setegram

Instagram

8.10.12

KENA HEMPAP

'Jangan tidur selari dengan beam,alang rumah. Nanti kena hempap'


Ada siapa pernah kena hempap? Hempap dekat sini bukanlah kena hempap dengan laki atau bini kau. Itu hempap lain. Hempap yang gua nak cerita ni yang kena masa tidur tu, yang tak boleh bergerak. Cramp semacam. Orang kata kena hempap dengan jin. Entahlah. Gua tak pernah kena.

Gua ada sorang kawan. Nama dia Tomok. Ya, Tomok sang nelayan tu. Dia ni sejak la gua kenal dari diploma membawakla ke degree, asyik la kena problem hempap ni. Kalau malam-malam dia kena hempap, esok pagi mesti dia cerita dekat gua. Yang gua ni tak pernah la pulak terdengar dia minta tolong ke, melawan ke, meracau ke. Rupanya dia kata kalau kena kes hempap ni, suara pun tak boleh keluar. Badan pun tak boleh bergerak. Tapi kalau dapat gerakkan siiikit je jari, nescaya hilanglah problem hempap tu. Gua mengiyakan saja. Dia kata jugak, antara pantang-larang nak elak kena hempap ialah jangan tidur selari dengan beam. Sebab jin bertenggek dekat situ. Tapi gua tengok dia ni tidur bersopan macam mana pun, memang kena la. 

Semasa gua ambik degree, kami semua menyewa di Padang Jawa. Jawa tak ramai dekat situ. Yang ramai gua tengok Acheh dengan Kelantan je. Dari menyewa di rumah teres 2 tingkat, gua menyewa pula di sebuah  apartment tingkat 3. Pindah-pindah ni sebab nak selesa. Dulu masa duduk rumah teres, satu rumah sampai 13 orang. Gila, hari-hari gua rasa macam Bursa Saham. Berjalan pun bergesel bahu. Bila pindah apartment ni, Penghuni berkirang menjadi 6 orang je. Selesa sikit. Oh ya, gua berjiran dengan Kamaruddin Mape, pembaca Buletin Utama. Power tak?

Jadi bila masuk rumah baru, gua beli la sikit-sikit perabot baru. Antaranya, almari canvas, tilam angin, karpet. Tv 29 inci, astro dan ps2 dibawak dari rumah lama. Rak tv pula terbina dari beberapa pallet yang disusun dan di spray warna oren. Pallet tu kami curi dekan Plaza Masalam. Nak beli rak tv tak mampu. Dalam rumah tu, gua duduk satu bilik dengan Tomok. Bilik gua di penjuru rumah. Kalau bukak tingkap, peh..angin kuat gila.


Pada satu malam tu, gua dan Tomok tengah bersepai buat project assignment, Kepala otak pun rasa dah tepu. Jadi kami ambik keputusan nak masuk tidur dulu. Esok-esok boleh sambung buat assignment. Nak pulak malam tu angin kuat semacam. Best betul. Gua bukak tingkap sikit bagi angin masuk. Gua setting position bantal paling sedap, lepas tu gua landing atas tilam angin Coleman tu.Peh, dia punya suasana memang sedap-sedap buah. Sekejap je gua dah terlena...


Kroh...!

Malam tu gua alami mimpi. Tapi mimpi yang tak best. Gua mimpi dikejar hantu. Hantu tu berada di blok sebelah, sedang mengilai menghadap gua yang berada di blok sebelah sini. Dalam mimpi tu, gua punya takut sampaikan gua azan. Lunak betul bila gua azan dalam mimpi. Mungkin hantu tu panas kot, dia meracau-racau dan kelihatan marah. Kemudian hantu tu terbang menuju ke arah gua. Gua yang panik ni pun berlari menuruni tangga. Memang tak cukup tangga la gua rasa masa tu. Tapi hantu tu dapat akal. Dia ambik kerusi batu dan mencampakkan ke arah gua yang sedang berlari turun tangga. Bedebuk! Sakit betul gua rasa bila ditimpa kerusi batu.

Tapi gua rasa sakit dia ni lain macam sikit. Dia punya sakit kena hempap tu sampai membawa gua tersedar dari mimpi. Dalam gelap tu gua dah rasa kena hempap. Hah.! Jangan-jangan inilah yang Tomok kata kena hempap kot. Masa tu gua rasa memang ada satu benda berat sedang hempap gua. Tapi gua takde la tak boleh bercakap atau bergerak. Gua berusaha untuk mengalih 'benda' yang hempap gua tu. Memang susah untuk orang yang tengah mamai.

Dan dalam samar-samar cahaya bulan dan cahaya lampu jalan tu, gua nampak kelibat yang menghempap gua :

Almari baju gua sendiri.

Cilake betul! Akibat angin kuat sangat malam tadi buatkan almari tu jatuh hempap gua. Gila betul. Patut la gua macam rasa-rasa kayu, kain je. Takkan la jin nak hempap gua ni pakai baju bawak kayu pulak. Memang malang betul. Almari sudah makan tuan. 

Dalam kepayahan tu gua mengesot keluar dari bawah almari. Dan gua menuju ke satu sudut bilik, dan sambung tidur. Tidur diutamakan. Almari jatuh belakang kira.


************************************

Selain gua dan Tomok yang pernah kena kes hempap almari ni, ada sorang lagi kawan gua nama Kuchai pun pernah kena jugak. Tapi dia lagi ekstrem. Rilek je tidur tak bangun-bangun. Siap buat almari tu macam selimut lagi.



2 ulasan: