setegram

Instagram

31.10.12

ANDI FINNA NIZA

0830 pm, Meja makan.

++++++++++++++++++++++

Tengah sedap makan nasi ni..Nom,Nom,Nom.

Niza: b,kenal tak dengan kakak xxx?

Gua: tak kenal la, kenapa?

Niza: kakak dia kan cun gila, macam orang putih.

Gua: ye ke? Tak percaya la.

Niza: iye...adik beradik dia tak sangat. Tapi kakak dia memang cun gila.

Gua: dah kawen? (dah takde benda nak tanya)

Niza: dah..

...

Senyap sekejap 1 minit. Malaikat lalu.

Gua: cepatlah. Mana gambar dia? Nak tengok.

Niza: kejap la..(godek fb dalam fon)

Niza: haa..ni! Cun tak? Cun kan?

Gua: (tenung sekejap) Biasa je la. Mana ada macam orang putih.

Niza: (frust) ye la, awak je la yang macam orang putih. Macam Negro.

Gua: err..(blur~~~)

That's life,ok. That's life.

DELIMA DILEMA

Ok, cerita dia macam ni. Gua sekarang ni duduk di Sendayan. Tapi office gua di Bandar Baru Nilai. Wife gua pula kerja di Nilai 3. Anak gua pun gua masukkan ke taska di Nilai 3.

Pagi-pagi sebelum gua masuk office gua kena hantar anak dan wife gua dulu di Nilai 3. Total perjalanan dalam ukuran kilometer adalah lebih kurang 30. Lepas gua masuk office, dalam pukul 10, gua akan ke site, ada 4 site. Paling jauh ialah site Senawang, 40 km. Itu site yang paling selalu gua pergi. Paling dekat site Pajam la. Bandar Baru Nilai takde site. Celah mana lu nak buat site kalau McD kiri kanan?

Lepas habis di Senawang, gua kena balik ke Nilai semula, ambil wife dan anak gua, lepas tu pulang ke Sendayan. Begitulah setiap Isnin-Jumaat.

Jadi jumlah perjalanan gua satu hari ialah : 30+40+40+30 = 140km. 140 tu didarab dengan 5 hari, jadilah 700 km, seminggu. Katakan gua guna minyak hitam yang limit 5000 km, gua hanya perlukan 35 hari untuk tukar balik, kurang dua bulan  dari yang sepatutnya. Itu belum kira kerja hari sabtu, pergi jalan lagi. Memang banyak kos.

Ok sekarang cuba kita bandingkan:

Kalau duduk Sendayan, minyak kereta memang hazab. Maintenance apatah lagi. Masa pun banyak terbuang. Tapi, duduk di Sendayan memang best.Sangat aman, orang tak ramai. Malam pun sunyi je. Lepas tu dekat dengan Pd, Seremban 2, Seremban. Semua tak payah tol. Kemudahan boleh tahan la. Tak berapa jauh dari klia, tapi jauh dari kl. Rate rumah sewa dekat sini pun murah sangat. 300 kau boleh dapat rumah 20 x 60 teres. Atas bukit pulak.

Kalau gua duduk di Nilai pulak,pergi kerja jadi mudah la. Sehari gua punya perjalanan mungkin 90-100 km. Bermakna duit minyak pun lebih kurang separuh, maintenance minyak hitam semua pun separuh. Tukar setiap 3 bulan. Kawasan sedikit sesak, ada macam macam warganegara dekat sini.

Kemudahan memang real punya banyak. Pd, Seremban masih lagi dekat, tapi ikut tol la. Dekat dengan Klia,Kl. Tapi rumah sewa dekat sini sedikit mahal. Rata rata 500 ke atas. Kalau bawah 400 rumah flat la.

Jadi macam mana ni? Ada cadangan? Tolong fikirkan pulak la. Gua dah buntu la.

Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

30.10.12

PILLOW TALK



 What is Pillow Talk?

"Pillow talk, more broadly may also refer to conversations between parties that may be of a more casual and flirting nature, and are not necessarily engaged in a physical relationship"

Siapa yang dah kawen, pernah tak Pillow Talk dengan bini atau laki lu orang? Yang tak kawen jangan cari nahas nak pillow talk dengan makwe. Bakal mengundang JAWI. Yang dah kawen, tapi pillow talk dengan bini/laki orang lagi la parah. Pillow talk ni adalah cakap-cakap borak-borak sebelum tidur. Kategori borak tu ikut mood bini atau laki lu la. Kadang-kadang cerita masalah di tempat kerja, masalah anak susu habis, cerita lawak dekat kedai petang tadi. Macam-macam la jenis cerita kita boleh dengar.

Orang kata, pillow talk ni bagus. Sebelum masuk tidur, ada baiknya cerita-cerita dulu. Luahan perasaan dulu. Kemudian saling  maaf memaafi. Hapuslah dosa sang isteri pada sang suami untuk hari itu. Begitu la juga sebaliknya. 

Bini gua ni jenis suka pillow talk juga. Lepas tidurkan anak, gua dan dia akan baring atas katil, mata masing-masing pandang ke siling. Kemudian nanti dia bukak la cerita. Tapi kadang-kadang kalau dia tak bukak cerita, gua yang start dulu. kalau gua tak cerita pun, nanti dia paksa gua cerita jugak. Cerita la apa-apa. Mula la gua merepek cerita Mahathir la, cerita Proton la, cerita biawak la. Kakaka.

Tapi selalunya dia suka minta pandangan dekat gua. Entah kenapa, sebab gua ni nampak macam ahli fikir kot. Bila dia minta pendapat tu, gua bagi la pedapat. Kadang-kadang dia dengar, kadang-kadang dia argue. Tapi gua rilek, itu sebahagian dari proses pencerahan.

Tapi bini gua paling geram kalau dia tengah cakap-cakap dengan gua, lepas tu gua tertidur. Benda ni berlaku kadang-kadang kalau gua mengantuk sangat. Gua ni pulak kalau tidur jenis cepat termimpi. Kalau tiba-tiba dia tengok syok layan borak, lepas tu dengar gua dengkur, mesti dia hangin.

"B ni, kalau orang cerita sikit, mesti dia tidur! Menyampah!"

Tapi selalunya gua akan tersedar dan cepat-cepat counter balik:

"Mana ada tidur. B tengah dengar la sayang cakap ni..."

Tapi kadang-kadang dia nak trap gua:

"Ok kalau tak tidur, apa sayang cerita tadi?"

Momen ni, memang gua gelabah sikit. Tadi gua tidur! Kalau dengar pun sepatah dua keyword, terawang-awang. Nak feel mimpi lagi. Mana gua nak dengar betul-betul. Jadi gua akan hentam ikut tekak gua je berdasarkan setah dua yang gua sempat tangkap tu. Haih...

Kadang-kadang time dia cerita, gua dalam keadaan sawai ataupun mamai. Kira lagi 10% je nak lelap. Time tu kalau dia borak-borak kemudian tanya gua, memang gua jawab merepek gila la. Kadang-kadang dia gelakkan gua terkekeh kekeh sebab gua  jawab memang macam orang mabuk.



Hai..dah kawen nanti lu orang tau la mamai tak mamai la.....

BERMAIN GAME

Gua ni jenis kalau main game sorang-sorang, memang tak jalan punya. Boring. Kalu main game ada partner memang semangat menaik punya. Masa belajar dulu, gua ada regu main game dekat PS2. Kalau ada Bond dengan Toyol dah cukup dah. Semua hantu game tu. Winning Eleven ni gua tak berapa gemar sangat. Itu b3rRy punya game. Game yag gua main adalah game perang-perang macam Call of Duty, Sniper, Metal Gear Solid. Kalau tak pun gua main game hantu Macam Ku-On, Clock Tower, Butterfly Effect.

Tapi dalam banyak-banyak game hantu, game Ku-On ni memang paling setan punya seram. Memang terperanjat gila-gila punya. Gua kalau tengah main game tu suka tutup lampu, lepas tu pasang tv brightness paling terang punya. Lepas tu mesti nak ada teman. Kalau takde teman, mampus la gua nak main. Kalau watak tengah 'berjalan' tu, gua bernafas pun slow je. Memang takut la.

Ada sekali tu, quest dalam game tu, dia suruh cari jarum dekat dalam bilik gelap. Memang ketor lutut cari dalam tempat gelap tu. Tak jumpa-jumpa. Ni kejap lagi kena sergah la ni dengan hantu. Tiba-tiba Bond pergi lari naik atas tinggalkan gua, memang cilake. Gua tinggal je tv tu terbukak.


+++++++++++++++++++

Ah takde mood sial nak bercerita. Ada baiknya gua berhenti sebelum cerita menjadi gampang.

KAWAN

Aku memang tak reti
Tunjuk engkau menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai tak kan datang berlari

Mimpi aku tak semua indah
Rakan semangat janganlah pudar
Hidup memang banyak kerenah
Cerewet hidup akan susah

Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku
Menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpa mu disisi
Wahai kawan

Satu lagi nak pesan
Busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
Simpan semua jadi panduan

Sudah 30 tahun
Ilmu didada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun

Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku
Menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpa mu disisi
Wahai kawan

Plague Of Happiness

29.10.12

HOW IS YOUR FIRST DAY?


Hari ni gua hantar dua orang masuk tempat baru. Bini gua dan anak gua. Sorang masuk taska, sorang masuk office baru.

Pukul 5.30 aku start ambil diorang.

Anak gua tersedu sedu menangis teringatkan Mama dia. Makan semua taknak. Ni real punya sendu ni.

Tapi nasib baik dia kata kawan2 semua baik. Kakak jaga pun baik jugak.

Bini gua ni menangis ke tak ni.

28.10.12

HARAPAN SEORANG SAHABAT

Gua ada seorang kawan.Kawan dari kecil. Nama dia Farhan. Kalau lu perasan, kawan gua sorang ni selalu post benda benda berkaitan dengan hadis. Sesuailah dengan dia,cikgu sekolah agama lulusan Azhar. Hari hari gua follow dia, walau dari jauh. Kalau balik kampung pula, seboleh boleh, mesti jumpa dia.

Dia ni orangnya sopan. Orang dengan dia pun bersopan. Cuma gua je kurang sopan dengan dia. Mungkin gua dah masak kenal dia dari kecil.

Petang tadi dia sms gua, mengadu yang dia dah kena demam panas 5 hari. Dan dia tak boleh solat berdiri. Katanya kena sakit kelenjar di peha. Gua kurang pasti puncanya.

Allah, sedihnya...

Kawan sekalian,

Kali ini, mungkin kali ini sahaja.

Gua mohon, tolong doakan kesejahteraan untuk kawan gua ni. Kita selalu diberitahu, orang yang baik memang akan selalu didatangi ujian. Tapi gua mohon bantuan kamu semua agar kita sama sama mendoakan agar kesihatan sahabat gua ni pulih seperti sediakala, dan boleh berbakti kepada umat semula dengan hujah hadisnya yang membuka minda.

Gua mohon sangat. Semoga doa kalian semua akan dimakbulkan Allah.
Hari ini hari dia, hari kita..

Siapa tahu?

27.10.12

BARU SEBENTAR TADI 2


Raya Haji > Banyak makan > Gua makan ubi rebus > Cicah dengan sambal tumis > Sedap! > Balik rumah waktu malam > Rilek tengok tv > Tiba tiba perut sakit > Pergi toilet


Sehingga pukul 10 pagi tadi, jumlah gua pergi toilet adalah 9 kali. Jahanam punya ubi!

25.10.12

PULANG

Burung pulang ke sarang,
Ayam pulang ke hutan,
Sirih pulang ke gagang,
Keris pulang ke sarung,
Ikan pulang ke sungai,
Buaya pulang ke lubuk,
Dodo pulang ke Mauritius,
Lembing pulang ke Dayang,

Aku pulang ke pangkuan.
Rumah manis rumah.

Salam Aidiladha.

(err..lembu pulang ke rahmatullah)

KORBAN

Pagi tadi dekat Era FM, diorang bukak tajuk Korban, sempena Hari Raya Korban esok hari. Macam-macam cerita korban yang gua dengar sepanjang setengah jam perjalanan gua ke office tu. Ada korban duit, ada korban masa. Tapi yang paling real, korban organ hati bagi dekat orang. Real real.

Apa korban gua selama ni? Kalau cerita korban pada mak bapak, real gua cakap, korban gua pada mak bapak gua sangatlah sikit. Apa la sangat kalau nak dibandingkan dengan korban mereka pada gua. Macam dalam cerita-cerita gua sebelum ni, Abah gua la paling banyak berkorban untuk keluarga. Kerja siang malam, buat kerja luar lagi. Jadi referee la, cat rumah bos mak gua la, mesin rumput la, jual Spirulina la. Jual gelang magnet pun pernah. tapi tu tolong member dia la. Semua tu dikira korban. Korban masa lapang dia yang patutnya hari cuti duduk dekat rumah. Korban masa dia dengan keluarga, anak-anak, yang memang confirm dia tak akan dapat balik 'masa' tu. Masa tak boleh patah balik. Tak boleh dibeli. Ia diganti dengan pengalaman dan kenangan.

Mak gua punya korban pun apa kurangnya. Sentiasa make sure condition gua dan adik beradik dalam keadaan tip top. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, masing -masing beratur kena telan Scott Emulsion yang kaler putih tu. Puii!! Pahit gila. Makan Examo 500 setiap hari, dan Examo Booster setiap sabtu. Gua dah macam enjin dah rasa telan pil semua ni. Kakaka. Itu belum dikira balik kerja je kena kemas rumah, memasak, jaga gua adik beradik yang majal sementara abah gua sibuk kerja di luar. Hey, macam-macam la kalau nak cerita.

Jadi, berbalik pada cerita asal, apa korban yang gua dah buat. Gua hanya sedar erti korban tu dalam real punya erti hanya selepas gua berkahwin. Baru rasa bertapa susahnya nak cari duit. Baru la menghargai sesuatu benda walau seposen harganya. Benda tu macam automatis. Bila kahwin je macam rasa lebih bertanggungjawab sikit.

Bila anak gua dah keluar, lagi la kena kerja kuat cari duit. Dari bukak kedai, kemudian pernah run business printing baju, buat road tax palsu, kwsp palsu, payslip palsu semua gua hentam. Paling power gua buat payslip Sime Darby. Selamba je lepas loan. Payslip gomen paling senang nak mampos. Tapi nasib baik satu hari tu Tuhan bagi pencerahan dekat gua. Terus gua dah stop buat semua tu. Pada customer gua pun gua dah beritahu gua nak stop. Gua delete semua file, document. Dah tak sanggup nak buat. Itu cara korban yang salah. Cara cari duit yang salah. Jadi lu jangan mengada nak appproach gua. Jangan harap.

Berjauhan adalah korban yang paling power gua kena hadap. Dekat tiga tahun kot rasanya gua jadi weekend husband. Weekend pun tak weekend sangat la. 2 minggu sekali balik. Semua sebab nak jaga budget. Tapi akhirnya, Yang Di Atas telah makbulkan doa gua dan gua dapat bersama semula macam kamu-kamu semua, macam orang lain. Dan dengan terhapusnya korban yang satu ni, mungkin akan terbit korban yang lain pula.

Senang cerita, dalam hidup ni, akan ada saja korban yang lu perlu buat. Mungkin setiap minit setiap masa. Samada sedar atau tidak je.

Korban lu pulak macam mana?

BARU SEBENTAR TADI

kemas rumah>buat nescafe kejap>sambung kemas rumah>rilek kejap>tengok tv>ada iklan lipton>terus capai air>minum laju laju>lupa yang air panas gila>tekak rasa terbakar>kepala dah ingat mati dah


23.10.12

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 5



Abah dan mak gua adalah seorang yang mementingkan pelajaran. Terutamanya mak gua la. Gua dari start sekolah dulu sampai la tingkatan 5, kalau time result exam keluar je, hanya dua paper je abah gua tanya. Bahasa Inggeris dengan Matematik. Kalau dapat B je, siapla kena bebel. Dulu gua tak berapa suka dengan matematik. Gua lebih teruja dengan Alam dan Manusia dan Sains atau Fizik kalau sekolah Menengah.

Masa gua darjah 4 sampai 6 dulu, gua tak pergi tuisyen macam budak lain. Abah gua kata gua tak payah tuisyen luar, sebab mak gua boleh ajar. Kebetulan masa muda dulu dia pernah jadi guru sandaran Bahasa Inggeris dengan Matematik.

Tuisyen dekat rumah ni gayanya lebih hazab dari tuisyen dekat luar. Hari-hari hokay! Takde skip. Hanya Jumaat malam dengan Sabtu malam je boleh rilek. Pukul 9 malam je dah kena duduk dekat meja makan siap dengan buku terbukak. Kalau terhegeh hegeh tengok tv lagi, ha siap la talipinggang. Kemudian gua kena buat latih tubi sampai pukul 11 malam campur sekali kena buat kerja sekolah ( gua panggil kerja rumah). Time tu memang geram la bila pergi sekolah member cerita malam tadi tengok Tarzan, Universial Soldier, It, Grimlens. Semua gua miss.

Ada satu time tu, mak gua tak dapat mengajar, dia ada pergi kursus apa benda tah. Jadi tempat mak gua digantikan dengan abah gua. Berderau darah bila dengar abah gua ganti. Masak ni. Kena betul-betul ni. Pada satu malam tu gua belajar bahasa inggeris dengan abah. Soalan isi tempat kosong. Arahan soalan tu bunyi dia lebih kurang macam ni la : 'Fill in the blank with the word 'and' or 'with'.

Masa tu first time gua jumpa soalan mencabar macam ni. Maksud arahan soalan tu pun gua tak faham. Gua tanya abah, macam mana ni? Abah gua ulang balik baca arahan tu dalam bahasa inggeris. Gua nak tanya lagi, takut pulak. Soalan pertama : Ali ____ Abu live together in the same neighborhood. 

'Ha, nak tulis apa ni?' abah gua tanya.

'err...OR?' gua jawab dengan muka tersengih-sengih kerang busuk.
'Hah, apa dia???' Kau main-main eh"

Zass, tali pinggang singgah dekat kaki gua. Pedih siak.

'Dia tanya isi perkataan dengan 'dan' atau 'dengan'. Yang kau jawab OR tu buat apa?'
Gua gosok kaki dengan mata berkaca. Mana la gua tau siak!

Ok, lepas tu gua terus terer Bahasa Inggeris sebab taknak kena sebat lagi.

20.10.12

RAMPAS TAKHTA


Abah gua masukkan gua ke sekolah tadika semenjak gua berumur 4 tahun. Tak sempat gua nak lepak dekat rumah dah kena pergi sekolah. Boring je. Tapi, masuk sekolah awal-awal ni ada bagusnya jugak. Selain dapat berjumpa dengan kutu-kutu berahak kawasan lain, gua dapat belajar membaca dengan baik. Hasilnya, hingga sekarang gua masih boleh membaca dengan baik. Kakakaka.

Kalau dalam family gua, memang gua pegang la rekod tu. Adik beradik gua yang lain semua masuk umur 6 tahun. Kawan- kawan gua pulak, yang tak masuk tadika pun ada. Tau tau masuk darjah satu, dah menggelupur tak tau baca. Masa gua masuk tahun ke 3 dalam tadika (chewah tahun ke 3, macam universiti) kalau cikgu tanya suruh baca perkataan, berdesup gua jawab, sampai cikgu pun malas nak tanya dah. Benda benda tadika ni dah tak power pada gua masa tu.

Setelah lebih 24 tahun gua memegang rekod sebagai budak tadika paling muda, akhirnya 29 hb ni, rekod tu bakal dirampas oleh anak gua sendiri. Dia akan masuk sekolah pada umur 2 1/2 tahun. Cis! Lebur gitu je rekod gua. Tapi nasib baik jugak la yang pecah rekod tu darah daging sendiri. Dan sebagai persediaan dia nak masuk sekolah, nasib baik gua dan wife telah bersiap sedia dengan ajar dia membaca ABC sampai Z, Kira 1 sampai 40, Alif sampai Ya, mengenal warna, sudah tahu beberapa patah perkataan inggeris, pandai menyebut suku kata, pakai dan bukak kasut sendiri, pakai butang baju sendiri. Ok, takat tu gua rasa dah cukup la. Umur masih muda sangat.

Cuma ada sekali tu dia nak try cakap Inggeris, "Mama, ini what colour is this?"

Oh Afinna, tak mengapa, kamu masih muda. Cuma Babah nak ingatkan, jangan cuba-cuba nak bercinta. School should be fun and adventurous. Bukan sendu-sendu nak kapel nak clash. 

Register pakai duit adik dulu eh?


18.10.12

BOLEH INGAT LAGI SEMUA NI?

Lu ingat tak lagu lagu ni?
Kalau lu boleh ingat, maknanya lu memang dilahirkan in 80's. Real.

++++++++++++++++++++

Dari jauh bunyi menderu-deru
Umpama angin yang bertiup kencang
Rupanya air yang terjun tinggi
Melompat-lompat dengan tak berhenti
Lihatlah..cantiknya...
Air terjun namanya
Marilah...kawanku..
Mandi bersama...

Aku burung, di dalam sangkar
Hidup terkurung, hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Bersama kawan, tinggi di awan

Tip tap tip tap hujan dah turun
Tip tap tip tap hujan dah turun
Tip tap tip tap baju dah basah
Mari kita ambil
payung...payung...payung...(ok perkataan payung tu gua ulang sampai la cikgu masuk kelas )

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu, Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama,
Hey...hey....hey
Hey...hey....hey 3 sekawan

Taat pada perintah Tuhan
Raja dan Negara
Membantu tiap masa
Patuh undang undangnya
Kami ahli pengakap muda
Buat sehabis baik!  ( baris yang last ni kena nyanyi sekuat hati sampai sakit tekak)

Lagu anak itik Tok Wi gua tak suka, sebab lagu tu macam lagu bomoh. Entah mende la yang gua fikir masa tu.

SAKAT

MALAM PEKAT
HUJAN LEBAT
PERUT SARAT
MATA KELAT
BADAN PENAT
TARIK SELIMUT RAPAT RAPAT
PASANG KIPAS KUAT KUAT

PADA YANG SATU SUDAHPUN TAAT
YANG SAKIT JANGAN LUPA TELAN UBAT
SELAMAT MALAM SEMUA UMAT
SELAMAT MALAM SEMUA HANG JEBAT

ESOK PAGI JANGAN LEWAT
PAKAI BAJU SEMAT SEMAT
SEBAB ADA YANG MESYUARAT
SEBAB ADA YANG PULAS  KUDRAT
ADA JUGA YANG PERAH KERINGAT

TAKPE, YANG PENTING NIAT
SIMPAN DALAM HATI KETAT KETAT
JANGAN ADA RASA RALAT
ITU SEMUA YANG DI ATAS PUNYA RAHMAT

SELAMAT DAN TAMAT.

andieshak,2012

17.10.12

SIRI BERCAKAP DENGAN GAMBAR 1

Gig di Muar, semasa gua tingkatan 3, 1997

Tomok, Giman dan Gua di Cameron Highland, 2005

Berkhemah di Gunung Ledang sebelum masing-masing bertukar sekolah ,1998

Hostel Maahad Muar zaman PMR, 1997

Fire Nation Army, 1997

Hostel Maahad zaman PMR, 1997. Kupiah Zaki Samid pakai memang trend masa tu.



SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 4



Pada satu cuti sekolah, semasa tu gua berada di dalam darjah 2, abah gua decide nak balik kampung jumpa nenek di Meru. Dah lama tak balik katanya. Balik kampung rumah nenek adalah benda yang rare pada masa tu. Kalau balik pun Hari Raya, memandangkan abah selalu sibuk. Raya pun kena kerja.

Gua memang suka betul balik kampung. Tapi kalau dekat Meru best dia lebih sikit. Sebab sepupu gua kebanyakkan sebaya dengan gua. Bila balik tu, ada saja program nak dibuat sampai nenek dengan atuk gua pun naik pening.

Nak lagi best, sebelah rumah nenek ada pulak jiran yang cucunya sebaya dengan gua. Nama dia Jiji. Jiji ada basikal racing. Kami pernah gamble naik basikal sampai ke pekan Klang masa darjah 4. Bapak Jiji buat bisnes repair bot. Dekat rumah dia ada satu speed bot tersadai yang gua dan sepupu selalu berangan bawak, konon konon macam James Bond. Nenek Jiji kerja buat tempe dekat rumah dia. Gua selalu picit picit tempe tu sebab feel dia best. Pernah juga sekali gua slam atas tempe yang bertimbun tu. Kakaka.

Bila teringatkan semua tu, gua dah jadi kucar-kacir tak sabar nak balik kampung. Dalam kepala otak ni gua dah plan macam-macam dengan Jiji. Gua ingat, balik kampung kali ni gua nak round naik basikal sampai pekan Kapar pulak. Tapi sudah semestinya gua tak beritahu abah dan mak gua. Kalau kantoi alamat getah paip singgah di kaki la.

Dari start perjalanan, gua asyik la tanya abah gua bila nak sampai, bila nak sampai, bila nak sampai. Abah gua pulak asyik jawab belum, belum, belum. Mungkin masa tu gua bodoh lagi. Ingatkan perjalanan Muar- Meru tu sejam je dah sampai. Bila asyik tak sampai je, gua dah boring, gua kacau adik gua pulak yang tengah melayan perasaan dekat tepi tingkap.

Mula-mula gua cucuk pinggang dia, dia buat rilek je. Lepas tu gua cucuk lagi. Dia tepis tangan gua. Gua kacau lagi. Mungkin hantu highway dah merasuk kot, sekali dia pusing dekat gua dan wrestling gua. Ah sudah, gua dengan dia dah bergaruk dekat belakang tu.

Dan hantu highway tu mungkin dah berpindah ke abah gua kot, menyebabkan abah gua tengking kami dekat belakang ni.


"hey, boleh duduk diam tak?!! Kang aku turunkan korang dekat highway ni kang!! Korang ni asyik nak buat aku naik angin je la"

Dek kerana terperanjat, semua orang terdiam. Mak gua pun ikut tersampuk. Gua duduk diam-diam dekat belakang. Adik gua pun macam tu jugak. Tapi hati gua timbul perasaan lain pulak. Ada sesuatu benda yang gua kena tanya ni. Tak boleh jadi ni.

Perlahan-lahan gua pergi dekat belakang seat co pilot, gua tanya mak gua :
"Ma, tadi abah kata dia nak naik angin, nak pergi mana? Habis siapa nak bawak kereta?"

Time tu jugak gua tengok dada abah gua naik turun naik turun. Muka dah merah. Genggam stereng kuat-kuat. Oh, mungkin ini namanya nak naik ke angin kot. Mak gua dengan muka tahan gelak suruh gua duduk diam diam dekat belakang.

Gua yang masih blur pun menurut saja perintah. Entah apa jadah 'naik angin' pun gua tak tahu masa tu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Sekarang ni bila anak gua buat hal dalam kereta, tumpahkan susu, sepahkan biskut, barulah gua dapat menghayati perihal naik angin tu.

Memang kuat betul gua genggam stereng.

16.10.12

THE BUCKET LIST


Pagi tadi, tak pernah umur,masa pergi kerja gua terbukak Suria FM. Selalu channel radio ni gua bukak belah petang. Mula- mula memanglah gua nak tukar, tapi bila dia sebut topik dia ' The Bucket List', terus gua tak jadi tukar. Macam menariklah pulak.

The Bucket List. Apa tu, Senarai Baldi? Kalau ikut urban dictionary, Bucket List adalah beberapa senarai atau impian yang lu nak buat atau pergi sebelum lu mati.

Gua sebenarnya ada juga bucket list gua sendiri. Kalau ikutkan memanglah banyak impian yang gua nak capai sebelum gua mati. Dekat sini gua nak senaraikan beberapa sahaja bucket list gua. Ok, impian nak jadi orang beriman, nak masuk syurga memeang semua orang punya impian. Jadi itu tak payah list la.



1. Nak lihat muka isteri dan anak gua tiap-tiap hari.
Perkara ni gua masukkan dalam bucket list semenjak 2010. Bagi sesetengah orang, ini benda normal. Tapi tidak pada gua. Dari sejak gua kahwin dulu, sampai la sekarang, gua hanya menjadi weekend husband and father. Sekejap je la gua dapat duduk bersama, masa bukak kedai di Muar. Lepas tu, bukak dekat Segamat, jauh balik. Kerja macam gua ni memang selalu kena  duduk jauh-jauh, pindah. Sejujurnya, gua memang benci kerja gini. Tapi nak cari makan, kena la hadap jugak.

Gua berusaha dan berusaha untuk memastikan isteri dan anak gua ada depan mata tiap-tiap hari dan akhirnya, 29 Oktober than makbulkan doa gua. Wife gua dapat kerja di sini dan gua boleh basuh kereta pada pagi hujung minggu sambil main sabun dengan anak gua. Akhirnya. Kira dah tercapai la ni. Tapi kira ok la impian tercapai awal. Gua ada kenal satu brader, dia dah 20 tahun jadi weekend husband. Tak tercapai lagi impian dia setakat ni.


2. Pergi Jepun
Benda ni nampak macam mustahil sikit, sebab gua blacklist PTPTN. kakaka. Tapi gua dah mula membayar demi impian gua tu. Kenapa Jepun? sebab GTO, Beach Boys, With Love, Do As Infinity, Beautiful Life. Konkurito? ye jugak la.


3. Backpacking satu Malaya bersama kawan-kawan.
Serius gua terlalu rindukan zaman backpacking. Tidur bersama pengemis tepi jalan, mandi bersepai, makan mengikut bajet yang ketat, mandi pantai sampai 4-5 hari, panjat pokok kelapa sebab takde duit nak beli air. Hisap rokok salai sebab satu kotak terendam dalam laut. Oh terlalu rindu. Sekali sekala, kena juga rasa susah kan?


4. Makan makanan laut dengan rela hati.
I wish!! Gua tak boleh kikis dari otak gua yang udang tu adalah lipas laut, kerang rasa tanah liat, ikan keli macam ular. Kupang apatah lagi. Selagi gua tak makan ikan atau makanan laut, selagi tu la wife gua tak masak.


5. Pergi kedai buku yang gua boleh ambik je buku yang gua nak.
Memang impian gua betul. Dah jadi habit gua kalau ke shopping complex yang ada bookstore, gua mesti nak masuk. Macam ada magnet. Dapat belek 2-3 buku pun jadi la.Lagi best kalau tokey tu kasik gua mana buku yang gua sentuh. Peh,  kalau la gua ada previlege macam ni, memang kaw. Tapi rasanya gua kena lahir dekat dalam Kinokuniya ke, Popular ke, Thai Kuang.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi nanti-nanti la.

What is yours?

15.10.12

DARI JARI TURUN KE HATI

Sebenarnya, ada beberapa benda yang gua tak gemar pasal fesbuk ni.

Sesetengah daripada mereka bercakap tak guna otak. Tapi guna jari .

Minta maaf pun tak dari hati yang ikhlas. Tapi dari jari.

Bergaduh tak guna penumbuk. Tapi guna jari.

Berborak  tak guna mulut. Tapi guna jari.

Baca tak menyebut. Tapi dalam hati.

Tulis 'ketawa kuat-kuat'. Tapi muka sebenarnya macam orang mati.

Entah entah, berdoa pun tak tadah tangan. Tapi tadah jari.

:-)

Hai, guna jari pun boleh.

13.10.12

MISKIN KAYA


Seorang Pendatang Indonesia pernah berkata:

Pak, menjadi susah itu adalah pilihan, Menjadi senang juga adalah pilihan.

Pokoknya hidup ini hanya ada 2 pilihan. Jadi yang mana satu kita pilih ?


Miskin itu tidak perlu dicari, ia bersifat automatik.

Sedangkan kaya itu perlukan usaha.

Sebab itu orang kaya sedikit bilangannya.


----------------------------------------------------------------

Bill Gates pula pernah berkata di dalam bahasa ibundanya :

If you are born poor, it is not your mistake,

but if you die poor, then it is your mistake

12.10.12

KEJAR IMPIAN


Kawan,

Bila kita mengejar impian, kadangkala pengorbanan pasti berlaku.
Samada dari segi wang,tenaga,masa,emosi. 

Tapi,kejarlah impianmu itu. Kerana semua benda itu akan datang kembali kepadamu ,kecuali masa.
Dan janganlah risau akan kehilangan masa itu. Kerana kita akan dibayar semula dengan dua benda :


Pengalaman dan Kenangan.



-andieshak 2012

11.10.12

SUBUH



Pagi tadi macam biasa gua bangun pukul 6 pagi. Selalunya lepas solat, gua tidur balik dan bangun semula pukul 7 pagi, bersiap dan gerak dari rumah pukul 7.30. Gua memang ambik masa lambat nak bersiap. 20 minit je dalam toilet. Nasib baik gua sorang je dalam rumah tu. Kalau bini gua ada kompem kena bebel.

Tapi pagi tadi, gua tak tidur. Tapi gua duduk sambil terfikir macam mana gua boleh bangun pagi-pagi begini untuk solat, yang masa sekolah dulu gua paling liat nak mampus kalau bab bangun pagi ni, lebih-lebih lagi subuh. Dan gua teringat peristiwa-peristiwa subuh dekat sekolah maahad dulu. Sekolah je maahad, subuh liat gila.

Subuh pada hari minggu adalah subuh yang paling tak best sekali. Sebab kalau hari macam tu, Rengkas, iaitu warden gua akan round satu asrama, check siapa tak bangun subuh. Datang pulak dengan rotan. siapa tak bangun lagi, mendapat la kena sesah. Bila dengar Rengkas datang je, masing-masing kucar-kacir bangun. Yang tak bangun terus bangun, yang tak sempat pakai kain lari pergi menyorok dalam bilik air. Yang nyorok bawah katil pun ada jugak. Bahana.

Pernah sekali tu, Rengkas datang spot check waktu subuh. Semua budak dah standby dah, kecuali sorang budak ni, Joe Sukiman. Joe Sukiman ni adalah seorang budak yang macam sloth. Slow gila apa benda buat. Muka memang malas je. Nasib baik kau sekarang dah jadi orang. FRU lagi. Bila Rengkas ada dekat bilik sebelah je, barulah Joe ni dikejutkan. Menggelupur member. Dia capai songkok, capai kain pelikat..

Ngam-ngam Rengkas masuk, Joe Sukiman dengan muka selebetnya, pakai siap bersongkok dan berkain pelikat, berdiri tepi loker baju. Bila masuk bilik tu, Rengkas terus tuju ke Joe.

"Dah sembahyang dah?"


"Dah Ustaz" Joe jawab dengan mata tertutup dan taik mata penuh.


Peh.
Joe, Joe. Ilmu apa lu pakai sampai Rengkas pun boleh terpedaya ni?


***

Dalam kisah lain pulak, Warden Belia, Bangla pun pernah jugak buat spot check. Tapi kali ni kes dengan Bart Bachik pulak. Masa dia buat spot check tu, Bart Bachik tak sempat nak berpura-pura. Bila Bangla masuk, dia masih terbaring atas katil lagi.

"Awak kenapa tak bangun lagi ni?"

Bangla menunggu jawapan yang konkrit dari Bart Bachik. Kalau salah jawab, memang berbirat kena sesah la.

Dalam keadaan terpaksa, Bart Bachik jawab:


"Sorry Cikgu, saya tak mandi wajib lagi." Dia jawab sambil tunjuk kain yang dah berkerak.Kakaka.

Maahad, Maahad.

9.10.12

BERJUMPA DOKTOR



"Tok, Tok, Tok"
"Masuk."

Gua masuk ke dalam bilik tu. Sejuk bilik doktor ni. Tapi kuat dengan bau ubat. Doktor muda tu tersenyum sambil menjemput dan menunggu gua duduk. Dia berpakaian simple saja hari tu. Pakai kemeja dan seluar jeans. Petang-petang begini orang kurang ke klinik. Hanya gua sorang je customer dia masa tu. Pembantunya pula seorang makwe berbaju kurung.

Gua bukan sakit apa-apa pun jumpa doktor pada petang tu. Tapi cuma nak menyetelkan medical check up untuk masuk ke universiti. Sebelum ni gua pernah juga beberapa kali melalui benda alah ni. Masa nak masuk asrama dulu. Jadi prosedur ni takde mende pada gua. Prosedur biasa-biasa.

Cuma medical check up kali ni agak kompleks sikit. Lebih banyak benda yang nak disiasat. Antaranya pasal mata. Gua kalau pasal mata ni ada risau sikit. Nombor satu, sebab gua ada sedikit rabun. Nombor dua, gua syak diri gua rabun warna. Masalah tu, masalah.

Setelah berborak lebih kurang dengan doktor tu, gua kemudiannya diarah berdiri pada satu jarak tertentu  daripada dinding. Dekat dinding tu ada satu kadbod yang bertulis huruf-huruf dari yang besar sampai la yang paling halus. Gua pun sebut la satu satu huruf tu dengan mata ditutup sebelah. Huruf yang halus-halus tu gua memang tak dapat la. Tapi doktor tu kata tak apa, rabun gua tak berapa teruk pun.

Kemudian gua diarah duduk kembali di kerusi. Doktor tu mengambil sesuatu dari dalam laci mejanya. Nah, gua diajukan dengan satu buku. Gua kenal sangat buku ni. Buku neraka ni. Buku yang penuh dengan lukisan bulat-bulat macam bubble. Berwarna-warni. Orang kata dalam bulatan tu ada nombor. Nombor yang gua tak pernah jumpa seumur hidup gua.


Dia buka mukasurat pertama.

"Cuba awak beritahu nombor apa ni"

Gua cuba fokus pada gambar tu. Tapi yang gua nampak hanyalah bulat,bulat,bulat. Ada bulat kecik. Ada bulat besar.

"Saya tak nampak pun ada nombor, doktor"
"Eh, kan ada tu. Dari sini saya dah nampak"

Gua kerutkan dahi lagi. Sumpah memang gua tak nampak apa. Yang gua nampak bulat-bulat tu macam bergaris, tapi tak bersambung melengkap jadi nombor.

"Err, 67." Gua hembus je.
"Hehe. Betul 67?" Doktor tu gelakkan gua.
"Ye kot"

Gua perati doktor tu tahan gelak. Kemudia dia belek pula mukasurat kedua.

"Haha. Kita cuba yang ni pulak"

Gua fokus lagi. Bulat-bulat kaler purple dan oren tu betul-betul mengelirukan gua. Gua nampak macam huruf pulak, bukan nombor. Ah, susah betul. Gua wish doktor tu bagi soalam matematik pun tak apa. Tapi  jangan la bagi benda ni.

"Ha. Saya rasa dalam ni takde nombor." Gua jawab dengan yakin setelah menelaah betul-betul. Kali ni gua yakin.

"Tak ada nombor?? Hahaha!" berair mata doktor tu tahan gelak. Cilakeeee betul.

"Ain,Ain! Sini kejap." Doktor tu panggil pembantu dia.

"Awak nampak tak ada nombor dalam gambar ni?"
"Eh, ada la. Nombor 44" Jawab Ain dengan yakin.

Gua ambik balik buku tu. Gua tengok ada tak nombor 44. Yang gua nampak macam nombor lapan tapi sambung tak habis.

"Mana ada."
"HAHAHAHAHAHAHA!!" doktor tu gelak macam iblis.

4-5 mukasurat seterusnya gua gagal memberikan jawapan yang betul. Mereka  bergelak sakan pada petang tu. Riang ria betul. Nakharom betul.


*************************************************

Setelah habis 10 muka surat, setelah merah-merah muka dokor tu, dia tutup buku dan bertanya kepada gua yang hati panas tak dapat jawab satu soalan pun.

"Ok, awak ni sebenarnya rabun warna ke tak kenal nombor?"

Waaaaahh!! Kuangajo.!!

Zap!!
Gua tikam doktor tu dengan pemutar skru. Pembantunya pula gua pukul dengan objek tumpul. Petang tu  gua pulang ke rumah dengan kepala serabut campur marah.
.
.
.
.
.
*ok, yang last tu gua tipu. Akhirnya gua dapat lepas juga selepas doktor tu ihsan dekat gua. Terima kasih la doktor.


8.10.12

KENA HEMPAP

'Jangan tidur selari dengan beam,alang rumah. Nanti kena hempap'


Ada siapa pernah kena hempap? Hempap dekat sini bukanlah kena hempap dengan laki atau bini kau. Itu hempap lain. Hempap yang gua nak cerita ni yang kena masa tidur tu, yang tak boleh bergerak. Cramp semacam. Orang kata kena hempap dengan jin. Entahlah. Gua tak pernah kena.

Gua ada sorang kawan. Nama dia Tomok. Ya, Tomok sang nelayan tu. Dia ni sejak la gua kenal dari diploma membawakla ke degree, asyik la kena problem hempap ni. Kalau malam-malam dia kena hempap, esok pagi mesti dia cerita dekat gua. Yang gua ni tak pernah la pulak terdengar dia minta tolong ke, melawan ke, meracau ke. Rupanya dia kata kalau kena kes hempap ni, suara pun tak boleh keluar. Badan pun tak boleh bergerak. Tapi kalau dapat gerakkan siiikit je jari, nescaya hilanglah problem hempap tu. Gua mengiyakan saja. Dia kata jugak, antara pantang-larang nak elak kena hempap ialah jangan tidur selari dengan beam. Sebab jin bertenggek dekat situ. Tapi gua tengok dia ni tidur bersopan macam mana pun, memang kena la. 

Semasa gua ambik degree, kami semua menyewa di Padang Jawa. Jawa tak ramai dekat situ. Yang ramai gua tengok Acheh dengan Kelantan je. Dari menyewa di rumah teres 2 tingkat, gua menyewa pula di sebuah  apartment tingkat 3. Pindah-pindah ni sebab nak selesa. Dulu masa duduk rumah teres, satu rumah sampai 13 orang. Gila, hari-hari gua rasa macam Bursa Saham. Berjalan pun bergesel bahu. Bila pindah apartment ni, Penghuni berkirang menjadi 6 orang je. Selesa sikit. Oh ya, gua berjiran dengan Kamaruddin Mape, pembaca Buletin Utama. Power tak?

Jadi bila masuk rumah baru, gua beli la sikit-sikit perabot baru. Antaranya, almari canvas, tilam angin, karpet. Tv 29 inci, astro dan ps2 dibawak dari rumah lama. Rak tv pula terbina dari beberapa pallet yang disusun dan di spray warna oren. Pallet tu kami curi dekan Plaza Masalam. Nak beli rak tv tak mampu. Dalam rumah tu, gua duduk satu bilik dengan Tomok. Bilik gua di penjuru rumah. Kalau bukak tingkap, peh..angin kuat gila.


Pada satu malam tu, gua dan Tomok tengah bersepai buat project assignment, Kepala otak pun rasa dah tepu. Jadi kami ambik keputusan nak masuk tidur dulu. Esok-esok boleh sambung buat assignment. Nak pulak malam tu angin kuat semacam. Best betul. Gua bukak tingkap sikit bagi angin masuk. Gua setting position bantal paling sedap, lepas tu gua landing atas tilam angin Coleman tu.Peh, dia punya suasana memang sedap-sedap buah. Sekejap je gua dah terlena...


Kroh...!

Malam tu gua alami mimpi. Tapi mimpi yang tak best. Gua mimpi dikejar hantu. Hantu tu berada di blok sebelah, sedang mengilai menghadap gua yang berada di blok sebelah sini. Dalam mimpi tu, gua punya takut sampaikan gua azan. Lunak betul bila gua azan dalam mimpi. Mungkin hantu tu panas kot, dia meracau-racau dan kelihatan marah. Kemudian hantu tu terbang menuju ke arah gua. Gua yang panik ni pun berlari menuruni tangga. Memang tak cukup tangga la gua rasa masa tu. Tapi hantu tu dapat akal. Dia ambik kerusi batu dan mencampakkan ke arah gua yang sedang berlari turun tangga. Bedebuk! Sakit betul gua rasa bila ditimpa kerusi batu.

Tapi gua rasa sakit dia ni lain macam sikit. Dia punya sakit kena hempap tu sampai membawa gua tersedar dari mimpi. Dalam gelap tu gua dah rasa kena hempap. Hah.! Jangan-jangan inilah yang Tomok kata kena hempap kot. Masa tu gua rasa memang ada satu benda berat sedang hempap gua. Tapi gua takde la tak boleh bercakap atau bergerak. Gua berusaha untuk mengalih 'benda' yang hempap gua tu. Memang susah untuk orang yang tengah mamai.

Dan dalam samar-samar cahaya bulan dan cahaya lampu jalan tu, gua nampak kelibat yang menghempap gua :

Almari baju gua sendiri.

Cilake betul! Akibat angin kuat sangat malam tadi buatkan almari tu jatuh hempap gua. Gila betul. Patut la gua macam rasa-rasa kayu, kain je. Takkan la jin nak hempap gua ni pakai baju bawak kayu pulak. Memang malang betul. Almari sudah makan tuan. 

Dalam kepayahan tu gua mengesot keluar dari bawah almari. Dan gua menuju ke satu sudut bilik, dan sambung tidur. Tidur diutamakan. Almari jatuh belakang kira.


************************************

Selain gua dan Tomok yang pernah kena kes hempap almari ni, ada sorang lagi kawan gua nama Kuchai pun pernah kena jugak. Tapi dia lagi ekstrem. Rilek je tidur tak bangun-bangun. Siap buat almari tu macam selimut lagi.



4.10.12

MENJADI NELAYAN 2

Brrrr....plup!!

Gua campak mata kail ke dalam air. Tengok macam banyak ikan je dekat area sini. Sebab tadi gua nampak banyak buih2 dekat permukaan air. Hapis Zola kata kalau ada buih tu, ada la ikan. Ikan bernafas katanya.

Memang real. Tak sampai 30 saat, ikan dah makan umpan. Gua dah menggelabah tak tahu nak buat macam mana. Menggagau-gagau.  Tapi nasib baik boleh handle la. Gua bab pancing je la. Bab cabut ikan dari mata kail, Hapis Zola buat.kakaka..

Petang tu memang gila punya pancing. Gua yang tak minat pancing pun boleh jadi khayal. Memang betul la, pancing ni memang melekakan. Bahaya betul  permainan dia ni. Ikan kecik, ikan besar semua gua sapu tanpa peri kemanusiaan. Memancing tak ingat maghrib.

Bila dah lewat petang, kitorang pun called it a day. Cewah..Kebetulan tadi ada bawak plastik nak bungkus ikan. Hasilnya, 2 bungkus plastik sederhana dan 1 bungkus plastik besar gila. Ini dah serupa nelayan dah ni. Real punya. Badan dah bau  ikan dah. Kalau ada satu sifat je lagi, cukup la jadi nelayan sempurna:

Enjin bot.

Keluar dari lombong tu, gua and co  tuju la balik ke hostel. Hapis Zola bonceng Idnef, berada di depan gua. Kami bawak sederhana laju je. Lebih muatan ni. Dekat bakul depan, Letak dekat peha lagi. Dalam hati gua dah niat, sampai dekat pak guard nanti, nak hulur sikit. Untung-untung dia tak membebel bila gua balik lewat lain hari.Kekeke.

Bila sampai satu selekoh dekat bangunan Rtm, dengan tiba-tiba, kami, ahli persatuan nelayan Bota,  dipersembahkan dengan satu acara roadblock dekat situ. Tak pernah umur polis buat roadblock dekat situ, tiba-tiba hari gua nak  pergi pancing ada pulak. Dan-dannn je. Idnef yang memang berazam tak nak ambik lesen sampai tua, tiba-tiba pulak membuat u-turn yang power. Sebenarnya, u-turn yang paling cilake pernah gua tengok dalam hidup gua. Takde nak ambik side ke apa, terus pusing je. Tomok yang menggelabah tak sempat nak brek terlanggar tayar belakang motor Idnef.

Adui.
Malang memang berbau. Bau ikan.

Akibat itu, gua dan Tomok terjatuh. Idnef dan pecut motor patah balik ke Taman berdekatan (Taman Maju). Cilake betul, tinggal je gua dengan Tomok tepi jalan. Dengan ikan dah terabur, plastik koyak. Kaki gua dah kena hempap motor lagi. Baju  Tomok koyak lagi. Kakaka. Aduh malang betul. Ok, untuk gambaran lebih jelas, roadblock tu hanya berjarak tak sampai 50 meter dari gua. Dan gua nampak Polis tu gelakkan kami yang tengah jatuh ni. Kuajaq!

Bila dah dirikan motor tu, ada dilema lain pulak dalam kepala. Nak blah dulu ke, nak kutip ikan. Nak blah ke nak kutip ikan. Nak buang ikan memang sayang gila la. Time tu, baru rasa semangat nelayan tu rupanya ada dalam diri. Last-last, Tomok ambil keputusan pergi lepak mana-mana dulu sementara tunggu roadblock habis. Takkan nak redah. Kau baru je jatuh depan dia, lagi mau hadap roadblock tu ke. Kasi jatuh air muka saja.

Bungkusan plastik ikan tu kami tinggalkan dulu dekat tepi jalan. Kami pergi cool down dekat Rimba Permai. Pekena neslo ais power. Dekat situ ada pekerja muka dia macam Ronaldinho. 30 minit dekat situ, gua rasa roadblock pun dah takde. Kalau ada pun terpaksa la redah jugak. Tapi kali ni lebih steady la sikit. Dah tau nak jawap apa nanti.

Perlahan lahan Tomok bawak motor. Leher dipanjangkan untuk usha roadblock di depan. Clear! Cilakak, rupanya lepas gua blah tadi, roadblock tu close business. Kalau gua lalu masa tu, memang jadi pelanggan terakhir la.

Kami perlahankan motor menghampiri tempat kami letak ikan tadi. Dari jauh sayup-sayup tu, gua macam nampak kelibat dekat plastik ikan tu. Tapi tak berapa jelas sebab gelap. Bila dah dekat dalam 10 meter tu, baru la nampak. Anjing tengah makan ikan! Hoi!! dengan semangat nelayan Bota yang dah meresap ke dalam badan, dengan selamba gua halau anjing tu. Ni kalau hari biasa ni, mampus gua nak dekat anjing tu.

Bagai ternampak malaikat maut datang, berdesup anjing tu pecut balik rumah dia. Gua dengan Tomok sekarang ni dah dalam dilema, lagi sekali. Nak kutip ke tak. Nak kutip ke tak. Karang balik tak bawak hasil kang, hapacerita?

Ah, gua dengan Tomok nekad kutip ikan tu balik masuk dalam plastik. Pejam mata je la. Dalam hati gua dah nekad taknak makan ikan ni. Walau macammana sekali pun.  Tomok pun sama.

*********************************

"peh, sedap betul ikan lombong ni. Banyak pulak tu. Besar-besar lagi" Maidi memuji-muji. Sedap sangat la tu. Masak sendiri, lepas tu puji sendiri.

"makan la, makan. aku tak makan ikan la"

Gua pelawa Maidi sambil usha Tomok. Tomok usha gua balik. Tapi buat-buat pandang tempat lain bila gua tengok dia balik. Cilake betul.

Kalau la diorang tahu...

3.10.12

MENJADI NELAYAN 1



"peh, sedap betul ikan yang lu tangkap ni. Banyak pulak tu. Besar-besar lagi" Maidi memuji-muji. Sedap sangat ke apa.

"makan,makan.aku tak makan ikan la"

Gua pelawa Maidi sambil usha Tomok. Tomok usha gua. Tapi buat-buat pandang tempat lain bila gua tengok dia balik. Cilake betul.

Sedap betul diorang semua makan ikan yang kami tangkap petang tadi. Gua senyum tawar sambil angkat bahu.


****************************


4 JAM SEBELUM TU...


preng!! preng!!


Gua perah keringat Honda Wave tu naik bukit. Kawasan yang gua tengah kerjakan tu agak berpasir sikit. Kawasan lombong. Dulu, di Bota ni, kawasan ni adalah kawasan lombong. Jadi bila semua hasil dah diangkut bawak balik ke British, mereka tinggalkan la lompong-lompong besar yang dipanggil lombong tinggal dalam bahasa kita. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. Yang macam kolam saiz olimpik pun ada. Sekarang ni dah jadi Bandar Universiti dah. Jangan-jangan Kfc pun dah ada dekat situ.

Bila dengar-dengar budak Qs cakap, lombong dekat sini ada banyak ikan, kitorang pun macam nak try. Diorang dah pernah memancing dekat sini dulu. Lumayan katanya. Gua ni tak la minat memancing, ikan pun tak makan. Tapi lebih kepada nak cuba-cuba. Lagipun tempat ni macam best. Try explore apa salahnya. Jadi, suatu petang tu, gua, Tomok, Idnef dan Hapis Zola membawa batang pancing yang dipinjam dari budak Qs. Masing-masing kayu tak tahu pancing, kecuali Hapis Zola. Idnef pandai la sikit-sikit. Gua dengan Tomok buat-buat pandai. Kami pergi naik dua motor. Gua bonceng Tomok.

Oh lupa, sementara itu di hostel, budak2 ni pakat nak buat bbq. Makan makan sikit. Air disponsor oleh dewan makan. Budak Building, Qs, Town Planning, geng bola budak Akaun dan CS ada jugak rasanya. Budak Aki? Hmm, kirim salam.Nanti la gua hantar kad jemputan dekat Studio.

Bila sampai di lombong, kami sepakat pilih satu tempat yang paling besar. Tapi nak ke situ, kena la daki bukit pasir sikit. Itu yang gua memerah tu. Jahanam motor orang tua gua. Bila sampai sana, peh!! Kawasan dia memang la cantik. Patutnya cerita Puteri Gunung Ledang yang scene M.Nasir bertarung tu buat dekat sini je. Tak payah jauh-jauh. Cantik ye, jimat pun jimat. Air dia tenang, ada pokok yang redup-redup. Kalau masa tu scene budak kamera besar (dslr) dah ada, habis la tempat ni kena redah. Silap-silap gua memancing celah pengantin kot.

Gua ambil satu port, bagi setting paling sedap. Lepas tu gua keluarkan roti kepal. Hapis Zola kata dekat sini ikan semua kebulur. Hulur apa pun memang kena punya.


(bersambung)

2.10.12

PEMUDA POWER

Gua mempunyai satu kelemahan. Tak pandai berkawan ramai. Sebabnya gua tak pandai berkawan secara random, yang asal boleh kawan je. Sebab tu gua tak ramai kawan. Circle of friends gua kecik je. Kawan-kawan yang gua ada ni pun samada kawan dari kecil, kawan sekolah,atau kawan masa belajar. Jarang gua ada kawan masa kerja. Kenalan kerja ramai la.

Dan dalam ramai-ramai kawan gua yang tak random tu, ada la satu ni nama dia Sahir, Sahir Ropol. Ropol tu sebab rambut dia macam rambut palsu majistret. Tau tak rambut majistret yang kaler blonde tu? Yang berombak-ombak tu..Ha macam tu la. Sahir ni kacak orangnya. Muka sebijik macam pelakon Shajiry, versi pencen. Lu jangan bayang lebih-lebih pulak.

Budak Terengganu yang tak mengaku Terengganu ni gua kenal dia masa gua belajar di Perak masa 2001. Kira masuk tahun ni dekat 11 tahun rupanya berkawan dengan iblis ni. Dari satu tempat belajar, lepas tu satu tempat kerja pulak. Memang BFF betul. Selalu jugak la gua jumpa dia kalau balik kampung sebab sekarang dia dah pindah ke Melaka. Sahir ni orangnya selalu buat lawak, tapi tak lawak. Tapi gua bagi gelak jugak sebab muka dia jadi neves bila buat lawak tak jadi.

Sahir adalah seorang pemuda yang power dan random. Kegemaran dia mesti pelik pelik yang orang kebanyakkan tengok mesti membazir. Contohnya, masa Part 1 Diploma, dia beli handphone Motorola yang hanya boleh berfungsi pakai handsfree je. Itu belum kira dia beli handphone yang kalau nak caj je kena letak dekat dock. Kan menyusahkan tu.

Beli handphone Alcatel pun ada jugak, yang riwayat Alcatel tu tamat kat dinding, kena hempas dengan tuannya. Tapi Alcatel tu memang bengap la. Asyik hang memanjang. Dekat skrin dia nanti keluar grafik kira masa 1 hingga 5 pakai jari. Berulang-ulang. Kalau gua pun boleh naik darah tengok perangai handphone gitu.

Ada satu season tu pulak, Sahir Ropol habiskan duit Ptptn buat beli ikan kelisa. Mahal gila ikan tu. Entah semangat Kelisa pulak merasuk dia semester tu kot. Ikan tu dia letak dalam satu akuarium dalam bilik dia. Kemudian,dia beli pulak cengkerik buat makanan ikan. Cilake, bilik macam dalam hutan ada bunyi cengkerik. Gua memang geli gila dengan cengkerik. Jadi memang gua tak masuk la bilik tu. Bila hujung  semester je, ikan tu mati sebab tak cukup oksigen. Lebur lagi duit.

Walaupun begitu, Sahir adalah seorang yang mementingkan gaya. Dia paling suka  dengan benda bling-bling. Seluar jeans mau kilat punya, jam besi bagak punya, pakai Tancho segayung, rambut belah tengah, rapat dan bersikat rapi. Ada sekali tu, dia pergi kelas malam pakai jaket kulit yang macam cerita The Matrix tu. Power,power.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang dia beli, beli motor Honda Bulat adalah pembelian yang paling lejen sekali. Real deal. Masa tu semester 2 atau semester 3, gua tak ingat. Yang gua ingat,dia beli dari seorang budak pekerja di dewan makan. Dekat 700 hengget dia beli motor tu rasanya. Hangus duit Ptptn. Sahir memang sayang betul dengan motor dia tu. Siang malam pagi petang motor je. Sembang pun sembang motor je. Perihal rempit sekilo dua kilo, minyak hitam, helmet korek, cover rantai, autosol, korek blok dia mula ambil tahu. Pantang dengar motor lain laju sikit, dia dah tak senang duduk. Mudah panas hati sekarang.

Tetapi ego nya tercalar pada satu petang waktu kelas petang. Entah apa gelabah dia petang tu, sampai bawak motor laju dalam kampus. Pecut punya pecut, sampai satu selekoh, tiba-tiba;

skreeet!!

Bedebuk gemuk tu jatuh motor. Motor baik punya sliding masuk terus dalam satu longkang kecik. Bertambah best, kejadian tu berlaku betul-betul depan pejabat kampus.

Dengan terkial-kial Sahir keluar dari longkang tu, baju ada kesan darah sikit. Seluar pulak dah koyak. Tak cukup dengan tu, makcik-makcik pejabat keluar buat bingit.

"ha budak ni la selalu bawak laju dalam kampus. Geram betul aku"

"ha padan muka kau. Bawak laju lagi motor tu. Ambik kau bahagian"

Kalau gua yang jadi Sahir, mengamuk juga kot. Dah la sakit,kena bebel pulak. Tapi Sahir cool je, perlahan-lahan dia angkat motor tu keluar dari longkang.

Untuk lebih power lagi, Sahir tak tuang kelas. Selamba je dia pergi kelas dengan baju berdarah dan seluar koyak tu.

Sahir,Sahir. Ko memang power!