setegram

Instagram

31.1.13

SAYA DAN MAT METAL


Masa gua belajar di Shah Alam dulu, gua pernah ada band projek. Tears Away nama dia. Band tiba-tiba tertubuh. Tapi gua taknak cerita la perjalanan dia. Sedih jugak. Jadi, disebabkan masa tu nak masuk Battle Of The Band peringkat universiti, kami pun bersungguh-sungguh la pergi jamming merata. paling selalu kami main dekat Seksyen 9 Shah Alam. Paling jauh Akar Karya Studio, Uptown Damansara. Sheila Majid punya studio.

Dalam masa yang sama, gua ada satu rakan kelas ni. Nama dia Riff. Sarifudin kot nama betul dia. Rif kalau pergi kelas, dia punya dressup macam pergi pejabat. Macam kita selalu tengok orang pergi kerja dalam drama dekat Slot Akasia tu. Baju lengan panjang kancing, seluar slack. Paling best bawak briefcase. Macam Datuk K.

Tapi gua ada juga budak cakap dia ni budak Metal. Metal macam mana tak tau la. Tapi gua tak berapa percaya jugak la sebab memang berbeza gila la dia waktu ke kelas. Lagipun gua pernah tanya, dia cakap dia tak join Metal Metal ni.

Pada satu hari tu, gua jamming macam biasa di SS9. Studio tu macam cikai sikit la. Ada dua bilik je. Lepas tu dinding dia nipis sikit. Kalau bilik sebelah jamming pun kadang-kadang boleh dengar. Masa gua tengah sibuk menjerit-jerit dekat mic, gua terdengar sayup-sayup sound dari bilik sebelah. Macam okestra bunyi dia. Ada gospel-gospel sikit. Seram jugak mendengarnya. Tengah menurun ke apa. Power lain macam bilik sebelah jamming.

Lepas je jamming, gua tunggu di luar studio. Gua nak tunggu budak bilik sebelah keluar pulak. Gua nak tengok siapa sebenarnya yang jamming tu. Tak lama lepas tu, diorang punya session habis dan sorang-sorang keluar. Mak ai gua kira ada 9 orang dalam tu. Ada bawak mic sendiri, bawak gitar, muka solek-solek. Metal ni, metal ni. Sekali yang last sekali keluar memang gua Ya Rabbi terperanjat. Riff tengah kendong keyboard. Dengan seluar koyak, baju black gambar tengkorak bersepai, muka paling gua tak boleh tahan. Bercelak bagai. Ikut sunah.

Rif senyum je dekat gua bila dah kantoi. Memang lain betul. Dari slot Akasia berubah menjadi slot Neraka.  Layan Symphonic Metal rupanya budak ni.  Power Rif, power! Siang lain malam lain. Ini penyamaran yang berkesan.

29.1.13

AL ARQAM


Ni gua nak cerita pasal Al Arqam.

Yes, Al Arqam adalah satu badan/persatuan yang di katakan songsang dari ajaran Islam. Sekarang ni bernaung di bawah nama Global Ikhwan. Ada banyak dekat rumah gua ni.

Gua selalu juga perati geng-geng arqam ni. Sebenarnya ini adalah pemerhatian gua yang pertama terhadap geng arqam. Itupun sebab gua berpindah ke sini. Kalau tak memang gua tak tau apa pasal diorang ni. Hanya tahu dari surat khabar je.

Mengikut pengamatan gua, arqam ni sama macam orang lain. Cara berpakaian, cara bual semua macam orang biasa. Tapi yang kita boleh kenal adalah mereka pakai songkok tinggi atau ketayap, sepanjang masa. Belum pernah gua nampak lagi ada yang bukak songkok masa melepak di kedai kopi.

Ada benda yang bagus sebenarnya al arqam ni selain kawen ramai-ramai. Antaranya ialah Al Arqam sangat terer berniaga, celah mana pun ada kedai dia. Kalau nampak kedai nama Ikhwan tu kedai diorang la. Gua rasa diorang ni maju dalam berniaga sebab persatuan dia kuat, modal dia kukuh. dari mana dapat modal? dari berniaga jugak la. Lagi satu puak ni memang terer berniaga di kalangan peniaga kaum lain, dan boleh bersaing pulak. Gua tengok lagi ramai orang cina pekena nasi ayam dekat Mat'am Nur Muhamad dari orang Islam 'pure' sendiri.

Kalau bab bersungguh-sungguh, gua memang bagi dekat geng arqam la. Diorang tak peduli langsung apa yang orang kutuk orang cakap pasal mereka. Just focus. Kalau dia berniaga, memang dia berniaga betul-betul. Kalau 'berdakwah', betul-betul punya berdakwah, masuk hutan naik bot pancung jupa orang asli.

Brotherhood is one thing yang hebat pada mereka. Diorang panggil 'ukwah'. Selalu jugak gua terserempak dengan diorang ni masa nak tapau sarapan. Mereka naik 4 x 4 2-3 bijik kemudian singgah di warung tepi jalan, makan beramai-ramai (songkok tak tanggal). Ramai orang perhati tapi mereka buat deeeek je. Oh lagi satu aku dah jarang jumpa geng arqam pakai purdah. Semua pakai biasa-biasa je.

Self belief. tak payah cerita la. Memang gila-gila dia taat dan percaya kepada Abuya tu. Macam orang Kristian percaya pada Yesus. Macam Islam percaya kepada Allah. Tapi Al Arqam aku rasa lebih kepada taksub (celaka, gua berbau prejudis!).

So, klik arqam ni masih ada benda positif yang kita boleh jadikan contoh. Kalau bab kepercayaan dia tu, tak payah la ikut.

***

Dan pagi semalam, masa gua tengah naik motor nak cari kedai hardware, dengan gua sengaja pakai helmet seteng terbalik, dan pakai seluar pendek gua ter'masuk' dalam majlis orang arqam. Ada perasmian kedai makan baru. mana la gua tahu situ ada orang pasang khemah. Dekat lap pulak tu. Ngam-ngam lepas banting tengok ada ramai orang duduk bawah khemah. Depan diorang ada stage lagi, budak kecik tengah nyanyi nyasyid secara akapella. Gua dengan muka dah 'berg' bawak motor slow-slow depan diorang.

Gua rasa macam ada 300 bijik mata sedang pandang gua naik motor berbogel. Nak tutup muka pun visor dekat belakang (gua pakai helmet terbalik). Ah setan betullah.


28.1.13

NAMA BAPAK

Masa sekolah rendah dulu, kebanyakkan cikgu lebih ingat nama bapak murid dari nama murid itu sendiri.

Kadang-kadang tu ada murid yang sengaja tak nak beritahu kawan mana bapak dia, tapi cikgu ter panggil nama bapak dia pulak dalam kelas. Automatik budak tu berdendam dengan cikgu tu.

Bila gua dah besar sikit, gua pun macam cenderung panggil nama budak dengan nama bapak dia. 'ni anak Rahman ni, ni mesti kerja anak Sudin ni'

Barulah gua faham yang benda ni adalah kebudayaan genetik.

22.1.13

PIALA MALAYSIA 1991


Tadi gua tengah baca blog chedinsphere. Belek punya belek, terjumpa artikel pasal Ervin Boban. Bila gua baca balik artikel pasal Ervin Boban ni, baru teringat yang Abah gua dengan Ma gua dulu pernah betting masak Megi masa Final Piala Malaysia 1991, Johor FA lawan Selangor FA. Abah gua orang Johor. Ma gua orang Selangor. Gua tak betting mana-mana. Masa tu gua darjah tiga lagi. Gua pasrah je.

Lawan punya lawan, sekali Selangor FA kena titik sampai 3-0. Ervin Boban bagi cukup-cukup. Abah gua bukan main hepi sambil perli-perli Ma gua. Sudahnya Ma gua merajuk dan teruk masuk tidur.

Dan gua salahkan Abah gua sebab dia punca gua tak dapat makan Megi Special buatan Ma gua malam tu.

Abah mengofferkan diri untuk memasak Megi, tapi gua tolak dengan sopan sebab gua tak suka Megi Abah gua. Dia suka bubuh sos dalam masakan dia. Pelik benor rupa dia.


notakakicagu:
Masa tahun 1989, Johor pernah luaskan kangkang dia sekejap. Lepas tu kepit je. Tahun ni dia open balik kangkang dia.


Klik sini untuk Ervin Boban.

21.1.13

BURUK SANGKA




Kadang-kadang gua ni teruk jugak dia punya syak wasangka. Walau nak bersangka baik pun, ter syak wasangka pulak. Susah bila fikir dalam sangat ni :

1. Pemberian rebate 200 untuk membeli telefon pintar

Yang diberitahu
-Pengguna muda/baru berpeluang untuk menggunakan telefon pintar.
-Menunjukkan bertapa prihatin mereka kepada rakyat.

Yang gua syak
-Pembeli juga diwajibkan untuk melanggan broadband.
-Bila langganan broadband,bermakna kena bayar tiap tiap bukan.
-Bila bayar bil tu, akan ada cukai 6%.

2. Rokok Karen

Yang diberitahu
-Rokok karen merbahaya dan tak sihat
-Penjualan rokok karen tidak sah dari segi undang-undang

Yang gua syak
-Mereka halang penjualan rokok karen kerana akan menjejaskan penjualan rokok original.
-Bila rokok original kurang jualan, maka kurang la tax mereka pada kerajan.
-Bila kurang tax, kurang la duit nak kutip.

Ini yang gua syak je la. Belum tentu betul pun. Jangan la takut sangat.

RANDOM ACCESS MEMORY




"aku rasa gemuk gila siak hari ni"

Untuk orang yang 'sasa' (baca: gagah) macam aku pernah tak terjadi situasi begini?
Kau tak makan, tak minum, tapi kau rasa macam gemuk gila hari tu. Pernah tak?
Selalunya benda tu terjadi bila kau salah pakai baju (baju kecik) atau seluar (singkat)

Ataupun pada mulanya kau tak perasan, tapi ada mamat mana tegur kau nampak gemuk dan kau rasa nak tumbuk muka dia sebab spoilkan satu hari kau.

Dan bila dah kena macam tu, dalam kepala kau tak habis-habis beregar-legar memikirkan pasal benda tu. Sikit-sikit kau stretchkan baju. Sikit-sikit kau lorotkan seluar.

Minggu lepas aku kena macam tu. Balik rumah aku terus sorok baju dengan seluar tu. Taknak pakai lagi. Setan punya baju.

MAIKEL



Kalau siapa duduk dekat asrama, mesti dah biasa dengan kes kecurian kan? Hilang duit, hilang biskut, hilang selipar adalah paling basic sekali. Tapi ini dekat hostel lelaki la. Hostel perempuan gua tak tahu la. Mungkin ok kot.

Jadi, masa gua naik form 2, kami semua dah ingatkan budak form 1 pasal kes-kes ni. Warning pun kami bagi. kalau dapat tangkap siapa yang mencuri, haa memang jadi lauk la. Dalam ramai-ramai budak form 2 tu, ada seorang budak junior ni yang menangkap mata gua. Nama dia apa tah gua lupa. Tapi orang semua panggil dia Maikel. Kenapa Maikel gua taknak bagitahu la, tapi klu dia ada dalam Majalah Ujang. Maikel ni antara junior yang gua ingati sebab  perwatakan dia memang lain sikit. Kalau duduk dekat hostel, dia pakai serban, pergi outing pakai serban, pergi mandi je tak pakai serban. Pawer tak?

Masa tu kalau jumpa orang pakai serban memang gua angkat topi la. Respek betul. Selalu yang pakai serban ni kalau tak Ustaz, mesti brader form 6. Orang yang pakai serban ni bukan calang-calang pada gua. Ilmu mesti tinggi melangit. Kalau tak melangit pun, mesti tinggi dari gua. Cikgu cakap, kita kerna hormat orang yang berilmu.

Satu lagi yang best pasal Maikel ni, dia suka belanja orang makan. Gua memang suka betul bab ni. Maikel ni kalau keluar outing, semua orang tunggu dia balik. Sebab kalau dia balik,, mesti dia tapaukan KFC, air gas botol, biskut. Lepas tu jamu dekat abang-abang senior semua. Amboi seronok betul tiap-tiap minggu dapat makan ayam goreng 11 herba rahsia. Budak-budak senior punya suka dekat Maikel ni sampai dia dapat imuniti la. Takkan kena raging puya. Lesen besar.

Dalam masa yang sama, kes kecurian tetap berlaku di asrama. Budak-budak sampai naik pening barang dalam locker asyik hilang je. Jam la, wallet la, cap la, rokok la. Duit jangan cakap la. Kompem. Sampai dua tiga bijik mangga pasang dekat locker pun masih kena kopak. Hangin..

***

Entah macam mana satu hari, pencuri yang berleluasa dekat hostel gua ni dapat ditangkap. Macam mana dia tangkap pun gua lupa. Tapi yang gua tak percaya tu, antara yang jadi suspek tu ialah Maikel. Apa gila budak pakai serban nak curi barang budak?

Dan entah macam mana jugak la, yang rupanya Maikel ni mengaku dia memang mencuri barang-barang di hostel. Dan dia mengaku yang duit dia beli KFC, biskut bagi gua makan tu adalah duit kitorang sendiri yang selalu hilang tu.

Memang macam cilake rupanya duit yang hilang tu Maikel yang ambik. Dan ayam goreng yang kitorang makan sambil minum air gas botol tu duit sendiri rupanya.Setan.

Serta-merta imuniti Maikel ditarik balik oleh kumpulan Tenno Gelap.

Haa kau faham je la apa jadi lepas tu. Imaginasi sendiri.

18.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU (CERPEN BONUS)

"Pernah diceritakan bahawa di belakang asrama sebuah sekolah agama di sini, di sebalik hutan kecil yang agak tebal itu, terdapat sebuah bekas tapak rumah.

Dan menurut orang-orang lama, tapak rumah itu adalah bekas rumah orang kaya pada masa itu, tahun tidak diketahui. Dan dikhabarkan mereka sekeluarga telah berpindah ke tempat lain kerana ada kejadian di rumah itu yang menggangu fikiran mereka."

***

Samsul (bukan nama sebenar) menutup buku sejarah Muar yang dibacanya itu, sambil fikirannya ligat memikirkan tentang hal itu. Sesekali dari atas katilnya, dia melemparkan pandangan ke tapak rumah itu, ya, betul-betul di belakang biliknya. Tapak rumah yang sederhana besar. Lantainya masih elok lagi, cuma berlumut dimamah usia.

Samsul juga pernah mendengar akan peristiwa Datin Zaharah, iaitu anak kepada pasangan kaya itu, yang membunuh diri dengan menggantung diri, di dalam rumah itu. Punca Datin Zaharah membunuh diri tidak pula diketahui.

"Ah, mengarut semua ni. Cakap-cakap orang sahaja." Samsul cuba menyedapkan hati padahal jiwa dah goyang ni.

Pada Samsul, cerita-cerita hantu di asrama ni semuanya rekaan. Tak ada satu pun yang betul. Kalau ada yang betul pun, sudah ditambah-tambah sehingga menjadi tak betul. Banyak sangat di modified sana dan sini, sampaikan budak form 1 yang dengar cerita tu taknak duduk asrama dah. Punyalah seram hantu tu sampai diceritakan ada budak mati. Mana la budak-budak berani nak duduk asrama. Nak kencing pun tahan sampai esok pagi.

"Bullshit Datin Zaharah"  Samsul mencabar sambil bingkas dari katilnya menuju ke dewan makan pekena teh o panas rasa bunga ros.

***

Habis prep malam tu, macam biasa rutin budak asrama: makan biskut, pung pang pung pang dalam bilik, lepas tu tutup lampu,tidur.

Samsul pun seperti rakyat hostel yang biasa, menurut sahaja rutin itu. Tetapi malam itu agak sejuk bagi Samsul. Lalu dia mengenakan selimut menutupi badannya, perkara yang jarang-jarang si setan ni buat.

1.45am

Samsul terjaga dari tidur. Sejuk lain macam malam tu membuatkan dia rasa nak terkencing. Sebagai seorang pemuda yang berani, Samsul tidak mengharapkan bantuan rakan untuk menemankan dirinya ke tandas. Lagipun kalau kejut pun, memang semua buat-buat mampus taknak bangun. Lagi takut menunggu kawan kencing di luar dari yang tengah kencing di dalam tu.

Bangun saja dari katil, mata Samsul sempat menjeling ke bekas tapak rumah Datin Zaharah yang dilimpahi samar-samar cahaya lampu jalan. Masih statik seperti semalam (memang la)

Perjalanan menyusuri koridor yang senyap sunyi menuju ke tandas yang di hujung blok kadangkala boleh datang seram jugak. Cuma sesekali terdengar bunyi dengkur berselang seli.

Terdetik juga di hati Samsul kalau-kalau Datin Zaharah datang menjerkah dari atas tandas semasa beliau tengah kencing. Samada nak baca ayat suci atau nak lari. Sebab dia ada teringat ustaz kata berdosa baca ayat suci dalam tandas. Jauh dalam hatinya, ada juga rasa menyesal sebab membullshitkan Datin Zaharah petang tadi.

Upacara membuang air kecil berlangsung tanpa apa-apa kejadian yang pelik berlaku. Cuma Samsul perasan semasa dia sedang membasuh tangan di sinki dia macam ternampak kelibat benda melintas di belakangnya. Tapi Samsul yakin, itu cuma perasaannya sahaja. Sampai je di bilik, cepat-cepat dia panjat katil dan selubung badannya. Barulah dia rasa lega yang amat bila dah sampai katil.

3.00am

Katil Samsul bergoyang. Goyangan tu telah membangunkan Samsul dari mimpi. Dalam keadaan masih bersawai tu, katilnya bergoyang lagi. 'apa benda la yang Rahim buat dekat bawah ni' getus hati kecilnya.

Samsul menjenguk ke bawah. Dia lihat Rahim tengah mengalami deep sleep. Memang nyenyak betul tidurnya. Kilang air liur dan tahi mata sedang beroperasi. Samsul rasa hairan kenapa katilnya bergoncang. Dia kembali baring. Samsul mengiring ke kiri untuk mendapat position tidur kegemarannya semula. Baru rasa mata nak lelap semula, katilnya bergoyang lagi..

Tapi kali ini Samsul buat tak retiiii aje. Dia dah mula rasa ada benda tak kena ni.

Samsul membatukan dirinya.

Kemudian Samsul terdengar sesuatu. Halus benar bunyinya. Dia cuba menajamkan pendengaran telinganya. Ya, tak salah lagi.!

Samsul terdengar bunyi seperti orang menahan ketawa.

Serta merta peluh berlari-lari memenuhi dahinya. Dadanya berdegup kencang. Dia seakan tak percaya benda begini berlaku kepadanya.

Bunyi orang menahan ketawa itu semakin jelas kedengaran. Samsul tutup mata rapat-rapat.


Kih..kih..kih..
Kih..kih..kih..


Kali ini, bunyi ketawa itu betul-betul berbunyi di depannya. Seperti orang ketawa di depannya.

Serta merta Samsul teringatkan peranan senior Farid : "kalau dengar orang ketawa depan muka kau masa tidur, jangan buka mata"

Samsul panik. Apa yang harus dibuatnya. Nak bukak mata ke tak. Nak bukak ke tak.

Akhirnya Samsul nekad. Perlahan-lahan dia cuba buka mata. Dalam samar-samar cahaya tu, Samsul nampak sebentuk wajah.


Rambutnya berserabut
Mukanya pucat
Matanya sepet
Giginya berlendir

Dan dia sedang ketawa mengadap Samsul.
Dan kukunya ynag hitam kotor sedang cuba menyentuh wajah Samsul.


Selamat bertemu Datin Zaharah, Samsul.

15.1.13

OH MY ENGLISH!


Satu malam pada tahun 2000.

Terbahak-bahak kami ketawakan Papan malam tu. Naik merah muka dia kena bahan. Orang table sebelah dah usha garing dah. Jenis takde adab sopan punya gelak dah. Gua. Marul, Java, Edy Losen, Paip, Kutik semua gelak sehabis-habisnya, macam esok larangan gelak di tempat awam dikuatkuasakan.

Punca ketawa adalah bila semua sibuk nak cakap orang putih. Dan kemudian papan dah tersalah sebut. Dia kata 'mangosteen' adalah tembikai. Yang paling kuat ketawa gua tengok Edy Losen. Meleleh-leleh air mata. Amboi..

"Adoi...sakit sial perut. Apasal la kau ni bengap sangat..?" Kutik macam biasa. Mulut takde Takaful.

"Hahaha. mende la kau ni Pan.." Edy Losen tak habis gelak lagi.

Bila semua dah rilek, ambik nafas, muka papan pun dah normal balik, dia bukak mulut.

"Amboi Edy, bukan main lagi kau gelak. Kau tahu ke 'mangosteen' tu apa?"
"Aku tahu la, kalau tak buat apa aku gelah. Adoi."
"Apa dia 'mangosteen' tu"
"Ala...common la Papan. 'mangosteen'..mangga la."

krik..krik..krik..(dua saat)

.....................................

Kakakakakaka! Baru je dapat bernafas, dah kena gelak balik. Kali ni Papan tak bagi can. Kaw kaw punya gelak tepuk-tepuk meja sampai terabur nescafe ais gua.

Edy, Edy...

TULISAN CANTIK



Semasa di sekolah rendah dulu, gua tak suka akan dua subjek tambahan ni : Congak dan Tullisan Cantik. Dan gua rasa pun ramai yang sependapat dengan gua. Bab congak tu boleh tahan lagi. Tapi bab tulisan cantik tu Ya Rabbi...seksa!


Untuk menambahkan keseksaan, kedua-dua subjek tambahan itu diajar oleh cikgu Kassim Vespa. Ha kau tahu je la kalau dengan cikgu Kassim Vespa ni. Salah sikit kena cubit, kena tepuk songkok di kepala sampai terbenam.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Pagi tu kelas kecoh macam biasa. Cikgu belum masuk lagi. Ketua darjah nak tulis nama budak bising pun awal sangat rasanya.

Tiba-tiba

"Soalan pertama...!"
Entah dari mana Cikgu Kassim ni timbul, terus keluarkan soalan untuk congak. Kucar-kacir kelas dibuatnya. Yang mana baru nak keluar buku. Baru nak korek pensil. Baru nak cari pemadam. Masak.

10 soalan congak akan diberi setiap hari. Selepas habis sesi congak, dia akan check setiap satu. Siapa dapat bawah 5/10 memang tunggu je la habuan kau. Kalau kena cubit halus kemudian pulas macam pemutar skru tu ok la nasib kau. Dari songkok kena tepuk sampai terbenam dalam kepala. Rasa macam maruah letak dekat kaki time tu.

Tulisan cantik adalah sesi yang paling gua tak suka. Sebab tulisan gua memang buruk. Buku khas garis tiga digunakan untuk sesi ni. Kalau perempuan tu memang semulajadi la cantik tulisan dia. Kalau lelaki tulis cantik, geng semua dah padang semacam je.. ini kalau tak geng budak perempuan, mesti dekat rumah main masak-masak dengan adik ni.

***

Dua perkara yang gua dapat hasil dari ajaran Cikgu Kassim.

1. Congak gua agak terer la jugak. Kira bangga juga dengan diri sendiri.
2. Tulisan gua dari buruk, sekarang dah boleh baca la sikit.

12.1.13

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 2


Selesai sudah event perasmian Rakan Muda peringkat Muar hari itu. Malam tu, sekolah Maahad Muar kena jadi huruf 'R'. Ramai la yang terlibat. Dekat 100 orang jugak. Budak hostel budak luar semua join. Antara yang join tu sorang budak luar, Firdaus aka Mok.


Mok ni senior gua. Atas setahun dari gua. Masa tu gua masih form 1. Bila event Rakan Muda tu habis, Mok ni decide la nak stay saja di hostel. Esok pagi baru balik rumah.

Macam yang gua beritahu dulu, gua tinggal di Blok B, bilik tepi sekali satu bilik dengan Doyok. Mok pula menumpang tidur di bilik sebelah. Bilik tu besar sikit dari bilik gua. So, ramai la budak luar menumpang tidur di situ. Tapi yang tak best dekat bilik tu, tingkap dia banyak yang pecah-pecah. Dia punya angker memang satu macam. Hutan belakang hostel jangan ceritalah, macam Amazon.

Bertambah  horror bila Mok kena duduk di katil paling tepi yang takde tingkap tu.

***

Malam tu semua tidur dengan nyenyak sebab penat. Katil gua vibrate akibat Doyok punya dengkur yang power. Tapi hostel yang nyaman tu  tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi orang menjerit. Dari bilik sebelah.

MAAAAAK!!!!!!!!

Mok menjerit sekuatnya. Tersedar Doyok dari dengkuran bila dengar jeritan tu. Gua pun sama ikut terperanjat. Satu bilik terjaga la senang cerita.

Kemudian gua dengar dengan jelas bunyi Mok berlari menuruni tangga, kemudian dia merempuh pintu pagar hostel yang memang gated malam-malam.


"Bukak!! Aku nak balik!!"
"Maaak!!"


Gila babi budak ni gamaknya. Gua dan Doyok turun dari katil, tapi tak berani nak keluar dari bilik. Kalau takut-takut macam ni, Doyok apa lagi, time ni la dia nak praktik dia punya surah PAFA.

"Bismillahirrahmanirrahim..."
Terketar-ketar bunyi dia.

Suasana kecoh sekejap. Kemudian gua terdengar suara orang azan. Itu suara senior form six gua, Akram. Risau jugak kalau ada budak yang tak peka, terus bangun ambil air sembahyang, sembahyang subuh pukul 3 pagi.

Apa cerita lepas tu gua tak tahu sebab gua tekup telinga dengan bantal, sampai la tertidur.

***

Esok pagi, gua tengok Mok tu macam biasa je. Macam tak ada apa-apa. Sihat je makan mee hoon. Gua tanya dekat budak bilik sebelah apa cerita Mok malam tadi.

Dengar cerita, masa kejadian pagi tu Mok terbangun dari tidur, nak terkencing. Kemudian dia mengiringkan badan dia mengadap ke tingkap. Kepalang terperanjat  bila dalam samar-samar cahaya tu, Mok lihat ada susuk berbentuk kepala sedang tersangkut di bidai tingkap.


Lidahnya terjelir panjang kira-kira dua jengkal. Matanya merah memandang tepat ke arahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                              
Sekolah gua panggil hantu tu Hantu Dua Jengkal. Entah siapa yang pergi ukur lidah hantu tu gua pun tak tahu.

SEKOLAH SAYA ADA HANTU 1


Sepanjang gua hidup ni, gua ada menempuhi beberapa kisah yang seram atau lucu pada gua.Kebanyakkan peristiwa yang gua alami ni semasa menetap di hostel. Hostel beb, kalau takde cerita hantu tak sah. Ada cerita hantu la baru budak form 1 rasa nak tidur awal, jadi budak form 5 boleh hisap rokok tanpa kantoi.

Mula-mula gua nak cerita pasal peristiwa gua 'jumpa' hantu. Masa tu gua masih dalam tingkatan satu. Gua ditempatkan di Blok B. Masuk-masuk bilik tu je memang dah dapat katil tingkat atas, tepi sekali belah tingkap belakang. Belakang bilik gua tu kebun.

Sebelah katil gua adalah kawan gua bernama Doyok. Doyok ni badan je taf, penumbuk je keras. tapi kalau nak kencin kena teman. Jaddah. Tapi apa-apahal pun dia la tukang gunting rambut gua. Walau senget-senget, asalkan free gua pasrah je.

***

Satu malam, dalam pukul 1 pagi di malam mingu, macam biasa kami semua tidur lewat. Setakat esok ada gotong royong, tidur lewat apa ada hal. Kira-kira pukul 2 pagi, sorang-sorang beransur ke katil masing-masing. Mata masing-masing dah rabak. Gua pun panjat ke katil. Tengah gua terkebil-kebil mata dalam gelap nak cari tune tidur tu, gua dengar bunyi geruh dari katil sebelah. cilaka cepat betul masuk mimpi. Gua masih tercari position yang sedap sambil mengiring ke kaan, mengadap tingkap luar.

"Eh?!"

Jantung gua secara atomatik bergerak pantas.
Apa yang gua nampak tadi adalah bayang seperti tubuh manusia berbungkus, sedang tegak terpacak mengadap katil gua.

Gila, takkan hantu pocong pulak. Tak percayalah!

Gua toleh semula. 'Benda' tu masih lagi tak bergerak-gerak. Kali ni jantung memang laju gila. Peluh jangan cakap la. Berjurai-jurai. Gua selubung badan gua sambil mulut gua membaca surah. Segala surah, doa yang gua ingat semua baca, termasukla doa keluar tandas.

Dan akhirnya gua tertidur sampai la siang...

Pagi itu gua bangun. Rilek dulu. Ambil semangat sikit. Kemudian gua memberanikan diri toleh ke tingkap.

'Benda' tu masih ada di situ.

Nama dia pokok pisang. Atau nama saintifiknya Musa paradisiaca.

11.1.13

PINDAH ALAM

Selamat berpindah alam, rakanku.Moga jumpa di sana.

 Yusrika bin Bahar (1982-2013)



10.1.13

KELAS BAHASA THAILAND


Masa di UiTM dulu, gua pernah ambil kelas Bahasa Thailand. Benda ni sebenarnya berlaku di luar kerelaan gua. Asalnya gua nak ambil kelas Bahasa Mandarin atau Jepun. Tapi biasala kelas tu kelas hot, kalau lambat penuh la.

Jadi gua dan rakan pun pasrah la memilih kelas Bahasa Thailand sebahagai bahasa ketiga, memandangkan kelas tu memang tak ada orang nak join. Gua pun rasa macam tak ada kepentingan je ambik bahasa thailand ni.

Guru kelas tu seorang perempuan muda. Nama dia Miss Supida Visetrod. Cun macam pelakon Nattasha dalam cerita thailand Suckseed.


Cikgu atau Aajan dalam bahasa thailandnya yang itu macam punya cun membuatkan gua tak sabar nak pergi kelas bahasa, walaupun selalu jugak gua ponteng kelas ni. Orangnya lembut, muka ada senyum saja. Tak pernah marah-marah.

Belajar bahasa Thailand ni, mula-mula kau kena jadi budak tadika balik. Main sambungkan dot dot jadi huruf thailand. Kemudia belajar kenal huruf Thailand. Tak susah. Macam ABC. Kemudia belajar buat ayat. Bahasa Thailand tak macam bahasa ingeris. Taka da past tense. Perkataan dia adalah sebijik-sebiji. Kalau nak translate atau bina ayat pun senang.

Tapi, benda yang paling menakutkan adalah oral test. Kau kena berdialog dengan partner, mengikut situasi yang diberikan di hadapan Aajan Supida. Katar llutut jugak nak speaking Thailand. Perkataan Thailand bergantung pada nada bunyi. kalau lembut maksud lain. Kalau keras maksud lain, walaupun perkataan sama. Tapi fun.

Bila masuk exam bab karangan macam biasalah, memang gua dah hafal dari rumah. Bukak je jertas soalan, gua terus tulis dalam kertas jawapan. Lepas tu gua salin la sikit-sikit soalan dalam kertas tu. Bagi nampak penuh sikit.

Tapi nasib baik la gua lulus dengan gred yang ok. Kalau fail naya jugak kena repeat member dah takde.

Peristiwa gua masuk kelas bahasa Thailand sebenarnya dh buka mata gua tentang Thailand. Orang yang cantik, movie yang best, lagu yang sedap-sedap, pulau yang indah.

Dan yes, Thailand adalah antara destinasi yang gua idamkan.

Betul la orang kata, kalau cikgu berlembut dan sabar, budak yang setan mana pun boleh jadi pandai dan akan ingat sampai mati.

Honest teaching boleh membawa student tu pergi lebih jauh dari apa yang dijangka.




*nasib baik gua tak masuk kelas German. Orang kata susah nak mampos. Bercakap kena ada emosi.







9.1.13

PENYAKIT SEDIH

Gua ni ada satu penyakit. Penyakit ke apa gua pun tak tahu.

Gua akan rasa sayu sampai nak menangis kalau tengok makanan jatuh atau tertumpah ke atas tanah. Kalau budak-budak yang jatuhkan tu gua tak sedih sebab memang perangai diorang suka jatuhkan makanan. Tapi kalau orang tu nampak macam susah nak dapatkan makanan tu, lepas tu jatuh pulak berterabur, otomatis gua akan sebak.

Dulu masa sekolah gua pun pernah kena macam tu. Masa tu gua demam. Tapi kena hadir event apa tah. Di event tu mereka edar-edarkan air kotak dan makanan, nasi campur lauk ayam.

Setelah gua dapat makanan tu, gua pun cari satu divider untuk landing. Gua bukak polisterin tu, kemudian ayam goreng tu gua letak di bahagian penutup polisterin. Dengan demam terketar-ketar gua gagahkan jugak makan nasi. 

Sekali tu gua terbersin. Dengan nasi, dengan ayam goreng gua pun ikut terpelanting...


Bedebek!


Lama jugak gua tenung ayam goreng gua yang salut tepung sekarang dah salut pasir.

Terus gua tutup polisterin tu. Gua nangis sorang-sorang dalam toilet. Rasa macam tuhan tak suka gua sebab tak bagi makan ayam goreng. Cilake entah mende perangai.

Dan tadi gua ternampak ada satu akak bungkus lauk taugeh, kemudian dia tersadung mende tah, lauk dia semua terjatuh. Berterabur atas lantai. Sedih betul gua tengok muka akak tu. Gua rasa macam nak pergi peluk dia tenangkan dia. Tapi macam kurang ajar pulak. Kena sabit kang saja je.

Nasib baik tokey kedai tu baik hati. Dia ganti semula semua lauk yang tumpah tu. Tak payah bayar.

TIPU DAYA LCCT

Berhubung peristiwa aku dan bini di LCCT tempoh hari, secara rasminya aku umumkan bahawa aku sudah kena tipu setelah cubaan aku nak call dia tak dapat-dapat. Bukan call nak minta duit, tapi tergerak nak cuba call.

Jadi,ambil perhatian supaya yang lain tidak terkena. Bila kau dihampiri oleh seseorang tentang dia ketinggalan beg/pouch dalam kereta rakan, ditambah pula hendak mengejar flight,duit takde,bawa beg besar bagai (berat atau tak aku tak tahu), siap dengan buat muka berpeluh, sila bertenang, jangan ikut gelabah macam dia. Kalau dia minta duit tiket teksi,belikan tiket. Jangan bagi cash.

Mula-mula dia akan minta kau hantarkan, kemudian dia kata akan menyusahkan kau pula. Senang cerita dia minta duit teksi, dan janji akan bayar semula lepas dia pulang nanti.

Kau memang akan percaya yang dia lost,sebab memang dia buat muka panik, berpakaian kemas, berpeluh,mulut manis, petah sampai kau tadah telinga dengar dia cakap sampai kau tak sempat nak berfikir.

Pengajaran di sini, bila kau percaya sangat dengan orang, kau akan jadi bodoh sampai tak terfikir nak menduga apa benda pun tentang kelakuan dia. Itu memang kelemahan manusia.

Kalau kau di approach oleh stranger bernama Amin, kau tumbuk je muka dia sampai pecah spek dia. Cakap Andi suruh.

8.1.13

HANTU DAN BLACK 4

Sila rujuk pelan untuk pemahaman, kepada yang susah nak imagine.



3-4 hari jugak la Black tak ke sekolah. Cikgu cakap Black kena rehat dulu sebab kadang-kadang mata dia melilau dalam kelas. kang ada budak lain yang kena rasuk karang. Mak bapaknya sudah diberitahu. Mungkin esok lusa diorang datanglah.

Kejadian tu memang betul-betul memusingkan perangai budak-budak dekat sekolah tu. Yang mana dulu liat macam selipar nak sembahyang, tiba-tiba jadi rajin ke masjid. Gua selalu dok pung-pang-pung-pang dekat kantin, sekarang lepas prep lincah majid balik hostel masuk bilik. Ini semua hantu punya pasal. Kakaka.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Satu malam minggu, lepas sembahyang jumaat, gua dan budak-budak ni pakat nak ajak Black baca Yasin. Mungkin sebab tengok Black ni macam dah lemah semangat. Kira nak pulihkan semangat la ni. Jadi, ada la 5-6 orang budak duduk bentuk bulatan sambil baca Yasin. Kitorang parking dekat saf depan. Dalam masing-masing tengah syok baca yasin ni, tiba-tiba gua tengok Black ni macam gelisah semacam. Mata dia meliar. Muka dia macam marah sampai pipi dia bergetar-getar. 

Ah sudah. Apa benda pulak nak jadi kali ni.

Tiba-tiba Black bingkas. Dia bangun dengan pantas dan berlari ke pintu belakang surau, hendak menuju ke padang sekolah (saf belakang) sambil menjerit sekuat hatinya. AAAAAAARRRGGGH!!!

Terperanjat budak-budak yang tengah melepak dekat surau tu. Black mesti ditahan. Kalau tak tahan, kompem dia akan rempuh sliding door yang besar di surau tu. Berbekalkan ilmu ragbi yang ada, nasib baik ada sorang budak, tak silap aku Apai, berjaya menackle Black.

Tak sempat Black nak touch down.

Berguling guling Black dan Sang penackle tu. Dengan pantas budak budak ni kepit Black bawak dia ke saf depan semula, sambil Black masih merengus-rengus nafas naik turun. Seorang member gua, Adik namanya pegang muka Black. Masa tu Black macam dah ok sikit.

"Black, kau ok tak?"
"Aku ok" Black jawab sambil senyum.
"Kau kenal siapa aku ni?"
"Kenal la. Adik."

Semua lega bila tengok Black dah pulih semula. tetapi tidak Adik.

"Black, kalau betul kau dah ok, berapa besday aku?"
Besday Black dan Adik adalah sama, kelas pun sama, kebetulan.
......................

Black pandang tepat ke dalam mata adik. Lama dia renung Adik. Gua tengok adik pulak yang goyang tengok renungan Black tu. Dari riak mukanya yang tadi serius, kemudian perlahan-lahan berubah untuk tersenyum. Tapi senyum yang jahat sejenis.

Hi Hi Hi Hi Hi Hi!!! Ha Ha Ha Ha!!!




Black mengilai. Disaster strikes again!


(bersambung...)




NOTA UNTUK AFINNA

Aku dah cakap banyak kali,
Kalau tak larat beritahu,
Kalau tak larat beritahu,

Tapi kau selalu buat rilek je,
Buat tak faham je,

Bila aku marah,
Kau ok sekejap,
Lepas tu kau buat balik,

Lepas ni,
Kalau aku tengah pimpin kau,
Lepas tu kau buat kaki lembik tak nak berjalan,

Aku seret aje.

Kalau tangan aku panjang sebelah nanti macam mana nak drive?
Macam mana nak pergi Aeon?
Macam mana nak pergi muzium?
Macam mana nak buat susu?

Betul ni, aku seret je.

4.1.13

HANTU DAN BLACK 3


"Siapa nama kau!?"
"Apa kau nak"!?
"Kenapa kau ganggu budak ni!?"

Bertubi-tubi ustaz bertanya. Selagi tak dijawab, selagi itulah ditanya.


ARRRGH!!

'Black' menjerit-jerit seperti menahan kesakitan yang amat sangat. Sekejap-sekejap dia tarik rambut. Sekejap dia cuba guling gulingkan badan. Sekejap dia gosok-sosok badan macam kepanasan.

Jawab!!

Garang jugak ustaz ni. Muka nampak jambu je.
Meraung raung Black kena kepit kaki. Lama jugak sesi soal jawab dengan setan ni. Ada la dalam 20 minit.

Aku nak balik!! Aku nak balik!! Aku nak balik!! Aku suka budak ni....!!!

Black semakin mengganas. Dia mengibas-ngibaskan tanggannya. Berjurai-jurai peluh budak yang memegang lengannya itu. Ustaz memasuki level seterusnya. Dia membaca beberapa surah, mungkin ayat untuk menghalau setan.

"Ha, aku rasa ustaz tu tengah baca ayat quran, kejap lagi dia mesti sembur dekat muka Black. Agak-agak hantu dalam badan Black tu dah tak tahan nanti dia blah la" Arab membuat ceramah kecil di satu sudut katil kepada rakannya.

Ustaz sekarang bersila di belakang Black yang sedang duduk berlunjur. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Kemudian dia mengusap-usap belakang badan Black. Setiap kali tangan Ustaz tu menyentuh badan Black, pasti dia meraung tak tentu arah.

"Aku nak balik...." Black berbunyi lemah. Mungkin setan dah lembik agaknya.

"Baik, aku akan lepaskan kayu ni dan kau akan keluar. Kalau kau degil, aku akan kunci kau sampai esok. Nak?"Ustaz menduga.

'"TAK NAK!!" kakaka. Bukan main takut pulak setan ni. Ustaz senyum nipis. Semua yang dalam bilik tu pun ikut sekali buat senyum nipis.

Kayu yang diselitkan di celah jari dileraikan. Dengan sekali tepukan di belakang badan, Black terbatuk kecil. Terkeluar satu batu kecil berwarna merah dari mulutnya. Lekas-lekas Ustaz mengambil batu itu dan menyimpannya di dalam poket. Seraya itu Black menjadi longlai macam dah tak ada tulang.

"Orang kata kalau lepas kena rasuk, badan memang penat." Gebang Arab. Budak yang duduk keliling dia mengangguk macam burung belatuk.


Suasana senyap sunyi masa tu, masing-masing tak berani keluar bunyi takut kena rasuk.


(bersambung..)

3.1.13

HANTU DAN BLACK 2


-BLACK-
Fikiran Black jadi kusut. Matanya terbeliak melihat makhluk terbang di sana sini. Inilah adalah pertama kali dalam hidupnya terjadi benda benda macam ni.

Bila lihat makhluk tu terbang ke arahnya, kemudian menembusi badannya, Black menjerit jerit ketakutan. Sesungguhnya tiada siapa yang faham situasinya pada masa tu. Hanya Black yang boleh membantu dirinya sendiri. Black sedar  dirinya perlu kuat. Tapi dia tak bersedia untuk semua tu.

Yang dia bersedia hanyalah menjerit.


-ARAB-
Gelabah Arab masih tak habis lagi. Mukanya cemas tengok Black meracau racau dalam bilik tu. Beberapa budak cuba menenangkan Black, tapi tenaganya terlalu kuat.

Hendak update status, masa tu Facebook belum wujud lagi. Nak tuit apatah lagi. Jadi Arab ambil keputusan menghebahkan benda ni mulut ke mulut. Benda ni mesti diberitahu kepada Warden dengan segera. Kalau tak, tak tidur malam la dia.


*********************


KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!
KRIIIING!!!!!!!


Loceng fire drill dibunyikan. Keadaan jadi kecoh. Bagaikan menggunakan kaedah telepati, semua dapat tahu tentang kes Black ni. Sekejap sahaja hampir semua pelajar berkumpul di bilik Black. Semua katil tingkat atas dan bawah 'full house'. Sampai ada satu katil tu dah nak bengkok sebab bending moment yang melampau.

Bagaikan menonton wayang, semua pelajar mengelilingi seorang 'ustaz' yang diimport oleh Warden,sedang tenang berada di hadapan Black yang sedang merepek cakap entah mende. Suara dia memang real punya lain. Suara nenek tua. Bunyinya garau. Memang seram mendengarnya. Tenaganya pula sekawan gajah. Sampai lenguh member member yang tolong ustaz tu.

Ustaz kelihatan mengeluarkan sebatang kayu. Kemudian dia menyelitkan kayu itu di celah ibu jari dan jari tengah kaki kanan Black.

ARRRGHH!!!!!!!  ARRRGHH!!!!!!!

Black menjerit sekuat hati. Matanya merah menyala. Mukanya bengis sekali.



(bersambung...)

HANTU DAN BLACK

-BLACK-
Kringg!!! 

Jam menunjukkan 11.00pm. Waktu prep malam sudah habis. Tapi Black masih liat nak bangun dari kerusinya. Tak siap lagi meniru soalan Add Math. Apa nak jadi la budak hitam ni.

Dalam dia sedang sibuk mengcopy latihan yang nak dihantar esok pagi tu, baru dia perasan semua budak dah balik. Cepat-cepat Black kemas bag. Lambat karang, habis pulak Koko Bar di kantin.

Dalam perjalanan hendak keluar dari kelas, Black tak tahu kenapa hatinya berat untuk pergi ke dewan baru sekolah yang terletak di belakang blok sekolah tu. Puas Black fikir fikir, macam ada benda yang tak kena dengan dewan tu. Hati Black memberontak nak ke sana.

Nah Black, sekarang kau sudah berada di hadapan pintu dewan sekolah. Dewan tu besar. Baru saja didirikan di atas bukit yang diteres. Hati Black berdebar debar. Dia angkat kedua belah tangannya dan menekup ke cermin pintu dewan itu. Nafas Black naik turun. Muka Black dah berubah, dari hitam ke biru.

Black bingung.


-ARAB-
Selesai melantak mee goreng kangkang Mak Minah, Arab pulang ke hostel. Kemudian dia singgah sebentar ke dewan makan untuk ambil air kopi panas. Buat bekalan akhirat katanya.

Selepas selesai urusan mengambil air, Arab singgah sebentar di ampaian belakan untuk mengambil boxer. 

"Eh?" Arab keliru.

Cepat-cepat dia menyorok di balik dinding. Betul ke apa yang dia nampak ni?

Waktu hendak mengambil boxer tadi, dia ternampak Black sedang menogok air kopi dewan makan yang panas tu dengan sekali shot sahaja. tak ada langsung nampak macam panas air tu.

Cepat-cepat Arab pulang ke bilik untuk memberitahu rakan biliknya. And the bst part ialah, dia nampak Black sedang baring di atas katil.

Kali ni real punya keliru.

bersambung.....