lama dah aku tak menaip..rasa keras je jari2 ni..agak kekok bila bukak blog sendiri.kebelakangan ni aku jarang menulis.aku tengah musim layan baca2 blog orang,baca 'diari hidup' mereka,sipa yang mereka suka,marah,geram,ada hati..semuanya diorang luah kat alam maya ni..
tak sampai sebulan lagi (15 mac 2009) aku dah nak kawen dah.persiapan pun insya allah semua dah tersedia.alhamdulillah kerana ada keluarga dan rakan2 yang membantu.terima kasih aku ucapkan,walaupun aku ni jenis agak ketat nak ckp terima kasih kat orang,especially depan2 diorang la.ntah...
aku sebernarnya terkenangkan kawan2 aku yang kat maahad muar,aku sedar sejak 4-5 tahun ni aku agak menyisihkan diri dari mereka.that was hard at that time.ramai yang roger aku,tapi aku buat2 tak layan,x dengar,x join.aku pun tak tau kenapa aku camtu..lebih suka menyendiri..
to all my maahad fren,i miss the moment masa kita buat bbq kat umah sanggam,bad,toroi,even kat umah aku sendiri.aku rindu nak jumpa korang sbnrnya..tp kerja membataskan kita semua.masing2 dah ada family,dah kerja jauh2..tak bestnye jadik dewasa..
aku harap2 sangat kawan2 aku dapat datang ke majlis aku,sebab tu je la aku rasa jalan yang aku ada nak jumpa korang semua.u know who u are..
jadi,sebelum aku nak bernikah ni,aku nak minta maaf pada semua kawan2 aku yang mana terasa hati,bengang,marah kat aku.aku tau aku lupa pada korang yang selama ini jadi sbahagian dr my life jigsaw.
to all maahad muar boys,thank you for being my best fren.hope it will last forever..
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan