Macam dah malas nak kerja.Macam cilake,makwe takde taknak kerja.Kami pun kuatkan hati jugak la masuk kerja. Dalam kilang tu,ada la satu supervisor, lepas tu ada la pekerja2 mengikut department. Ada yang tukang packing tilam, ada pasang butang dekat tilam, jahit tilam, tidur atas tilam dan sebagainya.Gua dan Bart Bachik ditugaskan menapau aka membungkus kilang.Kira final production la.Tempat kerja paling hujung sekali. Mula mula kerja memang la best. Bukan susah mana pun. Letak kotak dekat setiap bucu tilam,lepas tu sarung dengan plastik. Lepas tu susun dekat tepi,nanti ada forklift ambil. Tapi tilam yang nak dibungkus tu banyak la.Kalau lambat sikit je,dah menimbun tilam queue. Di sana gua berkenalan dengan seorang pekerja senior dalam kilang tu. Nama dia Husin tak silap gua. Dia ni peramah ,tapi jenis orang yang high volume. Suara memang kuat la. Gua muhasabah diri, mungkin sebab duduk dekat kilang lama sangat kot. Dia ni pulak jenis cakap taknak mengalah,jenis taknak jatuh punya la.Tapi tu hal lu la,tak masuk pot.Encik Supervisor pulak gua tak sempat nak berkenalan sebab dia masuk kerja 5 minit, lepas tu hilang 3 jam.Hari2 macam tuh. Husin ni gua perati ada satu tabiat yang pelik sikit. Asal pukul 7 je dia mesti hilang.Pukul 7 tu patut waktu rehat.Tapi dia takde di kantin.Kadang kadang pukul 5 pun dia hilang jugak.Hilang dia pun tak lama.Dalam 10-15 minit la.Bila masuk kerja balik muka berseri seri. Apa kes tah. Satu hari tu gua dan Bart Bachik cuba nak siasat je mana si haram jadah ni pergi menghilang. Ada satu time tu gua terserempak la dengan si Husin ni. Gua perati dia duduk depan gate kilang sambil borak2 dengan guard. Time tu pulak kira time budak kilang lain balik kerja. Bila segerombolan budak kilang lalu depan kilang Dreamland ni,tiba tiba dia keluarkan handphone.. (masa tu zaman handphone paling mahal adalah ericsson T10). Lepas tu gua nampak dia tekan2 dekat handphone tu, lepas tu gua tengok dia cakap kuat kuat, macam bagi order dalam telefon. Macam gaya seolah tengah buat conference ye jugak.Peh,gaya memang bos-bos la.Siap cekak pinggang.Kali lipat sangkut dekat dinding. ++++++++++++++++++++++ 'Kau jangan layan sangat si Husin tu.Dia tu eksyen ada handphone,padahal bateri pun tak ada.Kredit apatah lagi,nak topup pun tak mampu. (masa tu kredit paling murah rm60).' Peh, Husin. Taktikal sungguh cara lu nak mengurat makwe,menggunakan handphone takde bateri.Kang kalau dapat makwe,lepas tu dia nak pinjam telefon nak telefon mak dia macam mana? Hah? Gua tau la kilang kita ni takde makwe.Gua harap lu akan lebih berusaha mengurat dengan cara lain.Pegang kuntuman bunga depan gate contohnya. Tak lama kami kerja di situ,dalam 3 minggu je,sebab kami ada misi penjelajahan Malaya.Itu kita sambung nanti.Dan gua harap Husin telah bertemu jodohnya sekarang ini,dah naik pangkat jadi Manager ke, dan sudah membeli handphone yang canggih, yang ada bateri dan kredit.

17.8.12

MERCUN

Bila nak masuk taim-taim raya ni, gua teringat dulu gua dan Bart Bachik pernah jual mercun. Masa tu kami memang jual mercun secara serius. Bukan senang nak dapat bekalan mercun tu. Tak silap gua, kami dapat supply mercun tu dekat Melaka. Beli dekat satu brader yang kerjanya memang full time jual mercun.

Tapi Bart Bachik tetap Bart Bachik. Skill berdipomasi mesti ada. Mercun tu rasanya kami dapat dengan bayar half je. Entah macam mana dia goreng pun gua tak tahu. Bukan anak-anak punya mercun yang dapat ni. Mercun bola, mercun papan, bunga api kucing, mercun das, thunder clap, mercun yang besar macam bateri kereta 25 das pun ada la.

Merata la kami jual mercun. Masa tu kenderaan rasmi kami adalah van bapak Bart Bachik, yang dibuat sewa dekat orang. Kami panggil van A-Team. Van ni punya sejarah memang gila. Hilang-jumpa-hilang van ni je dekat 3 kali. Memang power van ni. Last jumpa dekat balai polis Batu Pahat. Polis dah guna buat beli sayur. Jahanam betul.

Ada satu time tu kami jual la mercun ni dekat Tanjung Emas. Masa tu dekat2 raya dah. Tapi barang agak banyak lagi tak jalan. Jadi Bart Bachik berkira kira untuk buat promosi. Dia kata sebab kurang promosi la kita dapat sale kurang. Kami mengiyakan je la.

Geram punya pasal, dia letak satu mercun bateri 25 das atas van dan bakar. 'Ni kalau gua cakap ni, gerenti orang datang tanya barang lah' ,Bart Bachik berhujah, Dia cakap lagi, kawasan tanjung ni adalah open area.Kalau lu setakat bakar mercun,tak sampai 5 minit je orang dah hurung tanya mercun. Gua layan tak layan, sambil perabiskan mercun mancis dah dekat 3 kotak.

Yang dipanggil si cantik manis,sekali yang datang si badak sumbu.Memang betul la,kalau bakar mercun ni akan tarik perhatian. Bagus, perhatian polis berjaya ditarik.Tak sampai 5 minit,gua dah dengar sayup2 bunyi siren polis. Tak cakap banyak, van A Team terus bungkus,dengan mercun masih meletup atas van.Pintu pun tak sempat tutup.power power.

++++++++++++++++++++

Adik beradik gua kelihatan seronok main bunga api di halaman rumah.Maklumlah,mercun free, hasil dari fed up jual mercun. Sedekah je la.

Kepada brader Melaka yang supply mercun,kami minta mahap la,tak dapek nak bayar lagi half duit mercun tu.Kami dah sedekah kepada yang memerlukan.

Bart Bachik,kaedah lu tu bagus,cuma kurang kena la. tak kena tempat,tak kena timing. customer lain pulak yang datang. Dah la,tak payah jual mercun lagi la. Kita jual barang lain pulak.

16.8.12

VOLCANO


Minggu lepas gua sempat bershopping raya di Wetex Parade. Masa tu tengah ada sale, gua sambar la kemeja sehelai dua. Dalam pada gua tengah sibuk-sibuk belek baju, tiba-tiba suasana kecoh. Kemudian ada pulak scene kejar mengejar. Pak Guard + Mak Guard = bergabung! mengejar seorang budak, dituduh mencuri baju. Tak sampai dua minit, Pak Guard dan Mak Guard (bergabung!) dah dapat cekup mamat ni. Aje banyak budak ni rembat, semua dia sumbat dalam recycle bag. Dah tu muka toya je kena tangkap. Dah la pakai selipar Nike sama kaler dengan gua pulak tu.

~~~~~~~'",:~~~~~~~~ ( ni tanda konon-kononnya tengah flashback.Lantak la kalau kau tak faham.)

Peristiwa tu mengingatkan gua pada benda yang pernah gua alami, masa gua sekolah dulu. Dulu masa sekolah, budak- budak hostel diberi kelonggaran keluar ke bandar ( disebut 'outing' ) untuk membeli belah (baca: tengok wayang, hisap rokok, main game, berendut). Mesti la ada time kena bagi budak- budak keluar kan. Kalau tak bagi, mau mengamuk macam Mat Selamat karang.

Gua kalau outing, selalunya ke bandar Muar je lah. Tak pun balik rumah kejap makan nasik, ajak kawan-kawan. Tapi ada kadang- kadang time tu jadi gila, gua outing sampai ke Batu Pahat. Perjalanan Muar - Batu Pahat memakan masa 1 jam kalau naik bas Lian Hoe. Tak la lama sangat. tambahan pula ditaja oleh bapak Bedot merangkap konduktor bas.

Summit Parade Cilake!


Ada suatu masa tu, gua, Bedot, Zaki Samid dan Tongkol outing sampai ke Batu Pahat. Tujuan? Mana pernah ada tujuan kalau kami berjalan. Cuci mata je la. Sampai di sana, kami tuju ke Summit Parade (sekarang The Summit). Masa tu Summit Parade tengah top. Semua benda best la ada dekat sana. Sekarang gua masuk dah macam Plaza Kotaraya dah selekeh dia. Setelah tukar baju batik ke t shirt yang lebih semat, (masuk tempat orang kena pandai bawa diri), kami pun berjalan la keluar masuk kedai. Satu, satu kedai gua masuk dan keluar.

Perjalanan gua dan yang lain terhenti di satu kedai bernama Speedy Video tak silap gua. Si Tongkol, anak orang putih ni masuk la ke dalam, nak cari vcd katanya. Gua dan yang lain pun sama la ikut masuk. Gua tengok Tongkol asyik la belek- belek satu vcd tu, tajuk dia tulis dekat situ 'Volcano' lakonan Tommy Lee Jones, si tua MIB tu. Masa tu cerita Volcano baru keluar. Kira gua pun belum tengok lagi. Lepas belek-belek vcd yang lain, kami pun keluar. Bedot dan Zaki Samid dah keluar dulu masa tu. Tiba-tiba:

'Hoi budak, sini kejap!' tauke kedai panggil gua.

Va..va..va..panggil gua 'hoi' je. Gua toleh dia. Lepas tu buat bodoh je jalan.

Tiba-tiba tauke tu tarik beg gua. Cilake, sikit lagi gua nak terjatuh. Tongkol pun bukan nak tolong gua, tengok je. Kemudian dia rampas beg gua, buka zip dan cari sesuatu. Gua pun blur masa tu. Tongkol jangan tanya. Dia memang 25 jam sehari dia punya blur.

'Kau curi CD eh,mana? Ni dah hilang satu ni?' .Tauke tu cekak baju gua sambil tangannya menunjuk pada satu slot rak CD yang kosong. Cilake, tu slot CD Volcano tadi ! Baru tadi gua nampak ada. Apahal pulak gua yang kena ni? Mati-mati gua menafikan gua ada ambil vcd tu, sebab memang gua tak ambik pun. Apa kejadah nak rembat vcd. mana ada vcd player dekat hostel. Baik gua rembat kaset la woi !

Dalam kedai tu jugak tauke tu geledah aku dari beg, membawak ke baju dan seluar. Hati gua memang panas masa tu. Tinggal letup je. Tapi dalam panas- panas tu, cuak jugak kalau kena angkut ke balai. Tongkol pun sama kena geledah. Mata dah berkaca gua tengok. Rilek..rilek.

Tauke tu nampaknya tak puas hati, sebab tak jumpa barang yang dia nak. Dia cuba kaedah lain pulak. Dia slow talk dengan gua. 'Kalau betul awak ada ambik,kasi pulang la. Nanti saya tak report sama guard'. Gua toleh Tongkol, kerutkan muka tanda suruh dia pulangkan. Haha gua buat macam tu sebab gua tak curi. Jadi gua syak Tongkol la yang curi. Giliran Tongkol pulak bersuara :

'Saya tak curi uncle. Bapak saya Polis Hutan. Anak polis mana boleh mencuri.'

Haha.Masa tu fikiran gua melayang dekat Doyok kejap, anak polis yang satu lagi.

Cakap kasar sudah, cakap lembut pun sudah. Tapi tak jalan jugak. Sudahnya tauke tu panggil Pak Guard.Tak berapa lama lepas tu, Pak Guard pun sampai. Dengan tak cakap banyak, dia cekak belakang baju aku bawak ke satu tiang besar, dekat dengan McD tak silap gua. Dekat situ dia bagi satu penumbuk dekat perut gua. Cilakee! Sakit la sial! Bikin malu. Tongkol pulak dapat penyepak sepam. Orang sekeliling semua perati gua, dah macam gua ni perompak jabatan akaun Summit Parade. Kalaulah gua arif pasal civil law masa tu, memang mendapat la brader tu kena saman.

Dah sedap dapat tumbuk gua, dia bawak gua dan Tongkol ke management. Sampai sana gua berjumpa dengan satu pegawai. Gua pun tak tahu siapa dia. Tapi pakai semat la. Rambut pun letak minyak. Masa tu Tauke vcd tu ikut sekali dah. Encik pegawai tu cakap stail Eddie Vader. Suara dia ada serak-serak sikit macam tertelan stokin. Setelah dia tanya itu dan ini , dan gua serta Tongkol menafikan, dia pun tanya soalan lain. Dah boring kot.

'Bapak awak kerja apa?'
'Polis Hutan.' jawab Tongkol.
'Awak tak malu ke bapak awak tu Polis Hutan,awak pulak buat hal dekat sini'
'Takde la malu, bukan saya mencuri pun. Lagipun bapak saya dekat dalam hutan.' Suara dia gua dengar dah tersekat-sekat dah.


+++++++++++++++++++++++++++++

21,22,23 !! turun lagi..!

Gua dan Tongkol dibuli buat pumping 200 kali. Cilake. Berpeluh-peluh gua dalam air-cond tu. Lepas tu kena paksa nyanyi lagu rap KRU mende tah.Cilakak sungguh. Akibat buat loyar buruk waktu tengah serius yang amat, tangan gua dah rasa nak tercabut dah. Ada satu brader tu pulak asyik la main jentik-jentik gelang getah dekat bontot Tongkol, si anak polis hutan, masa kami tengah pumping. Gua tengok, mata Tongkol dah berkaca, berpandangan serius sambil peluh dah menjejeh jejeh buat pumping.

Haha, rilek la Tongkol. Kita dapat balik hostel kan?

............

Sampai di Stesen Bas, Zaki Samid dan Bedot tengah tunggu gua.Tersengih-sengih. Kemudian, Zaki Samid keluarkan sesuatu dari dalam beg dia dan tunjuk pada Tongkol, sebuah VCD bertajuk Volcano, sambil tersenyum. "Aku ambik tadi, aku tengok tadi kau macam nak sangat."

Bedebap!!

++++++++++++++++++++++++++++++

Kami sama-sama pulang naik bas Lian Hoe lewat petang itu, duduk seat asing-asing, dengan Zaki Samid sakit belakang badan akibat kena hentak dengan Tongkol.Apa kejadah la lu rembat vcd. Berdosa woi.

15.8.12

PERNAH ADA

Gua pernah ada adik..


Bukan sekarang gua dah tak ada adik. Tapi gua pernah ada satu set adik yang lengkap. Yang sekarang cuma lengkap dalam hati sahaja. Secara fizikal dah tak cukup, sampai bila-bila.Pada pandangan gua, atau mungkin kepada sesiapa yang pernah mengalami, kalau orang yang kita sayangi meninggalkan kita, mereka akan turut membawa sebahagian dari diri kita.Maknanya kalau dulu diri gua 100%, adik beradik termasuk gua ada 5, jadi sorang dapat 20% la. Tapi bila sorang dah pergi, hati gua cuma tinggal 80% sahaja. Macam tu la lebih kurang. Tak akan lengkap lagi sampai bila- bila. SAMPAI BILA-BILA.

Gua ni bukan jenis yang suka sangat mengenang kisah sedih. Kalau seseorang tu dah pergi, gua lebih suka berkongsi kisah kelakar, atau kenangan manis bersama dia. Dan gua punya adik dulu pun, memang kelakar orangnya. Yaya, bertubuh besar orangnya, memang besar. Kalau masuk kereta tu memang kena makan side sikit. Gua pun kadang-kadang gelakkan dia, kalau dia masuk, kereta mesti senget sikit. tak balance.Kah kah.

Masa kecik dulu,gua sama naik dengan dia.Makanan kegemaran kami adalah nasi putih letak kicap,letak telur hancur dan planta.Semua gaul sekali. Peh,sedap dia memang menangkap otak.Tapi bila dah besar,gua adjust sikit letak kuah asam sedap.Memang sedap gila.

Yaya ni pada gua tak kuat makan sangat. Tapi dia makan berulang. Dan satu habit buruk dia, suka sangat makan snek/fast food/jajan. SUKA SANGAT. Sampaikan tengah-tengah malam pun tanya mana McD 24 jam, nak makan bege. Sanggup pulak ke Melaka semata nak pergi McD tengah malam. Haa kau alang-alang dah jauh, memang beli bege macam nak kenduri la.Adoyai! Lagi satu suka makan jajan. Gua pun suka jugak, tapi sekarang dah jarang sangat makan. Sebab gua tengah didik anak gua makan benda sihat. Hasilnya, dia pun tak suka makan jajan-jajan ni. Sekali sekala tu boleh la makan snek,tapi jangan lah kerap.

Lagi satu benda yang Yaya suka adalah KARAOKE!. Peh, minah ni kalau bab karok memang minat gila la, sampaikan bapak gua belikan set karaoke dekat rumah. Masa dia sekolah dulu dia suka sangat dekat Tomok New Boyz. Gua memang tak boleh blah. Memang lancarkan perang dengan dia dulu. Syukurlah bila dah besar sikit, dia sedar tu Tomok tu apa pun tak boleh. Oh ye, dulu masa kecil, dia la sparring partner gua. Kecik kecik dulu gua suka bergaduh dengan dia. Ye la, dia je yang paling dekat umur dengan gua.  Selalu juga la berbirat badan gua ni kena hanger dengan mak gua. Kaki report jugak Yaya ni.Haha..apa la kau ni. Dah menangis repot dekat mama. Kau ingat tak aku pernah janji nak belikan Cornetto kalau ko tak repot. Tapi Cornetto kau sebat, hanger pun aku mendapat. Dah kalah tu diam je la. Haha :')

Satu benda yang dia paling anti adalah Durian. Dia memang tak boleh bau durian. Kalau nak beli durian, kau jangan harap la nak pinjam kereta dia.Memang tak dapat.Bapak gua pun tak dapat, ini pulak orang lain. Tapi gua pulak hantu durian. Tapi tak tahu kopek durian (ya,sampai sekarang gua tak tahu kopek durian).Jadi siapa mangsa tukang kopek? YAYAYAYA LA!. Stail dia kopek lain.Dia pijak durian tu sampai terbuka! hahaha.Power power!

Lagi satu,kalau bab bercerita, bagi dekat dia! Dia kalau bercerita memang tak habis. Kelakar-kelakar pulak tu. Balik kampung je, mesti ada story baru dia bawak.Hahaha. Gua kalau balik kampung, mesti tuju bilik dia dulu. Lepak sambil pekena air-cond (bilik gua takde air-cond,di anaktirikan) sambil borak-borak tanya aktiviti/program/cerita best. Dia pulak jenis suka download movie, memang best la.

Kadang-kadang kalau gua tengah sesak dulu, dia la tempat gua nak buat loan. Yaya ni pulak jenis tak berkira sangat. Memang bagi pinjam punya. Kadang- kadang dia pulak loan dekat gua. Kira saling bergantung la. Baru la muafakat namanya. keh keh keh. Tapi sekarang gua nak gantung dekat siapa pun gua tak tahu. :')

+++++++++++++++++

Hela nafas...

It is hard pada mulanya bila dengar berita tentang kematian kau, Ayno. Kalau kau nak tahu, masa tu aku ingat lagi, aku tengah belajar nak buat Mi Sup, pukul 3 lebih di kedai. Kak Niza telefon aku. Di hujung talian aku dengar tangisan, katakan kau dah tinggalkan kami semua. Tapi sebelum tu, Sasya dah telefon Abah, katakan dia kejut kau, tapi kau tak gerak-gerak. Aku sangat-sangat terperanjat. Tak terfikir, tak sangka. Kau pergi tanpa tinggalkan tanda 'akan pergi'. Aku menangis semahunya. Habis semua senduk, pinggan aku baling. Nuar, Lukman pun ikut terperanjat dengan berita ni, beb . Kami sama-sama menangis, tapi macam tak tahu nak buat apa. Hilang punca. Buat itu, buat ini semua tak kena. Yang aku ingat, aku terus beritahu semua, aku adik beradik nak balik. Mujur Apek, Syam, Kak Maria semua memahami kami, beb.Terima kasih la dekat diorang.

Kami terus pecut balik nak jumpa kau. Perasaan masa tu antara percaya tak percaya. Sungguh, itulah perasaan aku masa tu. Sekejap aku menangis, sekejap aku diam, sekejap aku tersenyum sedapkan hati, sekejap aku terfikir ini prank. Perjalanan rasa lambat sangat nak sampai masa tu. Tapi bila sampai, aku lihat sangat ramai orang  memenuhi halaman rumah. Aku sangat takut, saaaaangat takut nak masuk jumpa kau, beb. Habis semua orang dekat situ aku peluk..First orang aku jumpa dulu Abah. Aku peluk Abah semahunya. Abah kelihatan tabah sangat. Mungkin dia dah puas menangis sebelum tu. Macam tu jugak dengan Mama. Abah cakap dengan aku : "pergi jumpa adik kau..jangan menangis"

Aku kuatkan hati jugak masuk ke dalam rumah. Aku lihat ramai makcik-makcik, jiran-jiran yang aku kenak dan tak kenal. Semua berwajah sayu, ada yang menangis. Dan bila aku masuk dalam, aku nampak kau.Tapi masalahnya, kau dah terbaring, dah berselimut.Lemah lutut aku beb, aku ingat lagi aku terus berlutut depan kau, sebab kaki aku lembik dah masa tu. Nuar pula meraung sambil goncang-goncang kau. Aku jadi sayu sangat masa tu..


*maaf, gua dah tak sanggup nak sambung cerita ni. :')


Hela nafas.


Kau tahu tak yang kami semua sayangkan kau. Kau tahu tak yang kami semua rindukan kau. Kau tak tahu Ayno, sebab kau dah tak ada masa ni. Aku pun sangat-sangat risaukan abah dan mama. Aku takut diorang asyik termenung. Jadi, Finna la sebagai pengganti, hiburkan hati diorang. Sekurang kurangnya mereka sibukkan diri mereka. Alhamdulillah sekarang ni mereka ok. Kau jangan risau ye.

Ayno, lepas ni hari raya kami mungkin tak akan sama lagi. Mungkin kami akan bergembira macam biasa, tapi dalam hati masing-masing, aku percaya semua akan terkenangkan kau. Takde lagi gurau senda pagi raya, ambik-ambik gambar macam nak rak, ronda-ronda balik kampung sama-sama. Finna pun dah kurang duit raya dah.Hehehe. Ingat tak tak, kalau dulu,kalau bab bersalam salam ni,kau yang menangis lebih. Hehe.. Syasya pun bersiap sorang-sorang je lepas ni..Tapi kau tahu tak, Sasya is our strongest sister tau. Dia tetap tersenyum walaupun dia dalam hati dia masih sedih, aku tahu.. Tambahan pula dia orang pertama yang lihat engkau telah tiada. Dia menghadapi semua ni sorang-sorang lepas ni. Oh,sekarang, Imah, cousin kita merangkap best friend kau duduk sini.Jadi teman Sasya.Tapi kami semua pun sentiasa menyokong dia. Tahun depan dia dah nak SPM. Hmm Ayno, bergambar pun tak lengkap lepas ni beb. Dan kami dah ada satu aktiviti pagi raya : melawat kau. Nanti kami semua datang ye. Tak sabar nak jumpa kau.

Anyway Ayno, Selamat Hari Jadi (15 Ogos) yang ke 28, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Tunggu kami  :')

*sayangi keluarga kamu semua selagi mereka masih ada.

13.8.12

KISAH KELAPA DAN SAYA

Kelapa,

Semua orang tahu apa benda tu kelapa. Benda alah ni memang banyak gunanya dari akar sampai la ke daun. Keh keh ini gua baca dalam buku teks Alam dan Manusia dulu la. Semua orang  dalam kehidupan  dia mesti pernah terserempak dengan kelapa. Tak kira la dalam bentuk santan ke, kelapa parut ke, air kelapa ke. Macam macam la. Dan gua pun ada memori dengan kelapa ni. Tapi memori pahit la.


Kisah ni masa gua berumur 17 tahun, baru je habis SPM.Soul pun masih rebel taim tu. Gua ada satu orang kawan nama Bart Bachik. Bart Bachik ni duduk tak jauh dari rumah gua. Kawan gua dari kecik ni. Dia ni antara kawan yang banyak melalui macam-macam pancaroba hidup dengan gua la. Mak bapak Bart Bachik ni cikgu. Kira latar belakang keluarga pendidik la ni. Tapi gua perati dia je yang tak berapa terdidik sangat. Bapak dia ni dulu garang jugak gua perati. Tapi sekarang ni bapak dia dah pencen la. Tapi kalau bulan puasa, gua mesti kena hadap bapak dia, sebab nak bayar zakat.

Bart Bachik ni ada satu perangai yang best. Perangai suka cari duit. Cari duit tau, bukan curi duit. Kira dia ni rajin jugak la berniaga zaman-zaman lepas sekolah dulu. Jual ayam,kerja kedai runcit, kerja kilang tilam, jual kerepek, upah bawa van semua dia buat. Paling tak boleh blah jual pokok pinang merah dengan jual kerepek. Yang tu gua cerita lain kali.Ahah, jual mercun pun tak terkecuali.

Masa dulu, Bart Bachik ni boleh la gua kategorikan berakal pendek. Dulu la. Sekarang dah jadi cikgu takkan akal pendek lagi ye dok. Semua benda yang dia kerja dulu ikut dan je. Asal boleh main redah je. Kadang kadang boleh fedap ikut kepala dia ni. Sebab selalunya benda yang dia buat mesti separuh jalan je. Sekali sekala bergaduh jugak. Kah kah.

Satu hari, 1 Ramadhan, Bart Bachik sibuk mengajak gua cari kerja nak buat modal shopping dekat KL (Ki-iL). Cari punya cari, kami terserempak dengan Ali Polis. Gua pun sebenarnya dah tak ingat nama dia. Gua hentam je. Tapi dia memang polis la. Ali Polis ni kalau dalam kampung dia macam Jobstreet la. Nak kerja je cari dia, tahu la dia nak mensajestkan kerja yang sesuai.

Bila dah bertanya tu, Ali Polis mensajeskan kerja sebagai pengangkat kelapa dalam kebun. Kira memang tengah nak pakai orang la tu. Satu hari dia upah rm20. Masa tu rm20 dah kira mewah dah tu. Gua kira-kira kalau sebulan dapat jugak dekat rm 600.00. Banyak tu. Kalu sehari upah rm 20.00, nak pergi Spazzo pun memang lepas dah. Jadi kami pun setuju je la.

.......................

Esok pagi-pagi, Bart Bachik dah terpacak depan rumah gua. Dengan seluar kargo yang ada poket tepi, lengkap berkasut. Bertenggek atas vespa hijau bapak dia. Cap Baseball dilupa jangan. Lepas gua mandi sepam dua, kami pun bersama-sama menuju ke rumah Rahim Tombong. Naik motor la,takkan jalan kaki pulak.

Sampai dekat rumah Rahim Tombong, gua tengok dia tengah sedap sarapan, tengah hentam nasi goreng. Waah, bulan puasa siap ada sarapan pulak. Bini masak pulak tu. Teruk benor ke kerja sampai tak boleh puasa? Gua tengok Bart Bachik ni dah terssengih-sengih. Excited mende sebab tak puasa atau sebab kerja pun gua tak pasti.

Menuju ke kebun , perjalanan memang mencabar. Becak sani sini. Dekat berapa kali jugak motor nak terbalik. Sampai je di sana,nah kau!! Bertimbun kelapa! Memang betul punya banyak. Rahim Tombong, dengan Suria di bibir dan muka kenyang berkata:

"Ni semua kelapa untuk raya nanti,memang banyak sikit. Kerja korang senang je.Korang kumpul kelapa ni dalam kereta sorong, kemudian pindahkan dekat kawasan lapang tu. Nanti lori datang ambik."

Jadi, gua dan Bart Bachik kena incas department  angkat kelapa. Rahim Tombong dan kawan dia pulak incas department kopek kelapa. Taim tu, baru la gua faham apasal Rahim Tombong tu tak puasa. Memang kerja berat nauzubillah. Tapi mana boleh tak puasa, kerja yang palingazab lu dah bagi dekat department gua... Mula-mula gua kumpul sikit je dalam kereta sorong nak. Takut terjatuh, jalan pulak berlecak. Tapi bila lama-lama tengok kelapa tu macam tak menyusut je, Rahim Tombong tu suruh tambah banyak sikit. Bila nak siap kalau angkat sikit-sikit, dia kata. Dalam hati gua dah menyumpah dah. Pinggang pun dah sakit. Peluh jangan cerita la. Dalam seluar dah macam akuarium.

Kalau dah nama remaja masa depan gelap tu, macam tu la perangai. Kerja susah sikit je, ingat mak bapak. Ingat katil empuk, kuih popia sambal dan juga air tebu. Akhirnya setelah 4-5 kali tergolek dekat lecak macam Wipeout, kejar kelapa jatuh dalam semak, kaki terbenam dalam lumpur, waktu tengahari pun tiba. Waktu rehat. Itu jam, gua sama Bart Bachik tak ambik peluang. Kabor dengan Rahim Tombong nak rehat kejap. Tapi, sampai ke sudah tak datang-datang dah. Memang tak tahan beb. Orang macam kami ni patut kerja opis. Apa barang kerja dalam kebun. Kelupas tangan nanti. Setengah hari je upaya anak muda ni. Nasib baik la puasa lagi.Ke tak puasa hah?Gua tak ingat la.

Tapi part yang paling best ialah bila esok paginya, Bart Bachik datang rumah Rahim Tombong, mintak upah kerja setengah hari semalam. Bengang je muka Rahim Tombong gua tengok. Kah Kah, lu memang pandai berniaga la.


10.8.12

DEWAN NERAKA

"Kau form berapa?" tanya Akram,brader form 6.
gua jawab "saya form satu".


Bengap betul Oh My English gua masa tu.

Ditakdirkan,gua tinggal di blok B.Di sekolah Maahad ni, ada dua blok untuk pelajar lelaki (ASPURA), Blok A dan B. Blok B ni biasanya budak form 1 sampai 3. Blok A untuk budak form 4 sampai 6. Melainkan mana mana form 4/5 yang buat hal/ hati sumi, kena la campak dekat Blok B,kawan dengan budak-budak. Pada masa tu, saiz badan gua agak kecik sikit.Tak sasa macam sekarang.. Masa tu tengok abang abang senior semua bagak-bagak, suka pakai spender je dalam dorm. Gua rasa memang pakai spender tu tengah trending la time tu.Dua sekolah gua pergi,macam tu jugak perangai dia.Dan dalam fikiran, gua semua abang-abang senior ni jahat-jahat,buli orang,makan budak punya perangai.

Kira hari ni gua nak kisahkan pengalaman pertama gua dari Blok B ke Blok A.Suatu perjalanan neraka.

Masa gua baru masuk dulu  asrama dulu, Pink, Niko, Atok selalu cakap jangan pergi Blok A, jangan pergi Blok A. Bahaya kalau tersangkut dekat blok tu. Macam-macam nanti kena buli. Kena suruh macam-macam. Kena buat macam-macam. Gua pun antara percaya tak percaya la. Sebabnya ialah masa gua di Tun Perak, takde hal macam tu jadik. Tapi apa-apa hal pun gua ambil sikap menanam rasa curiga dan sentiasa muhasabah diri la agar kelihatan mulia di mata mereka.

Satu petang, lepas prep tu gua agak lewat ke dewan makan. Dekat-dekat pukul 5 baru gua sampai. Hajat gua nak ke Dewan Makan tu nak makan biskut kering dan ambik air teh o yang dia letak dalam bekas tong sampah tu. Sampai sana, orang dah tak ada dalam dewan makan tu, hanya gua sorang je.Masa gua tengah cun cedok air teh tu, ada satu brader senior masuk dewan makan bawak baldi. Gua dah mula merasakan aura tak baik datang. Sekali dia ternampak gua,lantas...

"Woi budak, nanti ko cedok air teh tu masuk dalam baldi ni,lepas tu hantar dekat bilik XXX"

Cilake.Memang cilake.Brader tu terus belah je.Bila brader tu belah, gua dekat sini pulak berbelah bagi.Nak pergi tak pergi. Ikut hati gua nak cabut je balik bilik. Bila fikir balik, brader tu mesti dah cam muka gua. Kira kalau buat kawad cam mesti dapat tangkap punyalah.Takkan gua nak sembunyi 2 hari dalam toilet pulak. Jiran-jiran kata apa nanti. Bila terbayangkan member-member gua yang pernah kena panggil sebab tak ikut arahan,gua jadi kecut. Nak taknak gua buat jugak lah.

Tuhan je la tahu dada gua macam mana dia punya bunyi.Macam boombox. Bayangkanlah budak form 1,naif, kecik, nak  kena harung satu kawasan yang dipenuhi oleh binatang buas bertingkatan 4,5,6.Tapi kalau tengok dari sudut lain,memang berani macam Bam Bam Bigelow la.

Gua pun terkial-kial la angkat baldi tu naik tingkat 2 hantar air.Bilik XXX letaknya dekat tengah tengah blok.Dalam perjalanan gua nak sampai ke bilik tu,satu lagi brader (bilik sebelah,bilik YYY) jerit, "Woi, dah siap hantar baldi tu, datang sini !".Lepas hantar air tu, gua cepat-cepat pergi bilih sebelah pulak. Kepala tunduk sopan je. Tanya pun lembut:

"Ye,nak apa bang?"

Dah macam hamba sahaya pulak gua menyoal. Sedia berkhidmat la ni.

"Biskut ada lagi?"
"Ada."
"Kau ambik bawak sini."
"Semua?"
"Kau nak kena pukul ke?"

Berlari gua turun dewan makan ambik biskut. Ada extra order,teh o satu jag. Jag pula kena mintak dekat kakak dewan makan. Siak la.

Siap urusan bilik YYY, kena suruh rendam baju pulak dekat bilik ZZZ. Itu jam memang nak menangis la. Kepala dah nampak mak,abah, pisau, besi katil semua.

Akhirnya selepas dekat dua jam bertarung,dapat jugak gua pulang ke tanah air (Blok B).Memang lega betul.Tapi gua dah ada bahan nak cerita yang gua dah jejak Blok A,seorang diri. Kira terer la.

***

Tapi dalam diam, setahun gua tak berani nak datang dewan makan sorang-sorang dah. Setahun gua isytihar Dewan Makan punca kemurungan pelajar-pelajar.



"Kau form berapa?",
gua jawab "saya form satu".

KAH KAH KAH


ps: Kira ok lagi la gua ni. Ada budak kena panggil semata nak suruh cabut bulu ketiak. Memang haru.

9.8.12

DIARI RAMADHAN ADIB 2

"Kita kena sentiasa cari kebolehan diri kita."

Itu Dr. Azizan kata. Jadi, sementara tunggu Spm keluar,masa bulan puasa gua pernah juga cuba-cuba niaga dekat pasar ramadhan.Kira nak try market la,tengok boleh pergi ke tak.

Sebenarnya gua terjebak dalam scene pasar ramadhan ni selepas Mar Kidal ajak gua join dia. Khemah semua dia sponsor,cuma nak cari geng buat teman berniaga je. Dengar macam tu, gua pun orait aje la. Lepas booking tapak, kami diundi dapat bazar dekat depan Jpj Muar .

Lepas kena inject,dengar ceramah semua,secara officialnya,gua dan Mar Kidal dah jadi brader bazar.. Peh! Dia punya stail pun dah lain kalau jadik brader bazar ni. Pouch bag lilit dekat pinggang.Tuala Good Morning mesti sentiasa standby.Kalau boleh lilit dekat kepala.Nampak gigih sikit. Suara pun dah kena tune high volume sikit.Jenis kuih pun dah hafal.Wah. 

Malam tu Mar Kidal susun strategi.Dia kata,kita target jual kueeeeehh je. Hatta mee hoon pun tak payah ambik. Laksa jauh la sekali.Kuih ni pulak akan dibuat oleh jiran Mar Kidal,Kak Oni.Kak Oni ni pekerja yang tolong dia ada 3 orang. Pekerja dia gua tengok tak pernahnya puasa. Minum air jagung selamba je depan tembok rumah..Tunggu kena rejam je la. Jadi, Kak Oni tukang buat kuih, kami tukang jual. Daripada jualan tu, kami ambil komisen je la. Kalau tak habis boleh pulang. Kira ok la tu. 

Macam Lee Chong Wei masuk Olimpik,nasib tak menyebelahi. Langkah kiri orang kata. Hari pertama je dah lewat.Kucar kacirlau engkau bukak khemah, susun kuih. Rupanya hari pertama dekat situ, orang tak berapa nak ramai pun. Ada jugak la makwe lalu main-main mata dekat gua.Tapi gua fokus je . Hati kena tekad. Gua datang sini bukan nak berendut.Gua nak kumpul duit beli kasut Nike SB.Oh lupa nak bagitahu,kuih paling specialist kami adalah kuih tepung pelita.Selalu sold out macam kaset Nirvana Nevermind.

Hari pertama pun berlalu....Sale kurang memberansangkan.Mana tak orang datang asyik tanya je,macam buat banci. Belinya tidak.Tapi apa ada hal, kuih boleh pulang balik. Dalam gua sibuk berniaga di bazar ni, mestilah ada jiran ye dak? Jiran sebelah kiri khemah gua ni, ada satu makcik tua dengan anak dia jual lauk Ikan Botok. Hari tu lah baru gua kenal apa kejadahnya Ikan Botok tu. Makcik tu pulak, dari hari pertama berniaga, asyik la cerita pasal Ikan Botok. Asal usul ikan la, resepi dia la, cara masak la, customer puji la. Yang kami tukang layan la. Kadang-kadang gua tengok muka Mar Kidal tu berasap jugak tahan geram. Bukan geram ke anak dia, tapi dekat mulut Makcik tu. Tak reti penat ke bercerita? Puasa ke idak ni Makcik? 

Tapi yang paling tak best nya,kalau sale buruk, dia pujuk-pujuk gua beli ikan dia. Kata tak kesian ke tengok makcik,ibu tunggal, macam-macam la. Ah! dia tak tahu ke gua boleh mati kalau makan Ikan Botok? Tapi selalu jugak la Mar Kidal la jadi mangsa kena beli Ikan Botok dia. Kesian kat Mar Kidal.

Begitulah seterusnya hari2 gua niaga.Ada hari duit berkepuk,jalan pun mengepak je.Ada hari pulak keping2 je.Kalau duit keping2 je,mula la nak bergaduh dengan Makcik Botok.

Kutik,Papan memang pelanggan tetap gua.Rajin diorang datang.Tapi selalu sampai awal.Pukul 3 kadang2 dah sampai.Naik kereta lagi.Ye la,senang.Sorang drive,sorang makan.Gilir-gilir la. Nampak ada kerjasama di situ. Ada synchronise. Kadang kadang kelibat Bart Bachik pun ada juga.Tapi paling champion Kutik la. Attendance penuh. 

+++++++++++++++++++++++

Sudahnya, gua niaga dekat situ 3 minggu je.Kasut pun tak dapat beli sebab duit komisen habis sebab makan sendiri dengan bagi bagi kuih dekat orang. Tambahan lagi duit untung banyak habis ke ikan botok. Raya sakan la kau Makcik. Kasut gua ke mana,baju raya ke mana. Binawe.

8.8.12

DIARI RAMADHAN GUA


Hari itu panas. Memang panas. Tapi hari itu hari Jumaat. Undang-undang hostel mengatakan setiap hujung bulan, lepas sembahyang Jumaat boleh balik kampung. Memang seronok le.

Gua pulak dulu kalau nak balik kampung, packing baju memang banyak gila. Beg pun besar tak ingat. Padahal jarak rumah gua dengan sekolah rasanya tak sampai pun 15 km. Sampaikan brader Kojai (driver bas sekolah) pernah tegur, "Dik,ko cuti setahun ke?". Dalam hati gua, "Mampos la,beg gua." sambil gua senyum simpul dekat dia.

Rasanya taim tu nak dekat raya dah. Kira cuti panjang la jugak. Gua sebagai abang yang sulung, sentiasa prihatin dekat adik-adik gua. Dalam perjalanan nak balik tu, gua terdetik pulak nak beli air susu Dac Ledi kotak besar. Niat nak minum ramai-ramai dengan adik beradik. Haa murni kan niat gua? Jadi gua singgah la kedai Jalal. (Jalal ke?) yang depan sekolah tu. Sambar air kotak,campak duit,belah.Wah...biadap.

Bas yang dipandu Kojai pun sampai la dekat bus stesen. Gua dan yang lain turun. Air kotak masih kemas tersimpan di dalam beg. Nak ronda-ronda, macam takde mood. hari panas, puasa pulak.Jadi gua ambik keputusan tunggu bas untuk ke kawasan rumah gua.

***

Bas pun sampai.Gua naik,bayar rm0.40. Duduk seat belakang,kaki terkangkang bebas. Terlihat sikit ada koyakan kecil di celah kangkang seluar. Tapi gua tak peduli. Janji gua rok.Orang pun tak berapa ramai dalam bas taim tu..


TETTT!!


Gua tekan loceng.Sambil pikul beg besar kaler coklat. Sebenarnya beg tu mak gua guna nak balik kampung kalau cuti lama.Memang besar la.Besar dari gua.

Gua tuju satu public phone.Nak call rumah suruh pikap gua dekat depan ni.Bila gua call,tak angkat-angkat. Gua dail lagi, tak angkat-angkat jugak. Kemudian baru gua teringat, mak gua belum balik dari opis lagi. Pukul 4.15 baru dia gerak dari opis.Zaman tu, orang opis balik pukul 4.15.. Ah parah, sekarang baru pukul 3.15.Tak manis pulak gua duduk sini lama-lama. Jadi gua ambil keputusan jalan kaki tuju ke rumah. Tak la jauh sangat sebenarnya,dalam 2 kilo je.

Memang perit jalan kaki tengah panas pikul beg besar. Tapi hati gua cekal. Dalam kepala dah terbayang buka puasa nanti dapat minum air coklat dengan adik-adik.Best,best! Tapi yang tak bestnya, bila dah sampai rumah,kunci pun tak ada. Bertawaf-tawaf gua pusing rumah cari lubang nak masuk. Tak jumpa jugak. Tekak memang dah perit ni. Ibarat piston tak dapat minyak hitam.Kotak air coklat gua dah mula genggam erat dah taim tu.



GLUK,GLUK,GLUK!!



Akhirnya gua tak tahan,terkantoi jugak puasa gua hari tu.Nak buat macam mana,memang haus betul.Bila dah minum ni, dapat pekena baring pun sedap jugak. Gua pun landing je la atas garaj kereta rumah sementara tunggu mak gua balik. Tapi gua tertidur...

"Haa! tak puasa!"

Adik gua Yaya jerit. Mana tak,taim gua tidur tu,air kotak sebelah gua. Jadi, gua lah yang harus disyaki tak puasa.Aduh..!


***

Gua terjenguk-jenguk dari tingkap luar rumah,tengok famili gua berbuka. Bapak gua letak air suam je dekat luar sebagai hukuman tak puasa hari tu.Aduh..


7.8.12

MENGHADAPI PMR

Jangan iri hati, tapi gua rasa gua ni dilahirkan bijak. Bukan gua cakap, tapi mak gua yang cakap. Gua start baca surat khabar umur 3 tahun. Start sekolah tadika (Taman Sang Kancil Cheras) umur 4 tahun. Umur 6 tahun (Tabika KEMAS Tanjung Agas),bila cikgu suruh baca,gua baca dengan laju lepas tu terus main lego/ berendut.

Bila masuk sekolah rendah, gua rasa gua masih lagi terer,selalu jugak dapat nombor 1,2,3,4,5. Pernah la sekali dapat nombor 30,masa darjah 5.Bapak gua tak tau nak cakap apa dah masa tu. Diam je atas motor masa ambik result gua.Tapi,masuk darjah 6 gua dilantik jadi pengawas. Gua sendiri tak tahu macamana budak nombor 30 boleh jadi pengawas.Gua tak amal rasuah ye. Bab UPSR pulak, gua tergolong dalam kelompok elit,Puan Hashimah kata la.Tapi tak dapat jugak 4A,dapat 3A 1B.(masa tu 4 subjek je dalam UPSR,Menteri Pendidikan belum nyanyuk lagi).

Bila dapat masuk asrama,duduk jauh dengan mak bapak,akal mula menjadi Iblis.Banyak sangat kawan,muka yang sama jumpa siang malam pun susah jugak.Jadi bila masuk sekolah menengah,gua sudah malas belajar.Apatah lagi terlibat dengan beberapa kejahatan. Buli junior la,fly la,rokok la dan sebagainya yang sama je dengan asrama lain dalam Malaysia ni.

Bila gua malas belajar,gua mula perasan kebodohan mula melanda.Belajar apa pun tak masuk.Kepala ingat nak tidur,malam nak buat apa,waktu prep nak main apa,koko bar ada lagi tak dekat koperasi,dan macam macam lagi. Hinggalah nak dekat-dekat PMR: 'Tat ,jom pergi surau,aku tak sedap hati la nak dekat PMR ni',kata Zaki Samid pada gua. Gua lihat ada cahaya keinsafan dalam diri dia. Jadi gua pun ikut insaf la sekali.Takut jugak kalau fail PMR.Apa barang PMR pun dah fail kan.Silap silap kena halau rumah nanti.Jadi gua mula belajar bersama kawan-kawan Iblis yang lain (masa form 3, gua duduk di bilik tahanan a.k.a Bilik Neraka bersama 19 orang yang lain,nanti kita cerita part tu).Lepas main waktu petang je terus masuk bilik buat soalan,peh memang proaktif.Fly-fly dah takde masa tu dah.

Ketakutan makin menjelma bila lagi 2-3 hari nak PMR. Gua,Zaki Samid dan beberapa rakan yang lain,seperti biasa,misi kemanusiaan.Kami bawa pensil,pembaris,pen,pemadam,malah slip perperiksaan ke surau. Dekat sana gua dan dia sembahyang hajat, lepas tu gua bacakan Yassin dekat pensil,pen gua semua tadi.Takut punya pasal.Lepas tu gua berdoa semoga pensil tu akan menghitamkan jawapan yang betul dekat borang OMR.

Bila gua merasakan itu tak cukup power,gua pecah masuk bilik exam di tingkat 3,baca Yassin dekat meja pulak.(Apa,mustahil pecah bilik exam?Kedai aiskrim dekat tanjung boleh pecah,inikan pula bilik exam) Gua berdoa lagi semoga meja itu akan memberi luck pada gua.Mana tahu tengah syok jawab ke,patah pulak.Gua tengok Zaki Samid bukan main khusyuk lagi baca Yassin. Tak pernah gua tengok dia begitu.Memang insaf betullah dia,hari tu.

***

Alhamdulillah, berkat keberkatan baca Yassin,Tuhan makbulkan doa gua dan rakan-rakan. Dapat jugak la gua merasa keputusan yang agak cemerlang.Budak lain pun lebih kurang gua jugak. Tapi Bahasa Arab gua tetap faul. Tapi takpe,gua lari Sekolah Teknik!


6.8.12

KUIH APAM

Bila gua masuk Sekolah Maahad,antara yang masuk sekali adalah Bedot. So, gua lebih kenal Bedot ni la dari budak maahad yang lain.Ye la,masa tu belum jumpa puak lagi. Ke mana pergi pun gua dengan dia je. Hinggakan jadi satu kerja dekat gua pulak nak kejutkan dia bangun pergi sekolah setiap hari, sebab perjalanan gua nak ke toilet tu kena lalu bilik dia dulu.Gua duduk di Bukhari,si pendek ni pulak di Al Kindi/Usamah tak silap gua.

Jadi sebulan dua tu,masa belum ada kawan sangat(selain Doyok la), gua dengan Bedooot jeee laaa.Jadi banyak la program yang dirancang bersama,samada mulia atau kurang mulia.

Ada satu malam tu,malam Sabtu.Malam Sabtu tak ada prep.Budak budak semua duduk dekat bilik tv. Ye la, duduk asrama kan macam tak pernah jumpa tv. Semua berlonggok layan MTV Billboard. (Masa tu MTV Billboard ke udara di TV 2 setiap Sabtu).Yang lain ada ke kantin, koperasi,studi sendiri sendiri dan balik kampung.yang pergi berendut tak kurang juga.

Sebelum tu,menu makan petang hari tu adalah apam. Gua pun tak reti la nak sebut apam apa. Yang warna pelangi-pelangi ada sekali dengan kelapa parut tu. Yang pasti,menu tu bukanlah menu kegemaran budak-budak hostel. Jadi sampai ke malam la apam kaler-kaler tu tersadai dekat kaunter dewan makan.

Dan menjadi kebodohan gua dan Bedot pulak merembat sebesen apam tu bawak ke bilik gua,lantaran dah tak tahu nak buat apa.Mula-mula elok je makan apam tu.Lepas tu dah main baling-baling pulak.Bab menjahanamkan/mensepahkan memanglah kepakaran kami. Sambil baling baling tu,lari lari pulak,panjat katil lompat katil. Kira macam main paint ball lah.Berdentam dentum lantai.


Tiba-tiba..


"Woi!!! apa ni memekak ni!!?"

Itu dia...Warden Belia aka Bangla menjerkah kami berdua.Dengan berkain pelikat pakai baju pagoda,Bangla datang rush bilik Bukhari. (hari tu dah cerita kan, rumah warden bawah bilik gua).

Gua dan Bedot dah terdiam, tak tahu nak buat apa. Memang pasrah je la masa tu.Tunggu taim je nak kena siang.

"Ni apahal ada besen apam dewan makan ni!!?"

"Saya ambil cikgu.Kami lapar tadi.Lagipun kami tengok apam tu takde orang nak makan".Menjawab pulak si pendek ni. Ini menempah kematian namanya.

"Ooh,lapar?Sekarang aku nak tengok kau, dan kau makan apam ni depan aku.Aku tunggu sini. Korang makan sampai habis.Lepas tu kemas balik semua ni"

Memang cilake la,apam ada setengah besen lagi.Mana boleh habis ni. Bagi dekat Syukur Malek pun tak terlayan dia.

Gua dan Bedot pun terkulat kulat la makan apam tak best tu.Dapat la sorang 15 bijik.Memang cilake la. Meruntuhkan hari minggu gua.

***

Rasa nak muntah pulak terkenangkan apam tu bila menulis ni. Cilake la.

3.8.12

SPOT CHECK

"Spot check,spot check"

Ajib Jamat,senior gua bersuara dari luar dorm.Gua dan rakan rakan Bilik Neraka (BN) lihat dekat korridor agak kelam kabut sikit.Semua kucar kacir lari bawa baldi,sorok kasut best,sorok kaset bawah tilam,sorok walkman dalam kamus,sorok rokok belakang laci.Radio gedabak tak tahu nak sorok mana. Suasana sibuk berlangsung dalam 2 minit.

Tak lama lepas tu Cikgu Aziz akak Rengkas masuk menghadap.Betul rupanya ada spot check.Benda-benda gini jarang berlaku,melainkan ada la kaki retort (kaki report) yang bagitahu aktiviti dekat hostel ni. Gua memang badi sikit dengan kaki kaki retort ni.

Satu persatu bilik dia geledah.Tapi budak budak semua kool.Barang panas semua disimpan di tempat yang paling terrrrrahsia.Ala,Rengkas ni punya spot check pun ala kadar je. Sekadar memenuhi nafsu dengki kaki retort.Tapi ala-ala kadar pun, BN tetap menjadi perhatian dia.

"Saya dengar budak bilik ni perangai masih sama.Malah ada yang kata hisap rokok pulak" ujar Rengkas.

"Mana ada Cikgu,kitorang semua dah berubah dah" betah Syukur Malek.Syukur Malek ni orangnya berbadan besar.Lebih kurang kesayangan cikgu jugak la dia ni.Tapi nasib malang macam mana,kena masuk BN jugak.

Habis satu bilik dia geledah,mencari bukti rokok atau apa saja yang boleh disabitkan.Tapi seingat gua,dia tak jumpa apa-apa pun.

***

Malam tu,kami lepak dalam bilik lepas balik prep, Syukur Malek open cerita.

"Ko tau mana aku sorok rokok masa Rengkas buat spot check tadi?".

"Mana?"

"Dekat bawah ni." sambil menunjukkan di bawah pelipat dadanya.."Lepas rupanya Dunhill 7"

Cilake,seminggu gua tak berani nak pau rokok dia. Terngiang-ngiang.

*Masa spot check tu, gua tah ke mana.Jadi gua tak saksikan kes ni. Jadi kisah Syukur Malek ni boleh la dianggap Urban Legend.Kalau tukang cerita bohong dekat gua,gua bohong dekat lu orang la*


Kepada Syukur Malek aka Mok,semoga lu cepat sembuh.Cerita ni gua tribute dekat lu. :(

MENGGUNTING RAMBUT

Masa gua form 1,gua berpindah sekolah, dari sekolah Tun Perak ke Maahad Muar.Di sekolah baru,gua juga duduk di asrama.Bilik gua tu letaknya di Blok B.Gua duduk di bilik yang tepi sekali,atas rumah Warden.Ala,bukan gua boleh pilih-pilih bilik pun.Dalam bilik tu ada beberapa student dari form 1 sampai form 3.Dan yang sebaya dengan gua masa tu,ada seorang mamat,nama dia Doyok.

Gua pun tak ingat macam mana dia dapat nama buruk macam tu.Bapak dia polis dekat Muar.Rumah dia dekat kuarters polis.Jadi,tak jauh lah asrama dengan rumah dia.Doyok ni orangnya kadang kadang berwajah serius,kadang kadang lawak.Tapi kalau bergurau memang kasar habis.Penumbuk dia macam batu.

Setelah sebulan dua duduk di asrama,Doyok pun bukak cerita kata dia sebenarnya pandai gunting rambut.Macam macam stail dia boleh buat. Nak buat bros, nak slope tepi, slope belakang, nak botak semua boleh. Pada gua itu ibarat bonus,kerana dia satu bilik dengan gua,jadi gua tak boleh dikenakan caj la, ataupun gua teraburkan cadar katil dia. Lagipun rambut gua mula kelihatan Iblis masa tu.

Jadi gua pun membuat appointment dengan Doyok.Dia janji, lepas sembahyang Jumaat, kami cabut prep, lepak dekat grandstand bilik (koridor belakang), dan gunting rambut di situ. Gua dah teruja. Manakan tidak, dah la tak payah prep,rambut pulak jadi semat.

Waktu yang dijanjikan pun tiba.Gua dengan semangatnya bawa kerusi plastik dari dewan makan.Nak masuk grandstand tu bukan senang.Kena bukak bilah tingkap tu dulu.Bila semua dah siap,dengan surau khabar dah tebuk lubang muat2 kepala gua,dengan sabar gua tunggu Doyok keluarkan gunting.

Sekali Doyok keluarkan gunting lipat yang kecik tu sambil kata: "aku lupa,gunting aku tertinggal dekat rumah,tapi yang ni ok jugak."

Itu jam air mata gua bergenang jugak la.

Hari Jumaat gua gunting rambut,hari Ahad tengahari baru siap. Itu pun tokak tokak. Itulah tempoh paling lama gua gunting rambut. Itu jugalah tempoh paling lama gua pakai kopiah ke mana mana.

2.8.12

MENONTON WAYANG


Semasa gua form 3,akal masih iblis.Masa tu Amy Mastura tengah top. Cerita Puteri Impian tengah keluar.Ala,yang Cico ada berlakon tu.Kenal tak Cico?Jadi Amy Mastura dan pelakon lain buat tour satu Malaya promo filem dia.Dan antara lokasi ialah di Cathay Muar.

Kawan gua seorang ni, Bedot sangat la gilakan Amy Mastura,sampai simpan gambar Amy dalam wallet (dulu la). Jadi bila dia dengar Amy Mastura nak datang Muar, ibarat terkena sawan bebuihkan emas la.Beriya iya dia ajak kami pergi wayang nak jumpa kekasih hati dia.Tapi apakan daya,hari tu tak boleh outing,dan Amy Mastura hanya ada di Muar waktu tengahari sahaja.

Maka,terciptalah satu misi kemanusiaan peringkat sekolah, iaitu Fly Waktu Tengahari. Belum pernah dibuat lagi sebelum ni budak fly waktu tengahari.Selalu malam je.Dengan sedikit kebijaksanaan yang tersisa,kami berjaya meloloskan diri.Basikal memang dah standby di sebalik pagar luar dah (basikal adalah basikal budak sekolah agama yang kami curi untuk dijadikan kenderaan wakaf,ada banyak jenis.boleh pilih2).

Jadi dapatlah si Bedot berjumpa dengan kekasih hatinya.Gua pun tak ingat dia ada ambik gambar ke tak.Yang gua ingat,gambar dalam wallet tu pernah terkantoi dengan mak dia:dan dia kata tu kakak angkat...

Gua tak pasti kalau sampai sekarang mak dia masih percaya Amy Mastura tu kakak angkat Bedot.

MENGACAU JAGA


Semasa gua form 2,sekolah Maahad,gua ada simpan dendam dekat satu jaga .Nama dia Mokhtar Dia suka lempang orang. Lepas tu suka cakap besar.Dia pernah cerita dekat gua dia pernah jumpa hantu tapi dia jerkah balik,hantu tu lari. Gua mengiyakan sahaja sambil senyum sebab nak keluar outing. Janji lu bagi gua lepas, gua akan mengiyakan saja.

Pada suatu malam,tak silap gua bulan Ramadhan, gua dan long lost friend gua, Zaki Samid merancang untuk menjahanamkan malam Mokhtar yang indah itu.Makan gaji buta,pergi kerja bawak toto.

Gua panjat bangunan sekolah tingkat 2,kemudian naik ke bumbung garaj. Daripada situ gua baling batu menghala ke bumbung pondok guard. Masa balingan kedua, gua dengar Mokhtar menjerit, konon marahkan hantu sebab mainkan dia la tu. Dekat dua minit jugak dia membebel. Gua tengok Zaki dah meleleh air mata tahan gelak. Kami baling lagi batu,kali ni kena tingkap.


Seraya itu gua dengar Mokhtar baca Yassin dengan suara menggigil gigil. Keh keh keh.