Masa remaja trang tang-tang dulu, sebenarnya aku banyak berkelahi dengan abah berbanding berbincang. Abah seorang yang sangat garang. Ikut kepala dia je. Aku pula masa tu jenis kepala angin. 24 jam nak rebel.
Tapi angin-angin aku pun, bila dengar motor honda bulat abah masuk kawasan rumah, terus aku tutup tv, capai penyapu. Buat la apa pun, sapu lantai ke, lap peti ais ke. Asalkan jangan baring depan tv. Sebabnya, abah aku ni pembersih orangnya. Bila dia balik dari kerja, dia tak masuk rumah dulu. Tapi dia akan sapu lantai luar, keliling rumah. Jadi, kalau dia nampak aku duduk rilek, memang siap la.
Masa aku memasuki zaman kutu berahak dulu juga adalah zaman yang amat membimbangkan abah. Tiap-tiap hari lepas maghrib aku dah bersiap nak keluar rumah, dan balik pukul 4-5 pagi. Kadang-kadang 7 pagi. Aku tak terfikir pun masa tu abah aku lemas tunggu aku balik rumah. kadang-kadang dia tak tidur tunggu aku.
Pernah jugak jadi sekali, macam dalam drama. Masa tu aku balik pukul 4 pagi. Rumah gelap. Bila aku buka je lampu ruang tamu, ternampak abah tengah duduk di sofa. Mukanya gelisah. Di depannya ada Al-Quran. Telan air liur jugak masa tu. Takkan abah nak suruh aku baca al-quran pagi-pagi buta ni kot?
Abah tanya, apa aku buat tiap-tiap hari balik sampai lewat pagi. Aku boleh jawab, 'berbincang dengan kawan-kawan'. Kedengaran bodoh juga sebenarnya. Tapi itulah yang terlepas dari lidah aku. Duduk huha-huha dengan kawan, lepak snuker, bersejuk di Tanjung, jamming adalah 'berbincang dengan kawan-kawan'.
Aku rasa dekat 2 jam aku diceramah oleh abah. Dia ada juga menangis masa tu. Tapi aku hati kering. Buat muka bodoh je. Sebab masa tu aku rasa, selagi aku tak minum arak, tak main dadah, aku tak buat kesalahan besar. Masa tu laaa. Muda, bodoh, dungu, otak sebesar kacang pistachio.
Abah suruh aku janji sambil pegang al-quran taknak keluar malam lagi. Tapi aku refused. Sebab utaz aku ajar jangan bersumpah kalau tak mampu nak menanggungnya. Berdosa besar. Aku pulak ceramah ke abah.
Tapi aku janji mulut je dekat abah, aku tak keluar malam lagi. Jadilah aku anak mak sekejap. Adalah 3-4 bulan.
Orang tegas ni adang-kadang kita pun lemas nak ikut.
Tapi, dalam tegas dia yang aku tak gemar tu, tak semua juga yang aku tak suka. Dia ajar aku adik-beradik jangan makan depan tv. Dia juga ajar kalau makan mesti sama-sama. Kena baca doa makan dia yang panjang tu (aku tak hafal, tapi Sang Pengantin hafal). Lauk pula mesti berhidang, bukan cedok dari periuk. Kalau ada event, contohnya anniversary dia, kena pulak makan guna sudu. Dulu la. Sekarang tak larat kot.
Dan benda tu aku masih amalkan hingga sekarang. Aku sedikit kekok makan di depan tv.
***
Sebenarnya, aku nak ucapkan Selamat Hari Bapa in advance. Aku tak peduli la halal ke haram ke sambut, tapi aku nak sambut jugak.
Memang masa muda dulu aku seorang yang nakal. Tapi sekarang, apa-apa pun abah menjadi pusat rujukan. Ma pun begitu juga.
Kira abah dengan aku sekarang macam Buddyz la. Kahkahkah.
Kira abah dengan aku sekarang macam Buddyz la. Kahkahkah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan