Masa ada kedai dulu, selain kerja-kerja mengambil upah fotostat dan menjual alatulis, aku juga ada buat kerja menaip dokumen. Satu keping surat aku caj 5 ringgit. Mula-mula orang marah sebab depa kata aku caj mahal. Surat setakat tukar nama, kerja tak sampai 2 minit aku caj RM5. ye la format segala jenis surat memang dah ada dalam komputer. Tapi aku buat dek je la. Sebab aku tahu dalam lingkungan 15 km radius, aku sorang je yang buat kerja ni. Lama-lama diorang pun dah biasa dan tak membebel lagi. Surat mintak kerja, surat berhenti kerja, surat bodek YB, surat..eh banyak la.
Itu kerja baik. Tapi ada juga kerja yang kurang baik. Aku mengambil upah tukar slip gaji, tukar nama geran tanah, tukar slip Peladang. Tukar slip Sime Darby. Edit KWSP. Lesen memandu dan roadtax motor pun aku hentam buat juga. Tapi aku buat dengan orang tertentu sahaja. Itu pun sebab urusan mereka nak beli kereta tapi kena blacklist, atau gaji kecik tapi ada hati nak pakai kereta besar. Atau tak ada lesen tapi nak beli kereta. Aku pernah tengok slip gaji cikgu gaji RM 6000.00, tapi gaji bersih berapa ratus sahaja. Aku juga pernah jumpa slip gaji budak pejabat pos laju, dia punya O.T campur gaji bersih dekat RM12,000. Pelik la. Tapi aku tak nak ambil tahu sangat la. Kerja aku edit, edit dan edit. Lepas tu aku caj satu keping RM 30.00. Memang mahal gila. Sebab kerja Italian job. Dari situlah aku kenal printer mana yang power mana yang tak power.
Tapi aku tak nak buat lagi dah kerja tu. Sebab kerja tu tak elok. Sebelum tutup kedai, aku delete semua dokumen, format, font yang pernah aku kumpul dulu. Brader kedai kereta tu sampai sekarang masih mencari aku minta buat dokumen. Puas juga aku terangkan tak nak buat lagi, tapi dia dah tak ada kaki lain. Sorry lah.
Dan tahukah anda, kedai aku kadang-kadang menjadi pejabat Syariah? Dokumen yang paling rare pernah aku buat ialah membuat surat pengesahan bercerai.
Ada satu brader dengan seorang perempuan datang ke kedai aku. Brader tu minta buatkan satu surat pengesahan bercerai. Kemudian dia akan ke Pesuruhjaya Sumpah untuk cop.
"Nak buat surat cerai? Err.. boleh bang."
"Ok, ni nama abang, ni nama bekas isteri abang."
"Err.. boleh bagi masa dan waktu tak? Sebab kalau nak cop sumpah mesti mintak semua tu."
"Err..baru kejap tadi. Baru setengah jam."
Atas bawah aku pandang brader ni. Baru setengah jam cerai dah buat surat? Jenis takde bincang-bincang dah ni. Aku tengok bekas bini dia pun muka macam tak ada perasaan. Rilek belek-belek pembaris panjang dekat ruang alatulis.
Kes yang lain pula, satu perempuan datang ke kedai minta aku salin balik apa yang dia tulis dalam buku notanya. Dia kata nak kumpul bukti suami dia curang. Dia nak hantar ke Pejabat Agama. Dia tunjuk la gambar-gambar dan sms yang dia cilok dari telefon suami dia. Dah melalak-lalak cerita depan aku. Aku ni mana la reti nak pujuk orang. Bini orang pulak tu. Takut terjadi kes Cikgu Suraya nanti.
Kes lagi satu, brader kontraktor suruh aku buat company profile. Kemudian dia minta aku transfer gambar-gambar projeknya dari memori kad telefon dia. Dan dalam memori kad tu, sempat pula dia tunjuk satu folder. Aku ingat folder apa la. Rupanya gambar dia dengan skandal, di hotel. Adoi.
Brader ni anak dia pandai. Exam memang power. Bini dia pun pelangan tetap aku. Cikgu Bahasa Inggeris sekolah menengah. Kadang-kadang bila dia datang kedai, aku macam sayu pulak. Sebab dia tak mengetahui yang aku ada simpan rahsia rumahtanggannya. Memang sedih.
Itu antara pengalaman aku bertemu pelanggan. Dari seorang yang introvert menjadi seorang yang peramah. Itu belum lagi cerita kes beli pen sebatang merayu minta diskaun, curi pensel, fotostat hari ni bulan depan baru ambik, fotostat buku ramalan judi, minta translate satu buku bahasa inggeris, kena marah fotostat lambat dan orang Majlis datang pau duit.
Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, aku rasa benda paling berbakti aku buat ialah cipta satu jadual dan surat tuntutan bayaran ceramah ke Pejabat Agama. Ada satu Imam minta aku buatkan. Dia mengadu pada aku tuntutan bayaran dia selalu miss sebab dokumen tak lengkap. Umurnya memang sangat lanjut. Kadang-kadang masa tengah menunggu di kedai pun dia boleh tertidur. Tapi masih gagah mengajar hal ehwal agama di surau-surau sekitar Bandar Muar. Sebab kasihan, aku cipta satu format supaya Pejabat Agama tiada alasan lagi.
Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, aku rasa benda paling berbakti aku buat ialah cipta satu jadual dan surat tuntutan bayaran ceramah ke Pejabat Agama. Ada satu Imam minta aku buatkan. Dia mengadu pada aku tuntutan bayaran dia selalu miss sebab dokumen tak lengkap. Umurnya memang sangat lanjut. Kadang-kadang masa tengah menunggu di kedai pun dia boleh tertidur. Tapi masih gagah mengajar hal ehwal agama di surau-surau sekitar Bandar Muar. Sebab kasihan, aku cipta satu format supaya Pejabat Agama tiada alasan lagi.
Imam tu guna format tu untuk menuntut bayaran dan boleh mengajar dengan tenang, sampailah dia meninggal tahun lepas.
Bila fikir balik, rajin betul aku masa tu. Sekarang apasal aku jadi malas hah? Hah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan