Cerita sekolah, cerita asrama, cerita mak bapak, cerita main basikal, cerita panjat pagar, cerita hisap rokok, cerita....banyak benda aku nak cerita ni.
27.7.15
CACA MARBA
31.5.15
MAHATHIR
12.3.15
SONGKOK
Suatu hari itu di dalam kereta, lagu KRU berkumandang. Lagu Awas. Aku dan bini pun menyanyi nyanyi lah di dalam kereta. Ye lah lagu top masa kami darjah 6 dahulu.
Tiba-tiba Pinah tutup mulut bini aku sambil menjerit.
"Jangan nyanyi lagu ni! Jangan nyanyi lagu ni!"
"Eh apahal pulak?". Aku tanya.
"Orang ni tak pakai songkok. Kalau tak pakai songkok kita tak boleh nyanyi lagu dia. Nanti tak masuk syurga." panjang lebar penerangannya.
Kami diam sebentar.
"Habis lagu apa yang boleh nyanyi?" aku try provok.
"Lagu Allah! Ya Hanana, Ya Hanana boleh la. Dia pakai songkok."
Kami diam lagi. Siapa la tune kepala dia ni.
"Habis tu lagu Humpty Dumpty tu mana dia pakai songkok, Pinah boleh nyanyi pula? Lagu Ten Little Indian, mana dia ada pakai songkok?"
Dengan steady dia bersandar, berpeluk tubuh sambil menjawab, "Ooh, itu kartun. Tak apa.."
Haa. Menjawab, menjawab!
4.3.15
BERSALIN
4.3.2015
Joy of The World (The Carpenters)
Isteri sahabat saya baru bersalin pagi tadi. Riuh rendah dengan ucapan tahniah dan selamat berpuasa kepada sang suami. Mesej di telegram menderu deru masuk.
Teringat 5 tahun lepas sewaktu isteri hendak melahirkan. Saya ikut masuk ke dalam labor room. Kasihan melihatnya kena kontraksi. Peluh berbiji biji kelihatan di dahi berjurai ke atas bantal.
Saya menggenggam tangan isteri sambil memerhati dan memberi kata semangat. Sebenarnya saya tidak tahu hendak berbuat apa apa, selain dua perkara itu. Kerana waktu itu kelihatan isteri saya bukan di dalam mood hendak berborak. Jadi saya hanya menggenggam, memberi semangat sepatah dua dan memerhati dirinya mengerang kesakitan.
Adakalanya saya terlelap sesaat dua sambil berdiri.
Saat genting tiba. Seorang doktor, 3 orang jururawat dan saya di dalam bilik itu. Kami sama sama memberi semangat kepada isteri saya. Keadaan sedikit kelam kabut, sehingga pada satu tahap saya mengelamun.
Blur. Sehingga ditegur oleh seorang jururawat.
Kemudian seorang nurse memberi arahan:
"Ok. Bila saya kata push, awak teran kuat kuat ye. Sekuat hati. Ok sekarang, PUSH!!! "
Saya turut menjerit PUSH!! Dan saya juga turut terikut meneran diri. Hampir terberak rasanya. Mujur tidak berlaku.
Akhirnya isteri saya selamat melahirkan. Anak saya sihat dan hari ini sedang menikmati field trip ke Putrajaya.
KENAPA YA?
4.3.2015
Where were they when the fun went out (Deepset)
--------------------------
Selesai menonton filem Avengers, saya lantas pergi membasahkan badan sebelum nanti. Selepas itu, saya bersiap siap untuk tidur.
Sambil berbaring baring, saya menyemak telefon. Sudah menjadi tabiat saya sebelum tidur. Dari satu website ke satu website. Kadangkala mencari ilham untuk penulisan yang selalunya terperuk sahaja di dalam telefon.
Sempat juga saya berbalas mesej dengan rakan. Beliau mengadu sedikit gelisah lantaran isterinya mahu bersalin. Lagi. Anak ke tiga.
Tahniah. Moga dipermudahkan.
Serentak itu juga saya terfikir sesuatu. Saya merenung siling yang gelap memikirkan apa tujuan kita di dunia ini.
Kenapa kita bersekolah
Kenapa bersusah payah untuk berkahwin
Kemudian memiliki anak mungkin sehingga 4-5 orang
Sanggup bersusah bangun pagi membancuh susu
Berlapar demi anak isteri
Kenapa menyusahkan diri yang sepatutnya mudah?
Kenapa merumitkan keadaan?
Saya kurang pasti jawapannya. Tetapi saya pasti salah tiganya adalah kerana cinta, tanggungjawab dan keinginan untuk memiliki.
Saya tidak mahu memikirkannya hingga menjadi terlalu rumit, kerana saya sudah mengantuk. Dan esok pagi perlu memandikan anak saya untuk ke sekolah.
Kenapa saya kena bangun memandikan anak saya?
Kali ini mungkin kerana tanggungjawab. :-)
28.2.15
BAGAIMANA JIKA
26.2.2015
What if (Mocca)
------------------
Beberapa hari yang lepas saya diselubungi perasaan bersalah.
Usai asar di Masjid Sepang, saya didatangi oleh sekumpulan geng jubah. Salah seorang daripada mereka memberi salam kepada saya. Saya sahut salamnya. Lantas dia menghampiri saya dan bertanya apakah saya boleh berbahasa Arab.
Saya terfikir kali terakhir saya berbahasa Arab adalah semasa berumur 15 tahun, sewaktu ujian dialog. Jadi saya jawab kepadanya saya tidak pandai berbahasa Arab. Kemudian dia kata saya menjawab salamnya dalam bahasa Arab.
Lalu, saya harus menjawab salamnya dalam bahasa apa lagi selain Arab? Wa'alaikumsalam itu standard prosedur menjawab salam. Takkan saya mahu menjawab salam di dalam bahasa Thailand pula.
Saya tidak pasti dia bergurau atau dia memang sebenarnya blur, memandangkan dia kata mereka dari Saudi Arabia.
Jadi kami berbahasa seterusnya di dalam bahasa Inggeris.
Ok berbalik kepada cerita geng jubah tadi. Dia mendatangi saya dengan bahasa yang sopan, bertanya khabar dan sebagainya. Dia kata telah menunggu saya hampir 15 minit kerana hatinya telah terbuka pada kali pertama sewaktu berjumpa di tangga masjid sebelum itu. Saya abaikan poin itu kerana itu ayat klise untuk meminta pertolongan atau menjual produk. Lantas saya terus bertanya padanya apa tujuannya.
Dia meminta saya untuk menderma atau mewakafkan Al Quran. Dia juga meminta saya menulis nama saya, nama ibu bapa saya di atas sekeping kertas. Katanya untuk didoakan di hadapan Kaabah. Tetapi melihatkan keadaan kertas usang yang kelihatan lebih kepada kertas bungkusan, saya tidak yakin kertas ini akan sampai di hadapan Kaabah.
Tetapi saya tulis juga lah kerana saya manusia yang percaya kepada keajaiban. Saya juga diarahkan menulis jumlah wang yang hendak disedekahkan. Saya menulis rm 10.00
Dia memandang saya dengan wajah sedikit terkilan. Dia menegaskan bahawa wakaf Al Quran adalah sebanyak rm 250.00 per unit. Saya hampir terperanjat dan mengatakan tiada wang sebanyak itu untuk diberikan pada waktu itu. Tetapi dia berterus terusan meminta saya rm 250.00 untuk 'diwakafkan' sambil memancing nama saya dan keluarga akan didoakan di hadapan Kaabah.
Saya menjadi sedikit berang kerana dipaksa begini. Saya katakan padanya saya tiada wang sebegitu banyak untuk diberikan. Dia tetap bertegas juga meminta jumlah tersebut. Akhirnya saya katakan saya akan beri rm 50.00 sebagai sedekah. Saya menjangkakan itu akan meredakan perbualan kami yang sedikit tegang.
Nyata dia tidak mahu menerima sedekah saya itu. Dia tetap mahu saya mewakafkan rm 250.00. Tidak boleh kurang.
Entah apa yang saya fikirkan waktu itu, saya memintanya untuk tunggu sebentar barang setengah jam. Saya perlu ke tempat kerja saya untuk mengambil yang yang diminta. Sedangkan di tempat kerja saya pun bukannya ada mesin ATM.
Sebenarnya saya terus pulang ke rumah. Sengaja membiarkan dia terkulat kulat menunggu saya membawa rm 250.00 kepadanya. Waktu itu saya rasa dia mahu menipu saya. Hati saya disalut dengan perasaan marah dan bengang. Marah kerana dia memaksa saya dan bengang kerana dia tidak faham konsep asas bersedekah. Iaitu ikhlas.
Sampai di rumah, perasaan bersalah pula mula menyelubungi saya. Apa jadi padanya yang menunggu saya di masjid? Mungkin hatinya kecewa kerana saya membiarkannya begitu. Bagaimana pula kalau dia sememangnya tidak menipu? Bagaimana pula kalau dia memang di dalam kesusahan?
Lantas saya makan nasi dan ayam goreng untuk mengendurkan perasaan itu.
21.2.15
KE STADIUM
21.2.2015
Ayuh Johor (Jdt)
Aku parking di rnr Dengkil tunggu Niko dan Jimik sampai dari Selatan. Lepas setengah jam menunggu, diorang sampai dan parking depan aku. Tapi tak perasan aku.
Kebetulan sebiji Ixora juga baru parking di sebelahnya. Juga dari selatan aku kira, melihatkan baju yang dipakai.
Aku jerit ke Niko. "Niko! "
Brader Ixora pakai baju Bos pandang aku. "Jap jap tukar baju dulu. " Eh.
Aku senyum je la sambil angkat tangan.
18.2.15
CELEBRATION
14.2.15
SIHIR MAMA
FROZEN
KANAK KANAK AKU
7 ELEVEN
ANTI ESTABLISHMENT
KELAM KABUT
PINDAH
REMOTE
TERIMA KASIH
BANGLA
MAYBANK GILA
AIR
PETROL
PEREMPUAN TUA DI KEDAI SUP
MASUK ASRAMA
BABI POTONG
BERDENDANG
BERPAGI PAGI
DUDUK ANTARA DUA SUJUD
PANADOL
TINGGAL
TUPPERWARE
30.1.2015
Imitation of Life (R.E.M)
KOLONI SEMUT
BINTANG GUGUR
Bukan tentang saluran satu atau saluran lapan
Bukan juga tentang dia syaitan atau malaikat
Bukan juga tentang ulasan kelakar atau merapu
Yang selama ini sentiasa berputar mengelilingi paksi kehidupan kau
Yang kadangkala kau rimas dan pening dengan orbitnya
Yang kemudian tiba tiba terhenti
Dengan kehidupan harian
Dengan malam minggu kau
Yang tidak sama lagi
Selama lamanya
Hormatilah atas nama manusia
Walau seminit, walau semomen
Jika berada di dalam kasutnya
Mohon berehat Hasbullah.