Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
30.11.12
29.11.12
DAFTAR KATA 1997-2004
LAPAF - LAPAR
MONGKAH - MAKAN
NGANDRUF - MENGANTUK
NOPOF - ROKOK
SUNIPAF SUMINGINADEL - ROKOK SURYA
DANHIO - DUNHILL
HONKEY - HISAP ROKOK
SPAZZO - SEBUAH BANGUNAN DI MELAKA
CAN HUNTER - PENGUTIP TIN YANG CEKAL
TANJ DUR- TANJUNG EMAS (TANJUNG DURIAN)
SI BODOH - ENCIK KUTIK
MENJUBIN - BERDATING
WONG- JAMMMING STUDIO
PELANGI - SNUKER
U.M - SNUKER
JOMJAMJOM - MARI BERJAMMING
SHIT DAMN IT - OMAK KAU
SNAP - NAP (TIDUR SEBENTAR)
NAIK GENTING - PERGI CAFE DI UITM BOTA
TENGOK ASTRO - ROUND-ROUND DI HOSTEL PEREMPUAN DI UITM BOTA
SITE SURVEY - SEKODENG MAKWE
SCANNING - MENGANALISIS KELAKUAN MAKWE
KASUT SENYUM - KASUT YANG TERKOPAK
MANGOSTEEN - MANGGA ( HANYA ADI ROSLAN )
PUNIPNIYE - KEDAI MAMAK DEKAT STADIUM (MUAR)
Perkataan Malas, Penat tak pernah wujud dalam daftar kata 1997 - 2004.
27.11.12
SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 6 (EDISI MALAYSIA-LAOS)
Masa gua kecil dulu, abah gua selalu cakap orang panggil dia Tiger. Orang panggil dia Tiger sebab dia garang atas padang. Masa dia start kerja dengan Bomba di KL, dia dah wakil main bola untuk dua kelab sekaligus. Pasukan Bola kelab Bomba dengan Pasukan Bola Wilayah. Abah gua cakap dalam team KL tu, dia sorang je Melayu, yang lain seeeeemua India. Tapi orang India semua suka dia sebab dia main berani.
PERIHAL KELAKUAN
Kalau manusia buat sesuatu itu namanya perbuatan
Kalau dia buat hari-hari itu namanya rutin
Kalau dia tak buat satu hari dia rasa lain macam itu namanya tabiat
Kalau tabiat yang sama ni dilakukan ramai-ramai itu namanya budaya
Kalau budaya ni diamalkan berpuluh, beratus tahun itu dah jadi tamadun
Kalau tiba-tiba pulak tamadun ini lenyap, itu dah jadi sejarah.
Kalau dah jadi sejarah, itu yang kau kena belajar.
Kalau kau belajar hari-hari itu namanya rutin
(OK, sambung balik yang atas tu)
*Kalau kau baca ni ulang-ulang, itu tandanya kau takde kerja.
-andieshak,2012
25.11.12
ADIK DAN BABAH 3
'ok babah' dia angguk
'promise?'
dia hulur jari kelingking dekat gua suruh gua celet.
'janji?'
dia hulur jari telunjuk pulak.
Ada beza ke promise dengan janji?
o_O
ADIK DAN BABAH 2
'babah, nanti kita breakfast, makan coco crunch, makan burger, makan sayur. Lepas tu kita pergi swim.'
'Ok,tapi esok adik kena pergi school tau'
Finna melalak taknak pergi school.
Ok,gua dah merosakkan hari minggu dia. Sorry dik. Kakaka.
23.11.12
ADIK DAN BABAH 1
Di dalam kereta, gua sedang makan aiskrim, sementara anak gua makan coklat.
Tiba-tiba anak gua sound:
'babah jangan sepah-sepah tau. Nanti terabur. Kalau terabur nanti tak boleh makan. Nanti mama cu...?'
'Bit...' gua jawab.
Ni siapa yang selalu sepah ni? Gua ke dia?
SIRI BERCAKAP DENGAN GAMBAR 3
Gua dan AbeCop semasa Jambori dekat Minyak Beku, Batu Pahat. Masa tu gua QM (Quarter Master), sekarang QAQC. panjang sikit. |
On de way nak pergi Jambori. Dalam bas brader Azam Mesra |
Gua dengan posing konon-konon sempoi masa di Sekolah Teknik dulu. Sebenarnya nak tunjuk gua kurus boleh cangkung macam tu. |
Gua di Argentina semasa menyertai sukan Lompat Kijang suatu masa dulu. |
22.11.12
GUA DAN 'YUSOF HASLAM' DALAM DIRI GUA
SIRI BERCAKAP DENGAN GAMBAR 2
21.11.12
ROTI CANAI
20.11.12
GUA, KERIS DAN RUMAH KAYU
Muzium Horror |
Memang menakutkan gua (dan anak gua) bila masuk je muzium tu, gua terjumpa ada sekelompok manusia tengah buat upacara 'muntah batu'. gua pun tak pasti nama upacara tu. Ini pun sebab gua tanya ada brader dekat sebelah gua. Dalam upacara tu, ada la satu pakcik duduk baca doa, munajat semua la. Gua yang nak tengok pun rasa segan sebab masa tu pakai seluar jeans koyak lutut. Mana la gua bajet dekat muzium ada mende gini!
Brader baju hitam tu yang muntahkan batu |
Mesin mencuci keris. Brader tu kata orang dulu cuci keris pakai jari, tak luka. The power of Brader. |
Agak-agak bila gua boleh buat rumah macam ni? |
Ok sebenarnya masa masuk rumah ni, gua takut nak pandang atas. gua teringat segmen Serramm! setiap malam jumaat dekat tv3. Cilake betul. |
That's why i love you, rumah kayu. |
Lepas semua tu, gua pergi masuk muzium setem yang ada dekat situ jugak. Ada la macam-macam setem. Yang paling gua suka setem gambar Perdita Zaaba masa remaja dia. Ada background rehal dengan papan batu untuk menulis. Papan batu tu rupa dia sebijik macam iPad. Real, real !
Pendita Zaaba dan iPad Mini |
Ok, lepas tu gua balik, gua pergi tesco, gua pergi tasik. cerita seram hantu atas alang pun gua dah lupa.
19.11.12
MALAYSIAN
Rakyat Malaysia ni hidup harmoni, berbilang kaum, kadang kala bercakaran. Tapi biasalah macam adik beradik. Sedang lidah lagi tergigit.Macam hipster dengan jeans ketat, Jamal Raslan kata.
Rakyat Malaysia ni peramah,tinggi budi bahasa,sopan santun walau kadang kala kita jumpa orang meludah sana sini di tepi jalan.
Dekat Malaysia ni ada banyak raya. Raya Puasa, Raya Haji, Raya Cina, Raya India. Kadang-kadang tu raya pun boleh combine. DeepaRaya. GongXiRaya. Yang terbaru Halloween campur dengan Raya Haji. Mana kau nak jumpa Hari Raya boleh combine macam dekat Malaysia?
Malaysia ni ada banyak musim. Tak macam dekat Eropah sana. Dekat sini ada musim tengkujuh,musim kemarau,musim buah,musim bola menang,musim badminton menang,musim fixi,musim piala dunia.musim boikot McD pun ada. Benda ni sekejap-sekejap je. Orang putih pun tahu benda ni. Diorang pun gelak-gelak je. Diorang tahu rakyat Malaysia serius-serius manja je. Esok lusa baik la tu.
Tapi macam mana buruk pun Malaysia,
Aku Malaysia, kau Malaysia, kita Malaysia, Rajagobal Malaysia, Rosmah Malaysia, Nik Aziz Malaysia, Jimmy Palikat Malaysia, Najib 1Malaysia. Walau macam mana pun, kita kena juga la jaga tempat kita ni. Kalau tak jaga, siapa nak jaga? Israel?
Malaysia best!
BARU SEBENTAR TADI
Ini real story.
Di trafik light,gua berada di barisan hadapan sekali.
Lampu menyala hijau. Gua masuk gear D. Tiba-tiba kereta Pajero sebelah gua menahan gua. Dia keluar dari kereta sambil bercakap dengan gua,gua buka tingkap kereta.
Dia kata bawah kereta gua ada seekor anak kucing yang kebasahan,panik berlari lari di atas jalan raya yang sibuk.
Gua pun ikut turun halau kucing yang ketakutan tu. Last last brader tu letak anak kucing tu di tepi jalan. Nasib baik semua trafik tak hon hon. Semua nampak kucing tu kot.
Gua ucap terima kasih pada brader tu. Kemudian gua nampak banyak bungkusan McD. Spontan gua tanya:
"pergi mcd ke tadi bang?"
"mesti la pergi.free kan.."
gua senyum je sambil sambung perjalanan.
Tak perlu taksub pun untuk tunjuk perasaan kemanusiaan.
17.11.12
BRADER YAKIN
Selain dari kerja-kerja fotostat ni, gua juga ada sediakan beberapa bijik pc untuk disewakan. Untuk main fesbuk ke, download lagu ke,main game ke lantak la.
Tapi kalau bukak porno gua terus block dari kaunter. Mesti diorang terpinga-pinga nampak cursor bergerak sendiri ke tanda X dekat belah atas kanan window. Kakaka.
++++++++++++++++++++++++++
Tengahari tu pelanggan macam biasa dia punya ramai. Masing-masing balik sekolah ada saja benda nak di update di fesbuk. Cerita makan dekat kantin tak sedap la, cerita dapat pakwe baru la, cerita cikgu jual Alpha Lipid pun ada. Kemudian, ada satu brader bergaya yakin, lingkungan dalam 40an masuk ke kedai gua. Dia nak sewa pc gua sejam. Setelah selesai,dia pun duduk la di pc yang ditetapkan.
Gua tengok brader ni memang yakin dia punya gaya. Baju bergosok masuk dalam seluar. Seluar kain licin. Pakai kasut karipap. Rupa macam dalam iklan usahawan internet yang jual bantal kekabu. Ada rupa usahawan.
Tengah semua suasana sepi tu (semua pc dibekalkan headphone), tiba-tiba gua diterkujatkan dengan satu bunyi yang kuat. Prakk!! Gua toleh je ke kiri, gua nampak brader gaya yakin tu dah terduduk atas lantai. Kerusi plastik yang dia duduk tu patah kaki dia. Dia punya kerusi yang patah tu sampai termasuk bawah meja sebelah. Real,real!
Dengan muka dah merah, bontot dah sakit, mamat tu terus bangun laju-laju ambil kerusi lain terus duduk balik. Buat macam tak ada apa-apa. Buat macam dalam kedai tu ada dia dan gua je.
Dalam kedai tu ada la dekat 16 orang. Sorang ada dua bijik mata. Jadi 2 x 16 = 32 bijik mata jadi saksi. Itu jam gua dah tak nak tengok muka dia lagi dah. Mata dah berair gila nak tahan gelak. Ok benda yang paling seksa adalah menahan gelak. Ada dua tiga budak yang tahan gelak. Tangan masing-masing dah tekup mulut dah. Berair jugak la mata. Yang terus bayar dan keluar kedai, lepas tu gelak kuat gila dekat luar pun ada jugak.
************************
Kes kerusi patah ni ada la 2-3 kali jugak jadi dekat customer lain. Semua jenis ulat nangka,tak reti duduk diam. Tak lama lepas tu, barulah gua ambil inisiatif beli kerusi lain yang kuat sikit. Bongok.
14.11.12
HAMID JAGA
CENTRE OF ATTRACTION
12.11.12
MACAM MANA NAK SURVIVE DI HUTAN BATU (PART 2)
HEBOR-HEBOR
Dekayt Shah Alam ni takde wayang. Nak tengok kena pergi Klang. Tak jauh, 15 minit sampai dah Aeon Bukit Raja. Yang mana kaki futsal, ada banyak court dekat SS 16. Dekat dalam kawasan kilang. Kalau nak power sikit, main dekat PJ. Nak jogging, pergi la Tasik Shah Alam. Gua pernah jogging dekat sini. Tobat dah tak jogging lagi. Track panjang gila. Tapi kalau semua tu mahal, pergi saja main bola petang-petang dekat SS7. Ada padang kecil dekat situ. Boleh la main bola. Tapi kena join budak-budak situ la. I-City? Depan mata je. Tapi zaman gua dulu, i City tu takde lagi. Kawasan kosong je.
Masa gua belajar dulu, gua dan rakan ada aktiviti yang best jugak la. Ghost Hunting. Ini adalah aktiviti yang paling gua suka dan gua tak pernah buat sebelum ni. Selalunya kitorang pergi malam minggu la. Kadang-kadang weekdays pun langgar jugak. Highland Tower dah tiga kali pergi, 1 kali panjat sampai atas, collect barang-barang tinggal dekat situ. Seram jugak mula-mula. Kemudian Kubur Cina dekat Sekolah Alan Smith. Dekat situ busuk siak. Kemudian rumah tinggal dekat Titiwangsa, Pokerface boleh kaki termasuk lubang, terseliuh. Kemudian rumah tinggal SS12. Rumah yang masuk dalam Seekers tu. Dang yang paling altimate sekali adalah Hospital Cheras. Pernah tengok cerita Kingdom Hospital? Macam tu la Hospital Cheras waktu malam. Memang seram nak mampus. File sepah-sepah. Ubat pun berterabur. Bilik mayant dia memang seram.
Itu hanya sebahagian guide yang dapat gua bagi. Kalau nak tahu banyak lagi, kena la explore sendiri, baru real!
Apasal la gua menulis cerita ni macam buat promosi ni.?
9.11.12
MACAM MANA NAK SURVIVE DI HUTAN BATU (PART 1)
"Dulu kau duduk Bota boleh la survive. Duduk dekat hostel.Makan tanggung. Takde transport takpe. Semua senang"
8.11.12
CERITA DARI PADANG JAWA
7.11.12
HELAH MENJADI
BERGERAK SELANGKAH (OKT 2008)
MAKAHAI! (OKT 2008)
AFTER ALL THIS MONTH 2 (APRIL 2009)
AFTER ALL THIS MONTH (APRIL 2009)
6.11.12
ASSALAMUALAIKUM-A COPY FROM FRIENDSTER BLOG (FEB 2009)
DEAR GOD ( FEB 2009)
bismillahirrahmanirrahim..
dear god..
i just love this girl..
please do not seperate us..
she is so nice
to me
to my family
she is so kind
she is so funny
she is so happy
she is so loyal to YOU
she is so patient with my attitude..
i am so melted with her stare..
oh dear god..
i know u heard my wish..
i hope my wish will come true..
my happiness will lasts forever
with her..
walhamdulillah hirabbil alamin...
GANGGUAN SARAF (MAC 2009)
KOREK BELOG
2.11.12
GENTLEMAN
Muka cikgu kassim vespa merah betul masa tu. Sebijik-sebijik muka budak-budak ditenungnya. Budak kejap 5 Mawar semua menikus. Masing-masing kepala tunduk memandang bumi. Yang buat salah tu, lagi la. Rasa nak tercirit kot.
Hari tu angry level cikgu kassim vespa naik sampai 80000hp mengikut bacaan radar aku. Manakan tidak, ramai yang tak siapkan kerja sekolah dalam buku intergrasi. Padahal kerja rumah tu dah di bagi tempoh seminggu untuk disiapkan. Tahulah kalau brader vespa ni dah naik hantu, kalau yang pakai songkok tu selamba je dia tepuk sampai terbenam dalam kepala.
Yang budak perempuan pun tak terlepas, kalau salah kompom kena cubit dia yang trademark tu : dia akan cubit halus yang sakit gila sambil dia putar kulit kau, sambil genyeh-genyeh.
*
Peh, siak la. Menulis ni pun dah terasa ngilu membayangkan sakit dia.
Macam-macam alasan gua dengar. Buku Integrasi dah siap tapi tertinggal la. Kena jaga adik sakit la. Dah siap tapi lupa nak bawak paling banyak aku dengar. Mati-mati semua taknak mengaku kalau tak siap.
Semua budak diperintahkan berdiri di atas meja. Dengan muka ketat, semua la kena naik. Kemudian cikgu kassim vespa offer :
"ok, macam ni la. Kalau kamu semua betul betul gentleman, siapa yang tak siap tu mengaku sajalah.saya tak marah dah."
Suasana senyap.
"takde?"
Tiba-tiba hati aku yang sah-sah tak buat soalan integrasi tu rasa inilah masa untuk jadi hero. Aku angkat tangan:
"cikgu, saya mengaku memang saya tak buat kerja rumah tu cikgu"
Cikgu kassim vespa pandang tepat pada aku. Lama juga dia tenung aku. Kemudian dia panggil aku turun dari atas meja.
"saya berbangga dengan adib ni. Inilah contoh budak yang gentleman"
Beberapa muka memandang cebik pada aku. Kakaka. Lantak la.
"Adib, kenapa kau tak buat kerja rumah tu? Tak buat langsung ke?"
"Memang tak buat langsung,cikgu. Saya sibuk bermain dengan budak depan rumah saya. Dia baru beli bola baru."
Tersengih sengih aku jawab. Yakin betul aku jawab. Ye la, gentleman kan.
Zaappp!!
Cikgu kassim vespa bagi dekat aku satu cubitan maut dia dekat perut aku. Peh! Dia punya sakit tu, kalau suruh aku pilih cara mati, aku lebih rela mati dalam bilik gas beracun dari mengadap cubit dia.
Mata berkaca.
Kaki tertonjet.
Roma berdiri.
Kalau aku perangai macam budak sekolah sekarang, mau pecah kepala cikgu ni. Paling kurang pun cover vespa dia yang pecah.
Tapi aku cepat sedar, kalau buat macam tu alamatnya hidup aku akan end up di Henry Gurney, dok menganyam bakul rotan ditemani warden penjara.
Jadi aku tadah je la.
+++++++++++++++++
Sumpah lepas tu kalau ada buat salah dengan cikgu kassim vespa aku takkan mengaku punya la.
Gentleman konon. Gentel la!
ANDI FINNA NIZA 2
0630pm, dalam kereta..
++++++++++++++++++++++
Niza: adik kenapa sedih ni?
Finna: kakak marah adik..(bunyi sedih~)
Niza: hah? Kakak marah? Kenapa kakak marah adik?
Finna: kena tumbuk~
Niza: hah?? Kakak tumbuk adik??! (angry level up 6000hp)
Finna: bukan la..~. Nak susu. (sempat minta susu)
Niza: eh, habis siapa tumbuk adik?
Finna: adik tumbuk kakak~~
Niza: erk!
++++++++++++++++++++++
Esoknya gua tanya dekat Taska, kakak kata takde kena tumbuk.
Hai Finna, pandai bergurau nampaknya. Gurau kasar. -\('v')/-
BARU SEBENTAR TADI 4
Bangun pukul 6 > Tertidur balik > Bangun balik pukul 6.10 > Kucar kacir > Solat > Gosok Baju > Buat French Toast > 2nd attemp > Kali ni guna marjerin ganti minyak > Dah terlambat > Mandi laju gila > 7.05 keluar rumah > Makan dalam kereta > Bini kata sedap dari semalam > Hati girang
1.11.12
KEJADIAN MALAM TADI
Malam tadi gua tidur awal, selepas beberapa lama, gua terbangun. Gua lihat jam di hp. What?? Baru pukul 2 pagi? Gua rasa dah tidur lama gila, dan rasa dah pukul 6 dah. Badan gua menggigil-gigil. Ah, gua syak kena demam ni.
Gua panggil bini gua. Kemudian dia bagi gua Ponstan. Gua telan dan minum air sejuk. Kemudian lari ke bilik wardrobe ambil sweater. Kemudian tidur balik.
Dalam tengah tidur tu, gua sebut I love you, I love you, I love you.
Gua dalam keadaan bersawai la tu.
BARU SEBENTAR TADI 3
bangun pukul 6 > solat > gosok baju > pukul 6.30 > buat french toast > bini kata nanti tak sempat > gua cakap sempat > masak laju laju > pukul 7 > gerak ke tempat kerja > makan french toast > Finna kata tak sedap > gua bengang