Dewan Makan/ Dining Hall/Dining/ Bilik Makan. Semua sama.
Asrama dan dewan makan memang tak dapat dipisahkan. Ibarat aur dengan tebing. Macam ombak dan pantai. Seperti irama dan lagu . Tiada irama, pincanglah lagu. Tiada dewan makan, kebulurlah kami.
Aku tak tahu dewan makan sekolah kamu semua macam mana, tapi sekolah aku punya dewan makan masa tahun 1995 - 1997 dia punya prestasi di antara horror dan best. Mistik pun ye.
Hari isnin sampai khamis, makanan asasi kami selepas pulang dari sekolah ialah nasi putih, lauk ikut suka tukang masak,sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pisang separa benyek. Ataupun tembikai segar. Lauk yang ikut suka tu pula terdiri dari ikan jaket, ikan masak pindang, daging masak sambal. Sayur-sayuran punya line up pula terdiri dari sayur kobis masak air, sawi masak air, taugeh normal (masak air), taugeh sperma kepala besar (masak air), dan beberapa lagi. Janji masak air.
Hal ikan jaket ni aku rasa satu Malaysia punya asrama menggunakan manual memasak yang sama. Ikan cencaru dia ya rabbi punyalah keras. Buat yang tak duduk asrama, ikan jaket ni rupa dia macam ikan yang pakai jaket. Jaket pulak bukan sembarangan. Jaket kulit. Kau kena kopek dulu kulit dia baru jumpa isi. Ini mesti tukang masak main masuk je ikan dalam kuali besar. Rasa kunyit ke garam ke memang jauh sekali la. Cuma kadang-kadang datang kreatif akak tu, dia letak la sambal sikit, kuah sikit.

Tapi bila dah lapar, benda tu juga la yang dibaham tanpa banyak soal.
Kau pernah makan tak sayur taugeh yang besar tu? Aku kalau ada lauk tu, sumpah aku tak makan hari tu. Sanggup aku tunggu kuih waktu petang lepas balik prep. Aku tak boleh tahan bau dia. Mual. Tapi ada member aku nama Ocher rilek je makan. Apa jenis manusia la Ocher ni.
Apa? Pinggan? Gila ke? Guna tray la makan!

Tray tu, kalau terjatuh time tengah beratur nak ambik nasi, bunyi dia memang kuat. Itu jam satu dewan makan haruk kau. Muka tebal gila babeng la masa tu.
Time tu jugak la kau akan dapat dengar makian yang rare, contohnya 'woi mak kau tak sekolah agama ke', 'woi nak kena 'panggil' malam ke', ataupun 'woi pegang tray pun terjatuh, macam tak ada pedoman'.
Tapi ada juga sesetengah kes, member belakang sengaja tepuk tangan member depan bagi jatuh tray. Benda macam ni boleh buat bergaduh.
Hari Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Dia punya power lauk hari Jumaat ni, kalau ada lauk yang short, memang boleh memberontak. Ada makan nasi tomato, ayam masak merah dan aiskrim cup. Budak-budak dah macam orang gila dah beratur. Que paling panjang memang la hari Jumaat. Macam tu sekali sekolah kami memuliakan hari Jumaat tau. Makan pun mewah. Memang setiap hari Jumaat je, kami rasa kami sayang sangat dekat sekolah. Hari lain tak.
Sabtu dan Ahad, hidup kami kembali normal. Makan la apa yang dimasak. Jangan banyak sangat kompelin. Bab makan petang, biasalah kuih keledek, apam, biskut ping-pong,dan kuih keledek balik.

Makan kuih apam ke, ayam goreng ke, taugeh sperma ke, benda yan tak sedap pun akan jadi sedap bila kita makan ramai-ramai sambil borak hal makwe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan