setegram

Instagram

17.10.12

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 4



Pada satu cuti sekolah, semasa tu gua berada di dalam darjah 2, abah gua decide nak balik kampung jumpa nenek di Meru. Dah lama tak balik katanya. Balik kampung rumah nenek adalah benda yang rare pada masa tu. Kalau balik pun Hari Raya, memandangkan abah selalu sibuk. Raya pun kena kerja.

Gua memang suka betul balik kampung. Tapi kalau dekat Meru best dia lebih sikit. Sebab sepupu gua kebanyakkan sebaya dengan gua. Bila balik tu, ada saja program nak dibuat sampai nenek dengan atuk gua pun naik pening.

Nak lagi best, sebelah rumah nenek ada pulak jiran yang cucunya sebaya dengan gua. Nama dia Jiji. Jiji ada basikal racing. Kami pernah gamble naik basikal sampai ke pekan Klang masa darjah 4. Bapak Jiji buat bisnes repair bot. Dekat rumah dia ada satu speed bot tersadai yang gua dan sepupu selalu berangan bawak, konon konon macam James Bond. Nenek Jiji kerja buat tempe dekat rumah dia. Gua selalu picit picit tempe tu sebab feel dia best. Pernah juga sekali gua slam atas tempe yang bertimbun tu. Kakaka.

Bila teringatkan semua tu, gua dah jadi kucar-kacir tak sabar nak balik kampung. Dalam kepala otak ni gua dah plan macam-macam dengan Jiji. Gua ingat, balik kampung kali ni gua nak round naik basikal sampai pekan Kapar pulak. Tapi sudah semestinya gua tak beritahu abah dan mak gua. Kalau kantoi alamat getah paip singgah di kaki la.

Dari start perjalanan, gua asyik la tanya abah gua bila nak sampai, bila nak sampai, bila nak sampai. Abah gua pulak asyik jawab belum, belum, belum. Mungkin masa tu gua bodoh lagi. Ingatkan perjalanan Muar- Meru tu sejam je dah sampai. Bila asyik tak sampai je, gua dah boring, gua kacau adik gua pulak yang tengah melayan perasaan dekat tepi tingkap.

Mula-mula gua cucuk pinggang dia, dia buat rilek je. Lepas tu gua cucuk lagi. Dia tepis tangan gua. Gua kacau lagi. Mungkin hantu highway dah merasuk kot, sekali dia pusing dekat gua dan wrestling gua. Ah sudah, gua dengan dia dah bergaruk dekat belakang tu.

Dan hantu highway tu mungkin dah berpindah ke abah gua kot, menyebabkan abah gua tengking kami dekat belakang ni.


"hey, boleh duduk diam tak?!! Kang aku turunkan korang dekat highway ni kang!! Korang ni asyik nak buat aku naik angin je la"

Dek kerana terperanjat, semua orang terdiam. Mak gua pun ikut tersampuk. Gua duduk diam-diam dekat belakang. Adik gua pun macam tu jugak. Tapi hati gua timbul perasaan lain pulak. Ada sesuatu benda yang gua kena tanya ni. Tak boleh jadi ni.

Perlahan-lahan gua pergi dekat belakang seat co pilot, gua tanya mak gua :
"Ma, tadi abah kata dia nak naik angin, nak pergi mana? Habis siapa nak bawak kereta?"

Time tu jugak gua tengok dada abah gua naik turun naik turun. Muka dah merah. Genggam stereng kuat-kuat. Oh, mungkin ini namanya nak naik ke angin kot. Mak gua dengan muka tahan gelak suruh gua duduk diam diam dekat belakang.

Gua yang masih blur pun menurut saja perintah. Entah apa jadah 'naik angin' pun gua tak tahu masa tu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekarang ni bila anak gua buat hal dalam kereta, tumpahkan susu, sepahkan biskut, barulah gua dapat menghayati perihal naik angin tu.

Memang kuat betul gua genggam stereng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan