setegram

Instagram

27.6.13

BERTEMU PELANGGAN 2


Kedai aku ni kecil je. Setengah kedai daripada kedai biasa. Aku kongsi dengan kedai memandu. Kerja fotostat ic pusat memandu ni memang aku tapau la. Bil air dan api kami kongsi, mengikut nisbah yang dipersetujui.

Bermula dengan menyewa satu mesin pada dan jualan sebanyak Rm 37.20 pada hari pertama, aku mengorak langkah. Dalam minggu kedua, ada satu hari tu jualan aku 30 sen je. Sumpah. Bil elektrik hari tu pun aku rasa lagi tinggi dari jualan. Balik rumah aku termenung pandang siling sambil fikir 'apa benda aku buat ni sampai dapat 30 sen je?' Tak boleh jadi, aku kena ringan mulut, kena market sikit. Sikap introvert ni memang mendatang lebih banyak masalah dari faedah pada aku. 

Menjadi juga la strategi ni. Dari satu mesin, jadi dua mesin, kemudian masuk tiga mesin. Aku tambah kerja buat servis laminate, printing dan ambil perkhidmatan buat cop. Sebenarnya aku takde mesin cop, tapi aku cakap dekat orang aku baru beli mesin cop, supaya diaorang tak buat cop dekat bandar. Ini strategi mengikat pelanggan namanya. Kakaka.

Macam mana aku buat? Seminggu sebelum tu, aku pergi ke kedai membuat cop di bandar. Aku memang dah aim satu kedai cop ni. Dia buat kemas, cepat dan boleh lebih kurang. Aku cakap ke nyonya tu aku cuba nak promo kedai dia di kawasan aku, tapi dia kena bagi harga murah la. Satu cop kecik dia bagi aku rm4. Aku jual balik rm7, harga standard. Jadi setiap kali ada orang order cop, kalau orang tu tempah sebelum tengahari, aku cakap esok dah siap. Lepas tengahari lusa baru siap. Time tengahari tu la aku bergegas la ke kedai cop hantar order. Agak menguntungkan juga la, tapi mana ada hari-hari orang buat cop?

Walaupun masa tu aku dah ada 3 mesin, ada masanya kerja datang dengan sangat banyak dengan tiba-tiba. Kawasan kedai aku ni dah la penuh dengan cikgu. Waktu yang paling menyetan ialah bila sekolah ada perperiksaan percubaan. Jenis serentak pulak semua sekolah. Tak tertanggung mesin aku.

Pernah sekali tu aku bersikap tamak, aku ambik semua order dan buat kerja fotostat. Masa tu aku memang yakin betullah dengan keupayaan mesin. Siap memanglah siap, tapi esok pagi mesin aku dah macam ada tukul besi dekat dalam. Bunyi kelentang kelentung. Boleh gugur nyawa kalau mesin duit aku ni buat hal. 

Selepas kejadian tu aku tak nak ambil risiko lagi. Jadi aku pergi deal dengan sebuah kedai cina di bandar. Cerita punya cerita, dia setuju nak bagi aku 2 sen satu muka kalau jumlah yang aku hantar tu sekian-sekian.  Dia siap janji lagi, kalau kerja tak siap dalam tempoh diberi, dia bagi diskaun, harga kertas jatuh 1.5 sen. Kedai aku pula, harga paling murah boleh jatuh 4 sen sekeping. Jadi, kalau aku hantar, minimum aku untung atas angin sebanyak 2 sen dan mesin tak rosak. Kerja pun cepat siap. Dan aku pun tak sakit kepala mesin buat hal. Bukan sikit duit kalau mesin meragam ni.

Dan sekarang ni aku rajin menulis sebab mesin fotostat office aku ni tengah breakdown. Aku nak meeting kejap lagi ni setan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan