4.3.2015
Where were they when the fun went out (Deepset)
--------------------------
Selesai menonton filem Avengers, saya lantas pergi membasahkan badan sebelum nanti. Selepas itu, saya bersiap siap untuk tidur.
Sambil berbaring baring, saya menyemak telefon. Sudah menjadi tabiat saya sebelum tidur. Dari satu website ke satu website. Kadangkala mencari ilham untuk penulisan yang selalunya terperuk sahaja di dalam telefon.
Sempat juga saya berbalas mesej dengan rakan. Beliau mengadu sedikit gelisah lantaran isterinya mahu bersalin. Lagi. Anak ke tiga.
Tahniah. Moga dipermudahkan.
Serentak itu juga saya terfikir sesuatu. Saya merenung siling yang gelap memikirkan apa tujuan kita di dunia ini.
Kenapa kita bersekolah
Kenapa bersusah payah untuk berkahwin
Kemudian memiliki anak mungkin sehingga 4-5 orang
Sanggup bersusah bangun pagi membancuh susu
Berlapar demi anak isteri
Kenapa menyusahkan diri yang sepatutnya mudah?
Kenapa merumitkan keadaan?
Saya kurang pasti jawapannya. Tetapi saya pasti salah tiganya adalah kerana cinta, tanggungjawab dan keinginan untuk memiliki.
Saya tidak mahu memikirkannya hingga menjadi terlalu rumit, kerana saya sudah mengantuk. Dan esok pagi perlu memandikan anak saya untuk ke sekolah.
Kenapa saya kena bangun memandikan anak saya?
Kali ini mungkin kerana tanggungjawab. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan