setegram

Instagram

11.6.13

SIRI BERCAKAP DENGAN ABAH 8

Masa aku darjah 4, abah selalu hantar aku pergi gunting rambut di kedai Pakcik Yassin. Dalam kedai dia ada banyak majalah untuk dibaca sementara menunggu giliran menggunting rambut. Ada suratkhabar minggu lepas, ada majalah Variasari, suratkhabar jawi, majalah kartun cina yang three stooges tu dan banyak lagi. Aku selalu pilih majalah kartun cina dengan Variasari.

Satu hari tu, semasa menunggu giliran hendak menggunting rambut, aku mebelek-belek majalah Varisari. Aku membaca artikel tentang roller coaster kalau tak salah. Dalam artikel tu, aku terjumpa pulak perkataan 'ngeri'. Masa tu, itulah pertama kali aku jumpa perkataan ni. Dalam fikiran aku masa tu, buku ni salah tulis. Sepatutnya dia tulis 'negeri'. Tapi bila kau baca balik ayat tu, macam takde kaitan pula.

Aku pun tanya abah kenapa buku Variasari boleh salah tulis perkataan. Abah aku dengan tenang menjawab perkataan ngeri tu memang betul. Tapi aku memang tak puas hati. Mana ada wujud perkataan 'ngeri'.

Aku pun berbalah dengan abah dalam kedai gunting rambut tu. Pakcik Yassin geleng kepala je la. Abah aku pulak jenis tak nak mengalah. Tetaplah dia kata itu bukan 'negeri' tapi ngeri'.

Menangis-nangis jugak aku sebab abah tak nak menangkan aku. Last-last dia tengok aku menangis, terus dia bawak balik rumah. Haram tak gunting rambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan