Semasa di sekolah rendah dulu, gua tak suka akan dua subjek tambahan ni : Congak dan Tullisan Cantik. Dan gua rasa pun ramai yang sependapat dengan gua. Bab congak tu boleh tahan lagi. Tapi bab tulisan cantik tu Ya Rabbi...seksa!
Untuk menambahkan keseksaan, kedua-dua subjek tambahan itu diajar oleh cikgu Kassim Vespa. Ha kau tahu je la kalau dengan cikgu Kassim Vespa ni. Salah sikit kena cubit, kena tepuk songkok di kepala sampai terbenam.
++++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi tu kelas kecoh macam biasa. Cikgu belum masuk lagi. Ketua darjah nak tulis nama budak bising pun awal sangat rasanya.
Tiba-tiba
"Soalan pertama...!"
Entah dari mana Cikgu Kassim ni timbul, terus keluarkan soalan untuk congak. Kucar-kacir kelas dibuatnya. Yang mana baru nak keluar buku. Baru nak korek pensil. Baru nak cari pemadam. Masak.
10 soalan congak akan diberi setiap hari. Selepas habis sesi congak, dia akan check setiap satu. Siapa dapat bawah 5/10 memang tunggu je la habuan kau. Kalau kena cubit halus kemudian pulas macam pemutar skru tu ok la nasib kau. Dari songkok kena tepuk sampai terbenam dalam kepala. Rasa macam maruah letak dekat kaki time tu.
Tulisan cantik adalah sesi yang paling gua tak suka. Sebab tulisan gua memang buruk. Buku khas garis tiga digunakan untuk sesi ni. Kalau perempuan tu memang semulajadi la cantik tulisan dia. Kalau lelaki tulis cantik, geng semua dah padang semacam je.. ini kalau tak geng budak perempuan, mesti dekat rumah main masak-masak dengan adik ni.
***
Dua perkara yang gua dapat hasil dari ajaran Cikgu Kassim.
1. Congak gua agak terer la jugak. Kira bangga juga dengan diri sendiri.
2. Tulisan gua dari buruk, sekarang dah boleh baca la sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan