setegram

Instagram

31.1.13

SAYA DAN MAT METAL


Masa gua belajar di Shah Alam dulu, gua pernah ada band projek. Tears Away nama dia. Band tiba-tiba tertubuh. Tapi gua taknak cerita la perjalanan dia. Sedih jugak. Jadi, disebabkan masa tu nak masuk Battle Of The Band peringkat universiti, kami pun bersungguh-sungguh la pergi jamming merata. paling selalu kami main dekat Seksyen 9 Shah Alam. Paling jauh Akar Karya Studio, Uptown Damansara. Sheila Majid punya studio.

Dalam masa yang sama, gua ada satu rakan kelas ni. Nama dia Riff. Sarifudin kot nama betul dia. Rif kalau pergi kelas, dia punya dressup macam pergi pejabat. Macam kita selalu tengok orang pergi kerja dalam drama dekat Slot Akasia tu. Baju lengan panjang kancing, seluar slack. Paling best bawak briefcase. Macam Datuk K.

Tapi gua ada juga budak cakap dia ni budak Metal. Metal macam mana tak tau la. Tapi gua tak berapa percaya jugak la sebab memang berbeza gila la dia waktu ke kelas. Lagipun gua pernah tanya, dia cakap dia tak join Metal Metal ni.

Pada satu hari tu, gua jamming macam biasa di SS9. Studio tu macam cikai sikit la. Ada dua bilik je. Lepas tu dinding dia nipis sikit. Kalau bilik sebelah jamming pun kadang-kadang boleh dengar. Masa gua tengah sibuk menjerit-jerit dekat mic, gua terdengar sayup-sayup sound dari bilik sebelah. Macam okestra bunyi dia. Ada gospel-gospel sikit. Seram jugak mendengarnya. Tengah menurun ke apa. Power lain macam bilik sebelah jamming.

Lepas je jamming, gua tunggu di luar studio. Gua nak tunggu budak bilik sebelah keluar pulak. Gua nak tengok siapa sebenarnya yang jamming tu. Tak lama lepas tu, diorang punya session habis dan sorang-sorang keluar. Mak ai gua kira ada 9 orang dalam tu. Ada bawak mic sendiri, bawak gitar, muka solek-solek. Metal ni, metal ni. Sekali yang last sekali keluar memang gua Ya Rabbi terperanjat. Riff tengah kendong keyboard. Dengan seluar koyak, baju black gambar tengkorak bersepai, muka paling gua tak boleh tahan. Bercelak bagai. Ikut sunah.

Rif senyum je dekat gua bila dah kantoi. Memang lain betul. Dari slot Akasia berubah menjadi slot Neraka.  Layan Symphonic Metal rupanya budak ni.  Power Rif, power! Siang lain malam lain. Ini penyamaran yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan