Abah dan mak gua adalah seorang yang mementingkan pelajaran. Terutamanya mak gua la. Gua dari start sekolah dulu sampai la tingkatan 5, kalau time result exam keluar je, hanya dua paper je abah gua tanya. Bahasa Inggeris dengan Matematik. Kalau dapat B je, siapla kena bebel. Dulu gua tak berapa suka dengan matematik. Gua lebih teruja dengan Alam dan Manusia dan Sains atau Fizik kalau sekolah Menengah.
Masa gua darjah 4 sampai 6 dulu, gua tak pergi tuisyen macam budak lain. Abah gua kata gua tak payah tuisyen luar, sebab mak gua boleh ajar. Kebetulan masa muda dulu dia pernah jadi guru sandaran Bahasa Inggeris dengan Matematik.
Tuisyen dekat rumah ni gayanya lebih hazab dari tuisyen dekat luar. Hari-hari hokay! Takde skip. Hanya Jumaat malam dengan Sabtu malam je boleh rilek. Pukul 9 malam je dah kena duduk dekat meja makan siap dengan buku terbukak. Kalau terhegeh hegeh tengok tv lagi, ha siap la talipinggang. Kemudian gua kena buat latih tubi sampai pukul 11 malam campur sekali kena buat kerja sekolah ( gua panggil kerja rumah). Time tu memang geram la bila pergi sekolah member cerita malam tadi tengok Tarzan, Universial Soldier, It, Grimlens. Semua gua miss.
Ada satu time tu, mak gua tak dapat mengajar, dia ada pergi kursus apa benda tah. Jadi tempat mak gua digantikan dengan abah gua. Berderau darah bila dengar abah gua ganti. Masak ni. Kena betul-betul ni. Pada satu malam tu gua belajar bahasa inggeris dengan abah. Soalan isi tempat kosong. Arahan soalan tu bunyi dia lebih kurang macam ni la : 'Fill in the blank with the word 'and' or 'with'.
Masa tu first time gua jumpa soalan mencabar macam ni. Maksud arahan soalan tu pun gua tak faham. Gua tanya abah, macam mana ni? Abah gua ulang balik baca arahan tu dalam bahasa inggeris. Gua nak tanya lagi, takut pulak. Soalan pertama : Ali ____ Abu live together in the same neighborhood.
'Ha, nak tulis apa ni?' abah gua tanya.
'err...OR?' gua jawab dengan muka tersengih-sengih kerang busuk.
'Hah, apa dia???' Kau main-main eh"
Zass, tali pinggang singgah dekat kaki gua. Pedih siak.
'Dia tanya isi perkataan dengan 'dan' atau 'dengan'. Yang kau jawab OR tu buat apa?'
Gua gosok kaki dengan mata berkaca. Mana la gua tau siak!
Ok, lepas tu gua terus terer Bahasa Inggeris sebab taknak kena sebat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan