"Tok, Tok, Tok"
"Masuk."
Gua masuk ke dalam bilik tu. Sejuk bilik doktor ni. Tapi kuat dengan bau ubat. Doktor muda tu tersenyum sambil menjemput dan menunggu gua duduk. Dia berpakaian simple saja hari tu. Pakai kemeja dan seluar jeans. Petang-petang begini orang kurang ke klinik. Hanya gua sorang je customer dia masa tu. Pembantunya pula seorang makwe berbaju kurung.
Gua bukan sakit apa-apa pun jumpa doktor pada petang tu. Tapi cuma nak menyetelkan medical check up untuk masuk ke universiti. Sebelum ni gua pernah juga beberapa kali melalui benda alah ni. Masa nak masuk asrama dulu. Jadi prosedur ni takde mende pada gua. Prosedur biasa-biasa.
Cuma medical check up kali ni agak kompleks sikit. Lebih banyak benda yang nak disiasat. Antaranya pasal mata. Gua kalau pasal mata ni ada risau sikit. Nombor satu, sebab gua ada sedikit rabun. Nombor dua, gua syak diri gua rabun warna. Masalah tu, masalah.
Setelah berborak lebih kurang dengan doktor tu, gua kemudiannya diarah berdiri pada satu jarak tertentu daripada dinding. Dekat dinding tu ada satu kadbod yang bertulis huruf-huruf dari yang besar sampai la yang paling halus. Gua pun sebut la satu satu huruf tu dengan mata ditutup sebelah. Huruf yang halus-halus tu gua memang tak dapat la. Tapi doktor tu kata tak apa, rabun gua tak berapa teruk pun.
Kemudian gua diarah duduk kembali di kerusi. Doktor tu mengambil sesuatu dari dalam laci mejanya. Nah, gua diajukan dengan satu buku. Gua kenal sangat buku ni. Buku neraka ni. Buku yang penuh dengan lukisan bulat-bulat macam bubble. Berwarna-warni. Orang kata dalam bulatan tu ada nombor. Nombor yang gua tak pernah jumpa seumur hidup gua.
Dia buka mukasurat pertama.
"Cuba awak beritahu nombor apa ni"
Gua cuba fokus pada gambar tu. Tapi yang gua nampak hanyalah bulat,bulat,bulat. Ada bulat kecik. Ada bulat besar.
"Saya tak nampak pun ada nombor, doktor"
"Eh, kan ada tu. Dari sini saya dah nampak"
Gua kerutkan dahi lagi. Sumpah memang gua tak nampak apa. Yang gua nampak bulat-bulat tu macam bergaris, tapi tak bersambung melengkap jadi nombor.
"Err, 67." Gua hembus je.
"Hehe. Betul 67?" Doktor tu gelakkan gua.
"Ye kot"
Gua perati doktor tu tahan gelak. Kemudia dia belek pula mukasurat kedua.
"Haha. Kita cuba yang ni pulak"
Gua fokus lagi. Bulat-bulat kaler purple dan oren tu betul-betul mengelirukan gua. Gua nampak macam huruf pulak, bukan nombor. Ah, susah betul. Gua wish doktor tu bagi soalam matematik pun tak apa. Tapi jangan la bagi benda ni.
"Ha. Saya rasa dalam ni takde nombor." Gua jawab dengan yakin setelah menelaah betul-betul. Kali ni gua yakin.
"Tak ada nombor?? Hahaha!" berair mata doktor tu tahan gelak. Cilakeeee betul.
"Ain,Ain! Sini kejap." Doktor tu panggil pembantu dia.
"Awak nampak tak ada nombor dalam gambar ni?"
"Eh, ada la. Nombor 44" Jawab Ain dengan yakin.
Gua ambik balik buku tu. Gua tengok ada tak nombor 44. Yang gua nampak macam nombor lapan tapi sambung tak habis.
"Mana ada."
"HAHAHAHAHAHAHA!!" doktor tu gelak macam iblis.
4-5 mukasurat seterusnya gua gagal memberikan jawapan yang betul. Mereka bergelak sakan pada petang tu. Riang ria betul. Nakharom betul.
*************************************************
Setelah habis 10 muka surat, setelah merah-merah muka dokor tu, dia tutup buku dan bertanya kepada gua yang hati panas tak dapat jawab satu soalan pun.
"Ok, awak ni sebenarnya rabun warna ke tak kenal nombor?"
Waaaaahh!! Kuangajo.!!
Zap!!
Gua tikam doktor tu dengan pemutar skru. Pembantunya pula gua pukul dengan objek tumpul. Petang tu gua pulang ke rumah dengan kepala serabut campur marah.
.
.
.
.
.
*ok, yang last tu gua tipu. Akhirnya gua dapat lepas juga selepas doktor tu ihsan dekat gua. Terima kasih la doktor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan