setegram

Instagram

3.10.12

MENJADI NELAYAN 1



"peh, sedap betul ikan yang lu tangkap ni. Banyak pulak tu. Besar-besar lagi" Maidi memuji-muji. Sedap sangat ke apa.

"makan,makan.aku tak makan ikan la"

Gua pelawa Maidi sambil usha Tomok. Tomok usha gua. Tapi buat-buat pandang tempat lain bila gua tengok dia balik. Cilake betul.

Sedap betul diorang semua makan ikan yang kami tangkap petang tadi. Gua senyum tawar sambil angkat bahu.


****************************


4 JAM SEBELUM TU...


preng!! preng!!


Gua perah keringat Honda Wave tu naik bukit. Kawasan yang gua tengah kerjakan tu agak berpasir sikit. Kawasan lombong. Dulu, di Bota ni, kawasan ni adalah kawasan lombong. Jadi bila semua hasil dah diangkut bawak balik ke British, mereka tinggalkan la lompong-lompong besar yang dipanggil lombong tinggal dalam bahasa kita. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. Yang macam kolam saiz olimpik pun ada. Sekarang ni dah jadi Bandar Universiti dah. Jangan-jangan Kfc pun dah ada dekat situ.

Bila dengar-dengar budak Qs cakap, lombong dekat sini ada banyak ikan, kitorang pun macam nak try. Diorang dah pernah memancing dekat sini dulu. Lumayan katanya. Gua ni tak la minat memancing, ikan pun tak makan. Tapi lebih kepada nak cuba-cuba. Lagipun tempat ni macam best. Try explore apa salahnya. Jadi, suatu petang tu, gua, Tomok, Idnef dan Hapis Zola membawa batang pancing yang dipinjam dari budak Qs. Masing-masing kayu tak tahu pancing, kecuali Hapis Zola. Idnef pandai la sikit-sikit. Gua dengan Tomok buat-buat pandai. Kami pergi naik dua motor. Gua bonceng Tomok.

Oh lupa, sementara itu di hostel, budak2 ni pakat nak buat bbq. Makan makan sikit. Air disponsor oleh dewan makan. Budak Building, Qs, Town Planning, geng bola budak Akaun dan CS ada jugak rasanya. Budak Aki? Hmm, kirim salam.Nanti la gua hantar kad jemputan dekat Studio.

Bila sampai di lombong, kami sepakat pilih satu tempat yang paling besar. Tapi nak ke situ, kena la daki bukit pasir sikit. Itu yang gua memerah tu. Jahanam motor orang tua gua. Bila sampai sana, peh!! Kawasan dia memang la cantik. Patutnya cerita Puteri Gunung Ledang yang scene M.Nasir bertarung tu buat dekat sini je. Tak payah jauh-jauh. Cantik ye, jimat pun jimat. Air dia tenang, ada pokok yang redup-redup. Kalau masa tu scene budak kamera besar (dslr) dah ada, habis la tempat ni kena redah. Silap-silap gua memancing celah pengantin kot.

Gua ambil satu port, bagi setting paling sedap. Lepas tu gua keluarkan roti kepal. Hapis Zola kata dekat sini ikan semua kebulur. Hulur apa pun memang kena punya.


(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan