setegram

Instagram

11.6.13

PERKATAAN BARU

Masa aku masuk asrama tahun 1995 dulu, aku belajar banyak benda yang tak pernah aku dapat kalau aku duduk di rumah. Perkataan baru pun banyak.

Kif
Kif ni asalnya perkataan dari K.I V iaitu Keep In View. Tetapi budak mana entah yang modified terma ni jadi perkataan Kif. Maksudnya memulaukan seseorang. Ini selalunya kena pada budak yang bajet power atau kerek. Selalunya budak yang kena Kif ni akan disusuli pula dengan perkataan 'Settle'.

Settle
Maknanya selesai la. Tapi kalau di asrama, maknanya panjang sikit, 'Dipanggil oleh senior untuk menyelesaikan apa yang boleh memuaskan hati mereka.' Atau raging la senang. Settle tak semestinya lebam di badan, atau di muka. kadang-kadang boleh juga kena basuh baju, kena starlight, masak megi, tiup lampu, buat helikopter dan beberapa tekanan mental yang lain.

Cuak
Masuk-masuk sekolah je aku dah dengar perkataan 'cuak'. Memang aku tak faham apa benda 'cuak' tu. Tapi rupanya itu memang bahasa Melayu standard. Aku je yang tak pernah pakai.

Faktor
'Faktor' adalah satu alasan yang selalu digunakan untuk mengelakkan diri dari dibahan. Contohnya: Wak Jem tengah main takraw, kemudian dia mendapat satu bola tanggung yang sedap untuk dilipat. Kemudian dia terlipat net. Lantas Wak Jem menjerit "Faktor!, faktor!" sambil menunjuk ke arah net. Maknanya net yang salah, bukannya Wak Jem yang tak terer.

Prep
Berasal dari perkataan Inggeris 'preparatory' iaitu persediaan. Ini adalah ekstra kelas yang dicipta oleh kerajaan sekolah, yang mna kau kena hadirkan diri ke kelas/ bilik bacaan dan baca buku. Waktunya ada dua. Belah petang pukul 2.00 sampai pukul 4.00pm. Malam pulak lepas isyak sampai 11.00pm.

Aku tak suka prep.

Fly
Aktiviti yang paling aku suka. Seratus kali Mokhtar jahit pagar, seratus kali jugaklah kami kopak pagar. Kadang-kadang tuu tak kemana pun. Cuma nak lepas gian nak duduk luar pagar asrama. 5 minit lepas tu masuk balik. Macam bodoh jugak. Kalau kantoi, sia-sia je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan