setegram

Instagram

3.1.13

HANTU DAN BLACK 2


-BLACK-
Fikiran Black jadi kusut. Matanya terbeliak melihat makhluk terbang di sana sini. Inilah adalah pertama kali dalam hidupnya terjadi benda benda macam ni.

Bila lihat makhluk tu terbang ke arahnya, kemudian menembusi badannya, Black menjerit jerit ketakutan. Sesungguhnya tiada siapa yang faham situasinya pada masa tu. Hanya Black yang boleh membantu dirinya sendiri. Black sedar  dirinya perlu kuat. Tapi dia tak bersedia untuk semua tu.

Yang dia bersedia hanyalah menjerit.


-ARAB-
Gelabah Arab masih tak habis lagi. Mukanya cemas tengok Black meracau racau dalam bilik tu. Beberapa budak cuba menenangkan Black, tapi tenaganya terlalu kuat.

Hendak update status, masa tu Facebook belum wujud lagi. Nak tuit apatah lagi. Jadi Arab ambil keputusan menghebahkan benda ni mulut ke mulut. Benda ni mesti diberitahu kepada Warden dengan segera. Kalau tak, tak tidur malam la dia.


*********************


KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!


Loceng fire drill dibunyikan. Keadaan jadi kecoh. Bagaikan menggunakan kaedah telepati, semua dapat tahu tentang kes Black ni. Sekejap sahaja hampir semua pelajar berkumpul di bilik Black. Semua katil tingkat atas dan bawah 'full house'. Sampai ada satu katil tu dah nak bengkok sebab bending moment yang melampau.

Bagaikan menonton wayang, semua pelajar mengelilingi seorang 'ustaz' yang diimport oleh Warden,sedang tenang berada di hadapan Black yang sedang merepek cakap entah mende. Suara dia memang real punya lain. Suara nenek tua. Bunyinya garau. Memang seram mendengarnya. Tenaganya pula sekawan gajah. Sampai lenguh member member yang tolong ustaz tu.

Ustaz kelihatan mengeluarkan sebatang kayu. Kemudian dia menyelitkan kayu itu di celah ibu jari dan jari tengah kaki kanan Black.

ARRRGHH!!!!!!!  ARRRGHH!!!!!!!

Black menjerit sekuat hati. Matanya merah menyala. Mukanya bengis sekali.



(bersambung...)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan