setegram

Instagram

12.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 1


Sepanjang gua hidup ni, gua ada menempuhi beberapa kisah yang seram atau lucu pada gua.Kebanyakkan peristiwa yang gua alami ni semasa menetap di hostel. Hostel beb, kalau takde cerita hantu tak sah. Ada cerita hantu la baru budak form 1 rasa nak tidur awal, jadi budak form 5 boleh hisap rokok tanpa kantoi.

Mula-mula gua nak cerita pasal peristiwa gua 'jumpa' hantu. Masa tu gua masih dalam tingkatan satu. Gua ditempatkan di Blok B. Masuk-masuk bilik tu je memang dah dapat katil tingkat atas, tepi sekali belah tingkap belakang. Belakang bilik gua tu kebun.

Sebelah katil gua adalah kawan gua bernama Doyok. Doyok ni badan je taf, penumbuk je keras. tapi kalau nak kencin kena teman. Jaddah. Tapi apa-apahal pun dia la tukang gunting rambut gua. Walau senget-senget, asalkan free gua pasrah je.

***

Satu malam, dalam pukul 1 pagi di malam mingu, macam biasa kami semua tidur lewat. Setakat esok ada gotong royong, tidur lewat apa ada hal. Kira-kira pukul 2 pagi, sorang-sorang beransur ke katil masing-masing. Mata masing-masing dah rabak. Gua pun panjat ke katil. Tengah gua terkebil-kebil mata dalam gelap nak cari tune tidur tu, gua dengar bunyi geruh dari katil sebelah. cilaka cepat betul masuk mimpi. Gua masih tercari position yang sedap sambil mengiring ke kaan, mengadap tingkap luar.

"Eh?!"

Jantung gua secara atomatik bergerak pantas.
Apa yang gua nampak tadi adalah bayang seperti tubuh manusia berbungkus, sedang tegak terpacak mengadap katil gua.

Gila, takkan hantu pocong pulak. Tak percayalah!

Gua toleh semula. 'Benda' tu masih lagi tak bergerak-gerak. Kali ni jantung memang laju gila. Peluh jangan cakap la. Berjurai-jurai. Gua selubung badan gua sambil mulut gua membaca surah. Segala surah, doa yang gua ingat semua baca, termasukla doa keluar tandas.

Dan akhirnya gua tertidur sampai la siang...

Pagi itu gua bangun. Rilek dulu. Ambil semangat sikit. Kemudian gua memberanikan diri toleh ke tingkap.

'Benda' tu masih ada di situ.

Nama dia pokok pisang. Atau nama saintifiknya Musa paradisiaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan