setegram

Instagram

27.7.15

CACA MARBA

"Mama, bangunlah. Adik takut..Mama..Mama!"

"Mama bangunlah. Adik janji tak kacau Mama bawa kereta lagi. Adik tahu adik jahat. Tapi adik janji tak mahu buat lagi..Mama..!!"

Dira memukul mukul tangannya sendiri. Mungkin menyesali kerana menganggu Fazean memandu hingga terjadinya kemalangan maut ini.

Fazean berdiri di hujung kereta yang terbalik itu. Kepalanya berdarah. Dia cuba menyentuh Dira tetapi tidak mampu. Tembus. Dia sedar dia tidak mampu membantu Dira lagi.

Dira mendail 999 dari telefon bimbit ibunya. Seperti yang diajar selalu oleh Fazean apabila meghadapi kecemasan.

"Hello. Talian kecemasan di sini. Boleh saya bantu."

Dira hanya terdiam di hujung talian. Beberapa saat kemudian dia berkata:
"Mama eksiden. Mama berdarah. Mama berdarah.."

Operator di Pusat Panggilan Kecemasan sedikit panik. Tetapi dia cuba mengawal perasaannya.

"Adik. Bawa bertenang. Siapa nama adik?"
"Dira." 
"Adik di mana sekarang?"
"Dira tak tahu. Mama tak nak bangun. Mama berdarah. Mama..bangunlah..Mama..!!" Dira melepaskan telefon bimbit lalu menggoncang goncang tubuh kaku Fazean.

Operator tiada jalan lain selain mengesan kedudukan lokasi pemanggil dari pemancar terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan