Hari ni aku nak cakap baik-baik je.
Usai sudah majlis Sang Pengantin di Sabah dan Muar. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sekali. Cuaca baik tiada jerebu mahupun hujan. Sedikit panas tetapi tidak mengapa. Terima kasih, Tuhan. Semua orang bergembira.
Usai sudah majlis Sang Pengantin di Sabah dan Muar. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sekali. Cuaca baik tiada jerebu mahupun hujan. Sedikit panas tetapi tidak mengapa. Terima kasih, Tuhan. Semua orang bergembira.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang membantu di belakang, dalam dan hadapan rumah. Kepada semua sanak-saudara yang datang dari jauh, yang membantu persiapan majlis dan memeriahkan lagi majlis, I love You lah! Yang membuat ketupat, membuat lodeh dan sambal, yang membawa sambal kacang, kuih muih, membikin sambal goreng tradisi turun temurun terima kasih diucapkan. Aku hadiahkan 2 biji buku Kuih Apam Sekolah Maahad kepada kalian. Dua biji je sebab tu saja yang tinggal pada aku.
Terima kasih juga kepada pihak katering yang menyediakan nasi jagung dan lauk 4-5 jenis itu juga amat menyelerakan dan menerima pujian tak habis-habis. Khemah hang pun power jugak. Dan juga kepada kapten katering yang bersedia untuk bekerjasama dengan aku.
Kepada member gua, Yatim dan isteri yang menjadi mak dan pak andam, pelamin kau memang power. Malangnya anak aku jauh lagi nak kahwin.
Terima kasih kepada mak dan bapak mertua aku yang steady membantu dari sebelum majlis hinggalah tamat. Jadi penyambut tetamu lagi. Terima kasih juga atas subsidi telur masin dan pinjamkan kereta pada tetamu dari jauh.
Terima kasih kepada Pakcik Salleh kerana menyiapkan Baju Melayu aku dan keluarga secara on time. Aku memang ikat kontrak dengan dia sampai mati ni. Siapa mati dahulu tak tahu la.
Terima kasih kepada Cikgu Zainal kerana mneyediakan homestay kepada tetamu dari jauh. Homestay ke banglo aku pun keliru. Besar sangat.
Kepada budak scrambler dan skyrunner, terima kasih kerana memeriahkan lagi majlis perkahwinan Sang Pengantin.
Kepada Pak Bong, terima kasih kerana menjadi photographer keluarga yang power. Photographer je, cerita Manchester United aku tak layan. Kekeke.
Terima kasih juga kepada brader DJ yang mendengar kata untuk memasang cd instrumental dan zapin yang aku beri padanya. Terima kasih kerana menghiburkan tetamu dengan celoteh dan teka-teki. Terima kasih kepada semua penduduk Tanjung Gading dan sekitar, malahan dari Batu Pahat, Johor Bahru, Pahang, KL dan Selangor kerana menghadiri majlis Sang Pengantin dan isterinya.
Terima kasih kepada keluarga isteri Sang Pengantin dari Sabah yang pertama kali aku kira berkunjung ke Johor. Diaorang kata makanan Muar sedap dan murah. Aku sajes makan malam di stesen bas Bentayan, hotspot makan paling power waktu malam. Esok pagi diaorang bantai sate pulak. Aku kira mereka berpuas hati dengan kunjungan mereka ke Johor. Terima kasih banyak diucapkan.
Di sebelah malamnya, terima kasih kepada sepupu, anak buah kerana membantu merealisasikan impian untuk membikin mini stadium di rumah. Lengkap dengan layar besar, gendang, drum dan mafla. Terima kasih Ucu kerana menjadi Capo dan sponsor flare untuk memeriahkan lagi majlis, dan meneyediakan contest. Memang best! Tahniah kepada Cik Tai dan Cik Halim sebab Kelantan menang dan dapat hadiah bermalam di Thistle Hotel, jersi dan majalah Harimau Selatan.
Kalah tak ada hal. Bukannya kiamat. Yang penting adalah satu padu.
Dan kepada isteri, adik-beradik, Abah dan Ma aku, terima kasih diucapkan kerana telah menjayakan majlis dari segenap sudut.
Dan kepada yang aku tertinggal untuk senaraikan, jutaan terima kasih diucapkan kepada kamu semua. Kamu tahu siapa kamu di majlis itu.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Peh, dah macam Hafizal Hamad dah aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan