[Ok disebabkan gua tak ada kerja duduk mengangkang je dekat office hari ni, maka gua nak cuba menulis satu ulasan lagu. Kalau ulasan gua tak sedap, caci maki saja diriku, bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala.]
Lagu : Where Were They (When The Fun When Out)
Kumpulan : Deepset
Genre: Post Rock
Album : 'The Lights We Shed Shall Burn Your Eyes'
Tahun Rilis : 2007/2008
Durasi :7:00 minit
Kali pertama saya mendengar lagu bergenre Post Rock ialah pada tahun 2003, setelah mencuri-curi download lagu di tempat praktikal saya di Putrajaya. Lagu genre begitu yang pertama kali saya dengar ialah dari kumpulan Damn Dirty Apes, yang semasa itu saya tidak tahu apakah jenis muzik yang tanpa menyanyi ini. Dalam fikiran saya adalah 'apa jenis lagu takde penyanyi ni' 'ni lagu soundtrack drama ke' dan banyak lagi.
Ini adalah kerana pada masa itu, telinga saya hanya disumbat dengan bunyi-bunyi dari Prana, The Offspring, The Squirtgun, Minor Threat, Earth Crisis, Catch 22, Rancid, Radiohead, ACAB, ABBA dan juga Rahimah Rahim. Semuanya ada melodi dan nyanyi-nyanyi. Dan tidak berapa lama kemudian apabila saya mendengar album dari Deepset pada tahun 2008, barulah saya tahu tu adalah salah satu sub genre dari Rock, iaitu Post Rock. Diibaratkan Rock ni datuk, Post Rock ni anak menakan lah. Begitulah anggapannya.
Muzik bergenre post rock cepat menangkap di hati saya. Saya juga menjangka ia akan cepat melekat di hati sesiapa sahaja. Saya agak sahaja. Formula perlahan/kuat/perlahan itu manjadi daya penarik di dalam sesebuah hasil post rock. Apabila mendengar lagu bertajuk 'Where Were They (When The Fun When Out)-amboi panjang betul tajuk, saya terus membahagikan lagu ini kepada 3 fasa, iaitu fasa 1 (malu-malu), fasa 2 (bersawai) dan fasa ke 3 (putus asa). Saya juga suka untuk membayangkan pergerakan lagu ini. Ia diibaratkan seorang budak yang sedang mengikat tali kasut di permulaan lagu, kemudian cuba berjalan laju, kemudian berlari akibat tertinggal bas dan akhirnya putus asa kerana bas sekolah sudah jauh meninggalkannya. Itu imaginasi saya. Imaginasi kamu semua, lantaklah.
Memasuki minit yang ke dua, saya amat meminati dengan larian drum oleh Lobo, walaupun tidaklah deras mana. Just perfect. Diikuti pula oleh petikan-petikan tab satu persatu, bagai jari menari di atas fret. Oooh sungguh inzal. Memasuki minit ke 3.10, kita sudahpun memasuki fasa ke 3 , iaitu fasa bersawai. pada masa ini bunyi kelihatan marah.
Eh nanti la gua sambung.Nak berak la.
Eh nanti la gua sambung.Nak berak la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan