Syukor..Syukor. lu buat hal lagi..
_________________________________________________
Kelas di tingkat tiga memang menyeksakan. Penat gila naik kelas. Lepas tu waktu rehat kena turun. Tak boleh duduk dalam kelas. Kantin dah la jauh nak mampus.
Masa Tingkatan 1, gua belajar di kelas 1 Omar. Kedudukan gua semasa Tingkatan 1 dulu adalah di row yang belakang. Gua duduk sebelah Bedot. Budak-budak satu kelas dengan gua masa tu adalah Bedot, Joe Suki, Toroi,Yen, Wakjem dan lain-lain. Kelas sebelah pulak 1 Abu Bakar dikepalai oleh Syukor sebagai ketua kelas. Kelas 1 Omar dan 1 Abu Bakar haya dipisahkan dengan dinding yang boleh lipat tu. Kira kelas satu level tu boleh diconvert menjadi sebuah dewan. Alah, sekolah bangunan lama. Mana ada dewan bagai.
Gua sebenarnya kadang-kadang konpius macam mana Syukor boleh naik kelas 3 tingkat hari-hari pergi sekolah. kalau gua la, memang gua mintak transfer. Ataupun gua mintak eskalator. Dulu masa gua form 1 jugak, gua dengan Bedot ni memang jaki sikit dengan Syukor. Dia kerek sikit sebab abang dia tingkatan 5 dekat sekolah gua jugak. Abang dia terer silat pulak tu. Masuk silat Gayung ke Sendeng ke apa gua dah lupa. Itu yang dia punya eksyen makin menaik tu.
Gua dengan Bedot punya geram dulu dekat Syukor sampai merancang la nak tendang dia dari belakang masa dia nak ke dewan makan dulu. Tendang kuat-kuat lepas tu lari. Tapi cakap situ habis situ la. Gila babi lu nak tendang budak abang dia silat power gila. Memang kena raging gantung punai dekat kipas, lepas tu on level 1. Mapuh mapuh. Bala,bala. Berlari nanti satu bilik.
***
Kelas 1 Omar agak membosankan masa tu. Ye la,kelas Bahasa Arab. Gua tengok Joe dah terlentang dekat meja sebelah. Badsen pun sama. Toroi apa benda tah dia buat bawah meja tu. Gua pulak adalah memang jenis tak tidur dalam kelas. Tak selesa. Lain la macam Joe Suki. Dengan kasut sekolah yang tak rupa kasut (belakang kasut rata sebab hari-hari dia pijak), selamba dia susun kerusi nak tidur. Orang macam Joe Suki ni bagus hantar ke Palestin pergi perang dengan Israel tu. Baru berakal dia.
Tapi bila tak tidur tu, gua berborak pulak. Ustazah Arfah pernah cakap budak yang tak nak belajar, lepas tu kacau budak lain lagi teruk dari budak tidur. Ah lantak la.
Tengah gua syok-syok berborak dengan Bedot tu:
BEDEBUP!!
Amende pulak ni.
Gua toleh dinding belakang yang boleh lipat-lipat tu. Dah terlipat sikit. macam ada benda jatuh dari kelas sebelah. Gua lari keluar ikut pintu belakang. Gua tengok Syukor dah jatuh terlentang atas lantai. Ni apahal pulak ni.
Budak kelas 1 Abu Bakar dah kecoh-kecoh kata Syukor pengsan. Ah sudah. mamat ni dah la besar gila. Macam mana nak bawak turun ni. nak pakai kren? Semua tak tahu nak buat apa. Cikgu pun tak tahu nak buat apa.
Dalam 10 minit lepas tu, gua nampak abang Syukor datang. Lepas borak-borak dengan cikgu, gua tengok dia angkat Syukor turun tangga bangunan tiga tingkat tu. Selambaaa je. Ini memang power betul ni. Respek respek!
***
Macam biasa, kalau malam kejadian, mesti Syukor bukak story. Dia kata dia buat-buat pengsan sebab dah mengantuk. Nak balik asrama tidur katanya.
Ye ye je budak ni. Nak cover line la tu...Haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan