Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
16.10.12
THE BUCKET LIST
Pagi tadi, tak pernah umur,masa pergi kerja gua terbukak Suria FM. Selalu channel radio ni gua bukak belah petang. Mula- mula memanglah gua nak tukar, tapi bila dia sebut topik dia ' The Bucket List', terus gua tak jadi tukar. Macam menariklah pulak.
The Bucket List. Apa tu, Senarai Baldi? Kalau ikut urban dictionary, Bucket List adalah beberapa senarai atau impian yang lu nak buat atau pergi sebelum lu mati.
Gua sebenarnya ada juga bucket list gua sendiri. Kalau ikutkan memanglah banyak impian yang gua nak capai sebelum gua mati. Dekat sini gua nak senaraikan beberapa sahaja bucket list gua. Ok, impian nak jadi orang beriman, nak masuk syurga memeang semua orang punya impian. Jadi itu tak payah list la.
1. Nak lihat muka isteri dan anak gua tiap-tiap hari.
Perkara ni gua masukkan dalam bucket list semenjak 2010. Bagi sesetengah orang, ini benda normal. Tapi tidak pada gua. Dari sejak gua kahwin dulu, sampai la sekarang, gua hanya menjadi weekend husband and father. Sekejap je la gua dapat duduk bersama, masa bukak kedai di Muar. Lepas tu, bukak dekat Segamat, jauh balik. Kerja macam gua ni memang selalu kena duduk jauh-jauh, pindah. Sejujurnya, gua memang benci kerja gini. Tapi nak cari makan, kena la hadap jugak.
Gua berusaha dan berusaha untuk memastikan isteri dan anak gua ada depan mata tiap-tiap hari dan akhirnya, 29 Oktober than makbulkan doa gua. Wife gua dapat kerja di sini dan gua boleh basuh kereta pada pagi hujung minggu sambil main sabun dengan anak gua. Akhirnya. Kira dah tercapai la ni. Tapi kira ok la impian tercapai awal. Gua ada kenal satu brader, dia dah 20 tahun jadi weekend husband. Tak tercapai lagi impian dia setakat ni.
2. Pergi Jepun
Benda ni nampak macam mustahil sikit, sebab gua blacklist PTPTN. kakaka. Tapi gua dah mula membayar demi impian gua tu. Kenapa Jepun? sebab GTO, Beach Boys, With Love, Do As Infinity, Beautiful Life. Konkurito? ye jugak la.
3. Backpacking satu Malaya bersama kawan-kawan.
Serius gua terlalu rindukan zaman backpacking. Tidur bersama pengemis tepi jalan, mandi bersepai, makan mengikut bajet yang ketat, mandi pantai sampai 4-5 hari, panjat pokok kelapa sebab takde duit nak beli air. Hisap rokok salai sebab satu kotak terendam dalam laut. Oh terlalu rindu. Sekali sekala, kena juga rasa susah kan?
4. Makan makanan laut dengan rela hati.
I wish!! Gua tak boleh kikis dari otak gua yang udang tu adalah lipas laut, kerang rasa tanah liat, ikan keli macam ular. Kupang apatah lagi. Selagi gua tak makan ikan atau makanan laut, selagi tu la wife gua tak masak.
5. Pergi kedai buku yang gua boleh ambik je buku yang gua nak.
Memang impian gua betul. Dah jadi habit gua kalau ke shopping complex yang ada bookstore, gua mesti nak masuk. Macam ada magnet. Dapat belek 2-3 buku pun jadi la.Lagi best kalau tokey tu kasik gua mana buku yang gua sentuh. Peh, kalau la gua ada previlege macam ni, memang kaw. Tapi rasanya gua kena lahir dekat dalam Kinokuniya ke, Popular ke, Thai Kuang.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi nanti-nanti la.
What is yours?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan